Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Sunday, October 16, 2011

susah jugak macam ni

Hai.. aku tidur pukul 1 lebih pagi.. aku terjage pukul 5.30 dan esok aku kerja pukul 11 pagi
balik malam adei.. macam mana ini semua boleh berlaku...
awal nya terjaga dari tidur..
ni mesti aku ngantuk gegila ni karang..

EEEE aku betul betul bengang lah..
aku ni bukan jenis nak marah  marah orang depan orang tersebut.
so ni lah kegunaan belog.
aku boleh melampiaskan rasa marah. geram. sakit hati..
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..

Org I ni kalau beri muka susah jugak ..
memang lah dorang ni baik. membantu.
menolong..
WEI. kitorang dah bayar gaji kau !
tu perkara pertama.
perkara kedua.
aku ni tuan rumah.
ohh.. sorry.. adik kpd tuan rumah..

Sebuk pulak nak complain aku buat bising?
seingat aku .. aku buat bising pun kat rumah aku.
kat rumah aku.. di ulangi kat rumah aku.
lebih tepatlah kan.. dalam ruang peribadi sendiri.
aku bukan memekak kat rumah kau.
dan setahu aku .. bila masa pula aku bising malam malam?

Sial la.. bila bangun pagi pagi..
da ada orang nak ngadu sana ngadu sini..
Aku rasa macam dah kena pijak kepala je
tahu lah selama ni kau banyak tolong family biz aku.
but tolong kau di bayar ok.
so wat for lah kau nak complaint2 pasal aku ni..

memang aku hangin lah ni. aku baru bangun tdur..
baru beberapa minit buka mata..
dah dapat aduan macam tu?
habis tu nak suruh aku memekak kat mana?
n bila masa pulak aku memekak..
hee confiused..

I ni mmg tak leh bagi muka,
kita baik baik sgt. dorang pijak kepala kita.
kita lebih kurang sikit.
dorang naik lemak..
demanding yang bukan2. nak naik gaji la.. nak itu la nak ini la.
lepas tu kerja bukan jujur sangat.
habis semua benda nak di rembatnya.
sebab dah tahu status sebenar bos bos nya.
then dia pun apalagi
amik lah kesempatan.

Memang ada yang ok..
tapi rata rata semuanya. memang pijak kepala lah !
kalau bagi sewa rumah tu.
mula lah nak sambung sana. tambah bilik lagi.
tahu lah laki kau keje kontrak. da ada kemahiran nak bina bilik tambahan,..
sesedap hati je la. rumah 3bilik pun boleh jadi 5 bilik..
extension letrik sana sini sepah sepah.
lepastu sewa kat kawan senegara mula lah makap duit lebih lebih
nak untung atas angin..

Aku bukan hangin nan semua I..
ramai kawan aku pun dari I..
memang ada yang ok..
memang ada yang bestfriend..
aku akui bukan semua macam palat macam ni..
aishh sakit hati. sejak bila lak aku guna perkataan palat ni. hahaha.
geram terlampau . malas arh nak delete !



ini semua pendapat aku sendiri.
damn ar..
kalau kita kat rumah sendiri.
but ada orang complaint seumpama macam kita ni menumpang kat rumah orang.
ini dah melampau....
sangat sangat melampau.


sabar aku ada had..
baik aku ada limit..
hormat aku ada tempatnya.

tapi kalau dah macam ni..
baik lepas ni aku jadi sombong..
prejudis...
kita tak setaraf lah !
kau buruh .. kau pendatang ..! kau kuli ..
aku bayar kau. kau buat keje ! kau sewa rumah ikut procedure..
kau kau. aku aku. janji kau bayar duit bulan bulan dah  ok !
tak yah nak berhubung secara kemanusiaan..
PROFESSIONAL ok !
coz aku ni ramah sangat dengan orang macam kau.
hormat sangat.
senyum. dan baik hati..
tu yang dah kena pijak kepala..
dah naik lemak yang bukan bukan.

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. bodoh !

Sorry kepada orang I yang terasa.
tak semua manusia perfect !
aku tahu tak semua yang berperangai tak elok.
aku sedar. ada di kalangan orang yang sama bangsa dengan aku  pun ada kekurangan dalam diri
masing masing.
tapi ini  sekadar pendapat melalui pemerhatian aku apa yang terjadi di
masyarakat setempat aku.
well. aku kan dah macam duduk kat mini jakarta ke mini medan ke mini apa tah ..
haa macam macam lah  hehehe

Friday, October 14, 2011

bermacam macam ragam

Yeah.. Alhamdullilah.. aku pass exam. dgn markah yang 
tipis tipis je.. hahaha..

markah pass 85 .. aku dapat 86 kuikuikui.. not bad la kan
ermm.. hahaha

Esok dah mula jadual kerja aku yang baru..
aku harap sgt aku boleh buat sehabis baik..
fokus .. 

hmm..
masih ada yang kekurangan..
entah lah bila boleh tampal tampal yang kurang tu..

aiiii ..kan best kalau sebulan gaji 10k..
boleh aku terus kuar dari sini..
settle semua hutang piutang..
move on.. mulakan hidup baru..
just me .. my self n i..

Aku selalu nak ingatkan diri aku.
pls kali ni. no personal life...
no personal story..
dengan semua kawan kawan kat sana..
hehee..

kawan macam biasa je.. tahu nama. tahu umr. tahu asal dari mana.
ok fullstop..
aku tak nak bagi tahu segala details dah..
aku nak jadi someone else..

Tadi ada budak ni ajak join minum2 sama sama.
tapi aku selamba cakap TAK NAK TAK NAK..
berkali kali lak aku ulang.
harap dia tak kecik hati..
Aku bukan nya sombong...

Aku cuma tak selesa lah nak join lelaki..
biar lah budak budak lain yang berebut2. merebut2.
cari peluang nak berdamping dengan budak laki .
haha intake group aku ni.. ada dua orang je lelaki.
hahahahaha..
semua orang nak cari peluang berborak..
memandang.. bertegur.
tapi aku..
buat hal sendiri je la..

hmm lunch break tadi. ada school mate aku nak join sekali ..
then jumpa la. aku tak pernah pun rapat dengan dia langsung,.
kenal kenal macam tu je lah..
kami berempat je..

lepas tu bila aku dah naik office.
selamba je dia cakap kirim salam bf ko taw.
hahah aku dahh !@$$#%^%^$%

tak tahu nak jawab apa..
hmmmmm
orang tak ada bf..
aku tak sehowt ko ..
ekekkee..

Siap tanya bila aku nak kawin..
ahh soklan..
well im still 17  u know.
tak kan lah nak kawen dah. hahahha :D


Kat office ni ada seorang budak ni.
aku tak suka sangat sikap dia. macam menunjuk pandai.
cakap lebih..
cakap macam semua je dia tahu..
dengan lantang bersuara.
tapi info bagi salah..
kesian je aku tenguk..
cakap soalan exam senang..
tapi score dia pun entah lah..
tak pass pulak tu..
bukan aku nak mengata apa...
hehe aku suka perhatikan perangai orang..
tenung sikap orang.
agak menjengkelkan je..
hmm..
tapi selalu nya bila kita judge orang macam ni.
mesti suatu hari nanti dia yang jadi kawan aku
hahaha.
rasa rasa nya tak kot :D

Masuk lobby office je. ada guard ni kekwat alahai...
bagi passcard pun sombong macam tengah kena kawat je..
langsung tak nak senyum..tak nak senyum langsung.sombong..
muka ketat je...
so tetiap pagi .. selepas dia hulur passcard..
aku akan senyum semanis2.. sampai nampak gg geraham yang paling hujung.
sampai ke telinga..
nasib dia pandai senyum hahahah..
hehe aku saja je nak tenguk sampai mana dia punya sombong.
pagi pagi pun mood dah ketat.. baru jadi guard.. lum jadi CEO lagi.
alahai..

Ekonomi. sumber kewangan aku ni tak berapa stabil..
so bila baru start kerja ni..
aku perlukan duit yang sangat banyak untuk rolling
lagi pula.. aku ni suka sangat terikut2 orang.
sebelum ni tak breakfast pun..
tak lunch pun tak apa.
tapi skrang.
breakfast. lunch dinner pun aku amik,
semuanya kena pakai duit..
hmm..
susah betul lah hidup kalau macam ni,,
serius bosan. dan rasa susah hati pulak..

datang terlalu awal.. masa di isikan dengan sarapan pagi..
tenguk semua orang turun lunch break. aku pun join sekali..
tenguk orang beli buah tapau naik office.
aku pun beli,
aii. ni macam.. lama lama boleh botak kepala..
balik pulak aku da memang lapar. kadang aku makan. kadang aku beli,
kadang aku tahan je la.
kalau hari hari macam ni...
boleh mati.. ehehhe


hmm woi diri..
boleh tak aku berubah (tanya pada diri sendiri)

Aku tak nak lah makan je kat office..
ermm. balik rumah or kat rumah je makan.
or bawak bekal?
boleh tak?
hmm.
banyak aspek lagi kena fikir.
bahan basah..
bahan kering kena sentiasa ada stock.
dan peruntukan masa untuk memasak.
megi goreng hari hari pun boleh mati ..

----------------------------------------------

HIDUP OO HIDUP.
aku tengah berusaha ni. untuk berubah !tahu ?
so pls bagi aku peluang.
aku nak berjaya. aku nak berubah.
aku nak move on.
pls pls pls.
tolong diri aku. tolong diri sendiri.
bantu aku hadapi semua situasi,.tangani semua masalah..
coz aku nak berjaya. dan happy dengan apa yang aku buat..
supaya di masa akan datang aku tak perlu susah kan sesiapapun..
pls lah.


* damn stress.. suck !

Thursday, October 13, 2011

Relax

hmm..

Dah hampir 4 hari aku bekerja..
ececeh..
hmmm environtment ok. job pun ok actually..
tapi entah lah..

aku kalau boleh tak nak pressure2 during working time..
kalau boleh nak semuanya smooth n undercontrol..
but then ada benda yang still macam menganggu..

hari ni.. training sistem..
bagi aku tak ada masalah ..becoz dah biasa dah dengan sistem sebelum ni..
cuma sistem berbeza beza lah kan..
biasalah benda baru . perkara baru.. 

tapi yang buat aku rasa macam ragu ragu dengan kemampuan diri sendiri ..
ialah checking sistem. typing. listening.. looking..talking..  thinking in same time..
ahh susah kan?
macam kelam kabut nanti..
sistem belum menguasai lagi. belum mahir,
lepas tu nak kena buat banyak perkara dalam tempoh yang tergesa2..

aku harap semua ni akan baik baik je..
dont let ur self down rite?
pls.. i can do it..
hmm. sighh...

ahh. kadang2 aku rasa macam tak boleh nak catch up..
hmm


so .. what should i do?
practice n practice?


esok exam.. aku harap aku boleh beri yang terbaik utk diri sendiri...
chayok chayok.. ^ ^

Monday, October 10, 2011

hari pertama

Alhamdullilah :)
Kini aku bukan seorang pengangur ..
teehee.
happy sangat...

lagi lagi W sangat caring..
tapi kekadang aku rasa sedih dengan sikap caring dia..
kadang aku rasa macam tak adil..
ermm. kesian dia..
kesian aku jugak..
ishh malas lah nak ingat pasal ni..
Perkara yang bukan bawah kawalan aku..
ni semua mainan perasaan je...

hmm..
Kerja so far. oke lah kot..
tapi. aku semenjak dua menjak ni.
ada masalah pening kepala.
denyut2 kepala otak aku..
kadang rasa muka dah habis berkerut.
aku cuba nak buat relax.. cool.. pastu terus terasa denyutan demi denyutan kat kepala..
terus muka berkerut kerut balik..

hmm..
wish aku skg ni..
hope dapat lah selesai kan serba sedikit hutang piutang.
dan dapat bertahan lama. kalau boleh bertahan terus lah dalam kerja ni.
coz kerja ni pressure dia mungkin lain sikit dari kerja kerja lain.
coz langsung tak ada dateline.. report or whatsoever..
so selesaikan hari ni jugak.esok buka buku baru...
mula kan semula..
bunyi macam senang. tenguk pun macam senang.
tapi aku ni hangat hangat tahi ayam je..
mesti susah gak.
aku ni lambat sikit. selow ya ampun!
hmm

ahh macam mana nak neutral kan perasaan ni supaya tak tension.
tak boring.. ermm.
aku ingat aku akan ok utk 1st day..
tapi denyutan kat kepala ni buat aku macam tak selesa..
aku kena alert tiap tiap perkaataan time orang tu brief...
tapi ... dengan masalah nan  kepala ni. semua jadi macam
gelisah.. aku rasa macam bukan lah sakit sangat..
tapi aku rasa tak selesa.
tak relax. tak cool..



#berita baik :)




Alhamdullilah :) email aku untuk menjejaki Afni dah di balas oleh ahli group tersebut :)
hope ada harapan lah aku untuk next step :)
kawan dia pun ada sertakan email Afni. n aku harap..
dalam jangka masa terdekat ni. afni check email dia..
hmm..

Sunday, October 09, 2011

Sahabatku Afni dan surat

Hmm.. perhubungan aku dan Afni terputus masa nak amik UPSR..
dia sempat menyatakan dalam surat..yang dia akan berpindah di Gombak pada bulan 12..
Pinta ku waktu itu.supaya dia pindah selepas hari jadi aku 18 Dec,,
haha permintaan budak2..
entah ape apa je..
padahal. tak ada kaitan pun dia pindah rumah dengan birthday aku.
huhuhu


Ok. ni surat dia pada tahun 2000.. 11 tahun aku simpan surat ni.
lipatan dia pun dah nak naik lunyai dah..
terlalu lama sangat berlipat... hmm..

dapatkah suatu hari nanti aku tunjuk kan kpd si dia surat ni sebagai tanda betapa aku terlalu sayangkan persahabatan aku dan dia ?


Nur Afni Azieana,
............................
............................
55100 Kuala Lumpur.
  
  Menemui sahabatku yang di ingati selalu. XXXX yang berada di .......... Semoga dalam keadaan sihat hendaknya.

  Untuk pengetahuan saudari , surat saudari telahpun saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudari masih ingatkan saya lagi.

  Tujuan saya menulis surat ini untuk memberi tahu awak keputusan peperiksaan saya iaitu 1A 3B 1C , terukkan, walaubagaimanapun saya akan terus berjuang untuk maju dalam hidup dan dapat mengejar cita-cita saya yang tidak pernah beruah untuk menjadi " Ahli Astronomi ".

  Untuk pengetahuan saudari , keluarga saya akan berpindah ke Sri Gombak pada 17 haribulan 11 atau 12. Tetapi saya rasa bulan 11. Tetapi " WALAU JAUH DI MATA TETAPI DEKAT DI HATI ".

 Sampai di sini sajalah yang dapat saya coretkan. Jangan lupa hantar surat ( secepat mungkin ) sehingga bertemu lagi. BYE ! BYE ! OPS ! saya terlupa bila hantar surat tolong sertakan gambar awak sekali ya ,



xxxx
( sahabatmu )


UCAPAN -> TARGET 5'A' IN UPSR

Semaikan dalam diri kita yang " SAYA PASTI DAPAT 5A DALAM UPSR "


---------------------------------------------------------

hmm
hanya sekeping surat je aku dapat simpan..
banyak kami berutus surat..
tanpa setem. tapi dah banyak hilang sebab dulu suka simpan surat dalam purse.
cuma 1 ni je dapat di selamatkan.
dan ini merupakan surat terakhir kami..

Aku kirim surat pun pada seorang kawan yang satu bus skolah dengan dia..
so kami berutus surat macam gitu je.
minta tolong pada orang tengah..

KESIAN KAN?
budak2 sekarang dah ada sms.. dah ada fb. da leh bbm..
haha 
tapi sayang suma tu bukan hard copy..

hmm aku still boleh simpan dan boleh pegang surat ini.
entah sampai berapa tahun lagi lah aku boleh bertentang mata dengan sahabat ni..

Ahli Astronomi.
haha dulu cita cita kami nak jadi ahli astronomi.
setiap kali masuk library..
pasti buku buku berunsur kan bintang. bulan . planet yang akan jadi bahan bacaan kami..
hmm dan saling berkongsi maklumat tentang perkara2 tersebut..

yang masih aku ingat. waktu itu..
kami berbincang tentang Batu Asteroid yg semakin mendekati bumi..
dan kami lantas ke library. untuk mencari tahu tentang asteroid..
huhuhu..

tak cukup dengan itu.. 
pabila ada pesta buku.. alaa dulu buku buku murah je..
ada orang datang. dan jual buku.. 20sen. 30 sen. 50 sen lah.
dan time tu aku sangat lah boros. nak beli buku 50sen pun tak cukup duit.
time tu duit belanja pergi sekolah pun RM 1.50 sahaja..
dan aku share duit dengan Afni untuk membeli sebuah buku yang berharga 50sen.
dia yang baca dulu.kemudian dia berikan pada aku.
dan aku masih simpan sampai sekarang..


Buku yang ada contengan tangan..
nama kami berdua.

oh kenangan..
hmm

Aku harap Afni tak akan pernah lupakan aku.
seperti mana aku...


Rindu sahabat

Ya Allah..
kenapa lah hati ni meluap luap ingin menjejaki sahabat ku yang satu ini..

Hmm dah lama gila hati ni terpendam pendam...

Kami berkenalan masa di sekolah rendah..
masa di darjah 2 ..
sehinggalah darjah 4..
Afni nama nya..

Hurm. masa nak naik darjah 5.. dia berpindah sekolah..
Sedih sangat dia pindah sekolah...
tapi nak buat macam mana..
even rumah tak jauh sangat. tak ada lah berbatu2..
tapi di sebabkan umur masih kanak kanak..
tak pandai guna public transport.
lagi pun aku dulu bukan nya rajin ke rumah kawan2..
dan tak di benar kan sama sekali merayap..
kecuali bermain di kawasan lorong rumah sahaja...


jadi hubungan kami renggang begitu sahaja..
yang menghubungkan kami adalah cuma..
surat.. dan panggilan telefon.
tapi telefon tak boleh selalu selalu..coz nanti kena marah -,-
surat pula tak dapat bagi selalu..coz.. tak reti nak post surat..
jadi aku just kirim kan pada kawan kawan yang naik bus sekolah sama
dengan nya..

kami just dapat melambai tangan dari jauh..
aku di foyer.. dia di dalam bus..
aku selalu pesan.. duduk tepi tingkap.. jenguk ke arah aku tiap kali bus sekolah dia
datang mengambil murid2 di sekolah aku yang mengguna perkhidmatan bus yang sama..

Kali terakhir aku melihat dia..sebelum UPSR..
dia seorang pengawas sekolah.. dan sudah memakai cermin mata.
ahh segalanya masih segar dalam ingatan..
kami hanya dapat melambai dan tersenyum hingga ke telinga dari jauh sahaja..

Aku mulai ingin jejaki dia semenjak ada social networking.
myspace. friendster.. tagged..facebook..

serius aku selalu search nama dia dan nama yang sorang lagi sahabat ku Fatin..
tapi perkenalan aku dan fatin singkat. hanya setahun sahaja.
kami bertiga sangat rapat masa di darjah 4..
akhirnya fatin berjaya aku jejaki di facebook
tapi hampa. dia langsung tak dapat mengingati aku..
walhal. nama penuh nya.. tempat tinggal..
kronologi2 perkenalan kami.. bahkan nama adik nya sekali pun aku tak pernah lupa..
malahan sticker2 bodoh yang dia pernah bagi pun sampai skrg aku masih simpan..
13 tahun aku simpan sticker2 itu..
hmm akibat aku hampa dan kecewa kerana feedback Fatin tak seperti yg aku harapkan..
banyak makan semut gamaknya,
tapi aku pasrah dan redha... mungkin dia tak seperti aku yang terlalu impikan kan kenangan..


Dan
sebentar tadi . aku masih belum give up untuk mencari Afni..
aku type di google nama penuh . siap dengan binti sekali.
dan aku terjumpa satu link..
tapi hampa..
entry di situ last update pun 2010

Ya ALLAH. bantu lah hamba mu ini.
permudahkanlah urusan ku..

hmm..
Aku teringin nak bertentang mata dengan nya.
bercerita soal kenangan
apakah dia sepeti aku?
masih mengingati segalanya ?

# aku masih simpan lagi sebuah buku pemberian nya. dan surat dari padanya..
thanks Afni atas persahabatan yang bg aku tak lapuk dek masa..
aku still ingin mencari kau..
walaupun makan masa bertahun tahun.

Saturday, October 08, 2011

bersyukur

yeahh .. Alhamdulillah...
setelah berusaha..
mengomel2 .. bersedih..
dan hampir give up..
akhirnya dapat jugak kerja :)

Siapa cakap senang nak cari kerja ?
hmm. susah tahuuuu !

Fokus fokus .. tak boleh malas..
eee aku kena berikan sepenuh komitmen..
coz aku tahu diri aku sendiri..
hangat hangat tahi ayam je..
memula je rasa cam happening.. best..seronok. rajin.
lama lama. mula lah liat..
malas.. tak best. boring.. tension..
dan rasa nak berhenti.
time tu gak nak berhenti. tak tahan..
tak boleh teruskan. tak boleh terima.

hmm.. teruk kan aku ?


WELL. kali ni kena ingat..
cari kerja tu susah.

so cuba lah bertahan..
hmm. bertahan sampai betul betul dah ada peluang yang lebih baik..
ingat !!! jangan cepat bosan...
suai kan diri dengan situasi dan keadaan.
pandai cari kawan !!
jangan cerita perkara personal dengan orang yang baru kenal...
jangan ringan mulut nak tanya tanya personal orang..
coz nanti orang tu tanya ko pulak kan.
so pls. jangan repeat lagi benda yang dulu dulu tu..

relax...
dan buat sehabis baik..
heee. you can do it !!!
ececeh.. bagi semangat kat diri sendiri gituu ...
hehee.
yes.. i can do it..

Oh tuhan. jauhkan lah rasa boring dalam hati hamba mu ini..
hmm

aku ni jenis cepat bosan.
aku risau nanti. aku tak tahan kerja ..
hmm.. plspls..
selalu ingat perngorbanan demi pengorbanan..
cari kerja.. interview..
sampai Ain.. adik tolong.
so always remember !
jangan sesuka nak cepat berhenti..

pls.. kali ni je..
lagi pun dah lama sangat mengangur..
umur muda lagi kan. apa kata kerja gila gila punya ..
bila lagi kan. nak kumpul duit :P
kerja sampai di luar tabie..
haha
mampu ke aku ni ? [ berbisik pada diri sendiri ]

Friday, October 07, 2011

Rezeki, jodoh, ajal ketentuan Tuhan

Letih lah aku kadang nak hadap semua orang.
pasal kenapa aku masih menganggur..

Bukan aku tak usaha...
bukan aku tak mahu kerja..

Kalau aku tak nak kerja..
buat apa lah aku tanya tanya orang..
create accout kat jobstreet..
kat mana mana lagi lah..

Buat aku susah susah pergi interview..
tapi lately.. asyik kedengaran..
suara suara mengatakan..

" pergi interview saja... dapat kerja nya tak "

hmm perkara tu bukan aku yang control..
kalau akulah yang boleh control.
baik aku set.. 1 kali je interview. terus jadi ceo.
hahaha..

senang...
tak payah susah susah nak tunggu panggilan interview.
nak setup masa and appointment..
nak tunggu bus.. nak susah payah..

mungkin mereka dah mulai curiga..
aku ni pergi interview ke tak..
entah entah melencong ke tempat lain..

ahh gasak lah..
aku tak nak fikir dengan lebih jauh..
kalau ada rezeki aku kali ni..
adalah...

penat nak layan andaian dan tuduhan melulu setiap manusia..
macam lah aku ni langsung tak ada perasaan...

AKU TAHU..
aku ni selalu sangat menyusahkan orang..

Ikutkan hati dulu..
setelah kemahuan aku untuk melanjutkan pelajaran di tolak mentah mentah..
aku nak bekerja..
cari pengalaman..sedari umur 18 tahun..

tapi nak buat macam mana.
hidup ni sentiasa di uji.
aku nak bekerja pun tak di benarkan,

sudah lah di halang..
lepas tu di fitnah.. di tuduh..
YA ALLAH..
pedih hati... dengar segala tuduhan.cacian..
aku cuma mohon kebenaran utk bekerja pada waktu itu..
just nak cari duit.. cari pengalaman.. cari kawan..
tapi entah apa lah silap aku.
apalah silap Ibu kandung aku..
hingga aku yang terpaksa hadapi segala cacian..


Aku tak pernah mengenali Ibu kandung aku.
LAYAK KAH AKU ? PATUTKAH aku di lontarkan
cacian. makian..
di ungkit habis semua asal usul aku..

Memang.. buruk buruk perangai anak.
di persalahkan kerana mengikut jejak perangai ibu dan bapa kandung nya..
aku akui...

rata rata manusia akan bersuara menegur..

" Anak borek bapak rintik.. "

" like father like son "

dan macam macam lagi lah yang seumpama dengan nya..


Semua sudah ketentuan Tuhan..
Bukan aku yang control semua ni..

Jangan aku di persalahkan..
bukan niat aku nak membebankan mereka..
tak pernah terlintas di hati aku.. nak membeban kan mereka..

Thursday, October 06, 2011

kembalikan masa silam...

Kalaulah kan..
Lately asyik cakap tentang KALAU KALAU je..
hurm..

Kalau boleh kembalikan masa silam. masa lampau.
masa yang telah berlalu...
AKU NAK BERUBAH ..

Aku nak sangat menangis sekuat hati..
menangis tanpa henti..
menangis .. menangis.. dan menangis..

tak nak minum susu...
tak nak makan..
dan terus buat perangai sedari kecil..
mesti aku tak di besarkan oleh keluarga angkat..
kan ?

mesti dorang dah bosan memelihara aku yang kuat nangis.
lantas kembalikan semula kepada ibu kandung aku..

Korang patut bersyukur.
korang hidup dengan family darah daging sendiri.
membesar di samping adik beradik..
di samping saudara mara..

mesti bahagia je kan..
walau macam mana pun masalah korang.
walau macam mana besar gila masalah korang.
korang still ada family..
ada darah daging.. untuk memohon bantuan...
menumpang kasih...

tapi aku lain.. aku just ada aku ...
aku tak ada sesiapa...
aku kena tanggung diri aku..


Paling aku ralat sekali..
tentang aurat aku....
hmm aku bukan lah baik sangat.
tapi perkara perkara sebegini mula membelenggu hidup aku sejak di sekolah menengah..
aku ingin berubah menjadi baik..
jahat ke baik..
baik ke lebih baik...
dan seterusnya...
tapi still membataskan aku.
aku ni ada ' special case '
huhuhu

aurat aku dengan wan aku..
aurat aku dengan 'abang2'
aurat aku dengan 'anak-anak buah'
aurat aku dengan 'bapak'

hmm korang beruntung...
kalau nak berubah.. terus boleh berubah 100%

tapi aku.even nak berubah 100%..still ada yang tak boleh nak berubah..
tak boleh nak di ubah kan..
seperti yang aku kata 'special case ' konon hmm.
entahlah.Wallahualam..

Sebab tu aku ingin pergi terus dari sini..
tapi kenapa aku still tak di berikan peluang ?
walhal niat aku baik..
belum rezeki aku lagi agaknya kan..

Kembalikan masa silam..
aku nak sangat futher study..
untuk mengubah nasib .. menambah ekonomi aku dari masa ke semasa.
siapa cakap aku tak pernah fikir?

Aku sebelum habis spm..
aku nak sangat futher study..walaupun tak dapat ke peringkat yang paling tertinggi..
atleast ada diploma tu sudah memadailah kan..

Tapi saat itu. tentangan. halangan dan kekangan...
semua itu melarang aku untuk study lagi.
ahh ni bukan alasan..
dah berpuluh puluh kali.. beratus ribu juta airmata aku menitis kerana tak dapat study..

Di kala aku menganyam impian.
menyusun cita cita..
meniti alam remaja...
mengimpikan 1001 kenangan di alam universiti...

ahh aku di tentang. aku di halang..
hidup aku tak habis di duga..
saat itu.. ahhh sedih hati...
punah..luluh habis impian hati..

Aku juga punya matlamat hidup.
even samar samar.
tapi bila di tentang sedemikian rupa..
segalanya lesap....
lebur...sekelip mata hilang...


apa yang aku hadapi kini
persoalan demi persoalan...

 " kenapa tak sambung belajar? "

maka. jawapan nya harus ku jawab apa?

nak flashback kenangan pahit?
ahh tak terdaya dah aku...

Seolah olah nya semua terbeban di bahu aku.
terhempap di dada aku..
sehingga sesak nafas aku..

Kalau saat dahulu aku berani..
berani menentang,,
jerit kuat suara hati..
pasti aku tak begini...


Jangan persalahkan aku..jangan memandang serong aku...
aku masih meniup pelahan semangat di jiwa,
yang pernah luntur. yang pernah hilang..
terkadang sesat di hati sendiri...

KEMBALIKAN masa silam aku..

aku ingin benar bersama sebuah keluarga..
aku ingin benar menjadi anak baik ibu dan ayahku..
aku ingin benar menjadi seorang saudara yang baik untuk saudara saudaraku..

aku belum puas bergembira..
aku belum puas menjadi kuat..
aku belum puas melayari saat saat remaja yang belum pernah menjadi milik aku ....

aku impikan sekuliah dengan teman teman ..
aku impikan suka duka bersama teman seperjuangan..
aku impikan garisan penamat hidup sebagai seorang pelajar institut pengajian tinggi..

aku impikan penghijrahan paling tepat dalam hidup..
agar apa yang aku inginkan terlaksana dengan jayanya..
bersama berkat doa orang tuaku.
doa sahabat dan teman teman ku..


ahhh kembalikan masa silam ku...
aku dah terlalu banyak 'pause' dan mati dalam hidup..

bangkitkan aku...
tiup semangat kuat kuat dalam jiwa aku.
supaya aku sentiasa kuat dan tak lupa tentang impian
dan cita cita yang pernah kabur...

hilangkan lah dendam dendam dan sengketa di hati aku..


hmm..
hidup aku umpama dalam mimpi...
kejut lah aku dalam lena ini..
pimpin tangan aku..
agar aku sentiasa tersedar dan tidak terlena
memasuki alam mimpi..

Wednesday, October 05, 2011

kenapa aku?

Hmm aku baru balik daripada interview ni..
yes. memang tak dapat pun..

Ain kata..
jangan terlalu expect kita akan dapat ..
so then.. buat macam biasa..
jadi kan interview demi interview sebagai satu pengalaman..
So aku kutip nasihat Ain..
Aku amik pendapat dia...

But then..
aku ni nak pergi interview pun menghadapi ujian demi ujian,
saat saat getir.
dah macam budak ulu kampung mana nak pergi cari kerja kat pekan lagaknya..
dengan berbekal kan duit tambang.
nak cari duit tambang pun bukan main susah lagi..
pinjam sana sini..
ahh hutang aku pun dah keliling pinggang..

yelah. cam tu lah hidup aku..
sebab tu aku kalau nak pergi interview pun berfikir seumpama masalah besar..
mana nak cari duit buat tambang.
buat itu buat ini..
buat belanja sampingan..
makan langsung aku tak nak masuk dalam list pnjaman.
soal makan .pandai pandai aku lah nanti..

Hmm interview berlangsung dalam kumpulan.
perkara aku tak nak.. itu lah yang terjadi
itu pasal kadang aku malas nak fikir apa apa..

aku tak nak interview dengan group yang ada lelaki..
but u noe wat..
aku leh lak berdua je dengan seorang lelaki
interview sama sama.
ahhh benda yang tak nak tuh lah yang selalu dapat..
aku ni kekok sebenarnya dengan lelaki..

Random je interviewer tu pilih.
tapi aku gakk yang dapat dgn lelaki..
ayo ...
tapi tak apalah..
still boleh control.still boleh handle..
still boleh terima..

interview tadi berjalan begitu lancar.
tapi aku memang dah bosan . agak lah kan.. dengar penjelasan kerja
yang aku 50 50.. dalam hati dah berfikir2.. dah berdetik2..
aku pun tak sedar expression wajah aku macam mana.
mulut tersenyum. tapi muka agaknya dah MEMBOSANKAN.
tu pasal tak dapat lah kot..


Hmm
ketara sangat dorang nak yang lawa je aaa..
ada 1 group ni.. empat empat orang free hair..
cantik lah kan. comel comel je orang nya..
ada yg baru sebulan mengangur. ada yang baru je resign hari tu..
guess what ?
3 orang daripada 4 tu dapat..
so masa nak turun lift tu..
aku dengar.. yang tak dapat tu.. nak stay coz nak meet interviewer..
dan aku sendiri tak tahu lah kisah seterusnya..

ALAH gerenti dapat lah tu kan..
hmm baru je menganggur. dah dapat peluang kerja.
aku ni dah setahun lebih..


ok tak pelah belum REZEKI aku lagi kan.
ok lah. mungkin lepas ni aku akan dapat yang lagi baik dari dorang.
mungkin dorang lagi memerlukan pekerjaan tersebut..
YES aku positif....
konon.............

hmm positif thinking lah tu kan..
then..
time nak balik..
aku ternampak bus menghala ke rumah aku..
tah tersalah apa tah..
kaki aku leh terpelecok..
terjatuhhhh. gedebukkkk !!!!
adui sakitnya.
kepala lutut...
nasib kain tak pecah pecah n koyak..

kaki belah kanan ni dah macam terseliuh.. heee
aku gigih gak lak bangun cepat cepat dan kejar bas ...
lupakan kesakitan kaki...
rasa macam nak nangis..
aku tak malu..
tapi aku rasa sakit sangat. kaki dan hati..
paling sakit.. aku rasa hati aku lah....

KENAPA AKU?
sudah lah tak dapat kerja.
jatuh pulak tu..
malu memang aku tak nak fikir dah..
tapi aku sedih sangat..
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
why me?
why ?

hmm..

kesukaran demi kesukaran.
ujian demi ujian.
dugaan demi dugaan..
aku nak lulus. aku tak nak gagal..
ya ALLAH..
pls.. :(


#aku ni meluahkan perasaan dulu..
aku belum sempat lagi sapu ubat kat kaki ...
sedihnya harini...
damnnnn..

1.29 pm Rabu

Tuesday, October 04, 2011

Kalau ..

KALAU korang kat tempat aku..
apa agaknya korang buat ..
kalau jadi aku..
hmm

masalah demi masalah...

hmm ada seseorang ni.. aku kenal dia dari text text kaku..
aku kenal kat fb tak lama dulu.. .. kat wall mmber..
dia kawan kepada kawan aku..

Tetiba dia add aku..
dia cakap aku ni tak jadi diri sendiri.
dia cakap aku cuba sorok kan diri aku..

Dia tanya tanya masalah aku..
and aku.. memang senang nak jujur dengan orang ni..
entah lah.. kadang aku rasa bodoh sgt..
susah nak sorok kan masalah..
baru kena test macam tu . terus aku ceritakan..

Bila dah cerita semua...
Hmm
dia cakap aku ni berdendam..
aku tak melepaskan...
Aku kena maafkan semuanya.
baru aku akan ok...

Yeke aku berdendam?
dendam dengan kenangan?
dendam dengan perasaan sendiri?
dendam dengan apa?
itu yang tersirat ..
aku masih berfikir..


HURMM...

ada yang cakap aku tak boleh lari..
tapi aku kena SELESAIKAN...
aku tak boleh pergi dari sini.. tapi aku kena selesai kan semua nya...

ayo ..
aku nak selesaikan apa lagi?
baik aku lari dan pergi dari sini..
dan seterusnya memulakan hidup baru.
lupakan kisah silam..
bergaul dengan orang-orang yang baru mengenali aku..

Aku fikir tu je.
aku nak tukar segala galanya.
kalau boleh.. nama pun aku nak tukar.
nak jadi insan baru....

ala ala macam hilang ingatan..
then.. berkawan dengan orang orang yang baru.
hidup di tempat yang baru..
kalau orang tanya latar belakang aku..
cakap saja lah

AKU TAK INGAT APA APA .

aku tak nak ingat lagi..

biar semua terkubur dalam hati..


KALAU lah semua ni macam apa yang aku rancang kan..
kalau lah semangat ni.sentiasa berkobar kobar..
kalau lah ada seseorang yang berada di belakang..
menyokong aku ..

beri kata kata perangsang..

Kalaulah aku ni kuat...
kuat macam korang..
entah lah..


Aku dah jatuh terduduk ni..
entah bila boleh berdiri semula dan melangkah lagi..

KALAU LAH semuanya tercapai..
aku manusia yang bahagia..
hmm..

perasaan saat ini..

Hmm tertekan gila aku..
ahh aku dengan stress dengan tekanan tak boleh di pisahkan gamak nya..

Aku sajalah msg msg dgn W,
hurm.. dia nak tahu sgt problem problem aku..
masalah yang membelenggu kepala otak aku..
masalah demi masalah...

Aku citer lah..
niat aku just nak sharing.. bukan nak mintak tolong. bukan nak minta simpati,.
Aku tahu niat dia.. aku tahu dia nak tolong aku.
aku tahu dia nak bantu aku.
TAPI MASALAH NYA aku tak boleh..
aku tak boleh terima bantuan dari dia..

Kenapa dia tak reti nak faham?
susah sangat ke nak faham aku..
aku bagi tahu kau.. coz nak berkongsi..
bukan nak mohon simpati..
bila aku tak dapat terima bantuan kau..

kau nak maki maki aku..
eeeeeeeeeeeee Incik W sayang..
Aku tak nak susah kan kau..
terus tambah kan masalah aku je..

eee sedih nya lah.....
kenapa tak reti nak faham nie W..
msg aku. cakap aku macam2..

aku faham. niat murni kau..
nak tolong aku..
tapi kenapa nak guna bahasa kesat.
nak marah marah..
kenapa?

kalau aku tak leh terima pertolongan dari kau..
kau memang kena marah marah  aku ke?

hmm kan best kalau ada orang yang sudi mendengar..
mendengar cerita aku..
teman hari hari aku..

TOLONG dgr . dan tolong faham aku..
biar aku je yang settle masalah masalah  aku sendiri..
itu je yang aku perlu......
kalau aku minta pertolongan..
kalau kau boleh tolong. ckp boleh...

tapi aku tak suka kalau kau yang berikan bantuan..
sebab aku tak nak terhutang budi dgn kau W..

Monday, October 03, 2011

Jangan terlalu selesa

Jangan terlalu selesa ... 


pesanan dari seorang sahabat...

baiklah Cik Ain..

Aku akan sentiasa ingat .. mulai saat ini...

Aku tak perlu  terlalu rasa puas hati dan selesa dengan situasi skrg..
or situasi apa pun..

malah aku perlu sentiasa berusaha....

hurm.. aku kena fokus kan Ain?
Fokus untuk menrealisasikan impian demi impian yang terbengkalai..
yang aku sendiri dah hampir melupakan..

Oh Ain.. destinasi aku dah berubah.. aku tak nak lah ke sana,
Setelah mengkaji serba sedikit maklumat dari teman teman..
Melainkan segalanya dah di tetapkan ..then baru lah destinasi aku di sana..

So skrg fokus dengan apa yang aku ada,.
entah 1000 thn lagi ke baru aku dapat tentukan ke mana arah aku.

walaubagaimana pun. Aku  TAK MAHU TERLALU SELESA..
hmm..


Lega

Alhamdulillah :)

Aku lega dapat meninggalkan 1 pesanan yang dah lama tersemat dalam hati..
bukan wasiat lah.pesanan ringkas je. hehe..

Aku tinggal kan satu pesanan kepada Bff aku Ain,

Kita tak tahu bila akan tiba masa untuk kita kan..

Aku sengaja tinggalkan pesanan itu kpd Ain untuk si dia..
bekas sahabat.. eyh jiran aku.. hmm..

entah lah. bagi aku.. dia perlu tahu apa yang aku rasa.
mungkin aku tak berpeluang nak meluahkan 100% direct masuk telinga dia..

ye lah. since kami pun tak macam dulu dulu..
bila lah masa nya dia nak dengar aku membebel berkongsi cerita tak sudah sudah...
kan .. betul tak ?

so aku harap.. bila aku dah kembali kepada pencipta...
moga moga. dia ikutilah pesanan aku..
selami lah apa perasaan aku selama ni.
apa yang aku hadapi..
apa kesukaran. liku liku hidup
even tak 100% yang berlaku aku share di sini...
serba sedikit aku ingin dan masih ingin berkongsi dengan dia.
tapi segalanya membataskan....

segalanya telah membataskan hubungan aku dan dia..
entah aku je yang menyedarinya..
bagi sidia.. aku ada atau tiada.
mungkin langsung tak memberi kesan..

Tak mengapalah..

semua orang ada kehidupan masing2..
siapalah aku .. hanya melukut di tepian gantang..
hmm..

Aku doakan kau bahagia..

#kepada si dia...

kalau kau dah baca entry ni...

Aku nak minta maaf sangat2..
aku tak tahu macam mana nak pulihkan balik hubungan kita..
di saat aku yang betul2 dah down...
dan kau semakin meniti alam bahagia...

Serius.. aku tak tahu macam mana nak buatkan kita seperti dulu...
kalau tetiba aku berbaik dengan kau..
pasti ada suara suara yang akan bercakap...

aku ni nak menumpang kesenangan kau lah..
nak menyebuk ke..
nak tumpang kereta kau ke..

banyak lagi yang aku fikir..
tapi aku pun tak lah terus membiarkan kita dingin..
ada juga aku sms sms kau kan..
kau  pula...
langsung diam membisu...

thanks jugak datang menjenguk aku di rumah...
bawak anak kau...
heee sekejap je masa..
Ya ALLAH. betul.... aku boleh ingat lagi time kita kt klcc. kau koling2 dengan si dia..
hee belum jumpa lagi kan time tu..
then skrg kau dah ada anak..
SEE ? kemajuan. perubahan demi perubahan...
kita bagai langit dan bumi..
Aku masih begini.. masih macam ni..
macam orang tak ada life..

mungkin tu yang membatas kan hubungan 'persahabatan ' antara kita kan..
ye lah. kau berharta. kaya..
dah senang..




Ingat tak pic ni? pas teman kau g cahaya suria.. kita lepak jap kt klcc..
time ni ko call si dia .. tgh bercakap dgn sidia.. n aku snap pic ni...
heee.. 

aku ? hmm toksah cakap lah kan. kau pun sendiri maklum..
tak pe lah.. dah nasib aku macam ni..
:)

aku redha...

Fana.. thanks weh. pernah bg pinjam duit dulu di saat aku nak bg hadiah kat someone..
tak tahu lah kau ingat ke tak..
tapi aku ingat je..

thanks pernah share topap malam2 time tu kau dah tidur.. time besday kau pulak tu.
aku sebuk betul ASK tupap kt ko..
tapi kau share kan jugak..
hee thanks...
sebab aku nak buat supersaver call someone..


thanks pernah tolong aku.. selalu sangat kau tolong aku..
bawak kan aku pergi buat gambar size pasport kat  kg pandan luar.. time tu
aku nak siap siap kan resume nak bawak tuk interview..

thanks bawak kan aku kt kedai roti tu.. kau ingat tak ? haha..
nak tolong aku cari kan kerja. hehe..

thanks juga pernah hantar kan aku pergi office . satu masa dulu..
aku ingat lagi..
kau jemput jugak aku balik kerja...
and teman kan aku makan. sebelum balik kerja..

Thanks tuk segala hadiah2.. kad raya.. kad besday..
semua kad kad tu aku masih simpan dengan baik..
aku sayangkan semua tu...

Thanks fana.. thanks untuk banyak perkara...
tak dapat aku nak ungkapkan semua..
terlalu banyak yang perlu di terimakasihkan... 
hee ralat hati aku yang kita plan nak g picnic mandi sungai berdua
lepas kau dah dapat lesen.. tapi sampai skrg tak dapat2..
tak pe lah..
tak penting pun kan..
lupa kan je la..

Maafkan aku kalau macam memanjang2 kan perkara ni..
entah silap aku entah silap kau..
aku tak tahu dah .siapa yang silap..
mungkin perkara ni akan terhapus dek masa...

tapi semakin cepat masa berlalu..
aku masih tak lupa lupa...

mungkin pada aku .. aku cuma ada kau je,
tp pada kau.. tanpa aku.. kau masih ada yang lain..
tak pe la. past is past..
perkara ni bukan salah sapa sapa kan....

Aku suka benar dapat sms dengan kau..
tp aku perasan.. kau mesti stop kan msg. tanpa cakap apa apa.
kenapa?
aku bukan mengajak kau bergaduh.
aku cuma nak perbaiki situasi.. yang aku sendiri tak tahu aku mampu pulihkan 
atau tidak..
tapi bila kau diam membisu tetiba..

aku rasa kau dan aku dah terlalu jauh...
maafkan aku..
dari hujung rambut hingga hujung kaki..

maaf atas kekasaran..kutuk mengutuk.. gurauan melampau..
halalkan lah hutang piutang .. makan minum.. sepanjang kita bersahabat..

aku masih ingat lagi 1st time jumpa kau..
mase tu .. aku belum bersekolah lagi..

Kau.. Edy. n mak kau..

dan aku dengan tok aku..

aku jerit panggil tok aku..

" tok... ada orang datang... "

masa tu kau baru berpindah kt situ...

then kau ejek ejek aku...

wehhh kau ingat tak?
tu lah saat pertama aku kenal dengan kau..
hee masa tu aku belum sekolah rendah lagi....


Aku simpan kemas dalam diary hidup aku..
thanks untuk segalanya..

Aku pasrah. aku redha..

kesilapan ni bukan dari sesiapa..
dah tersurat.. persahabatan kita takat itu je kan..
nak buat macam mana..

aku bersahabat dengan kau ni umpama macam bercinta pulak haha.
tgh menaip ni pun basah pipi aku dengan air mata.
setiap kali aku ingat kau.. airmata jadi peneman.
hmm..

Teringin aku nk jadi macam kau.. kuat..

oke lah. dah panjang lebar aku celoteh..

doakan aku...
mudahan2..

terimakasih sahabat..
Maafkan aku..

Sunday, October 02, 2011

sampai bila ?

Masa kecik2 dulu...
aku ni kategori tak nakal mana lah..
aku cuma suka menanguh2 kerja sikit..pemalas. huhu
kalau Arwah Tok suruh buat sesuatu.. aku cakap kejap kejap...
bila dah kejap2. terjadi lama.. dan seterusnya aku terlupa nak buat..
so kena lah marah..

hmm point kena marah.. kebanyakannya atas sebab sebab yang macam tu je la.
 n suka melawan cakap sikit.
coz aku kalau rasa betul. aku suka nak menjawab..
bagi orang2 tua perkara tu biadap...
tp aku just nak mempertahankan hak aku je..
berani kerana benar maa..
hohoho..


Tok suka mengugut aku...

" hang jangan degil.. kalau degil.. ketegaq aku hantaq hang sekolah jahat.. "

huhu takut kot dengar ugutan dia.. sikit2 ugutan dia macamtu..

tak ke sekolah jahat. dia nak hantar aku masuk rumah anak yatim....
dulu aku agak hairan .. pesal lak rumah anak yatim..  aku kan ada ayah . ada mak.
alahai. masa tu kan kecik lagi.. time2 baru masuk sekolah rendah..
budak budak apa tahu. hohoho..

tapi ugutan demi ugutan tu lah ajar aku jadi manusia.
AYAT ~! haha ayat aku macam dah jadi manusia berjaya lagak nya aku ni hahahaha
lebih lebih lagi. ada satu hari ni..
ada seorang abang aku berkain pelekat.. jalan terkengkang kengkang...baru lepas bersunat.
tapi di sebab kan aku masih kecil.. tak tahu apa apa..

lantas dengan rasa ingin tahu.. aku tanya berkali2 ..

" tok kenapa dengan ali tok. kenapa dia macam tu "

jawab tok ... " sebab dia degil.. tu pasai jadi lagutu "

cis. lagi lah aku takut... so aku tak lah jadi budak degil..
tak berani langsung nak degil.. takut kena hantar sekolah jahat. rumah anak yatim.. dan kena jalan terkengkang2.. alahai budak2..
menipu pun aku tak berani.. jumpa duit Rm 1 kat tangga pun aku bagi kat guru kelas..
mencuri duit sepuluhsen pun aku rasa berdosa sangat.

aii suci nya aku dulu... huhuhu

Hurm...


--------------------------------------------------------------

Ada sekali tu aku pergi tolong satu function ni... memang dari kecik lagi Tok galakkan aku tolong2 apa apa 
yang patut kat bisnes dia.. function ni kat Rumah Bakti Ulu Klang.. rumah anak-anak yatim lah kan..
aku ni jenis hati cepat tersentuh.. kesian tenguk anak anak yatim. tak ada mak ..
tak ada ayah. kecik2 lagi..
ada yang baya baya aku.. tenguk orang mintak sedekah kt pasar malam pun aku tak berani.. 
rasa segan je nak lalu kat depan orang tu. mesti aku jalan cepat2.. tak sampai hati .. aku sedih.. 


huhu tak sedar diri pun dua kali lima dengan anak2 yatim.. hurm..
then.. entah macam mana aku macam nak hafal je jalan jalan menghala Rumah Bakti tu..
sungguh. aku macam nak ingat2 sendiri jalan tu..



--------------------------------------------------------------


Bila hati tengah bersedih.. baru lepas  kena marah..
Tok kalau marah.. macam-macam perkataan keluar dari mulut dia..
memang terkesan di hati aku sampai ke tua gamaknya..
Aku menangis2... mesti aku ambil beg sekolah 
yang dah tak guna.. aku packing baju baju...
aku mana lah ada beg balik kampung.. coz aku tak ada kampung pun..
so guna beg sekolah je lah.. aku lipat segala baju.. lengkap.. aku susun elok2. 
sambil kesat2 air mata.... siap bawak fotostat surat beranak , lipat dan simpan dalam poket beg..

Aku menangis sepuas-puasnya sambil mengemas packing kain baju dalam beg..
dalam kepala otak aku dah susun strategi.. nak jalan kaki lalu highway berdekatan dengan rumah aku
tuk terus g Ulu Klang.. aku nak g rumah bakti..
Aku nak duduk dengan anak anak yatim..
siap berfikir nak berdialog apa dengan Makcik yang jaga anak2 yatim..
aku sedih. aku tak nak duduk sini lagi. aku tak nak kena marah..
tak ada siapa sayang aku lagi..

Tapi dalam hati berkira kira tu.. kang kalau aku eksiden. 
sudah lah aku kecik lagi.. highway tu dah lah banyak kereta..
lagi pulak tak pernah nampak pun orang jalan kaki kat tepi highway...
so selesai mengemas. selesai berfikir panjang lebar.
aku tetidur..
begitu lah aku ....

Begitulah aku sampai sekarang....
yer... !

sampai sekarang...
aku menangis.. dan packing baju.. yang beza nya cuma..
aku sekarang dah ada beg balik kampung.. even tak besar mana..
aku  ini masih yang sama....
Destinasi pun sudah berbeza... aku tidak lagi ingin menuju ke Rumah Bakti..
tapi aku sendiri TAK TAHU ke mana arah aku nak pergi.. 

Aku masih packing baju.. 
Aku membiarkan  baju terus dalam beg...
aku tak keluar kan.. melainkan aku nak pakai.. 
sehinggalah tiada sehelai baju dalam beg...

dan bila bersedih..bila menangis..
dan rasa ingin pergi dari sini..
aku akan packing lagi...

begitu lah aku... dari zaman kanak2.. hingga ke saat ini..

kenapa aku tak boleh2 lagi keluar dan pergi dari sini?
kenapa?

there 's no place feel like home kan ?
mungkin aku da terbiasa duduk kt rumah aku..
tapi sampai bila. 

adui... 

Sampai bila ?

kan BEST kalau...

hurm... baru baru ni..
mmg airmata akrab menemani aku..
saban hari...

Bila bersedih.. hati pasti mulai bersuara..

kan best kalau..
kan best kalau..


tapi semua nya KALAU...

paling aku ingin sekali..

kan best kalau aku ada family sendiri..
mak ayah...

iskk.. Aku teringin sangat ...
dari kecik aku selalu mengimpikan suasana happy family..

Hanya ada aku.. mak.. ayah.. adik..

cukup kami berempat..  masa zaman kecik2.. aku selalu berangan..

Aku memimpin tangan ayah...
ibu memimpin tangan adik..
suasana berlatar belakang kan escalator
konon2 macam kat pusat membeli belah lah..
jalan jalan shopping..

AHH angan angan kanak2 .. langsung tak pernah jadi kenyataan...
walau seribu tahun lagi kan....
sigh ~

kan best kalau ada tok ...


Bukan bermakna bila aku susah .. bila aku sedih.. baru aku nak ingat . kenang tok. Bukan !
Aku cuma rasa nak berkongsi cerita dengan tok..
kadang aku berdialog sendirian..
seumpama macam tok ada di sisi aku..
macam orang sakit mental.
entah lah aku ni still waras ke tak..

macam macam KAN BEST KALAU....
MACAM2 .. semua nya dalam suara hati..
segan aku nak luah kan kat sini,,,
aku tak macam korang..
so korang.. enjoy ur life while u can :) huhu..
jangan jadi macam aku..
ahhh ,.

isk... kadang aku sendiri tak percaya macam mana aku boleh harungi semua ni,,
AKU cemburu lihat teman teman yang berjaya.. happy dengan family masing2..
boleh hang out nan kawan2. teman teman .. balik kampung..
tapi aku.. tak ada apa apa..
aku tak ada kehidupan.. aku cuma ada kenangan...

orang lain duk bercerita masa hadapan..
masa sekarang..cerita terkini...

esok kan.. nanti kan.. lepas ni.. lepas tu... seterusnya...

dan aku hanya terdiam..
dan sekali sekala cuma menyebut..

dulu kan.. hari tu kan.. masa kecik2 kan.. time skolah dulu kan..
time aku kerja kan..sebelum ni.. sebelum tu...

ahhh AKU CUMA ADA KENANGAN....
SHITT !

berikan aku peluang sekali lagi...

Aku sebagai seorang manusia biasa..
ada nafsu.. ada keinginan.. ada impian.. ada harapan..
ada hati dan perasaan..
ada... ahh ada macam apa yang korang ada lah.

hurmm.. kesilapan. kekhilafan..
Aku akui.. hidup tak sempurna..
langsung tak sama macam orang lain..
nak di bezakan dengan korang..
aku lah paling ketinggalan ..
Bukan aku nak merendah diri..
tapi perkara ni.. aku rasai sejak aku masih budak hingusan..
di awal usia lagi aku dah terbeban dengan kesulitan diri sendiri.
serius.. aku punya masalah seawal usia..

Perkara perkara macam ni lah yang membuatkan aku
agak merendah diri.. rasa macam tak ada keyakinan..
nak hadap semua yang mendatang..
kadang aku dah macam terduduk. tersandar. meratapi nasib sendiri..
Bukan aku nak menyalahkan takdir..
tapi hati kecil ni.. selalu sangat nak suruh aku compare diri aku dengan orang lain.
dan perkara tu membuat kan aku rasa STRESS..
stress yang bukan sedikit..

AKU harap sangat di berikan kekuatan... semangat..
aku tahu.. Tuhan memberikan kita ujian sebegini rupa sebab dia tahu kita boleh handel..
dia tahu kita mampu menjalani dugaan itu..
Tuhan tak akan membebankan hambanya..
Aku tahu....

Ya Tuhanku...
Aku mohon kau berikan kekuatan untuk aku harungi semua ini..
berikan lah aku peluang sekali lagi..
1 peluang saja lagi untuk aku melangkah dalam hidup..
Aku tak nak mati sementara..
hidup aku kosong..
Tunjuk kan aku satu jalan....
Dan Kurniakan lah insan2 yang sentiasa di sisi aku yang menyayangi diri aku..

saya ada puput

heee.. puput? apakah ?
P U P U T adalah nama seekor anak kucing yg sangat comel...
happy sgt aku ada dia dalam hidup ni..
Thanks Allah..

Tak silap aku .. dah hampir 2 minggu aku memeliharanya...
nama puput ni.. Mr W yang bagi..
pada mulanya macam tah apa apa je ..
macam tak ada nama lain..
tapi last last. aku terima je lah dengan redha. haha..

Puput ni  baru lahir.. masa aku jumpa dia..
aku rasa umur dia tak sampai seminggu.
kecik sangat.. jalan pun terkial2..
Aku jumpa seekor je.. mungkin Ibu nya tertinggal dia sewaktu
nak berpindah tempat persembunyian mereka..

Semenjak ada puput.. hidup aku berubah...
pagi pagi bangun. bancuh susu.. letak dalam pet nursing bottle..
susukan dia.. alahai comel je..
best pengalaman menyusukan kucing.. dah lama aku tak menyusukan kucing macam tu..

Puput isi masa lapang aku.. temani sunyi sepi aku..
Tapi sejak ada puput ni.. aku rasa macam aku asyik keluar lah pulak.
kejap kawan itu ajak keluar. kejap kawan ni ajak teman..
time kat luar... aku rasa macam nak balik rumah cepat2 je..
nak bagi susu kan puput..
tak sampai hati nak tinggalkan lama lama...

Dear Puput....
hope kau membesar dengan sihat nya..
maafkan aku kerana bagi susu bayi je kt kau.. hohoho..
Aku selalu doa kan kau supaya panjang umur..
tak sabar nak melihat aksi lincah kau nanti..
tak sabar nak main main dengan kau..
Panggil kau balik untuk makan..
Aku akan sayang kau selalu..
thanks kerana hadir dalam hidup aku..
ceriakan hari hari aku yang sepi...

Saturday, October 01, 2011

hello october

hello ..
semalam baru dapat online..
itu pun rasa macam cepat bosan..

hurm.. banyak nak di kongsi kan.
tapi satu satu lah..
mood ni bukan boleh di paksa..

Tp bila dah dapat peluang ni sekali lagi.
smlm je. aku dah guna kan sebaik2 nya..
aku kena fokus..
aku tak boleh cepat hilang fokus. lupa segala plan..
aku kena fokus !
sekali lagi FOKUS...
kali ni tak boleh nak main main..
SERIUS !

ohhh next year aku 24.. gila lah ! enam tahun lagi dah 30..
macam mimpi.. coz aku boleh ingat lagi.. hari pertama aku  masuk sekolah rendah..
darjah 1.. kelas apa.. semua still segar dalam ingatan..
termasuk pelajaran pertama masa aku hari pertama darjah satu.
hmm.. adui..
macam tak percaya.
masa oh masa..

aku rasa macam nak cabut bateri jam semua...
nak bakar semua kalendar.. biar semua jadi statik.. huhu.
kalau lah boleh kan.. haha

pause semua sekejap.
.kecuali aku.. biar aku dapat baiki diri agar lebih baik dari
masa ke semasa. dan setanding dengan orang orang lain..
hmm aku kan dah jauh ketinggalan...

sighh..

Friday, September 30, 2011

problem yang bukan sedikit..

hmm lama gila aku tak update blog..
macam mana sepi nya belog aku..
macam tu jugak sepi nya life aku...

rutin harian berubah sama sekali.
aku lebih banyak menonton tv. layan karenah anak-anak buah..
tidur..
hmm berangan..
huhu..

lama kan tak update..
abg block wifi aku...
tah macam mana harini.. Anjah anak buah aku nak on pc.. yang sekian lama aku x on..
malas aku tahu nanti hampa je tak ada internet.

tapi tadi Anjah on.. tetiba je ade signal..
aku? happy ke?
entah lah. macam tak ada perasaan je.
memandang kan harini  hari terakhir pada bulan September.
aku gagah kan juga nak visit belog yang dah beberapa minggu sepi..


hmm mungkin ke aku da kembali lagi ?
sepi nya aku rasa  :(

Tuesday, September 06, 2011

tersentuh hati

Semalam Sue call.. Sue Sms aku..
dia touching dengan aku .. sebab aku langsung tak jawab call dia..
sms dia pun aku tak reply..

Sebenarnya kan ...


aku pun tak sangka lah kan.. macam mana aku boleh tak BALAS sms dia dan tak jawab call dia dalam 
tempoh yang agak lama..
berhari hari..

Memula dia sms raya..
sebelum dia sms raya.. aku duk busy sms raya kat orang lain...
time tu aku da SET kepala otak aku...
aku nak sms kat sue jugak !

entah kenapa.. aku langsung tak sms dia...
lepas tu dia sms aku malam raya... Aku boleh pulak tak reply...
pagi raya.. aku da set nak sms kat dia..
tapi nape tah aku boleh pulak lupa...

lepas tu .. dan nak petang baru aku sms raya kat dia..
hmm.. teruk kan ?

Aku dapat sms .. dia ajak aku pergi zoo. dengan adik dia..
hmm. aku time tu ada kredit.. tapi tah .. berat hati aku nak balas..
aku rasa malas lah nak join..dengan duit tak ada..
dengan malas nak keluar.
dengan hati langsung tak ada nak seronok2..
aku diam kan diri..
sedar tak sedar .. sampai lah ke tarikh yang dorang nak pergi..
langsung aku tak respon..

teruk kan aku ?
hmm...

Aku tupap.. lepas tu aku teringat nak call dia..
tapi tak ada jawab..

N sedar tak sedar. aku dah tak call. aku dah tak sms dia..
hee
sehingga lah semalam dia msg..

" sampai hati sms aku tak balas. call aku tak jawab "

hmmm  time tu aku pulak tak tenguk fon seharian .. dah tengah malam baru aku
tenguk fon.. n baca sms dia yang tu..

dan tetiba dia call..

hmm.. serba salah pulak aku.. kebetulan hari ni BIRTHDAY dia ..
hmm teruk kan aku ?
teruk teruk teruk..


dia call. dia cakap tentang sesuatu. bukan aku tak berminat. tapi entah lah kenapa aku malas..
malas nak mencuba. malas nak berharap. malas nak usaha?
ehh ye ke malas nak usaha ?

ahh aku pun tak faham lah dengan diri sendiri..

teruk kan aku ?
huhhhhhh


TERSENTUH HATI aku..

bila dia sms dia cakap

" Aku tahu aku bukan BFF kau ... hmmmmm blablablabla "

adui... aku tak tahu nak balas apa..
hmm..

aku tak sangka aku punya respon macam gitu sejak beberapa harini..

Aku tak nak kau rasa serba salah..
kau pun kan dah berkahwin..
aku tak nak lah terlalu menganggu hidup baru kau..
aku CUBA FAHAM keadaan kau dah berubah..
aku ni memahami  :)

jangan risau .. aku tak salah sangka terhadap kau..
mungkin aku yang perlu menjarak kan diri macam ni..

tapi kesian pula bila kau yang tersalah sangka dengan aku..
hmm...
entah lah..
sedar tak sedar..
perbuatan aku macam menyakiti hati kau pulak..

maafkan aku..selamat hari jadi sue. yang ke 23.. untuk pertama kali nya aku boleh ingatbirthday kau 06/09/1988 bukan 08/09/1988


haha aku selalu keliru..
tapi tahun ni tak ! hee nasib la semalam kau terus call.. aku terus jerit..

happy birthday sue !!!!

sebenarnya.. jauh di sudut hati.
aku rasa serba salah..
hmm..
aku tak nak susah kan kau lagi ...

bengang sungguh hari ni..

Huhh.. tadi kedatangan Pak Ngah aku kat rumah mak..
kebetulan aku hantar Ryan balik rumah..
Aku saja lah singgah. nak bersalaman..


Aku selalu fikir yg aku tak patut bersalaman... bukan muhrim pun kan..
tapi entah lah..
alim alim Pak Ngah pun. dia still sambut salam aku...
So.. apa daya aku. tu je lah satu satu nya gelaran Pak Ngah ..
Nak merasa jugak ada bapak saudara..
ecececeh... tak sedar diri lagi..
hmm..

Aku cuma tak mahu di fikir aku sombong .. tak tahu bawak diri je..
entah lah.. patut ke tak patut tu bukan persoalan nya...

Dorang.. dok bersembang rancak..
kakak melepas geram..
Mak pun bersuara marah..
Pak Ngah agak cool..

Aku yang mendengar ni pun tercengang2 je tadi..
dorang ni bercerita tentang apa..

haaaaaaaaaaaaa.. bila aku dah pasang telinga betul2.
even tak tahu hujung pangkal..

PAPPP~~ aku dah dapat dah.. aku dah tahu dah dorang sembang pasal apa..

pasal manusia bodoh bangang lagi tamak..
sial lah..
dah kaya juta juta.. pun nak sebuk harta arwah tok aku.
aku betul tak faham lah.. harta apa je yang tok ada?
apa je yang ada?
ayo...

ko tu dah kaya.. duduk rumah juta2. pun sebuk jugak ke ?
n lagi satu.. tok tu bukan tok kau...
tu tok sedara je.. tak ada kena mengena pun tak bersangkut paut pun kalau
dia nak bagi harta kat ko pun..
plus bukan dia bela ko pun..

TUH la. kalau kalau tak sedar diri..
sebuk sangat nak suruh aku sedar diri..
tapi kau ? ahhh.. aku rasa aku 1000 kali lagi bagus dari kau dan keluarga kau !
serius....

ee bengang je aku..
selamba badak je dia boleh cakap insan yang paling aku sayang tu
 " kepala setan "
haram J betul la...

duit " kepala setan " harta " kepala setan "
tu jugak lah yang KAU DAN KELUARGA sebuk2..
cam cibai je lah..


kau tu yang kepala setan..
minum kencing setan..
duduk dengan setan.
ikut cakap setan...

apa lagi setan... semua setan2 berlaka je dengan kau..
kau tu yang tak sedar diri.
kau dengan famili kau...
ahhh. setan tu sama je dengan korang. tak ada beza..

SUDAH SUDAH. jangan kau nak seksa arwah tok aku..
jangan nak ungkit2 harta dunia..

harta kau sendiri makan tak abis kan ???
so jangan nak sebuk tanya2 duit kupang tok aku..
ko tak layak nak cakap soal harta..
kalau pasal harta laju je ko nak kait agama.
tapi ko dengan setan dua kali lima jer tu...
tak nak pulak ko ungkit pasal agama..


BODOH haram je..
malas aku nak anggap ko akak aku..
ko dengan adik badik ko dan mami ko sama je lah ...
setan bertanduk 10...
nak harta? pergi kerja.. pergi usaha... pergi kahwin 10 org laki kaya ..
jangan nak seksa arwah tok aku...
nak kejar sangat harta dunia..
cam lah ko tu merempat..
kalau ko merempat.. memang aku boleh bagi bahagian aku lah...
aku sikit pun tak heran !


geram.... !

sabar sabar... huhu.. sakit nya hati aku..
kenapa lah ada juga manusia setan macam ni.
hadir nak memecah belah kan kami..
sudah lah tak pernah langsung melawat Pak Ngah .
 lepas tu tetiba datang beraya untuk KALI PERTAMA...  bukak cite pasal harta.
nasib lah Pak Ngah tu jenis tak kisah.. kalau Pak Ngah ikut melingkup kepala setan macam dia.
habis.. punah semua jadi huru hara pecah belah..

Monday, September 05, 2011

thanks

Hmm hari raya kedua masa aku beraya kat rumah mami n kakak aku kt nilai tu .. ada something la
dorang " menasihatkan " aku..

menasihatkan.. grrr..

memula mami dah tanya .. ehhh dulu aku panggil dia mama..
lately je dah bertukar jadi mami.. aku pun ikut kan aje la,,mami pun mummy la :)

mami tanya.. " dah ada bf ke ? "

hmm.. bila jawab tak. selambe je die cakap " camne nak kawen camtu ..xde bf lagi "

huhuhu.. aku rasa ni lah 1st time orang begitu lantang bertanya kan tentang aku. HAHA.

sebelum ni pun. mak just tanya.. " da ada berkawan2 ke " haa simple je mak tanya.

ni mami aku tanya cam.. grrr tah la.. aku pun tak tahu nak rasa macam mana..

lepas tu dia cakap.. " iya lah. jodoh kita tak tahu kan.. "


haa nasib pandai amik hati aku balik T_T




Entah macam mana. dorang boleh membebel kt adik aku..
bebel mmg kaw kaw punya teguran. nasihat.. marah.. suma lengkap....
adik aku .grr kekok nak cakap diri ade adik. haaa

hmm dia mmg degil yang sangat2 degil. mencabar kesabaran org.. aku pun tak tahu mana degil la dia warisi.
aku pun degil jugak.. tapi tak ada lah macam dia.. degil2 aku pun. aku still boleh consider .. heee. boleh lah tolak ansur dengan orang. tapi dia tak.. degil dia mmg dah maximum.. kadang sampai rasa nak bunuh diri..
sbb tak tahan sabar dengan degil dia..

Aku pun kebetulan duduk sebelah dia.. aku dengar je.. aku pulak nak naik tension..
semua pung pang pung pang nasihat.lepas geram dan bermacam2 lagi kat dia..
Aku usha dia ..relax je.. pegang photo album sambil belek2 gambar. jap tenguk tv..

yg kakak n mami aku dah naik suara. bersemangat waja meluahkan perasaan..
ahhh DIA MMG TAK ADA perasaan...
aku tahu. jiwa dan hati dia dah terbang melayang.. entah kemana2
orang bagi nasihat. dia mmg tak pernah masuk dalam kepala otak..


TETIBA ..
aku pulak jadi topic...

" kat rumah ada tolong bisnes tak ? "

aku terlebih jujur, malas nk tipu2. takut kang mak aku pulak bidas balik
haha aku jawab la " KADANG2 "

" habis yang kadang2 lagi tu kau buat apa ? "

aku jawab jujur lagi " online je.. "

damnn.aku ni mmg jujur berani mati. lepas tu bernanah telinga dengar giliran aku pula kena hentam..

" kau tu kena lah sedar diri. skrg ni mak ada boleh la.. ko kena igt diri ko tu..
kite kena sedar diri kita ni.. jangan nak menumpang orang. sampai bila.. blablablablablabla...
pungpangpungpang "

suckkkkkkk ~ gila lah aku kena .dgn dua orang manusia sekali gus pulak tu !!. semua tu terkesan dalam hati. aku buat2 nak tenguk tv pun memang tak
kusyuk.. mata aku dah berkaca.. sungguh aku emosi.

nak tegur elok elok la der ,,
ni kau rapat dengan aku pun tak. tahu kehidupan aku pun tak.
selamba je nak " nasihat " kan aku rupa itu..
tak perlu la..
aku dah TAHU DIRI lah. aku dah SEDAR DIRI. terlebih2 SEDAR.. 


Aku nak cuba terbang kan diri aku masuk dlm khayalan pun tak lepas..
aku sungguh terkesan dgn teguran tu..
nak menitis air mata. aku tahan napas cepat2. biar tak mengalir.
damn betul ~ dah lah depan semua orang..


hmm apa punya hari raya lah ~

hurm,.. terus aku port kat balcony dia.. dia dah jadi kan cam  smoking area..
aku saja lah port kat situ.. lagi pun kat situ je ada line fon.. n kebetulan tak ada orang isap rokok..

Aku saja lah nak tahan sebak kat situ. tak ada orang kan.
 heee memang dah termengalir dah air mata aku.
tahan2 pun tak guna. huhu sekali kakak aku yg tu datang duduk sebelah aku
lantas menarik sliding door. tutup.. biar tak ada siapa pun dgr perbualan kitorang..

Sambil isap okok dia bercakap nan aku...
" jangan marah dgn aku. mulut aku memang jahat.. tapi aku tahu.. KAU ok aku !
saja je tadi... biar hajar dgr sekali.. hmm "

aku lagi lah tak boleh tahan sebak. terus menangis2 hahaha.

" yang ko ni nak nangis kenapa.. "

"tah la. org memang sensitif macam ni "

"ouhhhh ko lahir bulan berapa "

"december"

"berapa haribulan"

" 18 "

" ohh anak aku 14 "

hee saja aku nak rekod perbualan kami kat sini. hmm.. 
coz aku rasa. ni lah pertama kali kitorang berbual bnyk..

dulu dia mmg pernah cam nak "caring" sikit nan aku lepas2 arwah tok meninggal.
sms aku bagai. tp bila datang.. tak da pun nak sembang2 dgn aku..
tu yg aku delete terus number fon dia geram....


siap sms aku dulu.. kalau clubbing tu jangan buat tu la jgn buat ni lah.
adei. bila masa tah aku g clubbing ni.
lawak pun ada..tergelak2 aku bace sms dia..
caring yg bukan2 je.. ^ ^


berbual lebih kurang.tetiba dia macam nak tricks aku...
alaaa macam lah aku tak tahu...

dia bercakap antara dengar dengak tak..  " dgr kata tok ada bg ko duit bank dia "

aku cakap kuat " HAHHHHH "

" ah sudah lah ko tak dgr. malas aku nak cakap "

hahahaha dia ingat aku heran sangat ke apa duit kupang org tua tu. ayooooo ~
aku pun diam kan je la. malas nak buat rasa ingin tahu.
coz aku pun memang tak ingin tahu langsung pun..


thanks jugak lah pernah caring..
pernah bagi nasihat.
alah
aku macam ni pun.jgn risau lah
aku tak kan lah sampai menyusahkan kau ke..
mintak duit kau ke..
dont worry..

Tak pernah terlintas lagi nak lupa diri aku ni sape dgn kau .. even kita ni
kononnya " adik beradik "

tapi sebenarnya tak..
hee aku dr sekolah rendah lagi aku dah sedar diri. so tak perlu nak remind diri aku.
n thanks  :D

september sudah..

kejap nya masa berlalu..haha 
dah macam ayat lazim tetiap awal bulan nye entry pulak.. T_T

huhu sekarang 5 sept 2011
baru ada kesempatan
nak bercerita di sini :)
cececeh.. macam lah aku sibuk sangat ..sampai tiada masa..
huhu..

entah lah.. nafsu nak menaip tu tak mendatang..
hmm..
masih lagi di bulan syawal...
tapi serius. aku rasa macam aku beraya cuma setengah hari je hehe..

paling teruk tahun ni lah aku rasa..
langsung tak menziarah jiran.. walau sebelah rumah .. :(
apa nak jadi lah dengan aku ni..

paling jauh aku beraya pun..
kat rumah sister aku.. kat nilai.. hmm. umah mami aku..
tak best.. sebab kena leter .. hmm..
tapi atlast. die dah slowtalk elok elok. hmm
aku bukan nya boleh kalau orang nak marah2. nak sound2 aku..
grrr. sedih....


hmm. dah makin besar ni..
kemeriahan raya langsung tak terasa..

kan ke best. kalau aku ada kampung. macam orang lain..
teringin nak rasa suasana baru.
cara sambutan yg berbeza dari aku huhu..

Wednesday, August 31, 2011

konflik diri 1 syawal

Selamat hari raya Aidilfitri..

masih mood hari raya..

Skrg jam menunjukkan pukul 3.16am

Pagi pagi raya aku dah terlalu sebuk..
menyediakan juadah..
tahun ni tahun pertama aku betul2 sebuk huhu. semua aku buat sendiri..
dah macam mak mak je. hahaha

tapi bila dah petang.. org ramai datang. nasib lah mak datang tolong..
huhuhu..

Sebelum tu.
entah kenapa laju pula kaki aku singgah ke rumah ex sahabat aku.
tapi dia tak ada.. aku bukan nak jumpa dia pun.
aku cari mak dia. 
hmm beraya nan mak dia pun dah cukup hmm.
biarlah. malas dah nak ingat.
asyik ingat2.sedang kan orang langsung tak ingat kita pun..

urm.. siang tadi ada sekumpulan 'sepupu2 abg n kakak aku merangkap anak sedara mak ' heee
sepupu dorang. bukan sepupu2 aku pun ..
and aku tak pernah ada sepupu sampai bila bila pun..
INGAT TU ~
hmm self conflict bermula bila..

dorang tanya Siapakah aku ?
JUJURnya soalan ni adalah soalan paling susah dalam hidup..

Aku nak jawab apa?
aku tak ada jawapan...
kalau dulu ada arwah tok. mesti tok dah jawab..
 " ni cucu... had paling kecik ni .." 
ahh ni pun before aku ada adik. grrr.mencik lak igt bila aku ada adik hohohoho

tapi sekarang ni. aku kena hadap sendiri.

aku suka port kat dapur kalau orang datang .. hee memula mmg la aku tolong
serve mana mana yang patut.. lepastu.
aku lepak dapur je..
hmm sekali ada kakak ni datang kat dapur pulak..

dia tanya.. "siapa ni.. tak balik kampung ke? "

aku .. " memang beraya kat sini je pun . sy tak ada kampung pun ..tetiap tahun raya sini "

kakak tu " ye ke.. siapa ni "

aku .. : : ????? hmm x tahu dah nak cakap ape : : 

aku " adik abang " sambil laju2 buat kerja tah apa apa

kakak tu " haa betul ke adik abang ,, ye ke? betul ke "

aku "tanya mak je la.. hmm g la tanya mak "

lepastu aku cepat2 cuci pinggan mangkuk. nak port dalam bilik lagi baik...
stress lak aku hmm..

aku terdengar dia cakap nan mak..

"mak lang. siapa kat dapur tu.. bila tanya .dia cakap adik abang..
lepas tu dia cakap. tanya mak lang je lahh. "

huhu meleleh je airmata aku saat tu..
hmm sedih aaaaa.. seriuss sedih..

Lepas tu mak dtg kat aku..

" tuh la.. hang selalu masuk bilik. tak nak bersalam dgn orang. mana lah dorang nak ingat hang. " huhu

urm.. kan best kalau dapat beraya dengan family...
mesti meriah kan..

takpun.. from now on aku kena gak keluar dari sini..
kena selalu INGAT DAN INGAT..
jangan pernah lupa ...

aku tak sanggup lah nak face benda ni dah..
bosan....
BILA diri sendiri tak ada jawapan..



Tuesday, August 30, 2011

Salam lebaran

Selamat hari raya Aidilfitri  kepada semua muslimin dan muslimat..
Semoga di hari yang mulia ini kita dapat saling bermaaf-maafkan...


Oh ya.. tahun ni... tahun keempat aku beraya tanpa insan yang tersayang..
Alhamdulillah. aku makin kuat..
belum sempat lagi aku menangis sedih pada hari ni.. Syukur ..
Semoga kekuatan ini selalu menjadi milik aku..

Cuma tahun ni.. Mak.. kakak nak buat kelainan.. nak pecah tradisi ..
hee mereka just siap kan rumah mereka je. dan aku kena uruskan everything kat rumah aku.
baik soal mengemas.. cari pinggan mangkuk. susun biskut..
dan entah apa lagi nanti....KECUALI masak :P

hee aku macam terasa umur 23 tahun tu dah cukup membuat kan aku rasa macam aku dah
benar2 bertanggungjawab menguruskan hal rumah aku.. HAHA ~!

sadis je. selama ni aku ingat aku masih kanak-kanak yang hanya membantu mak dan kakak.


Pada mulanya macam mengomel juga..
setiap tahun kami buat bersama2.. mengemas rumah .. seronok. meriah lah juga bising2 kemas rumah
walaupun hanya beberapa kerat.. tapi kali ni..
hanya aku sensorang je kemas dari A-Z.. kira nya tanggungjawab penuh aku untuk memastikan
setiap inci ruang menjadi bersih kemas dan teratur... ayo ! sesuatu tanggungjawab yg agak berat bagi aku..

hee tapi bila aku mengenang kan aku bukan lagi kanak-kanak.. hee terpaksa gak lah mengalas
tanggungjawab.. huhuhu


Hmm nanti 100% nak kena serve tetamu yang datang..
heee sekarang jam menunjukkan pukul 6.34 am, dan baju raya pun lum sempat iron lagi.
ceh macam lah busy sangat aku semalam :)
busy nengok orang main mercun je,, hehe


Hmm zaman kanak-kanak.. tak kanak-kanak pun. masa arwah Masih ada..
hee duit raya aku paling extra berbanding anak-anak buah..
dapat duit upah puasa... sampai sekolah menengah pun still dapat duit upah puasa.
heee lepas tu duit raya nak bagi budak-budak pun aku yang pegang ..

So memang sentiasa lah aku paww je duit raya tu..n
balance2 duit raya yg tak bg orang pun aku kebas... untung2 :)
tugas aku , memberi duit raya. dan aku suka cuci pinggan mangkuk.
dari serve tetamu..
aku jenis pemalu nak berdepan dengan orang...
aku tak suka nak tunjuk kesopanan terlampau dan ramah mesra nak layan tetamu HAHA.
aku rasa macam plastik pulak. nak kena senyum2. nak bersembang ramah tamah.
aku suka macam sempoi.. layan alakadar.. HAA JEMPUT2 MAKAN.
sambil suara tegas.. xperlu lah nak senyum2 plastik sangat macam di buat2....
adui aku kekok ~ hehe


rutin selalu nya dulu.. aku punya shif tolong mak buat kerja sampai tenghari je..
petang dorang selalu keluar pergi rumah sedara mara. dan aku
akan tinggal kat rumah. tutup pintu. hee tenguk tv. tak pun aku tidur je lah..
nampak sangat pemalas kan..
Dan ternyata tahun ni mesti agak berbeza hmm..

Tak best nya jadi dewasa.....
kan best kalau jadi kanak2. kita hanya perlu membantu je..

btw selamat hari raya semua..
thn ni aku tak buat open house..
sorry friend :)
esp Ain haha.

Sunday, August 28, 2011

ingin ku akhiri semua ini..

Jujurnya aku tak suka bermain dengan perasaan..

Aku tak nak melukakan sikit pun perasaan siapa pun..
memberi harapan. atau
sengaja bermain api..

Entahlah akhir-akhir ni.
masalah berkait rapat dengan hati. perasaan .jiwa..
Aku tak pernah impikan langsung aku akan
terjebak dengan perkara ni lagi..

Sesak dada..
semak kepala otak
aku memikirkan masalah yang tak sepatutnya jadi
masalah aku..

Aku ingin mengakhiri semuanya...
Biarlah... biar aku yang mendiamkan diri.
andai aku yang dipersalahkan.
aku terima....

Biarlah aku menghilangkan diri.
menjauhkan diri. andai aku di perkatakan
sengaja memberi sebuah harapan...

Kadang aku hairan..
kenapa aku sering di duga begini..
dengan cara begini...

Aku akan di beri sebuah "cinta" tapi aku
tak kan dapat pernah rasa dan sentuh cinta itu..
tapi aku tahu "cinta" itu ada untuk aku....
Dan aku percaya.. lama kelamaan "cinta" itu akan hilang..

Semoga masa itu semakin menghampiri..
Aku tak betah bermain dengan sebuah perasaan..
Aku tak  mahu menjadi manusia kejam perasaan..

Biarlah hati  aku yg terluka.
 jangan insan itu ..

Hmm,, aku dah boleh terima takdir untuk aku.
jangan lah kau mencampuri takdhir hidup aku lagi..
please ..  faham keadaan aku.. dan perasaan aku juga..



Damai hari ini

Alhamdullilah..
dapat juga hari ni aku menginjak kan kaki  ke kubur..
Terubat juga rindu di hati..
Last aku pergi pun January lepas..

Perasaan aku selepas aku pulang.. mesti aku akan rasa lega..puas..
tenang....
aku ingin perasaan ni tetiap hari...
aku dah tak nangis sedih macam dulu..
aku mencari kekuatan....

hmm..
aku ingin selalu damai begini setiap hari...
tenang..


raya ini

Raya ni.. suasana agak lain sikit dari 3 tahun lepas...

Hmm tadi.. aku bersama abg dan anak-anak buah, kitorang main mercun,
saja lah aku join...  haha padahal aku dah besar dah pun tapi masih nak terkinja-kinja macam
10 tahun yang dulu :) berlari-lari ..kejar mengejar.. menjerit-jerit..
sakat anak-anak buah.. bukan aku main sangat pun.. saja nak join sekali ..
aku stress sebenarnya..

stress macam2 hal berlaku.. hmm tadi ex sahabat aku ada sama depan rumah nya..
sikit pun tak toleh kat aku.
time tu rasa macam nak lempang pipi aku sekuat hati..
biar aku sedar diri sikit.
aku ni terlalu mengharap..
biar pipi sakit. jangan hati sakit..
tapi masalahnya hati terlebih dulu yang sakit..

Raya dulu dulu kan..
kami rapat..
masa sekolah rendah memang enjoy la kan..main sama sama.
raya tu pergi beraya sama sama. sampai sesat...
kalau ada orang kedekut bagi duit raya 50sen.. kitorang ngomel depan rumah orang tu.
ayat standard " rumah je besar. tapi kedekut je. "
lepas tu lumba2 nak kira duit raya sapa paling banyak..
Aku suka cakap.. " weh weh jgn kira duit ko berkali2 nanti hilang" hahaha
aku saja la cakap camtu. sbb duit aku mesti kurang. sebab aku boros..
nampak apa yang lalu mesti nak beli. hahaha


Bila dah sekolah menengah..
dia masuk sekolah berasrama... kat Perak..
even rumah dia depan rumah aku..
tiap kali hari raya. mesti bagi Kad raya by post..
haha entah apa apa kan :)

Kadang sampai post dari KL ke Perak.. dari Perak ke KL.
punya lah sayang sahabat...
padahal rumah berdepan je.... sanggup tu nak post sampai ke Perak.
dia pon sanggup je nak post Perak ke KL.. isk...
Kad raya pula stock ada muzik2. siap reserve yang cantik2 untuk dia je :)
hehe dia pun pernah bagi kad raya besar. sampai rm 10 untuk aku je :)
sahabat sahabat ..hmm


Hee bila dah besar sikit :)
Aku belajar buat cookies..
haha semangat ni. even main hentam je.
confident tak confident kitorang buat bersama sama.
memang riuh satu dapur..

punya lah excited bila almond london menjadi..
menjerit2 satu dapur. happy sangat. hahaha
buat  biskut raya sama sama...
Oven dah lah kecik.. buat adunan untuk dua orang. bergilir2 nak membakar biskut
sampai pas sahur pun tak siap siap.
Sahabat aku ni pulak jenis tak rajin berjaga malam..

" kau pergi lah tidur. aku buat kan semuanya "

hee aku biar je la dia tidur kat katil aku.. jarang ni orang dapat baring atas katil :P
Aku tak suka ada bau orang lain atas katil aku hahaha. kejam T_T

Aku intai2 kau tidur.. kesian. mulut ternganga. penat tunggu biskut siap di bakar..
letih kan kau tidur lena sangat.
dan aku.langsung tak tidur. excited samapai ke sahur
nak siap kan biskut kau dan aku..
hee kenangan..
msti  kau tak ingat :P

Aku je yang terhegeh2 nak ingat sensorang..
tu lah 1st and Last kita dapat sahur bersama -sama..
lepas tu .. Aku teman kau balik.
haha even rumah berdepan pun still nak berteman..
tapi kau tak terus balik..
kita duduk kat tembok...tunggu azan subuh..

time tu aku lihat kat langit.
aku nampak ada something.
macam burung. tapi banyak. warna putih..
aku terkejut.... cantik sangat..
burung ke tu?

dan kau pun nampak jugak apa yang aku nampak kan..
sampai sekarang aku tertanya2 apa tu sebenarnya?

Hmm rindu lah nak tukar tukar juadah time bulan puasa dengan kau.
hahah aku baru belajar masak nasi lemak.. hantar kt rumah dia.
buat sandwish pun nak tukar juadah. goreng fries pun nak tukar2 juadah.
entah pape je kan hahaha :P

Raya mesti mesti kau datang rumah aku dulu.lepas tu kau balik kampung.
lepas balik kampung. baru aku pergi beraya umah kau.
teruk kan aku?

Aku rindu lah nak beraya bersama dengan kau macam dulu...
Aku tahu kau langsung tak perlu kan aku pun saat ini..
Tak pe lah.
semoga ada 1 saat .. perkara tu akan terulang lagi.
Aku sabar menunggu.
Insyallah..

Mana tahu.. persahabatan kita masih kuat..
Insyallah ...

.::. ahh ni semua pasal aku terlihat kau lah tadi. terus terimbau lagi kenangan kisah persahabatan kita..
tapi aku tahu. kau tak pernah ada masa pun utk mengenang semua ni :'(

Thursday, August 25, 2011

mulakan semula

Aku teringin nak mula kan semula hidup..
atur balik langkah...
susun balik kehidupan...
tapi aku masih di sini..

hmm mesti lebih sempurna..
dan pasti aku lebih menghargainya...


kasih sayang dan bahagia..
selalu perkara ni di kaitkan bersama.
manusia berlumba lumba mengejar dan menghampiri dua perkara ni..
tapi aku masih di sini..


Duit. kekayaan dan nafsu.. perkara ni memang langsung tak dapat di pisah kan
dari manusia..
tapi aku.. masih di sini..

keluarga.. kehidupan remaja.. social life.. bersuka ria..
memang zaman remaja akan menjadi saat  riang ria ..
keseronokan bersama teman teman..
tapi aku masih di sini...


Cita-cita.. azam.. dan impian terlaksana..
memang sudah di pupuk dari zaman kanak kanak..
tapi aku masih di sini...

tak ada perubahan langsung ..
kerana aku masih di sini.




Tuhanku.. Tunjuk kan aku satu jalan...
kerana aku tak mahu terus berada di sini..


kebahagiaan orang lain

ehem ehem..


Actually .. aku sepatutnya dah berjaya  meluahkan segalanya dalam entry sebelum sebelum ni :)
tapi entah kenapa tak berjaya berjaya lagi nak meluahkan 100%..

Buat awak :) 

sy harap awak bahagia selalu di samping cik tu :)
Sy selesa kawan dgn awak walau nakal macam mana pun awak hehe ^ ^

Sedih pun ada bila kita tak lagi macam dulu :)
tapi tak pe la..
lebih baik macam ni kan ..
awk lebih berhak bahagia bersama dengan orang lain ...


n thanks for everything :)

" im gonna miss how happy i was with u "



Wednesday, August 24, 2011

Aku tak jujur

Hmm jauh ke dasar hati aku..
aku nak cerita segala kebenaran pahit manis segala galanya.
tapi masih terhalang satu perasaan segan...

Aku masih malu malu nak mengakui sesuatu perkara..
aku masih tak betah nak menceritakan dengan telus..
aku cuma berkias kias..
membiar kan sesuatu cerita tergantung..
selebihnya tersimpan kemas di dalam hati...

Aku tak jujur pada pembaca.. aku tak jujur pada mereka yang bakal menilai...
Aku tak mahu mereka tersalah faham..
dan tersalah menilai....

Keadaaan tak pernah kejam terhadap aku..
mereka tak pernah kejam dan tak pernah dengar suara hati aku..
Aku juga tak mahu menyalahkan sesiapa..
jauh di dasar hati aku... aku tak pernah cuba salah kan mereka..

mungkin kerana suara kecil aku jauh terbenam ..
jauh di lubuk hati..
Oleh itu..
mereka tidak menghiraukannya..

Tapi maafkan aku kerana tak jujur..
tak jujur dan telus ...





hmm
Jangan menilai apa pun cerita ku.. 
kerana aku  sekadar berkongsi..

4x beraya tanpanya...

Urm dah lama aku terlintas nak luahkan pasal benda ni..
tapi tak terluah luah juga...
bila nak flashback.. selalunya aku perlukan suasana yang tenang...
yang mendamaikan macam pagi ni..

hati aku tenang...Alhamdullillah.. :)

Sedar tak sedar.. tahun ni adalah tahun keempat aku beraya tanpanya...

Masa tahun pertama tu dugaan terlalu berat..
sebulan puasa aku di duga. di uji.. tiada seorang pun hirau kan aku..
makan kah aku? berbuka kah aku. sahur kah aku..

minggu pertama puasa je mereka caring. concern.. hmm lepas tu.
aku terbiar.. aku rasa saat tu macam aku dah mati sekali..
Aku tahu silap nya apa.
aku tahu. aku ada juga buat silap saat itu..
tapi percaya lah niat aku hanya untuk membela diri aku ..
yang saat tu langsung tiada pembela.....


Pagi raya tu lah baru mereka bertegur sapa dengan aku..
dan aku tak beraya langsung ke mana mana. aku di rumah. baring ..
menonton tv dan tidur..
yea.. itu lah hari raya aku.. :)

Malam raya .. aku menangis. dengar takbir pun dah menangis..
hmmm 1st time malam raya aku menangis.selalunya bz sangat..
seronok masuk kan duit raya dalam sampul..
kemas pinggan mangkuk..
tapi malam tu.. aku terperuk dalam bilik arwah,.
baring di atas katil nya dan menangis.

langsung tak ada baju raya... sehelai pun tak ada..
itu lah tahun pertama aku beraya tanpa sehelai baju baru....
Aku tak sedih tak ada baju raya.. alaa lagi pun dah besar kan :)


Hmm Tahun kedua beraya tanpanya... aku semakin kuat..
aku gagahkan diri juga lah kumpul duit..
untuk membeli sehelai baju raya.
sehelai.. sebagai hadiah untuk diri sendiri..
apa lagi yang aku dapat hadiahkan untuk diri sendiri kan..
penat lelah bekerja.. nak juga merasa untuk diri sendiri :)


Tahun ketiga beraya tanpa nya......
Aku sudah bekerja semula.. aku berjaya membeli 4 pasang baju raya :)
yeahh. ni lah baru aku  :) baru hari raya untuk aku.. heee aku memang tak pernah kurang 4 pasang baju
raya sebelum sebelum ni .. Masa ada arwah.. memang aku tak pernah pernah pun tak ada baju raya..
hmm melebih lebih ada lah.. :) hmm rindu kenangan tu..

Dan tahun ni.. tahun keempat tanpanya...

Entah kenapa kakak ku membeli kan aku sehelai baju raya...
sandal... hmm.. aku rasa terhutang budi... aku rasa dia cuma kesian kan aku..
hmm..

Kemudian tah kenapa abang bertanyakan soal baju raya.... dia nak membelikan untuk aku.
tapi aku menolak. aku suruh dia beri duit kpd kakak sahaja... sebab aku tahu,.. akak aku tu pun bukan nya berduit sangat.. aku tak nak menyusahkan mereka dengan perkara perkara yang tak perlu..

hmm setelah 4 tahun. kenapa ..? kenapa tak dari dulu lagi kan. itu lah persoalan hati aku.
hmm cukup perit tahun pertama tu..
tapi mana kalian untuk berkongsi..
kenapa baru saat ini..

1 tahun dan 4 tahun tempoh yang agak panjang sebenarnya..
hmm..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir