Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Sunday, July 31, 2011

Selamat berpuasa..

Yeahhh. esok puasa...
Alhamdulillah.. di berikan kesempatan tahun ini untuk berpuasa..
Aku harap.. tahun ni. aku mampu menjalani ibadah puasa sebaik mungkin.
Aku ingin Upgrade segala kekurangan. dari segala segi.
Insyallah....


Puasa.. hmm..
kalau tok dan wan masih ada mesti seronok kan...
Malam2 je tok nak dgr aku baca niat.. dia suruh aku ulang 3x ..lepas tu dia suruh aku niat
dalam hati pula..
dan bila petang2.
Busy masak.dgn kakak dan kakak2 ipar.  prepare untuk sahur or berbuka sama sama.
kami masak kuantiti yang banyak.
sbb nak agihkan kat rumah abg2.. rumah mak. untuk kakak ..
keluarga besar kan hahaha..
Aku tukang set meja..
standby gula .susu dalam bekas..
haha bulan puasa je buat macam ni..
standby pinggan mangkuk. standby gelas .jag atas meja..
tugas aku buat air juga.. hehe. Air mesti air sedap2.
entah la bulan puasa ni macam lain kan. haha
segala preparation dia macam best je..
bekerjasama..tukar2 makanan.. kakak aku masak lain.
kakak ipar masak lain. hahaha best best..

Kalau dulu.. time puasa je. mesti time hujung2 tahun. cuti2 sekolah.
memang meriah. pakcik makcik  kazen2 aku datang dari kuantan.
kini dorang stay di kedah.
Mmg tak cukup kerusi lah. kita budak2 semua makan depan tv.
ahh meriah nya saat tu..
Masak macam2. makan macam2.
lepas tu main mercun.coz mercun pula dapat free je.
ala dulu kan. tak ada nya lah macam tu..



Kebiasaannya.. Kami.. berbuka dengan
Meehun sup.. Nasi goreng.. Kuew tiow goreng..
mee hailam..Mee Rebus..sandwich..Laksa goreng..
mee bandung..  macam2 lah..
tukar tukar lah...

pendek kata. bukan nasi berlauk..
juadah berbuka kami bukan nasi berlauk..
Aku pula suka ke bazaar . tenguk mood la.. kalau rajin..
suka beli roti john.. yong tau foo.. kebab..
haha aku tak suka makan nasi berlauk time berbuka...

Tapi petang2 nak berbuka tu memang prepare sekali lah
masak lauk2..
lauk2 untuk makan semasa sahur..
antaranya Ikan sumbat. lauk makan tengahari laa kan..
telo masin la. apa lah..
entah lah aku tak ingat sangat menu.. hmm


Dulu masa kecik2. aku tak suka bangun sahur. tapi wan paksa.. 
dan aku bangun minum air je.. sbb tak selera kot nak makan.tak pun makan nestum je ke..


Tapi setelah tok tak ada ni..
Puasa di tahun pertama tanpanya.hanya beberapa hari je dengan family.
selebih nya aku jadi syaitan..sebab ada krisis kan.dorang semua pulaukan aku. hmm..
aku hadapi ramadhan tahun tu dgn office mate. kadang puasa kadang x..
aku balik malam2. aku rasa kosong sangat kt rumah. hmm balik malam2 sbb lepak kt
bustop mencongok je sensorang.. termenung. memikirkan masa depan huhuhu.
tenguk gelagat orang . tunggu dan menunggu yang tak pasti.
sampai aku rasa boring. baru aku amik taxi balik rumah.
sadis kan? huhu

Puasa tahun kedua dan ketiga tanpa nya. Alhamdullilah di rumah mak..
aku berbuka dengan mak , kakak dan anak2 buah. kadang aku berbuka sendirian di rumah
ala da biasa kan..

Dan puasa tahun ni.. puasa yang keempat aku tanpanya. hmm..
Aku masih kurang dan belum boleh biasa lagi nak berbuka dengan nasi lauk..
entah lah..
tapi tradisi Mak pula dorang makan nasi berlauk time berbuka. kadang aku terpaksa
membeli sesuatu..

Harap esok dan sepanjang bulan Ramadhan ni.
dorang tak ada lah selalu sangat makan nasi berlauk.
time berbuka.
Aku ingat esok nak masak meehun sup or nasi goreng.
oke gak tu kan hehehe..


btw selamat bersahur.
jangan lupa niat puasa !!

terima hakikat..

Hmm aku tak sedar aku tidur pukul berapa .. dalam pukul 4 lebih mungkin.
entah lah aku tak pasti. sedar sedar je dah pukul 9.30 pagi..
aku terus bangun.. dan menjerit..


" Stresssssss.. aku stresss.. waaaaa "
ermm

aku stress. terasa sungguh.. ermm..
selalu nya lepas aku jerit2 aku sambung baring balik. dan terus terlelap..
tapi entah kenapa..
aku rasa aku harus terima hakikat.
aku kena terima.. dan mesti terima.
life must go on. tak kan nak seksa diri. mogok lapar..
tunjuk perasaan. bukan tu cara nya kan?
hmm..


Aku bangun.. terus kemas tempat tidur...
rutin biasa . tp aku da tinggal kan nya sejak beberapa hari lalu.
penangan stress yg melampau huhu..
kemudian aku kemas dapur. sapu sampah. lap tingkap..
kemas ruang tamu.. semua semua la aku lap..
kemudian aku jumpa mak...

Aku jelas kan dia perkara sebenar. dia patut tau kan. hmm

" Mak.. tak dapat keja lah. em. kwn org dpt.. "

Mak ada cakap2.. alaa aku malas la nk kongsi kat sini..
Sbb aku tahu. aku xkan lupa.. hmm.
coz aku dah terlalu sedar diri ini..

Aku rasa lega. bila dah bagi tahu.. aku cakap. aku stress lah.

Mak cakap lagi.. hmm napa lah malang sangat ko ni..

dat its.. hmm.. aku malang kan. orang lain pun dah sedar dah. hahaha..

Aku teruskan aktiviti aku hari ni. aku masak. sambung mengemas..
kemudian, Baru aku dapat taw. SIL aku dah bersalin..
Tunggu2 abg aku pulang dari hospital..
n dapat baby boy..

hmm..
takpelah .. aku kena terima hakikat..
Mak dah tahu.. Bibik dah taw.. Kak wit dah tahu..
Sil dah tahu.. kakak dah tahu. Pakngah aku yg dtg td pun dah tahu..
hmm lega.. akhirnya. harap dorang paham kenapa minggu ni..
4 5hari lepas kenapa aku kurung diri. kenapa aku moody.
aku harap dorang faham ..
susah jadi aku sebenarnya..

Saturday, July 30, 2011

mogok

Actually aku bukan nak mogok sangat. sampai xnak makan.
xnak keluar rumah.. tak nak minum.. tahan lapar. tahan dahaga..
dan aku bukan praktis untuk puasa yg tinggal lagi sehari dua ni..
bukan..
aku pun tak tahu kenapa jadi macam ni....
Dia macam automatik je . tetiba je happen.. huhu..
susah nak describe sangat perasaan aku saat ni..
kenapa ya ?

Tak makan. tak minum duduk sensorang. kurang bercakap..
buat tak tahu dengan keadaan sekeliling.
bukan mengharap simpati. tapi aku lebih kepada menyeksa diri?

eyh ye ke? ke nak diet. haha tp cara salah. tak guna gak kan. haha.
apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya ni..

hmm kemurungan. mungkin dengan lebih tepat lagi aku Stress..
aku tension. pressure. ah sama lah kan..
down....huhhh.. susah nya lah kan...

Dah lama dah perangai aku macam ni. dari kecik2 lagi.. ermm..
bila dah besar macam ni . nak kan perhatian ke? hahaha
x lah .. tak kan lah nak perhatian sangat..
aku just ada masalah. aku dah luahkan.. tp apa yang aku luah kan tu..
actually aku da ada jawapan nya sendiri..

so aku rasa macam ahhhhhhhhhhhh..... sama je..
hmm.. n pada masa yang sama..
dalam hati aku menjerit..

" kan BEST kalau ada tok.. kan best.. kan best. kan best "

lepas tu aku rasa macam nak lempang je muka sendiri.
kenapaaaa... kenapa waktu sulit mcam ni baru nak ingat tok..
kenapa aku macam ni...

cepat2 aku sedekah kan arwah al fatihah.. aku tak nak dia sedih tenguk aku macam ni.. :(

n waktu aku lebih banyak dengan tidur di siang hari.. malam aku berjaga.
segala tak terurus. aku tak amik kisah keadaan sekeliling, aku tak keluar2 rumah..
apa nak jadi .. jadi.... aku down.stress. ahhh..... cam mana nak back to normal.
ah normal la sangat kan..

Tadi.... kakak aku ketuk pintu. aku dah terjaga. tapi kenapa boleh terlelap..
dia cakap " T,.. kalau kau nak makan.. dtg rumah aku buat  kuih cara manis.. "

hmm aku cakap "ya " terus masuk bilik. damn,.. aku terlelap lagi.. ahhhh ..
semua di luar kawalan.. bg pandangan orang..
nampak mcam aku keras kepala. degil. orang dah concern .. buat sombong.
tapi tu di luar kawalan. aku terlelap. ahh... im so sick :(


Kemudian dah tersedar tdur. aku mandi.. lepas tu cari kawan rapat aku..
siapa lagi kalau bukan Internet. yes. internet is one of my bestfriend. haha sadis kan?
hahahaha .lantak la. janji aku ada kawan baik .

Tetiba Mak pula datang. bagi aku roti jala... mak cakap
" Ni bibik bagi..kalau nak kuah kari. amik kat rumah.."

n u noe wat....
aku masih tak berganjak2 lagi dari depan pc ni...
mesti mak ingat aku ni degil.. dah bagi makan pun pemalas nak datang rumah..
dah la kuih tadi akak suh amik. aku x amik amik..

oh GOD. apa kena dengan aku ni...
macam nak tampar2 je muka sendiri.
ahh DAMNNNNNN~!

senang diperbodohkan...

Semalam.... ada someone cakap aku ni.. senang di perbodohkan oleh lelaki...
Ok.. benda ni mmg aku dah lama sedar.. dan tersedar. dan telah sedia maklum hahaha.
coz aku sekolah.. kerja.. pun memang ada kaum lelaki..
memang aku dah lama perasan sikap mereka ke atas aku..
tapi aku selalu berpikiran positif..
amik mudah. malas nak fikir.layan kan aje ..
aku memang selalu macam tu.

Aku malas nak amik hati sangat dengan mereka..

Dalam case macam ni..
senang di perbodohkan..
tak bermaksud aku BODOH kan?
hahaha. ye ke? entah lah.
tapi aku tak rasa aku bodoh.
sbb aku dah tahu.. aku dah sedia tahu..
tapi kenapa still timbul.. di perbodohkan tu?

oh mungkin sbb aku dengan rela hati di perbodohkan...
hahahahah

suckkk ;)

haha boleh pula macam tu kan...
well.. macam mana nak cakap ek..
aku rasa biar diri aku seorang je lah yang tahu pasal tu..
well,. kawan kawan lelaki yg pernah jadi kawan aku. dan masih jadi kawan aku..
fyi.. aku tak kisah pun. hahaha. buat lah lagi.. T_T

hehe. mcm tak pecaya je :)

just now.. ye la baru je tadi. abg aku asyik keluar masuk.
tapi tak tegur2 aku..
lepas tu tak lama kemudian..
tetiba dia called..
dia tanya....

"dah makan ke belum?"

n dia bagi aku nasi n lauk..
untuk aku..
thanks...

tak sia sia aku moody... badmood ahh sama la tu kan.
aku down la.. aku stress. aku tension..
pressure.. ahh segala macam lah.
dalam tempoh 4 hari.
aku makan 3 kali je ..
lama lama macam ni sure kurus kan hahahah.
mimpi je la...

aku dah biasa macam ni. hmm..

btw thanks abang ;)

2.14 am :)

Friday, July 29, 2011

soalan soalan lazim..

Antara soalan2 yg selalu orang tanya kt aku..

" ko ni duduk sorang2. tak keje. mcm mana kau nak makan? "

Ok.. bagi menjawab soalan ni. aku kena betul2 lapar baru leh fikir. haha..
kang kalau tak lapar. tak feel sangat nak menjawab soalan secara tulus dan berhemah tinggi..

1st of all. rumah mak .. rumah abg. rumah abg abg aku dekat.. 
alaa bukan la aku independent sangat duduk sensorang. asal nak makan je
sampai kena membanting tulang ke apa ke.
tak ada lah macam tu.
mungkin kawan2 yang jauh dari aku. terbatas la sikit minda mereka nak imagin macam mana cara aku hidup.
wah. masam struggle bebenar je. haha. im survivor u noe . ehehehe


makan?
kalau dulu time aku kerja..... ceh.. dalam hidup aku ni. aku keje setahun setengah je..
dgn gaji bulan bulan .. opss. masa tahun pertama tanpanya la tu kan.
since duduk sensorang ni lah kan..
aku tanggung diri aku sepenuh nya..
makan pagi petang siang malam guna duit gaji aku..
termasuk tambang . dan semua la..
kalau tak cukup.. aku akan advance. hujungbulan bayar balik.. tgh bulan advance lagi.
hujung bulan bayar balik.. aku tak mintak2 free free.. is not me lah kan. :(

kadang2. aku makan kat rumah mak.. di sebab kan xnak la malu or rasa menyusahkan orang.
aku ajar diri aku supaya beli barang2 dapur untuk mak.
sayur.. ayam.. ikan bilis. telur.. beras 1 kampit..
haha beras tu aku just beli sekali je :P
ni time aku kerja la. berduit. so aku beli kan la..skg aku  x kerja..
satu benda pun aku tak hulur. iskkk...

itu cerita time kerja. bagi aku tak ada masalah pun.
sbb aku dah tentu2 melantak time lunch.. breakfast pun makan..
balik rumah makan.. semua guna duit gaji.
erti kata lain. aku tak meminta2. aku tanggung diri aku sepenuh nya dat time la kan..
ermm...
keseluruhannya.. baik baju raya.. tambang. or semua la dr hujung rambut sampai hujung kaki :)


sejak tak kerja ni...

Makan? aku pergi rumah mak la.. mak tak macam tok. mak masak apa yg ada je..
satu jenis je. n ramai pula tu nak makan..
Kadang aku g lah rumah mak. kadang rasa macam menyusahkan je..
dah la tak kerja..
lepas tu nak susahkan mak. yg dah sedia  susah..
hmm...

Kadang abg aku suruh pergi kedai beli makanan.. so.. aku dapat lah
beli untuk aku sekali.. kadang la.. kalau dia tak suruh..
tak makan lah aku... haha serius. da mcm boleh apply bersamamu.. iskkkkk...

Lepas tu.. tahun ni.... tahun ni lah kan. abg beli kan aku stock maggi..
stock telur ayam.. belikan aku milo.. beli kan aku colgate...
erk colgate tu masuk dalam list MAKAN ke? hahaha.. betul.. ni pestime.. baru tahun ni je..
lepas tu .. aku pestime minta duit kat dia untuk beli barang2 keperluan aku..
haa baru tahun ni aku minta . sebelum2 ni aku advance je. aku dah xda duit terpaksa la minta..

n kadang kalau dah lapar sangat. aku mintak juga lah duit kat abg aku  .. nak beli makan..
terpaksa.. sbb dia tak suruh g kedai. macam mana aku nak makan.. hahahahaha..
kadang dia suruh adik aku pergi kedai.. so aku still  x dapat makanan ..
sapa g kedai. dia lah dapat makan.. cam sadis kan hahahahaha...

Kadang aku masak...kalau ada lebihan2 bahan dr bisnes. tapi tak selalu lar.
coz menda tu pun nak nak d gunakan. so aku tak boleh lah nak amik utk masak sangat..
tapi kadang kalau ada bahan tu.. mmg aku masak lah utk perut sendiri.
kalau ada lebih.. bagi kat rumah mak sama..
aku xnak lah menyusahkan mak je.. ;)

erm.. ok kitorang ada bisnes..
then kalau ada org order..
n KALAU AKU TOLONG..
dapat lah aku makan..
selalunya kalau aku tak tolong.. aku malas. aku bangun lambat. aku tak ada mood nak keluar blik.
selalu nya sebab2 permasalahan jiwa dan hati dan kehidupan. yes aku ni sangat2 bermasalah. tp tak ada sapa
pun nak faham.. so aku lebih suka berkurung diri dalam bilik.bertemankan katil dan tilam serta bantal yang di sayangi selalu..

selalunya aku tak tolong. n aku tak dapat makan..
haha macam kejam kan? macam lah aku ni orang luar sangat.
WAT DE HELL. omg cam ne aku leh tak sedar diri. OPSS indeeed !!!!! AKU MEMANG orang luar. LOLX. aku typo ke. tp malas nak delete. banyak tol typo hahaha. aku lupa diri sekejap.aishh..

Bibik aku tu la. aka tukang masak. aka da macam anggap family da pun. dia sangat ANTI..
kalau aku tak tolong n aku amik makanan..
hahaha but AAK.. lantak la. aku tak heran pun... ko bagi aku amik. ko tak bagi. aku tak ingin..
muka dia masam je..

macam tadi. aku saja la test keluar...aku tak pandang dia . tapi just tenguk dr hujung mata je. aku taw dia
tgh pandang aku dan masam muka. AHHHHHH.. igt aku nak bukak periuk amik lauk la tu..
ohhh damn~!!!


tapi kalau aku tolong.. lembut je cakap.. amik la makan sikit. simpan utk malam..
untuk besok la apa lah.. hahaha.. do i care?
aku ni ada perasaan lah. dulu boleh je aku amik apa apa lauk yang aku suka.
kenapa sekrang nak bias bias.. abg.. mak. pekerja2 boleh je amik. tapi aku?

apa yg aku pegang .... KAU tolong. kau dapat duit. bukan nya kau wt kerja aku dapat duit.. aku tolong aku dapat duit.. aku tak tolong. aku x dapat. so apa kepentingan nya bagi kau? kerja kau d bayar sbb kau buat kerja..
bukan sebab kau nak CATU makanan utk aku..

ahh lantak... biar yang di ATAS shj buat penilaian. aku rasa macam teranaiaya.. tapi  lantak lah..
hidup bukan untuk belas kasihan.. ..hahah emo sikit aku PART ni... serius emo..

Aku sama sekali tak kisah lah..
sebab aku dah biasa sangat tak makan ni..
apa lah sangat kan. hahahaha.
dah bertahun aku hidup seorang..
aku pernah kena pulau.
wahh dasaat ayat kena pulau.
ye la. macam aku pun dah mati sekali je.
tak ada amik peduli amik kisah..

so aku dah BELAJAR..
so tak kisah lah... aku tak kisah..
sbb aku dah BIASA

hmm btw thanks kat abang.. kadang beli pizza. beli mekdi ..hulur2 kat aku..
kadang beli makanan tak habis pun dia hulur gak hahaha..
thanks jugak kat mak.. rajin tanya. dah makan? nak makan... hmm walaupun kadang tak ada lauk
mak tetap pelawa aku. anak malas ni hahaha.
thanks mak. thanks abg...thanks kakak..rajin masak. n smpan kan lauk tuk aku..
thanks to kak wit aku jugak. kak wit ni penyewa bilik kat rumah. n pembantu
dia rajin pelawa aku makan kadang..
thanks jugak kat bibik aku ..pernah bg makanan ..

haha da macam menang award plak kan.thanks sana thanks sini..
ermm aku hargai.aku tak lupa...
oke lah tu saje..
erm,,

THANKSS semua... abg.. mak... kakak... 
---------------------------------------

:: dulu aku rajin main poker. sekali aku terkenal nan abg ni . aku serius lupa lah apa nama dia..
dia tanya2 pasal aku.. pastukan.. bila aku ckp duduk sensorang. tak makan lagi. haha dia nak bank in duit.

" bak sini num acc. abg bagi duit. tapi ingat. beli makan je "

huhuhu gila baik laa. padahal baru je kenal..

lepas tu aku nasihat kan die balik..

" kenapa lah abg ni baik sgt. kalau ada orang nk amik kesempatan macam mana? dah la baru kenal.lps tu nak
bagi bagi duit pulak tu.. "

haha rupanya dia dah tersuka kat aku.. tapi aku tak rasa dia suka.AKU RASA DIA KESIAN je kt aku ni.. haha typical :)

Abg ni.. dia duda tak ada anak. wife dia meninggal dunia dalam kemalangan . n dia yang drive..
dia macam sedih la. dia yg drive. dia hidup. wife dia yang meninggal, kesian kan abg ni.
aku da lama x contact dia. dah lost contact. aku harap abg ni dah berkahwin lagi n hidup bahagia.. amin...


oh ya :: abg aku lebih suka tanya.. internet ok? pc oke drpd " ko da makan ? " haha terbaekk ~

jerawat

huhuhu jerawat 5 biji dalam satu masa...

ahhh ni dah kes parah.
serius aku dah tahap serius TENSION ..
before ni sebiji dua je tetiap bulan dekat2 period..

tapi ni dah kenapa. !
kenapa sampai keluar dengan begitu pesat membangun..
adess. bingung..
macam mana nak hilangkan tension aku ni....

oh god. pls help me...

Rindu

Aku rindu life aku yang dulu...
life yang di mana.. ada orang orang tersayang dalam hidup aku..
dulu aku mmg tak bebas, sebab Tok n Wan pun tak suka tenguk aku keluar sangat..
nak keluar boleh. tapi tenguk timing jugak lah.. tapi tak boleh kerap sangat..
kang kena bebel...

Masa kecik2 dulu.. pagi pagi je
Wan akan beli kan aku sebungkus nasi lemak dengan cekodok pisang..
sebagai sarapan..dan aku kena bancuh kan Wan milo 'o panas dan standby kan
roti kismis or Kuah apa apa untuk Wan cicah..
tenguk kan ubat Wan n Tok..

Then bila tengah hari.. Wan pergi ke masjid..
Ya.. Wan aku 5 waktu pergi masjid..
sebelum Wan balik dari Solat Zohor....
Aku dan Tok akan prepare makan tengahhari atas meja..
Selalu nya lauk ikan ikan ikan ikan.
dan dulu aku TAK MAKAN ikan. dulu lah.
sekarang dah boleh terima ikan dalam hidup aku,
Lauk selalu bukan sejenis lah.. Tok memang akan masak utk Wan.
kadang aku tolong kadang tak. haha aku ni pemalas..
kadang sampai kena bagi kata dua..

" hang nak makan.. hang tolong..kalau dak. hang toksah makan nasi "

actually bukan tolong apa pun.just teman kan kat dapur tu..
ada satu peristiwa ni..aku masih teringat..
aku sepatutnya tolong tok goreng kacang kalau tak silap.
but then entah macam mana . aku boleh merayap g rumah mak..
balik2 rumah je Tok dah membebel2. rupanya baju dia terbakar kena kat kuali.
baju dia jenis yang kena api boleh melekat tu..
nasib la tak kena kat perut coz pakai kain batik kan ..
huhuh cuak aku.. menyesal pun ada..

Hmm tapi sifat malas tu mmg susah nak pisah kan dengan diri aku..
mungkin sebab di manja kan. hahah wan pulak bekap kuat..
kalau tok suruh on suis kipas.. wan dulu yang bangun. kalau tok suruh
ambil air kat dapur..
aku memang liat. ye lah dapur gelap... tok n wan kat depan.. aku sorang sorang nak
g dapur .. memang melangkah setapak toleh belakang. setapak toleh belakang. sekali
tok jerkah. terus aku tak bergerak. akibat takut.. nak bukak lampu pun takut.
hahaha wan lah yang bangun ambik kan air untuk tok..
bila fikir2 .wahh penakut nya dulu aku. skrang relax je kt dapur. sampai kul 456 pagi..

Bila dah petang..selalunya .. kami akan berbaring sambil tenguk tv..
aku baring sebelah tok. dan wan duduk atas kerusi kesayangan dia..
Kalau tenguk tv.. actually tok ni tak nampak sangat. dia mendengar je la..
dan aku kalau tenguk tv. dengan sepenuh perasaan..
selalu nya tok akan tanya..

" haa da sampai mana ni haa.. apa jadi kat orang tu.. "

" laa awat pulak lagu tu. macam mana depa buleh tahu pulak ni "

hahahah jawapan aku simple je...


" alaa tok panjang la cite die... "

teruk kan aku? memula aku layan la. aku cite kan aje la pasal drama tu kat tok. bila tiap kali
tenguk tv je tok asyik tanya.. aku terus jawab " panjang lah cite dia "
memang biadap..kalau ada Nab kat rumah hahah Nab lah yang melayan. Tok memang tak kan tanya aku.
semua Nabila..

"Nabila. ambik kat aku ayaq segelas sat.."

" Nabila gambaq ni da sampai mana dah.."

Nabila lah yang jawab semua pertanyaan. pernah sekali aku sampai merajuk..
ada Nabila .semua Nabila. sampai aku pun dia tak tanya apa dah..
haha..


Nabila ni kawan baik aku .. :) sekarang kawan baik lagi la kot.. not sure. sbab tak rapat dah macam dulu :)

Nabila tak sempat mengenali Wan aku ... 

Bila dah malam..
Tok solat.. Wan pergi masjid..
kalau hujan baru wan solat kat rumah. kadang wan pergi jugak .. Hujan-hujan pun dia redah dengan basikal..
Aku? tenguk tv. aishh teruk teruk kan aku ni..
lepas solat.. kitorang siap kan untuk makan malam.
makan bertiga bersama.
kemudian tenguk tv.. makan atas meja makan. tak macam skrg. asal
makan je depan tv. depan pc huhu rindu nya nak makan kat dapur. atas meja makan ramai2.
hmm..

Kalau Khamis malam Jumaat.. wan selalu bawak balik nasi kotak..
dan aku lah orang paling bahagia..
hahaha makan sedap.....wan pun tak kisah aku makan.
sbb wan memang nak makan yang di rumah je..
rindu betul lah.. ishhh.... lepastu bila tetiba aku ada ADIK. haha masih tak boleh terima hakikat ni ada adik..
alaa aku x ngam lah dengan dia.. bila ada dia je. aku kena share. kena ber alah.. bosan betul..
wan bawak sebungkus je. kadang aku nak menang gak ~!! sebab haja tu bukan duk nan aku n wan n tok. dia duduk rumah mak, kadang dia tak datang rumah tok. memang aku yg melahap makan sampai habis dengan
bangga dan puas hati. hahah sangat kejam !

Malam2 wan suka betul layan berita dunia tv 1..
dunia hari ni ..berita tu bagi aku bosan kot.. serius bosan. suara pembaca berita yang macam
mengantuk.. antik gila suara. lepas tu kabur je gambar dia tak sharp.. warna2 kusam . tak ceria.
wan boleh layan berita tu sampai menganga mulut mengadap betul2 depan skrin tv..
aku sambil baring wat kerja sekolah.kadang angin gak. nak gak tenguk drama ke cerita apa yang menarik.
haha tok selalu cakap..

" melangut.. tenguk wartaberita. duniaa. macam nak jadi menteri "

haha tenguk dunia pulak tu.. adess rindu pula nak tenguk berita tu .hahaha..
aku dulu tak boleh macam sekarang. cukup time kena tidur. cukup time kena tutup tv.
tak boleh main langgar je..


tuh la serba sikit kisah dari pagi sampai malam...

ada yang aku tak nak makan. aku minta duit. aku sorang je beli nasi kedai.. sbb
tak nak makan ikan punya pasal.. aku memang teruk ~ kan..

kena tolong jahit baju wan..wan ni suka pakai baju buruk2 kain pelekat kusam2 pergi masjid..
padahal ada je kain pelekat n baju melayu baru.. aku lah tukang jahit. even aku langsung tak reti jahit..

pagi pagi jumaat. kalau rambut wan dah agak nak tumbuh. aku kena cukur kan. haha yang ni best.
sbab wan memang nak botak je pun. sebelum proses nak botak tu. aku main main la kepala dia. shave
sana sikit sini sikit. buat design itu ini. hahah  seronok..

time tok mandi. tok panggil minta tolong gonyoh belakang dia dengan berus mandi n sabun..
hehe rindu rindu kadang kami mandi bersama opss..

Tok kalau keluar. dia tak bawak aku. mesti dia beli kan Ribena .hahahah dah sampai umur 19 thn pun still
dia belikan ribena.. selalunya dia beli satu.. di sebab kan aku ada "adik" haha dia mesti sorok dulu dalam peti ais bila da malam malam baru dia cakap.. hahah terbaikk :)

skarang kan. aku macam tak ada makanan favourite pulak ~ ermm apa yang aku suka makan ek?
actually .. aku rindu la ayam masak merah tok.. rindu ayam masak kicap tok. rindu sambal ikan masin.
ahhh aku rindu nasi susu.. nasi durian .. rindu nak makan nasi yg tok suap.. rasa sedap je... sampai jilat jari tok... semua tok masak aku rindu .. semua tok masak adalah favourite aku kecuali IKAN. hahaha

sampai tok pernah cakap...
" laa ni hang tak makan ikan.. nanti kalau aku dah tak dak.. mesti hang makan ikan jugak!"

aku start makan ikan time aku kerja dulu.. sebab bosan la. lauk ayam dia yg sama je.teringin pula makan ikan sambal.actually dulu aku makan ikan. but ikan tenggiri je. aku panggil ikan bulat je.sbb tulang dia kat tengah je..so senang. n ikan sardin aku makan jugak. tapi sekarang. ikannnnnnn aku makan je. pandai je pilih isi n tulang hahahaha.. dah kena sumpah la tu kot hehe..

hmm rindu rindu rindu rindu..
rindu sangat sangat..
banyak lagi.macam macam lagi .
kalau nak share. memang banyak. ni random thing je yang aku terfikir saat ni yang buat kan aku tersenyum..

Stop And Stare

Hmm aku suka lagu ni...
sejak dua menjak..
asyik ulang ulang ulang banyak kali..
aishhhhhh....


hmm

akhir akhir ni..

hidup aku tak ubah macam dulu...
terperuk dalam bilik,
tidur lewat pagi..
bangun petang2..
dah bangun..
mandi.. boleh sambung tidur..
bangun je. rumah da gelap..
baru nak buka lampu..
makan selang sehari..
haha tipu la tu..
makan sekali je sehari.

minum pun kurang.
macam puasa je..
hmm....
kenapa dengan aku ni...
tak suka lah hidup macam ni..
muka nampak kusam sangat..
jerawat membangun dengan begitu pesat.
tak terkawal....
ohh sadis..
hari hari sedih.. hari hari aku kurang becakap melainkan dengan fon call..
kalau tak.. aku just bercakap dengan diri sendiri je...

hmm
tu lah berharap..terlalu mengharap.
Hmm.entah lah ..
aku tak tahu nak cakap macam mana lagi..
segalanya macam tak adil kan..
ahh cakap pasal adil ke tak..
sapa aku nak MEMPERTIKAIKAN nya lagi...
siapa aku....

aku stress lah.. damnnn stress ~!

Wednesday, July 27, 2011

happy

NAK happy JE HARI NI BOLEH TAK ?

tiga sudah :)

Tadi saja lah aku belek2 fb..
tenguk schoolmates2 time skolah dulu2.
dia baru post pic anak ke3..
wahhh anak KETIGA tu....
baru je di lahirkan..

entah kenapa saja lah kan view pic album dia yg lain lain..
mmg happy family betul lah.

ada satu pic ni mmg cam tersentuh je aku tenguk.
laki bini pegang anak sbb nak guntingkan rambut..
comel je la..
anak dia mesti lasak time papa dia nak gunting.
yang mama dia pula..
terkial2 pegang..
comel.comel..

dah anak tiga dah. Alhamdulillah..
siapa sangka.. monitor class aku time form 1..
dah berjaya ada 3 orang anak..
Semoga KAU dan wife n family.. bahagia hingga ke pintu syurga..
amin..


jelous r pula..
aku ni anak kucing pun seekor pun tak ada lagi.
ermm..
bila la mission aku nak berjaya ni..

bila terfikir2,. terkenang2..
tetap berbalik yang satu ni....

BAGAIMANA nak mula?
aku tak nampak jalan lagi.
cara pun tak ada....
hmm

letih melukis impian..
penat mengejar mimpi..
aku nak berehat.
aku nak tenang..
aku nak damai selalu..

ermm....

ingatan untuk diri sendiri

jangan mengeluh...

jangan .. jangan ..dan jangan..

erm...

tadi aku selak2 diary ..
baru beberapa helaian je.
dgn mudah aku boleh menangis.
adui....

sedih betul kisah hidup aku ..
da cam drama air mata je..

dulu kuatkan aku..
even dulu aku sendiri..
time tu Ain bz study..
semua bz stdy.praktikal..
erm...

time tu aku sensorang?
OMG. aku sensorang tempuh hidup pertama yang penuh episod
yang berduri2..

Tahan perasaan.. erm..
susah lah nak lupa..
aku tak tahu macam mana nak lupa kan satu persatu..
rasa macam nak akhirkan semua ni..
tapi tak tahu macam mana.
tak nampak cara..


kbai.. malas la nak ingat apa apa.
malas nak fikir..

semalam fikir. hari ni fikir..
semalam W jadi tempat sharing semua..
ermm.. esok lusa?
ermm.. entah la. W  pun ada life sendiri.
tak kan asyik nak jadi telinga n bahu kepada aku je.
ermm....

Tuesday, July 26, 2011

akhirnya cakap juga..

haritu teringin sangat nak makan durian..

asyik tenguk status orang pasal durian je..
tenguk semua orang update makan durian ...
teringin sampai terliur2..
membuatkan aku terpaksa juga korban kan duit topap
untuk membeli durian..

biar lah terlepas sikit rasa kempunan tu.. hahaha...
sabar je lah....

macam mana tah aku boleh terbaca status Manda. dia cakap dia otw 
nak g pesta durian kat Ampang Waterfront.
Rm 9.90 je.. dapat mineral water free..
teringin sangat nak pergi..
tapi siapa lah nak bawak aku kan.
ura ura kepada Ain.
tapi Ain cakap dia tak minat durian sangat..
ermmm :(

Malam tu juga. aku cakap kat abg..
Belikan lah durian.
teringin sangat.
kat Ampang ada pesta durian..
:(

Feedback macam ada chance..
tapi sampai skg.....
tak dapat2 pun...
tak lama lagi puasa..
tak kan nak melatak sangat durian kot.

aiiii entah dapat entah tak....
susah......semua susah.. fedup !!!

-----------------------------------------------------------------

Dari 2bulan sudah abg aku sibuk nak pindah kan Pc aku dekat dengan tangga..
so tak perlu lah aku on9 kat dapur..
tangga tu berdepan je dengan pintu bilik aku..
aku nak bawak masuk pc dalam bilik..
dia tak benarkan..
hmm..

tetiba kelmarin dia boleh teringat..

" laa camna aku boleh lupa projek aku nak pindah kan pc ko kt tepi tangga "

" alaa kat tempat berhantu tu juga abg nak pindah kan pc. ala x payah lah ! "

hmm 
sebelum tu aku dah cakap ngan dia.suruh beli kan USB fan haha sebab panas..
kalau nak beli kipas eletrik. susah kot.. suis tak banyak kat dapur..
kang meletup plak..

so lega lah dah TERLUAH kan pasal kipas tu.
lamaa oo simpan. kadang ingat. kadang lupa..
dia cakap

" haa ye la abg beli kan. baik belikan kipas betul yg kecik tu angin pun kuat "

ekceli aku malas . nanti nak kena cuci kipas tu. n masalah utama. adalah suis... nak cucuk mana lagi. semak la
kalau banyak extension hmm..


kemudian aku cakap lah.
abg baik beli kan laptop je terus. lagi senang..
tak yah nak pindah ke sana ke sini...

" ha ah kan.. aku tahu... biar senang kau tak yah keluar bilik...ada pc kat dapur pun kau melekat je kat dapur..kang ada laptop.. setahun agak nya kau tak keluar bilik "

"@$$%@$#$^^&%"

aishhh...
ermmmm.. 
entah lah......
dah TAK tercakap dah. hahhaa.

tapi sekurang2 nya da bagi tahu kan.
dari terpendam2 jer. ermm...




Saturday, July 23, 2011

interview lagi ...

hehe semalam tidur dalam pukul 5 lebih..
dah nak subuh baru nak tidur.
itu pun selepas mr W called aku..
borak lebih kurang je. sebab aku terlelap beberapa saat sebelum dia call..
haa nasib lah kau called... kalau tak..
aku nak merajuk lama lama lama.
haha dengan kawan2 pun nak merajuk.
ahh lantak lah...


pukul 8 lebih aku dah tersedar..
aku bangun terus cari handbag..
letak resume lebih kurang.
aku tarik comforter.. aku tidur balik.
haha macam mengingau je..
bangun terus cari resume..
hahaha..

sebelum tidur aku set jam pukul 9.00 , bgun je set lagi pukul 10.00 ,
kemudian bangun lagi set lagi pukul 10.30,
lepas tu pukul 11.00 ,kemudian pukul 11.15, dan pukul  11.30. oke lah takat pukul ni 11.45
ok cukup. sampai 11.45 je. aku pergi mandi.. dah standby dgn bertudung sekali. aku baring..
aku set jam 12.15pm hahah ada hati lagi tu nak tidur.
aku rasa macam sedap gila la baring.
cuaca pulak mendung2.. rasa macam ada aircond pula bilik aku...
makin sedap aku tidur.
aku sms la adik. kot kot aku terlelap.. adik reply.. leh la celik mata aku..
hahaha

interview pukul 2.00pm tapi aku gerak dari rumah pukul 1.10pm.. tah
hati ni tak berapa nak risau. sebab tempat dia da tahu.
lagi pun bus direct je sampai..
aku sms adik n Mr W jer.


dalam bus aku duduk sebelah Kin Meng. haha
kawan aku time form 3..
dia terkejut aku ingat dia. lagi pun aku jenis susah nak lupa kan orang.
OMG. dia terkejut sangat aku ingat kat mana rumah dia.. aku ingat
tempat kerja mak dia. pdhal dari 2003 tu .. sampai skg aku boleh ingat. even
dia cerita sekali je. :P
lepas tu .. dia cakap kalau one day dia nak hang.. kt TS ke apa ke. dia suh aku join
dorang semua makan2 lah apa lah.
aku cakap OK je. even duit tah ada tah tak .hahaha.

sampai di tempat nya yang terpaksa di rahsia kan...
hahaha aku dah usha dari jauh kot kot ada signboard company tu.
tapi tak ada lah pula...
aku jalan la dekat kaki lima bangunan tu.
aku pelik asal la berlonggok2 perempuan sexy ni..
lepas tu ada yang terkinja-kinja.
ada yang makan buah langsat sambil baling2 kat tangga..

aku ternampak la signboard office yang aku cari tu. tapi tak ada penunjuk arah.
ke dalam sikit ada lift. tapi aku tak bajet la office tu kat situ.. sbb macam area rumah je. seram..
haha sebab perempuan stock TAHAN DINDING haha..
merata-rata..

aku tanya lah kat salah seorang dari dia..
terus dia angkat tangan.aku belum sempat nak bukak mulut lagi cis...
bodoh sombong. bongkak konon..

lepas tu aku called adik..
kemudian aku called lah office tu. dia suruh aku naik lift..
dalam hati dah start dah baca ayat qursy. was was kot..
dah lah seram je. macam aku kt lorong mana tah.. gelap. tak ada lampu.
rumah rumah semua nya pintu bertutup..orang tu cakap..
keluar lift terus ke kanan. tapi aku saja je lalu kiri..
aku jalan jalan tenguk kawasan. seramm kot..
sambil sms adik.
berbaur wasiat hahhaa. cuak la kot kot apa jadi. atleast ada gak yg tahu keberadaan aku.
sbb pada mak aku just cakap nak kluar interview je pun. x cakap pon lokasi mana..

kemudian , baru aku ke kanan balik. ok confirm ada office..
actually dia dah nak pindah office. n yes tu rumah .. dia renovate jadi office..
sangat ramai orang..
mencanguk aku menunggu.
even aku datang awal :(
sempat juga lah pihak pemuduga tu pesan..
kat sini jangan risau.. tentang keadaan sekeliling.
mereka semua tak menganggu kita. hahahahaha



time nak balik tu...aku jalan dengan budak interview tu juga.
pangkat kakak la. umur dia pun 32..
saja lah aku jalan nan dia. sebab arah kami pun sama,
buat apa lah nak sombong2. haha macamlah aku peramah sangat..

aku tunggu bus, time nak naik bus tu.sekali terserempak lagi dengan Kin Meng..

" You ni da janji dgn I ke nak naik bus sama sama hari ni. hahaha "
buat lawak lagi..

lepas tu .. aku nampak dia dial number dari fon dia..
aku cakap

" Hey U tu number rumah u kan ? "
" hey . macam mana lorh u boleh ingat semua? " hahaha

haha aku pun macam tak percaya macam mana aku boleh ingat number fon rumah dia lagi.sedangkan
aku pernah called sekali je time form 3..
lepas tu dia nak test otak aku ke apa tah.
dia cakap...

" U ingat lagi tak rumah I ?
" Ingat lah .. dulu pernah pergi time buat 1 projek. tak ingat la projek apa. sejarah kot.. U punya gate kunci. u panjat rumah u "
" haaa u masih ingat meyh? sekarang rumah i sudah tak boleh panjat lagi lorh.. itu la tadi i called i punya adik..sebab i tak ada kunci.."

hahaha..
6 tahun kot tak jumpa Kin Meng..
sangat lain pulak muka dia..
hehe.
itu belum aku cerita aku ternampak dia kat kedai dobi Avalon time form 4..
dia cuci dia punya blanket la apa lah. hahaha
wah ingatan aku ni. biar betul. aku leh ingat lebih lebih plak ni..


:: tah kenape interview kali aku tak nak mengharap langsung..
hahaha . dapat ke tak dapat ke malas nak fikir dah..
dapat.. dapat lah kan.  x dapat.. nak wat macam mana lagi ::

Friday, July 22, 2011

tahun pertama tanpanya...

Mengenang saat dulu..saat memula aku terpaksa menghadapi hidup tanpa nya lagi..
Hmm dulu dia tak benarkan aku kerja..
study pun dia tak bagi..
but atlast dia benar kan aku study Form 6. tu pun sebab dekat..
kat sekolah berhampiran sekolah lama aku..
tapi aku quit form 6.. entah lah. AKU DOWN lagi time tu sebenarnya..
stress dengan cikgu. stress dengan aktiviti2 yang aku tak boleh join.. ermm..
aku quit tanpa memikir panjang..

Arwah Tok cakap " lepas ni hang jangan nak salah kan aku tak bagi hang belajaq plak naaa "

tapi aku tetap salah kan dia juga. :( ermm. entah lah kenapa nan aku ni.. aku quit form 6 tanpa sebab
yang kukuh.. keputusan dalam masa sesaat . haha. menyesal pun ada. :(

Setelah quit form 6. aku duduk kat rumah je. tak ada buat apa pun.. makan tidur. online. tenguk tv..
simple rutin je la kan.. Fida time tu da habis stpm dah... tetiba fida called. ajak pergi cari keja.
aku dengan berani suarakan hasrat hati aku..
yelah.selalu nya nak g cari kerja.. dah di tolak mentah2..
tapi kali ni sangat AJAIB..

Arwah Tok cakap " haa pergilah.. jangan dah kerja kang hang malas malas plak "

wahh sangat ajaib...... macam tak percaya.. buat pertama kali nya dalam tempoh dua tahun dia bagi aku kerja.. dia izinkan aku kerja..

Interview pertama . aku dah dapat kerja... mudah..mungkin sebab berkat doa dari dia kot..
Alhamdulillah..

Abg aku yang hantar aku dan jemput aku..

Tok cakap " ingat sama lah duit tu bagi lah upah kat abg hang tu jugak.. jimat2 lah sama. jangan lah dok nak harap kat aku lagi. duit gaji tu simpan la sama "

ermm time tu aku rasa macam nak enjoy.. ye lah 1st time kerja.. dapat rm 600 pun rasa macam dah KAYA kot.. 1st time nak merasa duit sendiri. aku bajet leh la enjoy kaw kaw time 1st dapat gaji tu.. Aku tak nak lah guna duit aku untuk belanja makan, belanja tambang..hahaha konon nak hua hua hua dgn duit gaji sendiri beli all stuff yang berkenan di mata. cehhhhh. hajat tak kesampaian betul !

Sangat heaven kot minggu pertama aku kerja.. pergi je ada driver.. balik je ada orang dah standby jemput..
balik rumah je tanya.. " Tok, masak apa arini ? "

kalau dulu time skolah .tanya macam tu . confirm kena marah

" hang ingat aku ni tukang masak hang ka? ni rumah sapa? pergi la dapuq tenguk apa yang ada !!! "

Arwah tok tak marah aku lagi.. langsung...
aku rasa bahagia betul la kerja.. balik ada makanan...
baju semua tok lipat kan..
seriuss..... bahagia sangat ....


ada satu benda aku paling rasa macam TAK PATUT.. n aku menyesal..
ada satu hari ahad ni.. aku tidur .ye lah penat kot kerja ISNIN - SABTU..
hari tu aku bangun agak lambat. Yelah asik bangun AWAL je kan nak g kerja..
so tetiba Tok panggil aku.. aku pun bukak pintu buat muka.....
hangin lah .. tidur di ganggu..

LAAA.. rupanya tok kejut kan aku sebab dia nak bagi aku

blouse pakai pergi kerja. dengan kain untuk buat baju kurung..
n kain tu colour favourite aku plak tu..
purple ! tapi aku tetap buat muka...
iskkk. SUMPAH ~! Aku menyesal..
tu lah antara hadiah terakhir dia bagi untuk aku !

Tok meninggalkan aku pada hari Ahad..
Isnin aku terpaksa emergency leave..
baru kerja tak sampai 2 minggu dah amik cuti..
time tu aku tak reti procedure memohon cuti ke apa ke.
aku just SMS akak office tu macam ni..

" Sorry kak tak dapat datang kerja hari ni.. Nenek saya meninggal.. apa nak jadi. jadi lah kak. "
haha. cam lawak plak. time tu aku bajet macam nak letak jawatan je terus. notis je terus ke. cehh...

Selasa aku dah mula kerja dah.. sbb kata mak, kalau aku kat rumah je. nanti aku bersedih2..
menangis2..

tetiba aku teringat..
time aku dapat kerja tu kan. aku da mula la berangan2.. nak beli tu nak beli ni. nak shopping sakan lah kan. kata dah kaya haha.. time tu aku dah planning dah nan anak2 buah. nak belanja dorang Mcd.. untuk Tok aku nak belanja dia Kfc.. sebab dia suka makan Kfc. dat y dia macam special sikit lah kan.. khas untuk dia je Kfc..Tapi dia tak nak.
dia asik suruh aku BUAT KENDURI je guna duit tu.. supaya kerja lebih berkat.. tapi aku berkeras..
aku cakap lah .. " alaa. gaji orang kecik je. kerja biasa je pun. buat apa lah nak buat kenduri.buat malu kat orang larh. isk.. "

tapi dia berkeras jugak.. dia cakap
" haa tak pa lah. kalau tak nak guna duit hang.. buat kenduri guna duit aku ! "

time tu aku tak paham lagi. mungkin tu antara petanda2 nya kan.. tapi aku sebagai manusia biasa mana lah nak perasan akan perubahan dia yang dah nak mendekati waktunya. erm..

Tapi rupanya.. saat aku gaji pertama tu.. betul2 time 40 hari kenduri tahlil arwah ..
so aku buat juga lah kenduri guna sebahagian duit gaji aku..

terasa hambar je hidup. kosong. aku pergi kerja. balik kerja. menangis..
duit memang tak pernah cukup..
serius.. hancur berkecai impian aku nak berjoli nak enjoy dengan duit sendiri..

malah aku terpaksa tanggung hidup aku sendiri..
makan, tambang, serba serbi semua guna duit gaji aku .even bayar bil astro..
semua guna duit aku..
nak kata aku boros? biasa lah aku pestime kan kerja. nak merasa jugak membeli itu ini yang
berkenan...

Aku pernah naik cab dengan tak ada duit satu sen pun balik kerja..
coz gaji tak masuk pulak hari tu..
hp plak bateri low ,, aku genggam je fon.. nasib lah cab tu nak masuk dalam
lorong rumah aku.. aku cepat2 called suh dorang standby duit..
sebab aku langsung tak ada sen. sampai rumah baru bayar..

Tahun pertama juga lah aku jadi jaat.
aku tak puasa banyak hari.
time tu aku pikir. apa nak jadi .. jadi lah..
aku tak pernah ponteng puasa. tapi tahun tu..
Nauzubillah..! ermm. kenapa lah aku jadi macam tu?
lemah selemahnya..

Malam raya aku menangis. dengar takbir raya.
pestima aku menangis malam raya.
aku baring atas katil dalam bilik Arwah tok..
aku menangis semahu-mahunya..
ermm..
tanpa baju raya.. tanpa persiapan raya..
tak ada sesiapa di sisi aku time tu..
Mak. abg kakak. semua orang tak PEDULI kan aku masa tu.
sebab ada krisis..
pagi raya baru mereka bertegur dengan aku...

Ya ALLAH tak sangka... kuat nya aku . menghadapi dugaan lampau.
serius... aku macam tak pecaya. aku bertahan sampai ke hari ni.
Alhamdulillah..

hancur berkecai kan impian demi impian aku.
apa pun tak ada. apa pun tak boleh..
tapi tenguk la diri aku saat ni.
tak ubah macam dulu.
DOWN lagi,
entah bila leh bangkit lagi.
puas dah bermain dengan khayalan.
bosan.. dan aku semakin bosan nak teruskan hidup yang tak ada perubahan ni..

kenapa dulu aku kuat. di masa yang sama aku masih down. ermm..

raya nanti....

hmm tak lama lagi puasa.. lagi beberapa hari je dah nak mula puasa..
puasa selama sebulan..
aku plan nak solat terawih..
buat biskut raya tuh.. entah lah...
last year berbekalkan duit gaji aku..
dapat gak lah aku buat biskut raya untuk kat rumah ni.
last year tak beli sangat lah biskut raya..
tahun ni macam nak  buat lagi. haha even tak sedap pun.
habis jugak ! wah bangga plak bila habis licin ..

pagi raya .. perkara teringin sekali aku nak buat..
aku nak g kubur.. aku nak melawat tok n wan..
tapi mesti tak ada sesiapa nak pergi..
eeeeeeee. kereta je banyak..
tapi tak ada sapa pun leh bawak aku.
kan best kalau aku leh drive.
tak yah susah2 kan orang nak g kubur tetiap minggu pun boleh.
bukan jauh sangat pun tanah perkuburan nan rumah..
tak sampai setengah jam pun.. erm..

soal baju raya?
erm. aku dah biasa dah tak ada baju raya ni.
alaa lagi pun aku da besar..
dari tahun pertama aku beraya tanpa tok lagi aku dah xde baju raya.
time tu la macam2 krisis..
ee bila mengenangkan semula.
tak sangka aku KUAT sangat menempuh semua ni kan..
macam xpercaya jer.
awal awal dulu aku ingat aku tak boleh.
aku rasa macam jiwa aku mati sekali..
tapi ALHAMDULLILAH.. aku still wujud lagi di muka bumi.
masih lagi di uji dan di duga..

hmm. raya memang bosan.
aku pernah tidur je sepanjang hari..
tenguk tv...
tutup pintu semua semua. haha pakai baju biasa je.
entah lah..
malas lah nak pikir..
raya tu nanti raya je lah..
yang paling  penting rumah bersih..
makanan standby..
biskut raya semua ada.
itu je lah yang paling penting..

Tuesday, July 19, 2011

Aku mula terfikir....

hahaha..
suddenly sue text aku.. dia kata nak datang rumah lepas maghrib..
apa lagi .kelam kabut la aku kemas apa apa yang patut..
buat air. wajib tu.orang datang kena lah buat air..

ok...
tu sue text before datang..
letsay...
kalau tetiba dia terpacak depan rumah aku?
masih sempat ke aku nak prepare apa apa yang patut..


dulu pernah kazen aku tetiba datang rumah.
aku tak kisah pun if if if dia nak tidur  kat bilik aku..
hahaha..

tapi faham2 je lah bilik aku mmg bersepah...
anak buah yg kecik2 masuk pun geleng kepala ke kiri ke kanan...

so.. mmg aku bentang toto amik bantal.. rela teman dia tidur depan tv.
no no no no. aku nya bedroom. jgn lah masuk..
leh pengsan 44 hari kot..

lepas tu plak. isu toilet..
toilet aku simple je pon..
tapi aku suka sangkut segala macam baju dalam tu..
haha tak suka letak dalam bakul
sbb bakul aku semua penuh dgn pakaian2 bersih.
iskk aku sangat malas kot nak lipat kain baju..
jadi bakul2 semua penuh dgn baju bersih..

so then baju  yang kotor aku sangkut je dalam toilet..
bila ada orang nak datang n nak gunakan toilet. especially pakcik aku,
berlari lah aku cepat2 alihkan segala macam pakaian yang tersangkut2 dalam toilet tuh..
teruk kan?

aku mula terfikir..
letsay kalau ada emergency.
yang membuatkan
ramai ramai kazen aku datang.. sampai segenap ruang tak mencukupi tuk dorang tidur.
mesti kena tumpangkan dalam bilik juga.
aku terfikir2.
kalau kalau pakcik aku tu nak guna toilet aku.
n time tu aku tidur.
mesti dia tenguk segala macam gantung-gantungan tu.



aku sepatut nya be prepared...
macam air tu.. dah buat siap siap hahaha..
letak je dalam fridge..
toilet kena sentiasa bersih..
dapur tu jangan cakap lah..sbb aku share dapor nan SIL. susahlah.dia ni mmg tak suka kemas
dapur..
cam haram..

bilik aku pun kena bersih juga lah..
erm. incase kalau aku meninggal dunia..
dorang tak ada lah sampai terkejut sampai meninggal dunia gak hahaha..


yang aku hangin sikit pasal dapur la. aku tak suka dapur bersepah.
sebab dari kecil lagi. mmg dapur umah aku tak bersepah macam skg.
tapi kehadiran SIL aku yang tak reti nak berkemas..
entah lah.kenapa dia jadi macam tu..
setiap kali lepas masak.. segala kuah. minyak. sambal yang memercik tu dia tak akan lap..
aku yang lap..
oh god....
aku rasa macam nak azan kat telinga dia..biar dia sedar..
semak kot.... semakk sangat.

tapi atas dasar hormat kat abg aku..
terpaksa lah aku bisukan mulut.
dia buat kotor. aku kemas..
terpaksa doh...

malas nak banyak bunyi..
aku sedar diri aku sapa..


ahhhhhhhhhhhhhhhhhh AKU MELALUT LEPAS GERAM PLAK.! ADES..

back to topic..
aku ingat lepas ni aku nak
bersedia dengan segala kemungkinan..
macam MALAIKAT IZRAIL juga.. letsay dia datang ..
bukan nya dia inform dulu ..
bukan nya kita leh suh tunggu kejap..
nak prepare apa apa bekalan yang di bawa..
so baik bersedia je la kan....


hmmm

Monday, July 18, 2011

adakah nanti...

tadi aku pergi mayana restaurant
kedai makan kt nan umah aku tu..
belikan makanan abg aku..
masa tgh tunggu order tu..
table sebelah ada couple taw..
sweet je aku tguk..

cam datuk n nenek je.
yupp. da tua sangat..
tp still makan sama sama.
sopan je makan..
slow slow je suap..
aku usha je la kan..
dorang share air gelas yg sama.
mgkin sbb da tua xleh minum ais sangat.

tu yang dorang share tu kot..
hee
dating.. makan sama sama.
sweet sangat......
maybe da terbiasa kot dari muda muda ..

kalau aku nanti..
adakah nanti camtu jugak?
hahaha..

serius tadi aku imagin kan diri aku time tua tua..
nak gak la merasa macam tu..
cinta kekal ke hujung nyawa..

jangan time muda je hangat2..
time tua.. tah tah sebelum tua je da jadi janda..
huhuhu..

macam tok nan wan..
dorang tak tidur sekali.
mungkin sebab ada aku kot..
aku ni menganggu je kan...

tok tidur nan aku..wan tdur sensorang..
tapi wan aku jelousy lah..
kuat jeles..
sampai ke tua still jeles..

kadang sampai bergaduh2..
tapi  dulu aku tak paham sangat nape wan perlu nak jeles..
tapi bila da besar ni. baru aku taw....

wan sayang tok .. sbb tu dia jeles  tok peramah sgt nan budak2 laki.
hahaha.
so sweet.
nak jadi cam kisah cinta dorang juga.
meninggal pon di tempat sama..

ketawa menangis

tak boleh tdur..
gagahkan diri jugak on pc kat dapur.
yang agak suram ni...
ahhh malaas nak pikir ape ape.
aku kena berani.aku kena kuat.

sampai bila kan...


masa kecik2 dulu..
kalau main dgn kazen...
bergurau2 dgn anak2 buah....
mesti kena tegur..

" jangan nak menghela sangat..kang  sat g menangis "

" ketawa ketawa..kang teriak "

dah biasa sangat kena tegur macam tu..

so bila da besar2 camni..seakan2 sumpah seranah plak..
dah berpuas2 bergelak ketawa.
mesti menangis...

time skolah dulu kalau tgh tgh gelak..
cpt cpt aku ingatkan diri aku..
dah dah .ape lah bersungguh2 gelak.
kang x pasal2 mesti ade ape ape pastu ternangis plak..

hmm rupanya sampai ke saat ni.. mmg cam tu...

semalam ketawa2...
harini.. menangis2..
esok?
tah la x pasti..


aku berharap esok aku dapat berita baik..
berita yang boleh buat aku tersenyum da whole day.. n da whole life..

macam kisah 16 January 2010
aku nangis sekejap je.. sbb pagi pagi lagi aku da dpt berita gembira..
so aku rasa.. lepas ujan yg turun..
ALLAH hadiah kan aku pelangi yang cantik berseri walaupun sementara..
hope esok sejarah akan berulang juge..

esok aku nak happy!
opss i means.. 18 July 2011

ada apa dengan tanggal 18 niey..
besday AKU .. 18dec
besday W 18 Nov.
last year hidup baru 18 Jan
arini dalam sejarah 18 July

ape lagi lah 18 ek?
huhu
harap lepas ni semua yang baik baik je.

yukkkkk semangat! ermm. dah senyum...
senyum for da whole life~!

Sunday, July 17, 2011

satu hari dua kisah

saat ni juga..
another part...
erm..
tah la..
aku da selalu sangat kena macam ni.
aku tak berhak nak memilih..
semua dah tertuliskan....

mesti aku yang jadi orang yg sedih..
tapi kenapa aku..
kenapa ending dia tak seperti yang aku  harapkan...

kami masih baru berkenalan..
entah lah..
macam tak adil lah life ni..
tak adil untuk aku..
tapi siapa aku
nak mempertikai kan semua ni.....





syshhh.. diam lah hati.. jgn nak mengomel2 lagi..
terima.redha... diam.....senyum...
esok masih ada.!

tapi masalah nye aku xleh nak senyum dah..
mesti ade airmata yg turun kt pipi aku ni..
aishh susah la jadi orang yg sensitif ni..

oke la. aku xde mood dah nak online.
sampai sini je la harini..
esok hari yang baru..
esok masih ada..
aku nak bangun tidur dengan senyuman....


thanks... thanks awak coz penah jadi kawan saya,,,

saat ini

di saat ini aku tgh mendengar kan oh media fm..
tetiba plak ade lagu ni..
aku tak tahu la plak title die.
then aku google lah lirik die..

erm.. lagu dari Luna Maya
tajuk nya...

TAK BISA BERSAMAMU..


aishhhh terkena plak lirik dia .. dgn saat ini..
erm..
serius..

telah aku putuskan untuk mengakhiri cinta ini
meskipun berat tuk melepasmu dari hidupku
mungkin inilah jalan terbaik untuk dirimu dan diriku
tergores luka di jantung hatiku karna dirimu
aku selalu mengerti kamu tapi kamu tidak
mengerti aku aku selalu sayang padamu tapi kamu selalu sakiti aku
aku tak bisa terus bersamamu
aku tak bisa terus bersamamu aku tak bisa
aku selalu mengerti kamu tapi
kamu tidak mengerti aku
aku selalu sayang padamu tapi kamu selalu sakiti aku
aku selalu mengerti kamu
tapi kamu tidak mengerti aku
aku selalu sayang padamu tapi kamu selalu sakiti aku
aku tak bisa



hmm entah la.. arini je rase berdosa plak.. tapi apa daya aku kan..
aku mmg tak boleh..
dan tak boleh..
bukan salah aku pun kan..
dah mmg mmg aku tak boleh.
.tak kan nak paksa..



hee entry emosi plak. erm..

Friday, July 15, 2011

cerita tentang mimpi

hmm semalam aku mmg tidur agak lama..
dah tersedar pun leh terlelap balik..
letih sangat kot. sampai lenguh kaki berjalan..

hmm....
tdur yang berkualiti adalah apabila aku dah kemas katil. susun bantal..
n bila semuanya dah tersusun.. aku baring.. sambil mengiring dan peluk bantal..
berdoa.. dan baca apa apa yang patut.. pejam kan mata...
dan tarik comforter.. dan terus tertidur...

aku bermimpi....
aku tgh tdur. dan terjaga.. nak ke tandas..
actually depan bilik aku je tandas..
tapi aku lebih selesa g tandas dalam bilik arwah tok..
mmg dah jadi kebiasaan sejak dulu dan selamanya...


aku mimpi aku ke tandas,
aku ternampak kelibat seseorang bertelekung.
n yes. aku kenal sapa dia..
arwah tok ..
tetiba bulu roma aku meremang..
aku cepat2.. tutup pintu.. berlari ke bilik tidur aku..
dan aku di ganggu..
puas aku membaca doa apa apa. memohon pertolongan dari Allah..
sehinggalah aku tetidur semula...

apabila aku bangun pagi...
aku terus menuju ke luar..
aku terlihat arwah tok di tempat biasa......

aku sangat lah gembira...


ohh tok.. ke mana tok menghilangkan diri sebenarnya..
orang da lama duduk sensorang..

aku tersangat lah happy....
tiada langsung kerisauan akibat aku ternampak kelibat manusia bertelekung pd malam nya.
aku menjangka kan itu adalah dia. mesti dia nak buat suprise untuk aku...

hmm..
tapi TAK SANGKA. semua tu mainan mimpi..
dan seperti biasa..
apabila tersedar dari tidur..
aku terasa cam happy sangat..
aku rasa dia ada..
dia dah kembali.
dia tak kemana mana...


tapi rupanya hampa. dia dah lama tinggalkan aku.
dan tak akan kembali lagi....


aku selalu di landa mimpi macam ni...
mimpi yg aku bersamanya ..
tapi bila aku terjaga dari tidur....
aku seakan nak cari dia dalam realiti..
tapi dia tiadaa......
hampanya..

ohhh sangat kecewaaaa

tok.. orang rindu tok sangat2..

alfatihah ~!

Thursday, July 14, 2011

jalan jalan jalan dan harapan

hari  ni kan ada temuduga, lucky adik pun dapat.. so happy sesangat. n tak risau
dah nak kena g sensorang..
lagipun aku tak biasa lah nak jalan sensorang kat tempat yg asing..
thanks god!
Alhamdulillah....

pagi pagi dah bangun..
n thanks to someone.. sbb dgn baik hati anta msg.. kejut kan aku bangun dari tidur..
actually dah tersedar dah time dia msg tu...

lepas temuduga..
actually habis awal..
tapi hati ni haa tak mampu nak balik rumah awal2 lagi..
oh ya... semalam aku sms abg minta duit tambang..
dpt laaaaaaa duit.. tu yg rasa nak merayap pas interview. saja lah kan abis duit.
bila lagi aku leh keluar..... asyik terperap je kt rumah.
cam katak bawak gelas..


btw thanks abg coz bagi orang duit...


hmm..
jalan jalan jalan jalan..
interview habis tersangat lah awal.. 10 am dah terpacak kt ts. oh pestime aku
g masuk shopping complex pagi pagi tersangat pagi. hahaha


jalan jalan jalan jalan dan jalan jalan....
makan.. karoke.. jalan jalan jalan jalan. duduk borak2..
lagi pun bukan selalu dapat jumpa adik kan...

masa kat kfc tu kan....
hmmm suddenly teringat someone. terus aku sms dia...
entah la....
serius teringat dia....


tak apa lah..
perkara dah jadi pun...
lagi pun , biarlah..
tak kemana pun. n sampai bila macamtu..
atleast biarlah dia bahagia...
n aku akan gembira bila tengok dia bahagia...





harapan ::
aku berharap lah kan.. aku dan adik dapat kerja.... 
supaya hari raya nanti..
aku tak ada lah bosan sangat..
n supaya aku ada lah duit sikit. boleh buat bayar hutang piutang.
kemudian nak simpan sikit.
aku nak kejar impian aku yang satu tu.Insyallah....
kemudian....


aku tak mau dah lah menganggur lama lama sangat..
yang paling penting impian aku yang satu tu.....
impian yang SATU tuh lah kunci untuk impian2 yang lain........


tak ada sapa leh tolong aku ,..melainkan diri sendiri....betul tak?





Wednesday, July 13, 2011

menangis

terapi menangis. huhu..

dari kecik lagi aku suka menangis...
aku ni sensitif.. cakap sikit je.. merah biji mata..
kadang2 sampai terpaksa tahan nafas biar tak menangis..

hmm...
hari ni .. semalam..
memang hari menangis je..
minggu ni la aku rase minggu menangis...

minggu sedih aku..
sikit sikit nangis..

selalu nya lepas menangis..
aku akan ketawa..
hmm macam orang gila.
tapi ada aku kisah?
kat rumah bukan ada orang pun..
so...
berlagak je macam orang gila.

baru rasa ada kepuasan.. hahaha
tah tah aku mmg dah gila..sakit mental kot.. sbb dah dok sensorang..
wat cam tu.. huhh..~!!

yg kerap aku buat..
lepas nangis kaw kaw...
terus tidur je...

tidur bukan sejam dua.. tapi berjam2...
supaya aku masuk alam mimpi..
dan lupakan kisah sedih dan air mata itu...
bila bangun je.. automatik akan tersenyum...
aku happy.. dan aku anggap mimpi ngeri aku dah berakhir...

aku akan anggap semua yang berlaku n apa yang membuatkan aku menangis tu
hanya berlaku dalam mimpi aku...

kadang-kadang... aku suka menangis dalam tandas...
masa kecik2 dulu kan tak ada bilik lagi... kalau nk menangis je lari masuk toilet...
kunci pintu..
duduk tersandar blakang pintu.
dan menangis sekuat hati.. nak coverline.. bukak la shower..
lepas tu main air.. kemudian terus mandi...

terus lupa nak menangis dah.
hehee. tapi bila besar besar cam skg ni..
lepas mandi..
mula la amik berus.. sental toilet..
sampai bersih putih..
lepas tu mandi lagi..

rasa macam tenang je...
terus lupa segala masalah jiwa..
toilet pun secara tak langsung bertambah bersih..


hmm sangat tenang aku rasa..
seperti keadaan skg..
baru lepas mandi.
baru lepas berhempas pulas kesat air mata sambil
memberus tandas..

ouh tuhan ku...
kenapa dengan aku ni..
erm..

:: Tuhan dah punya perancangan utk kita kan... jadi kita terima je lah ketentuan nya..
hati oh hati. jgn lah nak KOSONG sgt.. cuba chill... erm...

malang..

tetiba aku rasa malang nya jadi diri aku..
seriously...
aku rasa aku tersangat lah malang...


tapi mesti akan ada suara suara lain yang akan bercakap...

" kat luar sana.. ada lagi yg lebih teruk dr kau.. so kau kena lah bersyukur. sekurang2nya ko tu blablablablablablablablabla dan blablablablablabla.... "

yer aku tahu...
aku bersyukur..
tapi entah lah...


aku rasa malang. teramat malang.
apa pun tak boleh...
semua tak boleh...

nak maju.. tapi tak nampak jalan..
nak lari.. tapi tak mampu..
tak ada tempat nak di tuju...
nak mulakan hidup baru tapi tak ada peluang..
nak macam2.. tapi entah lah..
ohhhhhhhh damn......

kenapa dgn aku ni....
aku harap sgt hari esok mampu mengukir senyuman aku lagi...
aku harap sangat.......

biarlah kehilangan dia di ganti dengan 1001 hikmah...
aku nak tutup segala kekosongan yang ada...
biarlah..
erm...


susah nya nak mulakan nya semula.. oh god...
pls help me..
aku tak minta KAU kurang kan beban dugaan itu.
tapi aku minta KAU kuat kan la aku.. berikan semangat yang baru.
amin...~!

Tuesday, July 12, 2011

someone...

hmm diary...
someone gave me a diary...


tapi aku rase xlayak aku nak share kisah hidup aku dalam tu..
aku jz tulis date... n kata kata dr someone tu je..
n aku still simpan..

aku rase tak layak sgt aku nak share semuanya dalam tu..
bagi aku. diary adalah saksi...
teman aku suka duka..
menyaksikan senyuman gembira. mendengar kan tawa ria aku..
mengesat airmata duka aku...
ermm macam macam...

sebab tu aku sangat rapat dgn diary...
but diary yg tu. aku xnak kotorkan dgn airmata..
aku xnak hiasi dengan senyuman,.
aku tak nak coretkan dgn angan2..
biarkan dia kosong bermuka2....
biarkan..

kalau mampu.. aku rase macam nak return balik je pada seseorang itu.
untuk apa aku simpan...
setelah perkenalan tu terhenti sekerat jalan..
tetiba menyepikan diri..
hilang begitu sahaja,
aku sendiri tak pasti apa salah aku..
kat mana silap aku..
dah berkali2 aku tanya...

aku de buat salah ke dengan dia?
kenapa diam je?
maaflah kalau aku tersalah cakap.
tapi tolong lah explain apa salah ku..
ternyata sia sia..
langsung tak ada respon..

macam tak adil kan?
aku seolah2 berhutang sesuatu..
aku patut pulangkan..
ia bukan milik aku sebenarnya....


hmm.....
aku tak nak coretkan apa apa dlm diary tu..
aku xnak terkenangkan kisah hidup ku sampai ke akhir hayat mengenangkan kisah si diary itu..
biarkan dia terus kosong...



im yours..

Pagi pagi di kejut kan tidur dengan msg msg Ain....

" aku tak kerja harini.. kau nak g mane mana tak. TODAY IM YOURS!!! "


he he he lebih kurang gitu lah ayat text ain. setelah berkali2 msg. n misscalled..

aku tak sedar la.. fon silent... vibrate off..

bangun2 terus bersiap..ingat nak mintak tolong Ain bawak g cekal.. nak fotostat apa apa yang patut..
as preparation interview nanti....

Lepas selesai kat cekal.. dgn dgn x sehat ain. berbekal kan sebotol mineral water botol besar n 100 plus....
G wangsa walk,, ain nak bayar p1.. then g karoke......
2jam kt karoke.. haha biar Ain release sikit dia punya tekanan hidup ...

kat situ berlaku lah godaan demi godaan..
dpt dua air plak tu... n ain xnak minum air ice..
n aku plak tgh puasa..
OH EM JI.. AKU puasa..
ermm..

lebur jugak lah.. even dah nk kol 1.. sayang gak...
erm..
aku pun abiskan je laa blackcurrent n ice lemon tea.. aku sorang minum dua gelas....

hee lepas tu jalan2 kg baru.. dgn mission penuh di dada..
finally dpt gak usha orang.....
walaupun dari kejauhan..
semoga ain lepas rindu..
mungkin :)

kemudian... balik rumah.. beli kuih peberet kat depan masjid..
lepas tu lepak bawah pokok..
lastly baru decide nak lepak kt rumah aku..
baring2, minum2...

then teman ain g klinik...
sian kt ain. demam2 pun nak bawah aku g jalan2....
THANKS :)



nota hati :: aku rase hari ni aku kena tamatkan semuanya... biarlah apa pun nak jadi. rasanya aku dah sedia..
kuatkan hati ... jangan nak cakap kosong je. cuba buktikan...
cukup2lah buang masa.. aku tak suka terkongkong macam ni.. buat lah apa pun dia suka.. tp jgn sekat apa yg aku suka nak buat.. sekian. aku rasa dah patut sangat aku akhiri semua ni. THANKS FOR EVERYTHING..

Monday, July 11, 2011

berakhirnya minggu busy...

heee WELL lupa nak g tahu. sbb busy teramat sangat..
time kenduri tu kan..
yang datang pun hanya lah Nab n Abe je..
so...
aku xde lah bz sangat.
since dorang pun buat rumah aku macam rumah sndiri..
so layan diri je la mereka berdua ni..
hahaha.
senang.... xyah susah2 nak serve...
;)

hmm...
busy dengan majlis sue.
teman dia beli barang...
gubah bunga telur..
buat bunga pin..

kopek bawang sampai 4 peket..
time tgh kopek tu dlam hati berdoa..
cepat lah sue balik..
hahahhaha.. aku da macam ayam dgn itik je kt situ.
xpaham orang cakap ape..
pdhal sue da pesan. dia keluar kejap.. aku xyah dok kt luar..
lepak je dalam bilik sampai die balik..
tp xkan laaaa.. nak berkurung memerapje dalam bilik kt rumah orang.. huhu

pastu..
lipat2 duit buat kipas...
buat bunga rampai...
beras kunyit.. hehehe..

tolong kak dahlia buat strawbery coklat...
macam2 lah....

n akhirnya...
selesai sudah majlis persandingan Sue...
n aku?
boleh lah kembali hidup seperti biasa...


hmm
aku ade interview khamis ni..
hope semuanya berjalan lancar..
xde siapa yang tahu..
aku pun x tahu nk g macamne,,
duit belanje lagi leyh.. huhuuh ;(

hee harap2 dpt keje..
bile dpt keje. xde lah aku bosan sgt nnti raya pun aku nk bantai keje gak..
wahhh.semangat!

Thursday, July 07, 2011

sebelum kenduri

sekarang pukul 6.57pm.
dan aku belum mandi..
baju kurung pun belum iron,
tudung pun malas nak cari.
pakai je la tak maching pun.
pe de hal kan..

erm..
abg pula tak ada kat rumah .napa tah die.
langsung tak membantu..
tadi sms dia.. tanya kunci kereta,. sbb nak alihkan.
dia bahasa kan diri die ORG KAT LUAR NI..
omg. ORG?

ni 1st time dalam hidup aku dia bahasakan diri dia ORG.. dalam msg..
erm....abg ada problem ke?
knp macam tu?

tguk tguk tguk.. aku ni suka pikir lebih2 ...
hmm biarlah kan dia..
ermm.. mungkin ada hal la tu kot..

tadi aku just susun2 kerusi meja... alas kan meja..
isi air.. susun air mineral cup atas meja.. lap pinggan.cuci pinggan...
masak? ahh taklah ;)
aku ni selsema teruk gara2 angkat kapet.. susun kapet. dan vacuum kapet..
gila larh asyik bersin je..


tetapi hari ni aku rasa macam tak seronok..
tak tahu lah kenapa..
aku rindu arwah tok...
and arwah wan...

" Tok.. bila kita nak jmpa lagi.. iti dah besar dah ni... dah 3 tahun dah kita x jmpe...
tok mesti tak pecaya iti dah besar.. iti bosan duduk sensorang dalam umah..tak de sape nk dgr cerita2 iti..
xde sape nak baring2 same2 dgn iti.. makan sama sama dgn iti.. mandi sama2.. xde sape nak marah2 iti.. panggil2 name iti kuat2...iti rindu tok sangat2..iti harap sgt nanti kite dpt jmpe lagi.. INSYALLAH "

" Wan... iti rindu kan wan... dah 7thn kite x jmpe kan wan kan..
wan mesti tak cam iti lagi kot.. hee iti dah besar. dulu iti budak sekolah je lagi..
malam tu..iti nnyi2 kuat..terpekik2 dalam bilik.. happy sangat.. tapi pelik juga.. sbb wan x marah pun iti memekak....tak sangka esok nya wan tinggalkan kita semua..
iti rindu nak potong rambut wan...jahit baju melayu wan.. even iti tak reti pun jahit. mainbantai je jahit haha
tolong wan pam tayar beskal...semuanya lah iti rindu..."


AKU harap sangat memori2 aku dgn orang tersayang xkan lupus dalam ingatan..
supaya aku dapat cerita kt anak cucu aku..
bertapa aku bahagia ada mereka di sisi aku sewaktu masa dulu....

YA ALLAH ya tuhan ku.. cucuri lah rahmat ke atas roh mereka..tempatkan lah mereka di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh... amin....

kejar impian

BOLEH ke aku kejar impian aku.. yang dah bertahun2 aku lupakan..
aku kadang rasa macam nk direct je luahkan .tanpa kiasan. tanpa kata2 berlapik camni.
tapi susah lah...
ermmmm.
susah nya jadi aku.....

masa sekolah menengah ....
aku dah imagine dah. lepas abis spm.aku dah susun atur dah perjalanan hidup aku.
time tu mmg membara kuat..
pantang di halang..aku terus menangis..
aku terus merajuk..
aku terus keluar umah g cc berjam jam....
heee..
tunjuk kepala batu sikit.
nak tunjuk keras kepala aku konon.
cehh..


tapi
aku tak kuat. tak hebat mana pun nak halang dugaan2 yang mendatang kan..
aku terima..tenguk je la diri aku skarang. x kemana pun..
semua sebab aku punya plan awal dah tersasar ke mana mana.....
adess...

planing awal tu yang penting kan...
dah 6 tahun dah planning awal tu tak di kejar2..
usaha? kemana perginya usaha..
actually.aku LUPA...AKU LUPA AKU ADA impian besar macam tu..
oh shit.......

sekarang. nak kejar balik.
aku rasa susah.
mmg kena mula dari bawah balik..
tapi aku tak nampak jalan....

and aku masih di sini.....
tak ada perubahan,,
macam mana nak gapai impian aku tu....
dulu macam2 sumpah aku buat..
ahh padanlah ..
sumpah dah termakan diri sendiri.
apa pun tak ada....
erm....

berbeza pendapat

hmm.. aku suka bagi pendapat. kau nak dgr ke tak..terpulang..
and .. kalau kau ada pendapat juga.. kau nak argue2 silakan..
but once aku da rasa pendapat aku mmg mmg betul..
sbb aku bercakap dari kehidupan..
n kau tak nak dgr.
aku rasa patut lah aku blah..
x guna nak argue2 dah..


hee. aku suka tegur orang yg aku sayang..
ceh... macam dulu dengan Arwah tok. dia sangat memahami aku..
kalau dia tersalah cakap ke. terejek orang ke.. terumpat orang ke.
aku akan selamba je tegur..

" ee mengumpat orang "

"ee tak elok lah cakap orang macam tu. kang jadi kat diri sendiri kang. tahu r "

haa.. mmg lah aku muda. dia tua.. tp tak semua yang tua tu sedar apa yang dia cakap..
so aku jz bagi pendapat aku. itu tak baik. ini tak betul jangan buat macam tu...

and bagus nya dia.. dia boleh terima secara terbuka. dia xda lah main hentam aku...
dia xkan marah aku besuara macam tu..


tapi lain pula pada mak aku..
hari tu.. borak2 nan dia pasal anak buah aku nak mencari kerja..

aku tak suka lah nak dia bekap depan orang yang aku bangkang tu.
atleast cakap lah belakang. xda lah orang yg aku bangkang tu
rasa macam abg besar sangat. sbb di bekap kuat kan....


cakap pasal pekerjaan..
mak risau pulak kalau cucu dia tu tak dapat kerja. sebab baru je begelar
bekas banduan... yaaa muda lagi.. 20 tahun... dah berstatus demikian..
hmm..

aku cakap lah mcm ni... kat anak buah aku.

" HAA.. sebab tu lah kitorang marah .. kitorang cakap jangan buat.....
bila dah buat. jadi macam ni lah. apa pun susah..... "

mak pulak boleh jawab..

" ala benda nak jadi. nak buat macam mana. kalau kita kata xnak pun. blablablablablablablablablabla....."

SERIUS. aku rasa nak balik.dan aku balik selepas beberapa minit..

dia bangkang kenyataan aku depan si anak buah. tak patut.. bekap kuat..
budak tu mesti naik lemak.. haha ade bekap die..
ermm.....

aku rasa aku cakap yang betul..
aku bagi semangat. di  masa yang sama.. aku bagi nasihat..

masalah nya.  bukan sekali dua jadi kesaalahan yang sama..
dah berkali kali.
n bukan nya tak ada contoh.dah ada banyak contoh.
tapi still nak buat jugak..contoh yang dah sedia ada.. jangan di ikut. jangan di ulang..
tapi berbeza plak pada mereka. contoh yang sedia ada. di jadi kan role model..
ahh mana silap nya.....

sebab tu aku suka cakap direct. bagi aku.
aku nak cabar dia..
biar dia berubah.....
biar dia tahu.kami semua bagi ruang untuk dia berubah..
walau dah berapa kali....


ini tak .. baru je keluar lokap. mmg tak tinggal 5 waktu..but then dah lama lama.
ulang lagi.. sampai 2 3 kali keluar masuk lokap.
but at the end.. dah masuk jail macam ni..
memang la nampak keinsafan..
tak tinggal solat lagi..
tapi kalau dah sentiasa di bekap kuat macam ni.
naik lemak lah kan..

erm.... orang yang di sayang...
mmg tak nampak silap nya di mana mana.

SERIUS AKU RASA....
orang orang yang buat masalah ... nak kan perhatian....

n macam aku yang kurang perhatian ni?
aku rasa macam nak involve gak diri dalam dunia permasalahan macam ni..
baru lah dapat perhatian samarata...

but tuh semua kata hati kecil aku.
dengan pemikiran waras ni,
tak nak lah aku tambah dosa sedia ada ni...
ermm..

malam ni kenduri

tah kenapa rasa serba salah..
aku jz invite few friend je...

Aku rasa macam nak bagi tahu W...
tapi ikut kata hati aku macam nak sangat dia ada..
tapi ikut pikiran aku yang dah di tapis tapis memikirkan nya....
aku rasa macam tak perlu lah..
aku belum sedia..
tapi sampai bila...

eee fedup plak aku nak main fikir2..
kadang rasa macam aku patut jauh kan diri dari dia..
tapi macam x fair plak..
setelah apa yang berlaku.
pastu nak main blah macam tu.
is not me lah kan..
xbaik buat orang macam tu.
even dah pernah buat sekali..


aku cuma nak jernih kan keadaan.
dat y lah aku terpaksa buat..
but now.
apa rezen nya?
kenapa nak buat lagi?
kenapa nak menjauhkan diri lagi?
adui...
kusut gak ek.
bila melibatkan perasaan orang lain ni...

tersalah langkah.. abis lah punah hati dan perasaan orang tu...
tapi kalau tak melangkah2...
aku gak nya hati dan perasaaan yang sakit...

hmm.. bukan ke aku dari dulu lagi..
mmg dah selalu sangat....
sakit hati hati dan perasaan kecewa ni....
????

memang aku dulu yang akan sakit hati ni..
mmg aku dulu yang akan kecewa...
tapi macam mana?

nak di luah mati bapak. nak di telan mati mak..

entah betul ke tak peribahasa ni..
semalam AIN cakap aku punya BAHASA failed. hahahaha


" yang di kendong berciciran. yang di jinjing bertaburan.."
wahhhhh. pelik je. patut lah failed...

Wednesday, July 06, 2011

buang masa

Baru aku tersedar...
aku banyak membuang masa

kalau lah dulu..
semangat aku kuat..
tekad aku kuat..
aku tak pedulikan apa orang cakap..
aku buat tak tahu je  kpd orang orang di sekeliling aku...

mesti aku dah berjaya..
berjaya control emosi...

dan seterusnya dapat kejar impian aku..
dulu aku nak sangat impian tu berhasil..
tapi kenapa impian tu makin aku lupakan.
dan now..

aku boleh teringat balik..
dan aku rasa..
bertahun2 sudah aku membuang masa...
oh GOD..

aku nak fokus..
aku nak perkara tu berjaya..

kalau lah dulu aku fokus......
fokus dari dulu lagi..
mesti sekarang aku dah boleh bernafas lega...
erm,..


tetiba aku rasa semua ni tak adil.
kenapa tetiba bertahun aku boleh lupa kan impian aku tu..
YA ALLAH.....

jujur

Aku selalu bersikap jujur..

jujur yang selalu memerangkap kan diri.
memeningkan kepala..

complicated..
makin menjadi2...
aku bosan menjadi diri aku sendiri ..

tapi aku terperangkap dalam kejujuran yang dah sebati..
sekian lama aku berjujur...
tak kan pula nak bersikap tak jujur tetiba pula kan....

teringin nak jadi seseorang yang lain..
yang boleh bermain kata..
bermain watak..
melakonkan apa pun jua.
agar tak terserlah perwatakan diri,
permasalahan hidup...
supaya..

aku sentiasa menjadi insan yang baru..
insan yang lain...
dan semoga permasalahan aku tak di ketahui pihak yang lain...

tapi aku sering gagal..
gagal dalam kejujuran hati sendiri...


adakah aku yang salah.... ?

esok kenduri...

aku baru dapat tahu semalam
yang rumah aku akan adakan kenduri....
so .. macam biasa kalau kat rumah ada buat kenduri..
aku terpanggil juga untuk jemput kawan2 yg terdekat...

bila lagi kan nak jumpa,, n aku belanja makan..
haha AKU KE BELANJA ?

entahlah.
ni je lah medium aku untuk berjumpa mereka....
small gathering. hahaha..

kalau aku nak g jumpa mereka.
amatlah payah...
aku bukan nya beduit sangat nak keluar lepak..
hang mana mana...
lepas tu ... kalau nak keluar...
aku rasa membazir...
baik duit yang nak keluar tu..
aku bayar hutang.
ada gak faedah nya...

berkurang jugak lah hutang...
lagipun...
aku keluar dgn kawan2 yg memahami..
memahami ketidakberadaan aku..
aku yg lagi fakir miskin ni haha.


contoh cam Ain.. hee..
aku da selalu sangat dah keluar dgn dia tanpa mmbawa purse..
IC pon x bawak...

abg aku tanya..
tak segan ke keluar tak bawak duit.....

alarh..
tanya je ,,len lah abg yg nak bagi duit.
hmmmmm

adess. kalau ikut segan.
sampai bila pun aku xleh nak jmpa AIN,
tapi Ain fhm aku..
tapi sampai bila la kan...

thanks AIN :)
dah menebal dah muka mmber ko sorang ni...
erm...
sedih plak mengenang nasib diri..

;(

terima kasih kerana melukiskan impian..

" terima kasih kerana sudi melukiskan impian saya "

TAPI jujurnya....

saya tak mampu untuk mewarnakan nya  bersama awak ....

aku ke kajang lagi semalam..

tak ada apa pon nak di cerita sangat.

cuma aku kena pgg amanah...
nak kena sampai kan terasa malas..

aku nak kena call akak aku yg sorang ni...
to be honest. number dia aku x save..
suh post buku..
kirim salam..mintak maaf...

nak kena minta plak kt akak aku yg lain..
isk.....

yang dah setel..
pesanan utk abang aku....
kirim salam. dan majalah kereta..

yang belum setel..
pesanan untuk si nabil anak buah aku..
nak suruh die post gambar kahwin....


amanah demi amanah...

heeee.. aku tulis kat sini supaya aku ingat. haha..

Monday, July 04, 2011

episod yang lain...

semalam.. lewat pukul 4 pagi..dia hubungi aku..
kami sama sama menangisi malam yang sepi..
ya kita berdua..
aku dan kau...
menangisi sambil memeluk takdir yang bukan milik kami lagi....

aku menangis kerana mendengarkan perancangan mimpi yang dia impikan...
aku tersenyum... tapi mata dah mula berkaca...
suara si dia semangat menuturkan azam yang ingin di semai berdua...
entah kan jadi realiti entahkan tidak...

aku tahu kat mana silapnya..silap nya adalah AKU..
BUKAN kali pertama kami menangis bersama..
aku rasa dah lebih dari tiga kali...
seorang lelaki menangis....dan aku terus menangis.. tanpa henti...

aku sangat berharap dia faham isi hati aku..
aku tak mampu menolak permainan takdir...
tapi inilah suratan hidup aku.
semua dah tertuliskan...
siapa aku untuk menafikannya...

untuk awak.. terima kasih kerana sudi menciptakan mimpi kita..
mimpi kisah kita berdua...
dari awal lagi saya dah jangka awak ni adalah sesuatu....
awak dan semangat awak.....
awak kuat....
tapi saya..... entah lah.. masih di alam mimpi sendiri...
impian yang tak akan pernah kunjung tiba.....
awak tahu kan... saya ingin terbang dalam alam mimpi yang awak ciptakan..
tapi rupanya saya masih di sini....
di sini...
dan terus di sini...

sampai bila?
ermm entahlah...


.::. Insyallah... walau seribu tahun lagi jika aku terbaca kisah ini....
akan ku ingati siapa diri mu... 18  November 2010 .... .::.

bila ku imbas lagi... terusik peristiwa dulu yang ....

Tgh senyum ni.excited...tah la..

permainan perasaan..
yang terus menjadi rahsia hati..
aku xnak bongkar kan semua nya di sini,
kerana semuanya tersimpan kemas dalam hati aku..
serius.....
rahsia biarlah terus menjadi rahsia.
akan berada dalam lipatan hati aku..
biar terus tersimpan...dan terkubur....
biar pun tanpa tanda....


Time aku spm.. 2005.. anak buah aku punya sepupu datang...
means.. kakak ipar aku punya anak buah... 
time tu.. aku lom habis paper spm lagi...
dia pulak sebuk sangat nak pinjam fon. kata nya nak sms abg angkat....
aku pula entah kenapa langsung tak lokek...
dia sms..dan suruh si abg angkat nya call..
lepas tu bersms... guna credit aku...

time tu malam... tak silap aku hari sabtu...
aku terpaksa keluar tuk g pasar malam kat tasik setapak tu...
dengan family aku.. so si budak yg anak buah akak ipar aku tu
tepakse la tinggal di rumah....
hp bersama aku la kan. xkan nak bg dia pulak..
so dia cakap....

" kakak.. menyamar lah jadi kita. 
sms je la dgn abg angkat kita tu "

haha sepanjang kt pasar malam. kami ber sms. dia sikit pun tak tahu tu adalah aku....
seronok... dia ternyata baik.. melayan je.. hahaha..

eee aku tak henti2 tersenyum ni apa hal.. 
cukup lah intro nya....




kenangan terimbau lagi

seriusly.. aku rasa malam ni aku tak boleh tidur..
2005 till now.. aku masih masih masih masih dan terus tak lupakan dia.
aku masih ingat katanya dulu..

dia tak akan pernah lupakan aku
dia BOLEH TAK CONTACT aku..
tapi lupakan aku TIDAK MUNGKIN...

ermm.. kalau lah dia masih ingat pada aku...
entahlah.cuma apa boleh ku katakan.
aku harap sangat2 dia lupakan aku..
aku tahu..dia akan lebih bhagia....
bahagia tanpa aku....



ayat yang lama sangat tak guna..
TANPAMU DI SISI....

well.esok aku ingat nak kemas bawah katil..
sangat banyak nota nota hati aku tulis masa 2006 ...
aku ingat nak bakar je lah semua tu.
untuk apa di simpan lagi...

esok hari untuk aku SENYUM
YEAH.. SENYUMAN SEPANJANG HARI.

TERIMAKASIH :)
awak masih buat saya tersenyum..

Sunday, July 03, 2011

paras rupa

oke.. ni ikhlas... tulus.. dan jujur dari hati aku yg paling dalam.....

macam mana kau tahu kau cantik? nsem?
sebab orang cakap?
sebab kau rasa kau cantik.. kau perasan kau nsem?
ouh..xpe lah.kira nya kau cam hargailah apa ALLAH dah ciptakan utk kau..
iya dak?
so bersyukurlah kan..

so bagi aku.. n yang lain lain yg x cantik n x nsem ni?
kena lah kutuk?
kena lah hina?
kena lah di pulaukan ea?
macam tu ?

1st of all...
wajah kau yang cantik dan ensem tu..
bukan kau CREATE sendiri oke..!
ALLAH yang ciptakan...
so x patut lah kau nak bangga diri...
bukan ciptaan kau pun...


so adil ke untuk kau....
sisih kan orang tak cantik dan tak ensem?
adil ke... kau buang orang orang tak cantik..
wajar ke kau buang kawan... sbb aku tak cantik?

hampeh gila lah kau..
PARAS RUPA kau tu.. Tuhan yang beri....
tapi dah mendabik dada.. seumpama macam kau yg buat sndiri
 wajah kau cantik/ensem macam tu.
lepas tu.. kau sesuka hati SISIHKAN/BUANG aku yg tak cantik ni....


aku tak kisah pun.kalau kau tak nak berkawan..
iya lah. aku tak cantik..
mesti tak ada rasa pun nak buat kawan iya dakk???
oke !

cuba muhasabah diri sekejap....
cuba fikirkan sejenak..
letsay kau accident...
cacat......habis buruk muka kau....
n tetiba kawan2 yang sebelum ni ramai di sisi kau..
tetiba je hilangkan diri.
pergi meninggalkan kau....
buang kau sebagai kawan mereka.....
sbb kau tak cantik/ensem lagi....
so ....

APA PERASAAN KAU?


TIME tu mungkin lah kan kau dah terima hakikat lah kot..
yang paras rupa semua tu hanya pinjaman..ALLAH berikan pada kau.
patutnya kau bersyukur.bukannya riak smpai macam tu sekali..
memang aku akui.aku tak cantik...
tapi toksah lah sampai nak sisihkan macamtu sekali...
diam membisu sampai macamtu...

atleast cakaplah sesuatu.....
terusterang je......

wahai si cantik dan si ensem ...
biarlah hati dan perangai tu sama cantik dgn paras rupa...
jangan sampai apa yang ALLAH bagi pinjam tu..ALLAH tarik balik..
now acid splasher tgh mencari mangsa...
mana lah tau....
kau mangsa seterusnya....

so insaf insaf lah ya si cantik dan si ensem...
jangan terlalu nak bangga diri sangat..

minta tolong

hish...
mmg aku yg menawarkan diri aku untuk memberi pertolongan..
tapi bagi la sikit kata kata aluan...

ni tak...


" weh dtg rumah petang ni..."

" datang rumah malam ni..."

" call kan apek tu blablabla... "

"esok tdor umah aku..nak buat blablablabla..."

"jum angkat blablabla.ko dtg rumah aku ...."

aku bila dgr or baca menda menda camtu.
mood aku tak menentu..
iya lah.kadang aku tgh makan.kadang aku baru bangun..
kadang aku ade hal..

kot ya pon..
tanya lah. macam ni...
sejuk sikit telinga dan hati aku...



" tgh buat apa. bz tak karang? leh ke tolong aku buat blablablablabla... "

rumah ko pun aku nak  kena jalan kaki lagi..
kalau lum mandi. aku na kena mandi dulu..
lepas tu nak tinggal kan rumah lagi
nak makesure sume selamat....
kalau tgh makan..
kadang leh terbantut oi.. hahaha

niat ikhlas membantu.menolong jadi cam separa ikhlas je.
sebab mendengar kan pesanan2 dan ARAHAN tu.
aku dah tarik muka...
moody tetiba.....

hey kawan.. cuba ayat tu bagi sedap sikit.
aku yg nak menolong ni pun rasaa
sedap hati sikit....

sigh~~~~~
tlg salah.tak tolong salah..
dah menolong pn serba salah..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir