Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Thursday, February 28, 2013

Kerisauan ini

Assalammualaikum ..

Hai.. lewat pagi ini aku merasakan ingin sekali singgah di ruangan sepi ini.
Tanpa teman. tapi aku masih tidak pernah bosan untuk menyinggah ..

Bertarikhkan 28 FEB... sekelip mata kalendar berubah.. bulan berganti bulan .
Mac akan muncul..
Bulan ketiga di tahun baru..
Tapi impian terpendam makin berhabuk..
Kemana perginya semangat kuat aku untuk berubah ?

Masih di takuk lama. tiada perubahan.
Aku risau.. teramat risau..
menghitung hari tidak terhitung sudah..
Bulan 3 bakal hadir.. Esok hari yang baru .
Semangat .. usaha ? Tiada...

Pasrah kah aku ?

Aku harus tangkas.. berlari mengenggam impian..
supaya yang di impikan tidak terlepas dari gengaman..
Usaha aku harus berlipat kali ganda..
December pasti akan muncul jua..
Aku risau ..

Risau tak dapat menunaikan impian di kala umur menginjak pertengahan 20-an..


Harapan ..
Harapan untuk kesekian kalinya..
Aku berharap...
KERISAUAN ini tidak sepi seperti hati aku..
Aku harap kerisauan ini bukan milik aku lagi

Supaya MAC ini menjadi saksi
saksi untuk aku membuahkan impian ..
bukan impian baru.
tapi impian lama yang sudah lama aku semaikan ..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir