Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Friday, July 15, 2011

cerita tentang mimpi

hmm semalam aku mmg tidur agak lama..
dah tersedar pun leh terlelap balik..
letih sangat kot. sampai lenguh kaki berjalan..

hmm....
tdur yang berkualiti adalah apabila aku dah kemas katil. susun bantal..
n bila semuanya dah tersusun.. aku baring.. sambil mengiring dan peluk bantal..
berdoa.. dan baca apa apa yang patut.. pejam kan mata...
dan tarik comforter.. dan terus tertidur...

aku bermimpi....
aku tgh tdur. dan terjaga.. nak ke tandas..
actually depan bilik aku je tandas..
tapi aku lebih selesa g tandas dalam bilik arwah tok..
mmg dah jadi kebiasaan sejak dulu dan selamanya...


aku mimpi aku ke tandas,
aku ternampak kelibat seseorang bertelekung.
n yes. aku kenal sapa dia..
arwah tok ..
tetiba bulu roma aku meremang..
aku cepat2.. tutup pintu.. berlari ke bilik tidur aku..
dan aku di ganggu..
puas aku membaca doa apa apa. memohon pertolongan dari Allah..
sehinggalah aku tetidur semula...

apabila aku bangun pagi...
aku terus menuju ke luar..
aku terlihat arwah tok di tempat biasa......

aku sangat lah gembira...


ohh tok.. ke mana tok menghilangkan diri sebenarnya..
orang da lama duduk sensorang..

aku tersangat lah happy....
tiada langsung kerisauan akibat aku ternampak kelibat manusia bertelekung pd malam nya.
aku menjangka kan itu adalah dia. mesti dia nak buat suprise untuk aku...

hmm..
tapi TAK SANGKA. semua tu mainan mimpi..
dan seperti biasa..
apabila tersedar dari tidur..
aku terasa cam happy sangat..
aku rasa dia ada..
dia dah kembali.
dia tak kemana mana...


tapi rupanya hampa. dia dah lama tinggalkan aku.
dan tak akan kembali lagi....


aku selalu di landa mimpi macam ni...
mimpi yg aku bersamanya ..
tapi bila aku terjaga dari tidur....
aku seakan nak cari dia dalam realiti..
tapi dia tiadaa......
hampanya..

ohhh sangat kecewaaaa

tok.. orang rindu tok sangat2..

alfatihah ~!

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir