hehe semalam tidur dalam pukul 5 lebih..
dah nak subuh baru nak tidur.
itu pun selepas mr W called aku..
borak lebih kurang je. sebab aku terlelap beberapa saat sebelum dia call..
haa nasib lah kau called... kalau tak..
aku nak merajuk lama lama lama.
haha dengan kawan2 pun nak merajuk.
ahh lantak lah...
pukul 8 lebih aku dah tersedar..
aku bangun terus cari handbag..
letak resume lebih kurang.
aku tarik comforter.. aku tidur balik.
haha macam mengingau je..
bangun terus cari resume..
hahaha..
sebelum tidur aku set jam pukul 9.00 , bgun je set lagi pukul 10.00 ,
kemudian bangun lagi set lagi pukul 10.30,
lepas tu pukul 11.00 ,kemudian pukul 11.15, dan pukul 11.30. oke lah takat pukul ni 11.45
ok cukup. sampai 11.45 je. aku pergi mandi.. dah standby dgn bertudung sekali. aku baring..
aku set jam 12.15pm hahah ada hati lagi tu nak tidur.
aku rasa macam sedap gila la baring.
cuaca pulak mendung2.. rasa macam ada aircond pula bilik aku...
makin sedap aku tidur.
aku sms la adik. kot kot aku terlelap.. adik reply.. leh la celik mata aku..
hahaha
interview pukul 2.00pm tapi aku gerak dari rumah pukul 1.10pm.. tah
hati ni tak berapa nak risau. sebab tempat dia da tahu.
lagi pun bus direct je sampai..
aku sms adik n Mr W jer.
dalam bus aku duduk sebelah Kin Meng. haha
kawan aku time form 3..
dia terkejut aku ingat dia. lagi pun aku jenis susah nak lupa kan orang.
OMG. dia terkejut sangat aku ingat kat mana rumah dia.. aku ingat
tempat kerja mak dia. pdhal dari 2003 tu .. sampai skg aku boleh ingat. even
dia cerita sekali je. :P
lepas tu .. dia cakap kalau one day dia nak hang.. kt TS ke apa ke. dia suh aku join
dorang semua makan2 lah apa lah.
aku cakap OK je. even duit tah ada tah tak .hahaha.
sampai di tempat nya yang terpaksa di rahsia kan...
hahaha aku dah usha dari jauh kot kot ada signboard company tu.
tapi tak ada lah pula...
aku jalan la dekat kaki lima bangunan tu.
aku pelik asal la berlonggok2 perempuan sexy ni..
lepas tu ada yang terkinja-kinja.
ada yang makan buah langsat sambil baling2 kat tangga..
aku ternampak la signboard office yang aku cari tu. tapi tak ada penunjuk arah.
ke dalam sikit ada lift. tapi aku tak bajet la office tu kat situ.. sbb macam area rumah je. seram..
haha sebab perempuan stock TAHAN DINDING haha..
merata-rata..
aku tanya lah kat salah seorang dari dia..
terus dia angkat tangan.aku belum sempat nak bukak mulut lagi cis...
bodoh sombong. bongkak konon..
lepas tu aku called adik..
kemudian aku called lah office tu. dia suruh aku naik lift..
dalam hati dah start dah baca ayat qursy. was was kot..
dah lah seram je. macam aku kt lorong mana tah.. gelap. tak ada lampu.
rumah rumah semua nya pintu bertutup..orang tu cakap..
keluar lift terus ke kanan. tapi aku saja je lalu kiri..
aku jalan jalan tenguk kawasan. seramm kot..
sambil sms adik.
berbaur wasiat hahhaa. cuak la kot kot apa jadi. atleast ada gak yg tahu keberadaan aku.
sbb pada mak aku just cakap nak kluar interview je pun. x cakap pon lokasi mana..
kemudian , baru aku ke kanan balik. ok confirm ada office..
actually dia dah nak pindah office. n yes tu rumah .. dia renovate jadi office..
sangat ramai orang..
mencanguk aku menunggu.
even aku datang awal :(
sempat juga lah pihak pemuduga tu pesan..
kat sini jangan risau.. tentang keadaan sekeliling.
mereka semua tak menganggu kita. hahahahaha
time nak balik tu...aku jalan dengan budak interview tu juga.
pangkat kakak la. umur dia pun 32..
saja lah aku jalan nan dia. sebab arah kami pun sama,
buat apa lah nak sombong2. haha macamlah aku peramah sangat..
aku tunggu bus, time nak naik bus tu.sekali terserempak lagi dengan Kin Meng..
" You ni da janji dgn I ke nak naik bus sama sama hari ni. hahaha "
buat lawak lagi..
lepas tu .. aku nampak dia dial number dari fon dia..
aku cakap
" Hey U tu number rumah u kan ? "
" hey . macam mana lorh u boleh ingat semua? " hahaha
haha aku pun macam tak percaya macam mana aku boleh ingat number fon rumah dia lagi.sedangkan
aku pernah called sekali je time form 3..
lepas tu dia nak test otak aku ke apa tah.
dia cakap...
" U ingat lagi tak rumah I ?
" Ingat lah .. dulu pernah pergi time buat 1 projek. tak ingat la projek apa. sejarah kot.. U punya gate kunci. u panjat rumah u "
" haaa u masih ingat meyh? sekarang rumah i sudah tak boleh panjat lagi lorh.. itu la tadi i called i punya adik..sebab i tak ada kunci.."
hahaha..
6 tahun kot tak jumpa Kin Meng..
sangat lain pulak muka dia..
hehe.
itu belum aku cerita aku ternampak dia kat kedai dobi Avalon time form 4..
dia cuci dia punya blanket la apa lah. hahaha
wah ingatan aku ni. biar betul. aku leh ingat lebih lebih plak ni..
:: tah kenape interview kali aku tak nak mengharap langsung..
hahaha . dapat ke tak dapat ke malas nak fikir dah..
dapat.. dapat lah kan. x dapat.. nak wat macam mana lagi ::