Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Friday, July 22, 2011

raya nanti....

hmm tak lama lagi puasa.. lagi beberapa hari je dah nak mula puasa..
puasa selama sebulan..
aku plan nak solat terawih..
buat biskut raya tuh.. entah lah...
last year berbekalkan duit gaji aku..
dapat gak lah aku buat biskut raya untuk kat rumah ni.
last year tak beli sangat lah biskut raya..
tahun ni macam nak  buat lagi. haha even tak sedap pun.
habis jugak ! wah bangga plak bila habis licin ..

pagi raya .. perkara teringin sekali aku nak buat..
aku nak g kubur.. aku nak melawat tok n wan..
tapi mesti tak ada sesiapa nak pergi..
eeeeeeee. kereta je banyak..
tapi tak ada sapa pun leh bawak aku.
kan best kalau aku leh drive.
tak yah susah2 kan orang nak g kubur tetiap minggu pun boleh.
bukan jauh sangat pun tanah perkuburan nan rumah..
tak sampai setengah jam pun.. erm..

soal baju raya?
erm. aku dah biasa dah tak ada baju raya ni.
alaa lagi pun aku da besar..
dari tahun pertama aku beraya tanpa tok lagi aku dah xde baju raya.
time tu la macam2 krisis..
ee bila mengenangkan semula.
tak sangka aku KUAT sangat menempuh semua ni kan..
macam xpercaya jer.
awal awal dulu aku ingat aku tak boleh.
aku rasa macam jiwa aku mati sekali..
tapi ALHAMDULLILAH.. aku still wujud lagi di muka bumi.
masih lagi di uji dan di duga..

hmm. raya memang bosan.
aku pernah tidur je sepanjang hari..
tenguk tv...
tutup pintu semua semua. haha pakai baju biasa je.
entah lah..
malas lah nak pikir..
raya tu nanti raya je lah..
yang paling  penting rumah bersih..
makanan standby..
biskut raya semua ada.
itu je lah yang paling penting..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir