Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, March 30, 2013

Terimbas lagi

Assalammualaikum..

Lewat pagi sudah.. Jam di pc ni menunjukkan pukul 4.44 am..
Aku memang sangat mengantok...Langsung tak tidur seharian ..
Kerana sebuk melayani anak anak buah bermain ..
Semua datang berkumpul dekat rumah aku.

Lepak .. berbual.. main PS2. bermacam macam aktiviti.
Main sakat sakat. nyorok2.. kejar mengejar. hiruk pikuk..
jeritan demi jeritan. gelak tawa

Aku happy lihat suasana itu..
Bagai terlihat diri ini di kisah lampau di zaman kanak kanak.
riang.. riang bersama saudara mara.

Bagai terdengar dengar suara Arwah - arwah..
memanggil dan terpekik2 menyuruh budak-budak tu berhenti berlari..

Sungguh aku terlalu lama hidup dalam sunyi .. sepi.
Tapi bila kerap kali bising tu menerpa..
Aku Bosan juga..Sunyi juga yang aku cari.

Zaman kanak kanak aku memang terisi dengan pelbagai aktiviti riang.
Aku bermain tanpa henti.

Saat manis

 apabila tiba di musim akhir tahun. cuti sekolah panjang.
Saban tahun Saudara mara datang bercuti di rumah.Bermalam berminggu,
Malahan sehingga Awal tahun dan sekolah di buka semula.

Manis saat itu.. Ulang tahun kelahiran aku jatuh pada bulan December.
Saudara mara memang akan datang bertandang bermalam.
Memang tiap tahun akan di raikan ulang tahun kelahiran aku..

Seronok.
Berkumpul beramai ramai.. meniup belon..
Hias rumah.. packing gula gula.
Arwah yang tersayang pula penuh dengan kreativiti..
Nak buat sejambak belon .. banyak belon sangat banyak.
Di ikat pada lampu di syiling rumah..
Bila tamat nyanyian lagu HAPPY BIRTHDAY.. maka aku akan menarik tali
yang mengikat belon belon di lampu.. LALU terlepas la belon belon semua nya
berselerakan di serata rumah..

Aku yang bergaun comel.bahagianya terasa. hingga saat ini dapat aku bayangkan.
Dulu saudara mara ku memang best.
Kami akan bermain bersama tanpa henti.
Malahan  mandi bersama.. picnic.. ke pantai sungai berkelah bersama.
Main buaian di beranda rumah.. imagine kan buaian itu sebagai rollercoaster. haha.

Pakai towel ikat di leher. ambil spender pakai di luar. Sungguh nakal kami.
Berlari lari segenap ruang rumah.. Berlagak seperti superman.
Lelaki perempuan kecil besar sebaya atau tidak.. sungguh nakal kami.

Bila " Ayah " hee. ayah ni panggilan untuk pakcik aku.. Bila reramai anak dia panggil dia ayah..
Aku turut sama panggil ayah..
Bila ayah menyuruh Hafiz solat.. Hafiz ajak kami teman.
Saat itu aku dan adik adik hafiz  masih kecil. haha. tiada pakaian solat..
Kelam kabut berlari .. cari kain batik .. pakai stokin. Amik seluar ketat buat sebagai anak tudung
biar rambut tak terkeluar..
hehe
KELAKAR  betul masa itu..
berapa kali Hafiz angkat takbiratul ihram  tapi kami asyik ketawa geli hati.
ENTAH apa yang di geli hatikan..
Sampaikan ayah mengamuk di balik pintu memerhatikan gelagat kami,.

Rumahku 2 tingkat.. Kami suka sungguh bermain kapal terbang kertas..
Koyakkan segala buku sekolah yang lama dan buat kapal terbang kertas. Berlambak lambak.
Lemparkan dari beranda atas rumah..
Yang tukang kutipnya di bawah arwah atok ku.. yang sangat mementingkan kebersihan,
Tersenyum aku imbas lagi semua ini..

Sedara mara aku ramai sudah berumah tangga.
Dan aku memang jarang sangat dapat menghadiri ke majlis mereka..
Dan aku kurang sangat dapat contact mereka.
Mereka dah terlalu bahagia berbanding aku yang serba tiada ini..

Entah mereka ingat kepada aku atau tidak.
ENTAH mereka ingat semua yang pernah terjadi ini atau tidak
Entah mereka simpan kenangan ini atau tidak..

Aku ni memang suka imbas imbas dan imbas lagi..
ENTAH LAH sampai bila.
mungkin bakal di jadikan modal cerita untuk anak cucu ku nanti,
ENTAHLAH.

Insyallah.





Trip kelantan

Assalammualaikum

HAHA tajuk nak gempak trip la sangat...
Tak de nya trip trip sangat.. dan macam trap sebenarnya..

Ni pengalaman kedua aku naik bas lama lama dan jauh jauh.
Dulu aku nak sangat belajar naik bas "  balik kampung " ni...

Term bas " balik kampung " ini untuk bas yang muatan ramai.. memang perjalanan jauh..
KALAU bas yang ke hulu ke hilir kawasan rumah tu dah biasa sangat lah aku naik..

Pengalaman pertama nampak sangat aku tak share dalam belog ini kan.
hmm. tak pe lah tak ada nya special pun..

Pengalaman kedua ni terasa ringan pula jemari ni nak kongsi nak adaptasi dalam
penulisan aku. biar lama tersimpan dalam ingatan. Ceh..

Gerak dari hentian putra dalam pukul 9.30 pm. Abg no3 aku yang hantar kami ke sana.
Kami pergi seramai 5 orang termasuk Aku.. jumlah ganjil.. Dan yang kena duduk single seat
tentu lah aku. dah la gap jauh gila dari mereka semua..
Aku layan fikiran je la atas bas. mengharapkan eksiden mati pun ada juga. kejam.
Bukan doa mati untuk semua penumpang. Tapi cukup lah aku yang terkorban. Aku dah capek ~

Dalam bus.. memula dengar radio je la kat handphone. Dan sampai kemana hala.
Frekuensi pun tak tahu.. Aku off  radio kat fon. layan fikiran. kekadang terlelap juga.
Usha mamat sebelah . Alahai ensem. muka putih bersih... membuatkan aku malu malu nak tidur.
HAHAHA. tapi tetiba ter fikir budak ni macam student je .
Mesti muda lagi haha lantak pi lah aku nak tidur ke ape ke.. hahah tak payah nak control control sangatlah kan. cehh.

Hajat di hati nak je call teman teman yang tengah bersengkang mata kerja di ofis.
Tapi fikir fikir balik. Mereka pun dah dingin dengan aku.
Tak pe la.  Aku sekadar kirim kan msg pada kakak yang teramat aku respek.
Respek dengan life management dia.. Aku text mintak ampun dan maaf.
Kata dah fikir mati.Tak kan lah xmau mintak ampun pulak. heee. Ikhlas aku kirim
pesanan ringkas sempena ingatan aku yang semakin menjauh..

Sesampai nya di last station. Kami turun. Seingat aku saat tu baru 6.30 am hampa sehampanya
Kami dah pesan 2 -3 kali pada driver untuk drop kami di destination yang kami ingin pergi.
Tapi kerna sikap tak bertanggungjawab. Kami tersadai..di tempat asing. no Taxi no bus. SICKK SICKK
SEJAM  jalan kaki sia sia. tempat yang di tuju di beritahu 15 minit.
CEH. TAK bertanggungjawab lagi nak menipu..
kesian mak .. jalan sejauh itu..

Semua orang  yang lalu di jalan raya .. jalan besar semua memandang kami.
MALU dah tak terasa.. kami mahu cepat sampai sebelum matahari meninggi.
sambil jalan sambil toleh ke belakang. sekali ternampak Sebuah kereta sewa aka TAXI..
kami menjerit jerit .. meloncat loncat.. macam beruk ..
Bila kereta tersebut memberi signal. lagi la kami menjerit umpama histeria..
penatnya berjalan selama Sejam tanpa henti akhirnya terbalas.

Menaiki kereta dan menuju ke destinasi yang kami ingin pergi tu teramat lah jauh
Kalau kami teruskan berjalan kaki.. mungkin ambil masa 3jam ENTAH ENTAH lebih lagi..
hee CUKUP LA TAKAT ini.

macam malas nak mengimbau pengalaman di sana.
hahah. kalau jemari ni ligat menari lagi..
Akan aku sambung ..

Insyallah..

Aku yang bermasalah

Assalammualaikum..

Aku sedar ..
Jikalau seorang tak suka kita. dan yang lain masih boleh menerima kita..
Maknanya.. orang  yang tak suka tu yang bermasalah..

Tapi saat ini... ramai yang tak suka aku.
Dan aku tetap  sendiri..
Maknanya memang aku yang bermasalah..
Jangan salah kan ibu mengandung haha tetiba je.
Salah kan diri aku sendiri.

Sikap ni dah lama aku pupuk aku semai.
Aku sering kali salah kan diri sendiri
Semua yang terjadi ni memang silap aku..
Dan aku tunggu hikmah semua.

Silap yang kecik tu dah jadi silap yang besar
bila mana aku sering kali terhutang budi dengan teman teman.
Malu.. malu ... dan tidak aku tahu bagaimana  nak lunas kan segala hutang budi..
hutang budi tak kan pernah abis aku langsaikan.

Stress kekadang aku terlalu memikirkannya.
Teman yang aku sandar kan segala percaya. sepenuh luahan jiwa raga.
kini mengasingkan aku sendiri
Aku tak sedih.
Ini lah nasib aku yang perlu aku tentukan pada mulanya dulu..

Tapi aku terleka,
terlalu selesa dengan diri sendiri.
Aku yang bermasalah.

Aku tak patut ulang sebenarnya..
Dan aku tak kan ulang untuk kali ini ....

Lastime kat office lama. orang sering membahan aku. usik mengusik
kenen kenen kan aku dengan teman teman sekerja..
padahal orang lain tak kena pun macam yang aku kena..
Aku jadi down. aku rasa macam aku ni bodoh. ganjil.. sering di bahan bahan .
terasa diri ini lemah. selemahnya. selalu kena buli dari segi perasaan dan maruah.
macam bodoh sangat diri ini..
Padahal orang lain buat relek je . tak de kena macam aku..
Aku tekad. terus berhenti kerja.. cehh.. resign saat tu jugak. GILOS.
ikut kan paneh hati ini sangat.

But for this time.. Aku tak kan simply simply quit..
Aku kena bertahan.. ini yang patut aku hadap dah lama dulu..
mungkin Allah nak tenguk aku ni boleh tak aku  buat apa yang aku rencana dulu.
tapi dia delay.. dia bagi. lepas dulu pas tu dia rampas.

dan sekarang dia sedarkan aku tentang rencana aku dulu.
Aku ni bermasalah sebenarnya

cepat lupa akan semua planning aku. huhh ~!

Kebiasaan. terbiasa

Assalammualaikum,.

Hee. hari ni nyata aku sungguh rindu akan belog ini.
Beberapa entry sudah tersedia di publish.
Dan aku masih tak kering idea dan jemari ini tak letih menari lagi..

Dulu sepi.. Kini aku sepi.
Nyata tak kan berubah kitar hidup ini.
Aku akur. Takdir ini sudah milik Aku..

Kebiasaan. terbiasa dan aku seakan menjadi biasa..
Dulu aku selalu mengeluh,

Aku kena biasakan keadaan ini. Tapi untuk jadi biasa Aku tak biasa..
Tapi kini semua berubah.
Yer,. bila perkara ini terjadi.
Aku harus jalani dengan tenang..
Biasakan diri aku seadanya..
Dan harungi nya dengan hati yang tenang.
Kekadang Allah ni menduga aku di masa yang tepat
Di saat W kembali .. Allah hilang kan kawan kawan..
Aku redha..

Alah bisa tegal biasa.
Sedangkan  ibu yang mengandung kan aku dalam rahim..
Berkongsi makanan nya dengan ku sepanjang 9 bulan 10 hari..
merasai degup jantung aku saban hari
pun tegar menyerahkan aku pada orang lain.
Erti kata lain.. buang aku. jual aku.
heee..

Aku dah biasa..
Sekarang kawan kawan pula.
AHH semua tu dah jadi biasa..
bukan sekali bukan 2 kali.
Semua tu membuatkan aku rasa aku  yang bersalah
Kalau dari dulu lagi aku ikut plan strategi aku yang lalu.
pasti tak jadi macam ni,,
Jadi

Aku memang bersalah. totally..
damn it.
Aku akur..


Kebiasaan dah jadi kebiasaan.
AKU tak biasa. malahan  dah terbiasa.


Kembali

Assalammualaikum

Hai.. Hee tajuk.. macam apa apa je lah..
Tu la. entry senang je. membebel. merepek meraban  on je la. jemari ni
kekadang sesenang je merepek.. Tapi tang title... bengkak otak aku nak fikirkan.
Nak related kan tajuk dengan entry. susah betol nak bagi nama...

Kembali ?
ni tajuk yang terlintas dalam fikiran ...
Aku dah kembali dah ..kembali meluahkan keluh kesah
apa yang terjadi.. saat manis.. saat pahit. tapi jarang sangat aku share saat maniskan ?
belog ni tercipta saat aku nothing. so saat manis tu jarang sangat aku keep dalam bentuk
penulisan atau wujudkan dalam belog..semua dalam hati.. dalam fikiran.
yang paling manis akan ku simpan melekap teguh dalam ingatan. yang light light manis tu
akan lesap hilang sayup sayup di telan zaman..Cehh..


Kembali..
Sebenarnya Aku happy la juga.. W dah kembali .walaupun untuk sementara..
Sementara.. dan sementara. Janji ini akan ku tunaikan jua..
Aku tak kan mungkir janji untuk ke sekian kali nya ..
W.. masa yang nyata akan hadir jua..
Aku  sebenarnya takut untuk menanti saat itu..
Janji ini Aku yang buat. Maka aku yang perlu tunaikan..
Silap ni di pihak Aku..
Semoga kau terus berbahagia tanpa Aku..
Doa tulus  dari insan yang banyak terhutang budi ..


Kembali ..
Hidup lampau seakan kembali..
masalah kewangan tak kan putus putus menguji diri ini..
masalah peribadi tak kan berhenti menghantui aku sepanjang hidup..
masalah lampau seakan tidak mahu berenggang dari kisah hidup aku.
masalah dan masalah sudah kembali .


Nampak seperti bahagia aku..
Teman aku.. sahabat aku..
senyuman aku semua  tak kekal.
Selepas ni aku akan menjadi aku yang dulu.
KEMBALI
kembali kepada aku yang dulu.

Tak mengapalah..
Aku pun akan mula kembali seperti dulu.
Pasrah.



Friday, March 29, 2013

pelbagai

Assalammualaikum..


Hai..
Cuti panjang aku dari kerja..
Bila tiada di ofis.. maka. tiada lah post entry baru buat sementara waktu..
Insyallah akan ku usahakan untuk update dari rumah. Almaklumlah
Aku dah malas nak menulis diary sekarang ini.. Diary kosong.. Setahun nak abeskan sebuku pun susah.

Bermacam macam perkara nak aku ceritakan..
Tempoh hari aku ke kelantan.. Teman kan Mak.
Pengalaman Kedua aku menaiki bas express untuk perjalanan yang agak jauh..
Wahh sakit badan..

Hmm..
Macam peristiwa terjadi.
Pergi tahlil rumah moksu..Lama aku tak jejak kaki kat sana..
Buat kek untuk wedding Edy merangkap jiran dan sahabat dari zaman kanak2..
Wedding kengkawan..
Haishhh macam macam..

Hilang kawan. kena pulau.. Silap nya ? Entah. Tak pe lah.
Keadaan dah jadi biasa. dan Aku sudah terbiasa..
Dan Tak pe lah. Silap nya adalah AKU..
Dan Aku AKUI..dari awal nya silap aku.

Ni ringkasan cerita sepanjang 9 hari aku tak pergi ofis..
Nanti ada masa aku ke sini lagi.. jemari ini rindu nak menari.

Thursday, March 14, 2013

comparisons

Assalammualaikum ..

Hai..
Aku masih di ofis lagi...saat ini jam 4.01am
MOOD nak berbelog di pagi hari ini semakin menipis.
Tapi memikirkan nanti aku akan bercuti 4hari sehingga hari Ahad.
Aku gagah kan jua untuk singgah sebentar..

Mengisi entry yang dah lama terkarang dalam hati dan fikiran..

COMPARISONS. hmm

MAK.. mak,,
suka betul compare compare kan orang..
Jahat orang tu.. baik orang ini.. baik orang tu .. jahat orang ini.. Sering dia comparekan.
Padahal secara umumnya memang tak boleh nak di banding bandingkan..
Sebab semua tu berbeza.. Lain lah kriteria yang sama kumpulan yang sama.
Tapi ini memang totally berbeza.. TAPI still perlu nak di comparekan..

Dan aku sangat lah tak suka situation ini..

Contohnya..
Si A ni tersangat lah rajin masa di zaman kanak2nya.. Tapi bila dewasa.. dia terlalu menyusahkan
sehingga ke infiniti... tersangat menyusahkan. membebankan. dan macam macam,..

Si B pulak masih muda.. dan agak malas.. sering kena bebal. kena suruh baru buat..
bila ketuk baru jalan. kena tegur itu ini. kena suruh itu ini. malas bukan main.

Mak akan compare kan..

" Hey B.. si A dulu masa umur macam kau .. Tak da lah dia malas macam ni . Ada gak dia tolong
Aku buat apa apa yang patut... "

Dan aku ?? AKU pun.. agak kurang ajar kot.. ke dah memang kurang ajar .. ENTAH LAH..
Terus menyuarakan pendapat yang dah lama terpendam. tak tahu lah ini versi kurang ajar ke apa..


" Mak tak payah nak compare compare lah Mak.. Yang A tu pun tak kemana pun dia menyenangkan Mak.
Sudah nya sekarang tenguk la dia... Tak kemana pun  "

Itu yang dah terluah..

Sebenarnya.. Aku nak cakap....
Sepatutnya kita kena terima.. dan sentiasa berdoa.. Manalah tahu sekarang dia agak menyusahkan.. Tapi nanti dah besar panjang.. dia lagi menyenangkan kita.. Doakan yang terbaik dan baik baik sahaja..Sekarang dia budak.. dia nakal sikit. malas sikit.. Insyallah Dengan DOA kita.. bila dia besar.. dia jadi yang terbaik.. menyenangkan. dan selalu membantu dan membalas jasa..
Manalah tahu kan..

yang dia dah compare compare tu terang terang dah terlebih menyusahkan dari menyenangkan..


Macam aku pun selalu jugak di compare compare kan.. Kadang aku cepat cepat alih topik.
TAK SUKA betul dengan situation ini. SERIUS !!!

Wednesday, March 13, 2013

Celaru

Assalammualaikum

Hai.. seperti lama aku tak menyinggah di sini..
Seperti yang aku pernah beritahu. Aku cuma dapat post entry daripada ofis sahaja..
Hmm.
Harini aku datang sejam 20 minit awal di ofis..

Ada perkara yang membuat kan aku datang kemari dengan lebih awal. tersangat awal daripada
biasa..
Hmm..

Mengeluh umpama dah sebati dengan aku..

Post kali ni membawa aku ke mana ?
Hmm.
mengeluh lagi..
Sukar kekadang nak meluahkan dalam bait bait tulisan
yang lahir dari hati..
Menaip dari ofis.. di saat sekarang membuatkan aku terpaksa
toleh menoleh kiri dan kekanan. depan ke belakang.
risau ..
risau tiada lagi identiti rahsia ini.
Meski pun beberapa orang kawan kini
sudah menemukan ruangan hati ini..

Aku pasrah.. dalam kecelaruan..
Adakah aku bakal private kan ruangan ini..
Adakah aku akan berhenti seketika..
celaru dalam diri sendiri..

** Nanti sambung... line tak berapa nak clear hee .. hmm

Sunday, March 10, 2013

Teringin nak ada kawan baik

Assalammualaikum

Hai.. lewat pagi ni .. jam menunjukkan pukul 6.01 am..
Aku baru lepas cuci muka. haha
kemengantukan terlampau.

Membuatkan aku dah tak terdaya..
Selelap dua lelap tiga lelap.. Dan seterusnya mengakibatkan dengkuran halus dah
mula kedengaran.. huhhhh Kronik..
Aku ngantuk...

Kesegaran yang mula menjelma sedikit demi sedikit
setelah kulit  muka ku di bilas air sejuk..
Lantas Keringkan dengan tisu... Dan mula menempek Bedak nipis..
Menyapu lip balm di bibir..
hee. Aku terasa kesegaran jua..

Alhamdulillah.
Even tak lah strong sgt segar ini..
Tapi skurangnya aku tak la macam tak bermaya sangat seperti pukul 4.00 am tadi..

Intro dah meleret ke mana mana dah ni..
Tajuk dah ku berikan..
Tapi isi nya masih tak tahu nak mula kan dengan apa..


TERINGIN NAK ADA SEORANG KAWAN BAIK. yang berlainan gender sebenarnya..

Di saat umur aku begini aku seharusnya mempunyai seorang dua orang tiga orang.
ops mungkin tak
perlu lah ramai sgt. Cukup sekadar untuk menjadi teman.
bertukar buah fikiran.. berkongsi apa sahaja cerita...
Aku tahu ..
Sukar untuk aku memulakan pekenalan,
Kerana sudut lain dari diri aku ini..

Aku seorang yang tak reti nak berkawan..
tak reti nak menegur.. tak reti nak menyapa..
tak reti nak memulakan nya lah...

Dan aku lebih selesa dengan sama gender..
So kat situ dah jadi macam kekurangan yang paling besar.
So macam mana nak mendapatkan SEORANG kawan baik yang lain gender ..  : ' (

Tak ada lah runsing sangat..
Cuma keinginan ini mungkin dah bersesuaian dengan umur aku kini..
Bukan ingin kan perhubungan yang serius..
Tapi
CUKUPLAH sekadar kawan baik..
yang boleh di bawak ketepi ketengah..

TAPI entah lah..
SIAPA KAH BAKAL KAWAN BAIK AKU ITU ?

Aku sendiri tiada pilihan..
seakan tiada sesiapa yang berminat untuk menjadi kawan baik aku.
mungkin aku tak reti bergaul..

HMM. haruskah aku menanti ..
atau kena berani menyapa.. memulakan perkenalan.
starting everything..
dan keep in touch..
tebal kan muka.. msg msg msg. dan kejar kejar dia
untuk jadi kan dia BESTFRIEND..  DAN
TERUS
BUAT macam dah jadi bestfriend...

TAPI AKU LANGSUNG TIDAK BEGITU..
waduhh.. im SICKK !!!


Tipah , Ain dan Aku

Assalammualaikum..

Hai..

Cerita berkisar tentang hari ini ...
Nak di pendek kan cerita......

Hee hari ini aku jumpa kawan yang dah lama gila tak jumpa..
8 tahun lebih macam tu.. Dari sekolah menengah..
Lama gila kan..
Janggal rasanya lama tak berjumpa kawan lama
Dan dia sendiri datang ke rumah..
So layanan . teguran . dan cara aku jadi lain.. berbeza..
macam janggal sangat tak pernah mengenalinya..


Tipah : ) gembira dapat bertemu lagi dengan Kau..
Dah lama kan x berjumpa. Even tadi aku sedikit janggal.
haha macam perjumpaan formal..

Aku .. Tip n Ain pergi tenguk Movie. Walhal aku kerja malam.
Dan tak tidur langsung pada hari ini. Tapi aku gagah kan jua lah demi kawan yang dah
lama tak bersua muka..

And thanks to Ain. coz hantar Aku pergi office after movie..
Even dah pkul 11 pm..
Thanks semuanya,,

Tekad huh..

Assalammualaikum..

Hai..

Entry ni mungkin pendek mungkin panjang..
Aku sampai sampai je ofis tak menyempat nak update..
Even tak sure busy ke tak nieyh.
Hmm..

Semenjak W semacam buat taik je dengan aku..
Aku rasa.. once aku dapat je beli hp..
( sebenarnya hp aku dah dekat 2 bulan rosak.. ni pun kawan ku Shaja yg bagi pinjam hee.
thanks shaja )

Aku nak tukar number baru.
Serious....

Hmm.. Aku tak harap pun dia contact aku lagi.
Tapi atleast aku ada usaha untuk tidak lagi jadi bodoh.
Biarkan dia dengan dunia dia.
Dan aku dengan diri aku sendiri..
Serius serius kali ni.

Wlaupun dari zaman sekolah aku guna Sim ni.
Dah lama.. lama sangat. Memang sayang nak tukar.
Tapi tekad ni begitu kuat.
memang aku rasa nak buat perubahan.
Biarlah..
Kali ni berjaya.





Friday, March 08, 2013

Kita Semakin Jauh

Assalammualaikum..

Hai..

Aku sebenarnya tak kisah pun makin jauh ke makin rapat ke apa ke ..
Tapi lately nampak sangat kami semakin renggang..
Dia seolah2 tak perasan kehadiran aku di sini..
Dah tak macam dahulu.. tiada dah sapaan.

teguran dari diri nya untuk diri aku.

Rindu ? hmm aku tak rindu..
Cuma kenapa jadi macam ni ?

Bukan aku tak nak tegur dia macam biasa..
cuma aku rasa malu.. malu bertimpa timpa.

Aku tak suka kejujuran seorang kawan..
Lalu membuka kisah kawan nya pada seorang kawan.
Yang malu tentulah si empunya kisah dengan orang yang dah tahu kisah tu..

Yang tukang buka cerita tak rasa apa apa. sebab tak ada dalam situasi tu..
AYAT di atas mesti tiada sesiapa yang faham..
Hmm tak apa lah.
Janji semua nya aku faham n semua nya dah terluah kini.

Mungkin perkara di atas yang membuatkan kami berbeza kini.
Dah tak seperti dahulu..
Sesungguh nya aku tak rindu.
Cuma aku rasa janggal.
Kami dah semakin jauh.

Dah tak sama langsung macam dahulu.
Sungguh aku tak rindu.
cuma keadaan ini .. membuatkan aku teringin seperti dahulu..
Untuk memulakannya semula.. Memang lah BUKAN aku..

BUKAN aku  ego
.. cuma perasaaan MALU  yang mencengkam hati ..

update 10 Mac  2013 : : Akhirnya Aku yang mula kan huhuhu

Sunday, March 03, 2013

Teruk sangat ke AKU ni ?

Assalammualaikum..

Hmm Entry UNTUK  melepas segala rasa..

Sungguh aku tak faham kenapa . kenapa dan mengapa  ?

Nak dok anak angkat anak angkat sangat.. Kenapa ?

Mak aku tadi dok sembang sembang sembang . Cerita pasal jiran jiran.
Plan kami nak pergi pengkalan chepa. Adalah lah urusan nya kan .

Bila si MAKCIK jiran tu tanya nak  " pergi dengan siapa  ? "

Mak jawab.. ( dengan berbangga pulak cerita dekat aku semula ) 
" Dengan siapa lagi.. dengan ANAK ANGKAT saya lah "

WELL HEY .. AKU ni bukan lah anak angkat kau lah...

Kenapa nak highlight ANAK ANGKAT. ANAK ANGKAT..
malu sangat ke nak cakap aku ni anak. or ATLEAST
rujuk aku sebagai cucu ORANG TUA yang dah lama mati tu.

TERUK SANGAT KE AKU NI ?
sampai kan kena mention kena refer kena highlight aku as ANAK ANGKAT.
aku ni bukan anak angkat kau..
AKU JUST panggil kau MAK je..
TAHU ??

Aku tak kecik hati langsung..
Tapi seolah dia cakap benda / perkara yang sama tu
macam seolah olah bagi AMARAN. BAGI peringatan
yang kami ni ada GAP..

Aku ni tak pernah lupa lah siapa aku..
BILA aku dok mention kat kawan kawan DIA BUKAN EMAK AKU..
kawan kawan cakap aku ni ANAK DURHAKA,. TERUK.
sampai tak ngaku EMAK.

iskk. dia yang START.. ikut kan rasa yang tak berapa nak ada PERASAAN dah ni..
Aku rasa aku dah buat yang terbaik dah ..
Konon nak jadi macam seoarang anak bertanggunjawab.CEH padahal bukan title anak dh..

Eeee.teruk sangat ke aku ni ?
BUKAN SEKALI DUA.
tapi dah berkali kali.
bukan dengan orang terdekat.

malahan dengan orang yang baru pertama kali jumpa pun
DIA tak kan introduce aku sebagai anak..
mesti ada je HIGHLIGHT ANAK ANGKAT.
hina sangat ke aku ni ?

Aku tak kesah la.aku tak kecik hati langsung.
Langsung tak jauh hati or tersinggung TAPI
AKU anggap ini semua amaran..
TAPI sumpah dengan nama ALLAH.
AKU tak pernah lupa asal usul aku.
TAK pernah lupa aku anak angkat. Aku tak ada kaitan dengan korang semua
SEBAB tu aku selalu berbuat baik nak membalas budi..

Semua yang aku ada tak kan cukup untuk membayar budi.
dan tak akan habis untuk membayar budi kalian..
ANAK ANGKAT ini akan tanggung sampai mati hutang budi.

OH EMM JIE

Assalammualaikum..

Hai. hari ni rasa macam nak sharing satu perkara 
Even pernah berjanji tak nak cerita dah.
Tapi biasalah manusia biasa.
Ceh. Hmm..


Aku ada seorang kawan baik kan dulu.
Banyak entry lama ceritakan pasal dia.
Tapi sekarang kan dah jadi EX bff.
ERMM. ?? ADA KE ex bff ??
ada jer.. hehe

Sebenarnya.. Balik kerja pagi tadi aku terus merayau dengan Nad..
Nad ni kawan baru aku la kt sini. Aku kan sekarang gila nak baking baking tah papa
semua nak cuba. Jadi aku pun pergi la merayau dgn Nad beli segala keperluan.

Balik dalam pukul 4 petang. Baru tidur...
Bangun pulak dah malam.Seperti biasa. lepas bangun tidur..
Aku mesti tenguk semula barang aku beli.
Susun. letak elok elok. Macam terapi la bangun tidur  nak hilang kan penat lelah
membeli belah siang tadi hahaha..


Tetiba je. Aku nampak seseorang berjubah hijau bertudung muncul di dapur rumah ..
Serius terkejut. Sudah lah baru bangun tidur.
Pakaian pun tak proper. londeh sana sini. terselak sana sini..
Time tu otak macam jem lagi. Aku langsung tak sangka DIA datang rumah aku
Ikut style lama plak tu. main masuk je.

Dulu memang la. main masuk je rumah best fren plak kan. taw taw je dah sampai dalam bilik.
sob sob sob..

Time tu aku betul betul celaru.
rasa macam nak salam cium tangan. Tapi macam entah apa apa lah plak .
 rasa macam nak hug.. tapi aku
belum mandi lagi. malahan tak cuci muka langsung.
rambut serambai. baju dah terdedah habis haha

Semua macam jadi serba tak kena. Aku dah tercegat umpama manusia bingung.
Dia yang menyedari keadaan itu.
Terus

Dia suakan  sebungkus plastik.

" ni ada kek. hari ini besday epul (suami dia larh ) "

Aku menjawab.. " oh thanks .. "

Lantas mengambil bungkusan plastik Pusat membeli belah Hari- Hari, dan terus letak ke atas meja makan. Sambil membelek isi bungkusan itu.
Ada sebekas tupperware yang pernah aku bagi dengan 1 polisterin berisi kek..

Oh ya nampak sangat aku ego tak SHARE langsung pasal tupperware tu..
Actually itu hari aku buat cookies. aku saje la bagi kat dia. ^ ^ coz hari raya tahun lepas
dia pernah bagi aku sebalang cornflake madu yang dia buat. Aku bg anak anak buah je makan.
lepas tu  cik tong pulak  yg makan .
Oh ya aku memang jahat !


Hmm dia memang baik.ceh MOTIF nak share kat sini.
masa dia datang tu kebetulan Harith tgh demam. Dia balik rumah dia kejap n
hantar koyok untuk harith. sebuk tanya nak bawak kan pergi klinik ke apa.
Aishhh Aku time tu duduk tepi pintu je. sekejap kejap pergi pintu..

` dalam hati aku time tu bila lah dia nak balik ini ' hehe mmg TERUKkan aku

Aku jadi tak selesa.. melihat dia berbual dengan mak aku. ayayaya

OMG ~ tak sangka langsung dia datang.
Actually aku kalau nampak suami dia jalan depan rumah.
dengan suami dia aku ignore.
BIAR LAH ..
Aku dah malas nak mengimbau perkara yang dah jadi sejarah

Sejarah yg dah bertahun tahun.
Aku pun tak sangka begini akhirnya.

Saturday, March 02, 2013

W lagi


W.. lama sudah tak becerita tentang W ..

Bagi aku dia dicipta untuk meninggalkan kenangan.
Aku pernah happy kenal dengan dia.
Kenangan yang ada semua yang happy.. TIPU !

hmm.. Memang banyak dia menyakitkan hati aku.
Memang sebelum ini aku cakap aku dah berjaya lupa kan dia. ignore dia.
Buang dia dalam hidup aku.

TAPI sebenarnya aku dah lama kalah.
KALAH dengan diri aku ini sendiri.
dan
Kalah dengan setiap permainan dia.
Aku kekadang tak pernah tahu apa mahu dia ?
DIA seronok menyakitkan hati aku berulang KALI.

dan aku seperti seorang yang NAIF dan RELA di perbodohkan berkali kali.
KENAPA ?

Aku sendiri tak ada jawapan untuk itu sebenarnya..

Hmm. Sedih bila tak mampu nak menepis setiap perbuatan dia.
Seolah2 pasrah dengan segalanya.
Padahal ada jalan ada cara lain.
Tapi kalau dengan W. aku lemah.
Aku jadi tak kuat.

Puas kemarahan aku lepaskan.
Dia tetap membisu.
Dan akhirnya terus membisu.
Bila geram ni makin memudar, Dia akan datang semula
memulakan permainan.
dah tentu tentu aku yang kecundang.
TAPI AKU ?
tetap aku yang sama. tetap aku yang suka di bodohkan.

Aku benci dia.
sungguh benci.
HATI ini sakit sangat.
BIARLAH aku begini. jangan di usik lagi perasaan tenang yang bakal menjadi milik aku.

W.. Kau boleh pergi. Aku dah lama pasrah. Aku dah lama izinkan.
PERGI lah.
Jangan sesekali mengusik tenang aku.'
Aku tak mampu lagi nak menjadi manusia bodoh yang selalu kelihatan bodoh
bila bersama kau.

Aku terlalu "sakit" dengan kisah kita ini.
Biar aku sembuh dengan masa. biar aku pulih dengan kenangan.
Dan biar aku terus tenang dengan ketenangan milik Aku.

Dah la wan .. Pergi la wan.
Aku tak rayu pun kehadiran kau.
jadi usah lah kau kembali lagi.

kerja oh kerja dan kerja

Assalammualaikum..

Hello :)

Saat menaip entry ni. Jam menunjukkan 6. 57 am.
Lebih kurang  ada sejam  lagi sebelum aku kemas barang dan balik ..
Aku masih di opis..
Kalau bukan di opis. tak adalah aku post entry kan :)

Dah nasib begini . ish ish.
Aku kerja night shift sekarang. sejak beberapa bulan yang lepas.
Mana tak nya shift aku asyik yang tak best je bila di siang hari,
Bila aku nak request je. asal turn aku request je dah tak boleh.
Bila request je tak dapat. sedih...
So aku dengan duka cita suka cita berdukasuka cita nya. ermm.
request je la permanent malam.
Sakit hati pon berkurangan..

Hmm intro entry kali ini tak tahu membawa aku ke topik ape.
seperti biasa susah  untuk aku nak bg title pada setiap entry.

Aku sebenarnya suka akan kerja aku.
Senang. tak perlu nak fikir bawak keje balik rumah
Tak perlu nak sambung kerja yang tertunda. atau dead line.
Just buat hari ini settle hari ini.
NAMPAK macam senang dengar pun macam senang.
hee. susah gak. ada gak susah nya..

Susah nak ikut apa yang orang atasan mintak :)
MCM nak ikut kepala aku sendiri je buat kerja
ish...

oh ya.. Aku baru beberapa hari kerja ikut shift baru..
Shift yang sangat sangat tak best.. saat aku balik kerja. berpusu pusu orang
keluar masuk tren . jalan raya jammed semua orang sebuk pergi kerja,
Keadaan tu stress. haha.
Selalu aku pergi kerja.. lengang je, bila waktu balik..
lengang juga. semua jadi best.

Bulan depan nak request balik shift lama aku..

SICK sangat dengan shift yang baru ini.

#kerja. hmm .kekadang rasa nak sangat ada kerja baru.
tapi.. macam macam hal lagi perlu pikir..

hurm. sigh ~!



opis :)

Assalammualaikum ..

Hee. sebenarnya kan.. Aku dah tak de pc kt rumah.
Since Ryan main pc aku sampai rosak di hari raya  yg mulia .
Aku dah malas dah nak kumpul duit n repair.
Or pujuk merayu abg aku bagi sparepart kepunyaan dia.
Aku dah malas dah..

Kekadang melepas bosan di facebook guna hp jer.
Tapi since hp rosak. Aku mcam dah xde social life je.
cewah cewah ..

Hmm. percaya tak ? ( yer percaya )

Aku update segala entry .. type post,
meluahkan segalanya
Di opis..
opiss. n opiss.

Sadis je hidup.
Sharing semua cerita
kebelakangan ini semua nya daripada opis.


Haritu..
Aku bukak semua monitor. mouse keyboard . cpu.
segalanya galanya aku letak dalam store.
Malas dah nak buat pameran kat dapur..

Entah bila agaknya aku boleh dapat pc .lappy or something la yg boleh aku
post entry direct.. xyah nak menumpang kt opis cam ni. hehe.

Masa

Assalammualaikum..

Hai,

Mac 2013 dah menjelma..
Aku semakin di hambat dengan kepantasan masa...
Aku tak mahu jauh ketinggalan, meski pun
masa dah jauh meninggalkan aku..
untuk mengejar dan seiring itu mustahil.

Hmm..
Sekurang-kurang nya impian aku mesti dah suku usaha.
atau sekurangnya separuh usaha .
Tapi aku ?
masih tak nampak lagi.
di mana nak mula ?
bagaimana ?


Impian sangat banyak. sampai tak tahu mana satu nak di buru dahulu..
Masa tolong berkompromi dengan aku ..
please.
USAHA tolong jadi bestfren sejati aku.
Semangat  tolong sentiasa bersama dengan aku.

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir