Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Wednesday, August 03, 2016

Mengapa Aku

Assalammualaikum


Hmm..
Dear blog,

Boleh tak kalau sesekali aku nak beterus terang.
selalu nya kan aku selalu berselindung
aku meluahkan dengan kata tersirat dengan rasa tersurat
tapi kali ni boleh tak aku meluahkan dengan bahasa yang orang fahami isi hati ku.
hmmm

Aku cuba


Di usia begini  penghujung 20-an
Aku tahu kawan kawan lain dah ramai bekeluarga,,
Aku tak minta pun nak bekeluarga..
Sebab aku tahu masalah diri aku.
Masalah status anak angkat.
masalah aku yang keturunan entah tak di kenal pasti
Entah macam mana aku nak mula cerita dengan bakal keluarga mentua

Macam mana aku nak duduk semeja dan cerita perihal keluarga
sedangkan aku tak ada sekeluarga
mungkin saat itu aku akan memencil diri
tak ada story macam orang lain
Ahhh itu memalukan .,.
Sebab aku seperti tiada sejarah
sejarah kewujudan aku..
Macam mana  nak cerita ?
such a boring me.. so boring
Okay lah letsay keluarga bakal mentua okay.
then skip about family

so dia nak tahu kehidupan aku
tahap pelajaran aku

Actuallly I have nothing.
so aku tak tahu nak mula kan cerita
segala cerita.
tak kan nak cerita sekolah tadika rajin ponteng
suka nangis,
lepas tu
sekolah rendah suka merajuk
kawan marah sikit terus kemas beg tunggu depan pintu kelas
menangis melalak macam apa je
lepas tu sekolah menengah pemalu
nak bangun susah  kalau kat tapak perhimpunan tu
seboleh boleh nya tak nak kena panggil nama
tak nak jadi perhatian
tak nak menonjol
tak suka rehat kt kantin sebab tak nak kena tahan dengan pengawas
tak suka menonjol.
eh dua kali aku ulang ayat tak suka menonjol....
ya itu lah aku,.
Aku tak suka  menonjol
aku menyemutkan diri aku sendiri supaya orang lain tak perasan kewujudan aku..
Boring kan?
tak kan la modal ini aku nak cerita kat keluarga dia.

hmm
ok lah katakan lah family dia okay dan tak nak tahu pun tentang keluarga aku dan tahap pendidikan aku, tapi dia nak tahu tentang kerja.

oklah. hmm aku kerja pun bukan lah berjawatan
malah selalu tukar tukar kerja
lepas tu tak stabil plak tu
berhutang keliling pinggang
duit gaji tak menyimpan,
kadangkadang duit habis tak nampak beli apa
baju  ni kalau boleh pakai sampai pudar or koyak
kasut pun sama
handbag ada satu itu,
kalau dapat orang bg. lagi lama lah aku pakai
sebab aku suka pemberian orang sebab bg aku cantik
sebab kalau aku pilih taste aku buruk dan mesti murah murah
lepas tu cepat jahanam
lepas tu pakai je la yang orang bagi,
so tahan lama dan x yah beli beli

Boring kan ?

SO aku nak cerita apa ?
hmm ,.
ok lah sebenarnya SIDIA tu pun tak wujud pun.
langsung tak pernah wujud
so keluarga mentua / bakal keluarga mentua tu pun tak akan wujud..


Cuma nya. mengapa aku sepertinya terasa teringin kan  seseorang
tapi aku NAK dia ADA for real.
aku nak dia teman aku mcm w.
ataupun....
aku nak kan sebuah hubungan tapi aku xnak komitment
aku nak buat macam w.
BEZAnya w aku xpernah jumpa. ehmm,

hmm
tp this time i want to make it real.
nak jumpa. nak dia ada. wujud.
cuma nya no commitment
dia nak ada gf dia. hatta nak kawin sekalipun
yes he can go for it

aku cuma nak dia time dia still bujang
layan aku
sayang aku
aku sayang dia
aku layan dia
aku keluar dengan dia
aku happy dengan dia
dia happy dengan aku
tapi no feelings

tak perlu jumpa family
tak perlu official sana sini
just aku dan dia
dalam dunia yang aku nak
yang aku ciptakan
no hard feeling
no love feeling
no at all.

tp ada ke lelaki mcm tu ?

ada ke?

kalau ada..
Dear lelaki itu,,
aku just nak tumpang kasih
aku nak merasa mcm mana rasa bahagia
rasa ada orang caring
ada orang concern
ada orang take care
ada orang bawak pergi makan
ada orang bawak pergi beli barang
ada orang hantar jemput pergi kerja
ada orang bg semangat
ada orang yg jadi sebab kenapa aku tersenyum
ada orang yang sentiasa ada di belakang aku(Sebelum dia jumpa jodohlah)
ada orang  yang akan memulakan hari dan menamatkan malam aku.
sentiasa sentiasa rindu aku
dan aku pun rindu dia


Tapi ada ke?

kalau ada.. tolong..
bagi aku perasaan itu
aku nak tumpang..
tumpangkan aku hingga kau sampai destinasi kau.
turunkan aku,
aku akan berlalu mmbawa hati aku,
tapi aku tak akan ambil hati kau
bersama aku.
aku cuma bawa kenangan .
kenangan kau dan aku sehingga kau berhentikan aku di hentian itu.



Rasa Macam Tak Ada Mood

Assalammualaikum ,

Hi,

Aku tak tahu kenapa sejak dua menjak ni aku rasa moody.
Mesti nak tarik muka masam
dan rasa tak nak cakap banyak.

Dan kekadang tu aku rasa macam aku dah nak mati
Allah takutnya,
persediaan aku kurang sangat
Adakah Allah terima ?
Adakah itu satu alasan ?
Aku tahu Allah yang pegang HATI aku kan.
hmm
semua bisikan, kata halus dalam hati pasti Allah Maha Mendengar,
Hmm,

Rasa macam tak bermaya
balik rumah terus masuk bilik
cuci kaki , tukar baju baring atas katil
termenung
Allah kosong nya hidup.
Aku tak berapa suka music. aku jarang sangat dengar lagu
ada masa masa tertentu.
Aku tak suka hapal lagu
Aku dah tak suka baca buku.
dulu aku suka baca novel
hmm sekarang aku lebih banyak baring
dan main fon,.
Aku ternanti nanti orang msg aku
tapi tak ada.

Sunyi
Kosong
dan kekadang aku rasa nak nangis sepuas hati
aku bosan
aku takut
aku lapar semua ada

Aku rindu,,
RINDU w, rindu semua yang pernah teman aku
happy kan aku
sentiasa ada di setiap hari hari aku
sekarang aku seorang kosong
aku tak tahu nak buat apa
aku tak kemas bilik
aku tak cuci baju dengan tangan
aku tak tenguk tv
aku just baring
fikiran aku tak melayan
aku tak berangan
aku tak ada impian
aku jadi kosong.

kosong sekosong kosongnya
Allah susah lah nak aku jelaskan.
aku  jadi tak pandai
aku tak tahu apa yang aku fikir
aku rasa sesuatu yang kosong
aku . takut

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir