Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, July 30, 2011

mogok

Actually aku bukan nak mogok sangat. sampai xnak makan.
xnak keluar rumah.. tak nak minum.. tahan lapar. tahan dahaga..
dan aku bukan praktis untuk puasa yg tinggal lagi sehari dua ni..
bukan..
aku pun tak tahu kenapa jadi macam ni....
Dia macam automatik je . tetiba je happen.. huhu..
susah nak describe sangat perasaan aku saat ni..
kenapa ya ?

Tak makan. tak minum duduk sensorang. kurang bercakap..
buat tak tahu dengan keadaan sekeliling.
bukan mengharap simpati. tapi aku lebih kepada menyeksa diri?

eyh ye ke? ke nak diet. haha tp cara salah. tak guna gak kan. haha.
apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya ni..

hmm kemurungan. mungkin dengan lebih tepat lagi aku Stress..
aku tension. pressure. ah sama lah kan..
down....huhhh.. susah nya lah kan...

Dah lama dah perangai aku macam ni. dari kecik2 lagi.. ermm..
bila dah besar macam ni . nak kan perhatian ke? hahaha
x lah .. tak kan lah nak perhatian sangat..
aku just ada masalah. aku dah luahkan.. tp apa yang aku luah kan tu..
actually aku da ada jawapan nya sendiri..

so aku rasa macam ahhhhhhhhhhhh..... sama je..
hmm.. n pada masa yang sama..
dalam hati aku menjerit..

" kan BEST kalau ada tok.. kan best.. kan best. kan best "

lepas tu aku rasa macam nak lempang je muka sendiri.
kenapaaaa... kenapa waktu sulit mcam ni baru nak ingat tok..
kenapa aku macam ni...

cepat2 aku sedekah kan arwah al fatihah.. aku tak nak dia sedih tenguk aku macam ni.. :(

n waktu aku lebih banyak dengan tidur di siang hari.. malam aku berjaga.
segala tak terurus. aku tak amik kisah keadaan sekeliling, aku tak keluar2 rumah..
apa nak jadi .. jadi.... aku down.stress. ahhh..... cam mana nak back to normal.
ah normal la sangat kan..

Tadi.... kakak aku ketuk pintu. aku dah terjaga. tapi kenapa boleh terlelap..
dia cakap " T,.. kalau kau nak makan.. dtg rumah aku buat  kuih cara manis.. "

hmm aku cakap "ya " terus masuk bilik. damn,.. aku terlelap lagi.. ahhhh ..
semua di luar kawalan.. bg pandangan orang..
nampak mcam aku keras kepala. degil. orang dah concern .. buat sombong.
tapi tu di luar kawalan. aku terlelap. ahh... im so sick :(


Kemudian dah tersedar tdur. aku mandi.. lepas tu cari kawan rapat aku..
siapa lagi kalau bukan Internet. yes. internet is one of my bestfriend. haha sadis kan?
hahahaha .lantak la. janji aku ada kawan baik .

Tetiba Mak pula datang. bagi aku roti jala... mak cakap
" Ni bibik bagi..kalau nak kuah kari. amik kat rumah.."

n u noe wat....
aku masih tak berganjak2 lagi dari depan pc ni...
mesti mak ingat aku ni degil.. dah bagi makan pun pemalas nak datang rumah..
dah la kuih tadi akak suh amik. aku x amik amik..

oh GOD. apa kena dengan aku ni...
macam nak tampar2 je muka sendiri.
ahh DAMNNNNNN~!

senang diperbodohkan...

Semalam.... ada someone cakap aku ni.. senang di perbodohkan oleh lelaki...
Ok.. benda ni mmg aku dah lama sedar.. dan tersedar. dan telah sedia maklum hahaha.
coz aku sekolah.. kerja.. pun memang ada kaum lelaki..
memang aku dah lama perasan sikap mereka ke atas aku..
tapi aku selalu berpikiran positif..
amik mudah. malas nak fikir.layan kan aje ..
aku memang selalu macam tu.

Aku malas nak amik hati sangat dengan mereka..

Dalam case macam ni..
senang di perbodohkan..
tak bermaksud aku BODOH kan?
hahaha. ye ke? entah lah.
tapi aku tak rasa aku bodoh.
sbb aku dah tahu.. aku dah sedia tahu..
tapi kenapa still timbul.. di perbodohkan tu?

oh mungkin sbb aku dengan rela hati di perbodohkan...
hahahahah

suckkk ;)

haha boleh pula macam tu kan...
well.. macam mana nak cakap ek..
aku rasa biar diri aku seorang je lah yang tahu pasal tu..
well,. kawan kawan lelaki yg pernah jadi kawan aku. dan masih jadi kawan aku..
fyi.. aku tak kisah pun. hahaha. buat lah lagi.. T_T

hehe. mcm tak pecaya je :)

just now.. ye la baru je tadi. abg aku asyik keluar masuk.
tapi tak tegur2 aku..
lepas tu tak lama kemudian..
tetiba dia called..
dia tanya....

"dah makan ke belum?"

n dia bagi aku nasi n lauk..
untuk aku..
thanks...

tak sia sia aku moody... badmood ahh sama la tu kan.
aku down la.. aku stress. aku tension..
pressure.. ahh segala macam lah.
dalam tempoh 4 hari.
aku makan 3 kali je ..
lama lama macam ni sure kurus kan hahahah.
mimpi je la...

aku dah biasa macam ni. hmm..

btw thanks abang ;)

2.14 am :)

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir