Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Friday, June 10, 2016

Sunyi

Assalammualaikum ,


Akhir akhir ini, seakan aku rasa sunyi..
aku lebih meluangkan masa pada sisi sisi gelap hidup ku untuk mengisi kesunyian hati.
Aku tahu aku ada dua character yang berbeza. Pada siapa yang mengenali aku pasti tahu aku seorang yang happy go lucky, suka bergurau, peramah , talkative, sangat sangat periang.
tu dari segi luaran,

Dalaman pula , jiwa aku memberontak aku nak kan kebahagian .,aku sunyi , tiada teman, aku kosong dan rasa macam tak ada erti hidup. Aku rasa sedih teramat sedih dengan nasib yang menimpa , aku rasa diri tak sempurna. tak macam orang lain.
aku kurang kasih sayang , aku sebatang kara. aku tak ada sesiapa.
ini semua membuatkan aku hilang semangat dan rasa tak ada keyakinan langsung.


Sisi sisi gelap aku pula ,perwatakkan aku berubah , jauh dari diri aku,
aku rasa tak perlu aku cerita di sini.
sungguh aku bukan manusia baik.
aku create character lain untuk memberi ruang agar aku rasa Kehidupan macam orang lain
walaupun semua itu ada kalanya hanya layangan imaginasi aku.
tapi aku buat dia betul betul hidup kadang kala,
hmm ,. nampak macam aku sakit
tapi itu je cara nya untuk aku rasa macam orang lain rasa,
untuk ada macam mana orang lain,

Aku dah bosan , dulu dulu aku selalu guna ayat katak di bawah gelas.
aku lah katak tu..
aku terkurung tapi aku tahu dunia luar
aku terkurung tapi aku tahu apa yang sedang berlaku trendy, up to date.
hmm

aku dah bosan dengan term tu sbb tu aku create sisi gelap aku..
memang aku jahat.
jahat pada diri sendiri dan orang yang mengenali aku pada sisi gelap.

aku sunyi, sebab  tu aku selalu memasuki watak sisi gelap.
hmm

YA Tuhan bila aku nak berubah.
kembali ke pangkal jalan
dan buang *sakit*
aku tak rasa aku gila.
cuma aku rasa aku sepi.. sunyi dan membuatkan aku menjadi orang lain
untuk cari tahu apa orang lain ada.
hmm.


kesian nya aku ni..
get a life . 

Sunday, June 05, 2016

Aku bukan anti lelaki, cuma

Assalammualaikum ,

Hi ..

Aku sebenarnya rasa dah malas dengan perkenalan lagi lagi dengan lelaki,
bukan nak cakap aku ni anti lelaki..
CUMA aku rasa bosan.. susah nya nak jumpa yang betul betul macam w.
masa memula kenal w memang la mcm segan segan .
.semua benda pun mcm jual mahal.

tapi dia sangat caring. motivate kan aku, selalu bagi kata kata semangat dan sentiasa nak tahu perkembangan aku. Bila aku stress, sebab tak dapat nak mengeratkan hubungan kami macam orang lain, mesti kita menangis sesama. Aku tak tahu nak buat apa. aku rasa sedih. sedih sebab tak boleh nak jadi kan hubungan tu macam orang lain.
sedih teramat sangat. Sungguh aku ingin dia. aku nak dia ada di sisi aku sampai bila bila tapi apa boleh buat segalanya dah terlambat dia pun dah bahagia dengan life dia,.

Aku tahu aku salah, aku tak dapat bagi ruang untuk memaknakan hubungan kami.
peluang tu ada tapi aku takut.
takut teramat takut dia tak dapat terima aku seadanya.
lagipulak aku ni tak ada sesiapa aku takut aku akan menderita terluka dan hati aku makin terluka jika dia tak dapat terima aku seadanya. hati aku satu je. aku takut sangat kalau kalau terluka.
Aku takut tak dapat nak teruskan hidup.
nampak macam over sangat kan.
sungguh aku takut nak beri hati aku pada orang.

Mungkin dah tertulis kisah hidup aku macam ni . pengakhiranya aku tanpa cinta sesiapa.
Biarlah,
hmm,
walaupun usia sekarang bakal menginjak ke 28 tahun,
tua sangat bg sorang perempuan.
ya aku tahu . anak dara tua,..
gelaran .. setakat ini aku tak pernah dengar lagi gelaran tu secara langsung.
cuma adalah sorang dua tiga empat orang tanyakan .. bila lagi masa aku ?
bila nak berdua.. tak ada ke yang menunggu

Aku nak cakap apa?
aku diam membisu dan tak tahu nak  balas apa.
Biarlah..
Aku pun macam tak sedia je.
Aku takut terluka
aku tak kuat
Aku tak ada sesiapa dalam dunia ini.
Kalau aku terluka.
pada siapa nak aku adukan nanti,
Kalau aku dikhianati pada siapa nak aku harapkan lagi.

Jikalau aku di tinggalkan.
Pada siapa nak aku bergantung nasib
Jadi biarlah aku terbiasa menjadi seorang
dan hidup seorang diri
biar tiada ruang untuk aku berduka. menderita atas perbuatan insan yang terpaling aku sayang
untuk W. aku memang dah redha dia bahagia.
sekurang kurang nya dia tak tunggu aku.
itu lebih menyakitkan sekiranya dia terus menunggu aku
dan aku pula tak dapat nak tunaikan.


" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir