Mengenang saat dulu..saat memula aku terpaksa menghadapi hidup tanpa nya lagi..
Hmm dulu dia tak benarkan aku kerja..
study pun dia tak bagi..
but atlast dia benar kan aku study Form 6. tu pun sebab dekat..
kat sekolah berhampiran sekolah lama aku..
tapi aku quit form 6.. entah lah. AKU DOWN lagi time tu sebenarnya..
stress dengan cikgu. stress dengan aktiviti2 yang aku tak boleh join.. ermm..
aku quit tanpa memikir panjang..
Arwah Tok cakap " lepas ni hang jangan nak salah kan aku tak bagi hang belajaq plak naaa "
tapi aku tetap salah kan dia juga. :( ermm. entah lah kenapa nan aku ni.. aku quit form 6 tanpa sebab
yang kukuh.. keputusan dalam masa sesaat . haha. menyesal pun ada. :(
Setelah quit form 6. aku duduk kat rumah je. tak ada buat apa pun.. makan tidur. online. tenguk tv..
simple rutin je la kan.. Fida time tu da habis stpm dah... tetiba fida called. ajak pergi cari keja.
aku dengan berani suarakan hasrat hati aku..
yelah.selalu nya nak g cari kerja.. dah di tolak mentah2..
tapi kali ni sangat AJAIB..
Arwah Tok cakap " haa pergilah.. jangan dah kerja kang hang malas malas plak "
wahh sangat ajaib...... macam tak percaya.. buat pertama kali nya dalam tempoh dua tahun dia bagi aku kerja.. dia izinkan aku kerja..
Interview pertama . aku dah dapat kerja... mudah..mungkin sebab berkat doa dari dia kot..
Alhamdulillah..
Abg aku yang hantar aku dan jemput aku..
Tok cakap " ingat sama lah duit tu bagi lah upah kat abg hang tu jugak.. jimat2 lah sama. jangan lah dok nak harap kat aku lagi. duit gaji tu simpan la sama "
ermm time tu aku rasa macam nak enjoy.. ye lah 1st time kerja.. dapat rm 600 pun rasa macam dah KAYA kot.. 1st time nak merasa duit sendiri. aku bajet leh la enjoy kaw kaw time 1st dapat gaji tu.. Aku tak nak lah guna duit aku untuk belanja makan, belanja tambang..hahaha konon nak hua hua hua dgn duit gaji sendiri beli all stuff yang berkenan di mata. cehhhhh. hajat tak kesampaian betul !
Sangat heaven kot minggu pertama aku kerja.. pergi je ada driver.. balik je ada orang dah standby jemput..
balik rumah je tanya.. " Tok, masak apa arini ? "
kalau dulu time skolah .tanya macam tu . confirm kena marah
" hang ingat aku ni tukang masak hang ka? ni rumah sapa? pergi la dapuq tenguk apa yang ada !!! "
Arwah tok tak marah aku lagi.. langsung...
aku rasa bahagia betul la kerja.. balik ada makanan...
baju semua tok lipat kan..
seriuss..... bahagia sangat ....
ada satu benda aku paling rasa macam TAK PATUT.. n aku menyesal..
ada satu hari ahad ni.. aku tidur .ye lah penat kot kerja ISNIN - SABTU..
hari tu aku bangun agak lambat. Yelah asik bangun AWAL je kan nak g kerja..
so tetiba Tok panggil aku.. aku pun bukak pintu buat muka.....
hangin lah .. tidur di ganggu..
LAAA.. rupanya tok kejut kan aku sebab dia nak bagi aku
blouse pakai pergi kerja. dengan kain untuk buat baju kurung..
n kain tu colour favourite aku plak tu..
purple ! tapi aku tetap buat muka...
iskkk. SUMPAH ~! Aku menyesal..
tu lah antara hadiah terakhir dia bagi untuk aku !
Tok meninggalkan aku pada hari Ahad..
Isnin aku terpaksa emergency leave..
baru kerja tak sampai 2 minggu dah amik cuti..
time tu aku tak reti procedure memohon cuti ke apa ke.
aku just SMS akak office tu macam ni..
" Sorry kak tak dapat datang kerja hari ni.. Nenek saya meninggal.. apa nak jadi. jadi lah kak. "
haha. cam lawak plak. time tu aku bajet macam nak letak jawatan je terus. notis je terus ke. cehh...
Selasa aku dah mula kerja dah.. sbb kata mak, kalau aku kat rumah je. nanti aku bersedih2..
menangis2..
tetiba aku teringat..
time aku dapat kerja tu kan. aku da mula la berangan2.. nak beli tu nak beli ni. nak shopping sakan lah kan. kata dah kaya haha.. time tu aku dah planning dah nan anak2 buah. nak belanja dorang Mcd.. untuk Tok aku nak belanja dia Kfc.. sebab dia suka makan Kfc. dat y dia macam special sikit lah kan.. khas untuk dia je Kfc..Tapi dia tak nak.
dia asik suruh aku BUAT KENDURI je guna duit tu.. supaya kerja lebih berkat.. tapi aku berkeras..
aku cakap lah .. " alaa. gaji orang kecik je. kerja biasa je pun. buat apa lah nak buat kenduri.buat malu kat orang larh. isk.. "
tapi dia berkeras jugak.. dia cakap
" haa tak pa lah. kalau tak nak guna duit hang.. buat kenduri guna duit aku ! "
time tu aku tak paham lagi. mungkin tu antara petanda2 nya kan.. tapi aku sebagai manusia biasa mana lah nak perasan akan perubahan dia yang dah nak mendekati waktunya. erm..
Tapi rupanya.. saat aku gaji pertama tu.. betul2 time 40 hari kenduri tahlil arwah ..
so aku buat juga lah kenduri guna sebahagian duit gaji aku..
terasa hambar je hidup. kosong. aku pergi kerja. balik kerja. menangis..
duit memang tak pernah cukup..
serius.. hancur berkecai impian aku nak berjoli nak enjoy dengan duit sendiri..
malah aku terpaksa tanggung hidup aku sendiri..
makan, tambang, serba serbi semua guna duit gaji aku .even bayar bil astro..
semua guna duit aku..
nak kata aku boros? biasa lah aku pestime kan kerja. nak merasa jugak membeli itu ini yang
berkenan...
Aku pernah naik cab dengan tak ada duit satu sen pun balik kerja..
coz gaji tak masuk pulak hari tu..
hp plak bateri low ,, aku genggam je fon.. nasib lah cab tu nak masuk dalam
lorong rumah aku.. aku cepat2 called suh dorang standby duit..
sebab aku langsung tak ada sen. sampai rumah baru bayar..
Tahun pertama juga lah aku jadi jaat.
aku tak puasa banyak hari.
time tu aku pikir. apa nak jadi .. jadi lah..
aku tak pernah ponteng puasa. tapi tahun tu..
Nauzubillah..! ermm. kenapa lah aku jadi macam tu?
lemah selemahnya..
Malam raya aku menangis. dengar takbir raya.
pestima aku menangis malam raya.
aku baring atas katil dalam bilik Arwah tok..
aku menangis semahu-mahunya..
ermm..
tanpa baju raya.. tanpa persiapan raya..
tak ada sesiapa di sisi aku time tu..
Mak. abg kakak. semua orang tak PEDULI kan aku masa tu.
sebab ada krisis..
pagi raya baru mereka bertegur dengan aku...
Ya ALLAH tak sangka... kuat nya aku . menghadapi dugaan lampau.
serius... aku macam tak pecaya. aku bertahan sampai ke hari ni.
Alhamdulillah..
hancur berkecai kan impian demi impian aku.
apa pun tak ada. apa pun tak boleh..
tapi tenguk la diri aku saat ni.
tak ubah macam dulu.
DOWN lagi,
entah bila leh bangkit lagi.
puas dah bermain dengan khayalan.
bosan.. dan aku semakin bosan nak teruskan hidup yang tak ada perubahan ni..
kenapa dulu aku kuat. di masa yang sama aku masih down. ermm..
Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..
Friday, July 22, 2011
tahun pertama tanpanya...
yg masih bermimpi isha
" Aku tak ada story macam orang lain..coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "