Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Wednesday, January 30, 2013

Tekanan mula menampakkan dirinya

Assalammualaikum..

Mood masih di tahun baru dan dah kenapa awal awal tahun nak tension bagai.
Aku pun tak pasti.
Actually aku dah buat kesilapan dalam hidup.
Aku selalu bajet tu la kesilapan aku yang sekali.
tapi ape cer. kalau yang sekali tu pon tak boleh di perbaiki lagi..

Perkara tu jadi makin besar. makin worst makin teruk
dan aku tertekan.


Tension dan aku umpama tak boleh di pisahkan

Kerja ? Ni kerja yang pertama aku bertahan agak lama..
Dah setahun lebih Alhamdullilah.
tapi Aku tetap aku yang sama tak ada sebarang perubahan.
cuma hidup sedikit terisi dengan kawan kawan yang bertambah kian bertambah.

Tapi lately tension gak dengan kerja rasa mcam nak quit je.
tapi bila rasa tension aku bace balek luahan demi luahan.
kepayahan aku nak dapt keje . bace balek belog aku ni.
Sedih n menyayat hati..

Nak berubah tapi masih ada sedikit tension itu.
Aku sekarang makin kusut dan entah lah..
tak tahu nak buat keputusan macam mana.
NAK quit nak stay nak cuba tempat lain. buntu...

Friday, January 18, 2013

Perubahan dan teman

Assalammualaikum..

Laju jari jemari ni menari bersama cerita luahan hati yang tak terluah..
Aku punya teman. bercambah kian ramai.

Semakin aku cuba sorok kelemahan diri. semakin ianya menonjol.
Semakin aku cuba memendam rasa keinginan. ianya semakin terserlah .
Bingung aku jadi nya mana kata kata janji untuk merahsiakan.
menyembunyi kisah hati.
Aku silap membuat percaturan.

Teman baru menjadi akrab.
menjadi sahabat dan kini mengetahui sebahagian rahsia hati yang dah tak tertanggung..
Mana janji aku tempoh hari  ? ingin membiar rahsia selamanya menjadi rahsia ?
Mana pergi kata sumpah untuk tidak ulang pengalaman lampau ?

Aku akhirnya menjadi diri sendiri.
tidak mampu berubah seperti teman teman.


Teman teman lalu semakin membawa perubahan dalam diri mereka.
Di sebalik status.. rakan sebaya. remaja.. kekasih. tunangan orang. isteri orang dan kini bakal ibu.
Aku tumpang bahagia dgn perubahan mereka
Jauh di sudut hati kcil ni aku sedih sebenarnya.
Aku menyaksikan perubahan demi perubahan
bagaimana kemelut kisah cinta mereka bertahun tahun.
persiapan pertunangan. tempoh pertunangan.
persiapan kahwin
dan perkhabaran berita gembira bakal menjadi ibu..

Cepat. masa berlalu sangat cepat dan aku masih mcam ni
takuk lama. xde perubahan.
Mereka mengecapi rasa bahagia yang takkan aku pernah merasai nya mungkin..
percaturan hidup aku umpama kelam. sunyi gelap . tak ada masa depan..

Perubahan mereka terlalu ketara. tak terkejar langkah kaki aku  ini untuk berjalan beriringan
dengan mereka. terlalu pantas langkah mereka.  mungkin aku yang terlalu perlahan melangkah dan
aku tak mungkin akan langkah seiring ..



2013

Assalammualaikum ...

Hai. yippie..

POST pertama di tahun baru..
perasaan menulis ni tertunda tunda . Dan akhirnya dapat juga di permudahkan dan di beri peluang untuk
singgah ke blog ini.

2013 umur dah semakin matang .. perasaan saat ni semakin gelisah.
bermacam macam menderu di fikiran.
sehinggakan sesak nafas. sesak dada...
Pelbagai ujian bakal mendatang di tahun baru ..

Masalah . dugaan . cubaan. ujian demi ujian.
Dapatkah aku mengharungi semua yang bakal mendatang ?
Kekalkan semangat yang mula bertiup ini ?
Jalaninya seorang diri ?

Persoalan demi persoalan menerpa tanpa jawapan.
Yang pasti aku masih sendiri.
Sendiri meneruskan entah apa lagi.
Pasti. tapi keliru.. macam mana tu ?
Risau tapi takut ...
Berani tapi Lemah ...
Entahlah..

Mengeluh menjadi teman akrab.
sigh .. huhhh. hmm.

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir