Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Sunday, July 31, 2011

Selamat berpuasa..

Yeahhh. esok puasa...
Alhamdulillah.. di berikan kesempatan tahun ini untuk berpuasa..
Aku harap.. tahun ni. aku mampu menjalani ibadah puasa sebaik mungkin.
Aku ingin Upgrade segala kekurangan. dari segala segi.
Insyallah....


Puasa.. hmm..
kalau tok dan wan masih ada mesti seronok kan...
Malam2 je tok nak dgr aku baca niat.. dia suruh aku ulang 3x ..lepas tu dia suruh aku niat
dalam hati pula..
dan bila petang2.
Busy masak.dgn kakak dan kakak2 ipar.  prepare untuk sahur or berbuka sama sama.
kami masak kuantiti yang banyak.
sbb nak agihkan kat rumah abg2.. rumah mak. untuk kakak ..
keluarga besar kan hahaha..
Aku tukang set meja..
standby gula .susu dalam bekas..
haha bulan puasa je buat macam ni..
standby pinggan mangkuk. standby gelas .jag atas meja..
tugas aku buat air juga.. hehe. Air mesti air sedap2.
entah la bulan puasa ni macam lain kan. haha
segala preparation dia macam best je..
bekerjasama..tukar2 makanan.. kakak aku masak lain.
kakak ipar masak lain. hahaha best best..

Kalau dulu.. time puasa je. mesti time hujung2 tahun. cuti2 sekolah.
memang meriah. pakcik makcik  kazen2 aku datang dari kuantan.
kini dorang stay di kedah.
Mmg tak cukup kerusi lah. kita budak2 semua makan depan tv.
ahh meriah nya saat tu..
Masak macam2. makan macam2.
lepas tu main mercun.coz mercun pula dapat free je.
ala dulu kan. tak ada nya lah macam tu..



Kebiasaannya.. Kami.. berbuka dengan
Meehun sup.. Nasi goreng.. Kuew tiow goreng..
mee hailam..Mee Rebus..sandwich..Laksa goreng..
mee bandung..  macam2 lah..
tukar tukar lah...

pendek kata. bukan nasi berlauk..
juadah berbuka kami bukan nasi berlauk..
Aku pula suka ke bazaar . tenguk mood la.. kalau rajin..
suka beli roti john.. yong tau foo.. kebab..
haha aku tak suka makan nasi berlauk time berbuka...

Tapi petang2 nak berbuka tu memang prepare sekali lah
masak lauk2..
lauk2 untuk makan semasa sahur..
antaranya Ikan sumbat. lauk makan tengahari laa kan..
telo masin la. apa lah..
entah lah aku tak ingat sangat menu.. hmm


Dulu masa kecik2. aku tak suka bangun sahur. tapi wan paksa.. 
dan aku bangun minum air je.. sbb tak selera kot nak makan.tak pun makan nestum je ke..


Tapi setelah tok tak ada ni..
Puasa di tahun pertama tanpanya.hanya beberapa hari je dengan family.
selebih nya aku jadi syaitan..sebab ada krisis kan.dorang semua pulaukan aku. hmm..
aku hadapi ramadhan tahun tu dgn office mate. kadang puasa kadang x..
aku balik malam2. aku rasa kosong sangat kt rumah. hmm balik malam2 sbb lepak kt
bustop mencongok je sensorang.. termenung. memikirkan masa depan huhuhu.
tenguk gelagat orang . tunggu dan menunggu yang tak pasti.
sampai aku rasa boring. baru aku amik taxi balik rumah.
sadis kan? huhu

Puasa tahun kedua dan ketiga tanpa nya. Alhamdullilah di rumah mak..
aku berbuka dengan mak , kakak dan anak2 buah. kadang aku berbuka sendirian di rumah
ala da biasa kan..

Dan puasa tahun ni.. puasa yang keempat aku tanpanya. hmm..
Aku masih kurang dan belum boleh biasa lagi nak berbuka dengan nasi lauk..
entah lah..
tapi tradisi Mak pula dorang makan nasi berlauk time berbuka. kadang aku terpaksa
membeli sesuatu..

Harap esok dan sepanjang bulan Ramadhan ni.
dorang tak ada lah selalu sangat makan nasi berlauk.
time berbuka.
Aku ingat esok nak masak meehun sup or nasi goreng.
oke gak tu kan hehehe..


btw selamat bersahur.
jangan lupa niat puasa !!

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir