Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Friday, July 29, 2011

soalan soalan lazim..

Antara soalan2 yg selalu orang tanya kt aku..

" ko ni duduk sorang2. tak keje. mcm mana kau nak makan? "

Ok.. bagi menjawab soalan ni. aku kena betul2 lapar baru leh fikir. haha..
kang kalau tak lapar. tak feel sangat nak menjawab soalan secara tulus dan berhemah tinggi..

1st of all. rumah mak .. rumah abg. rumah abg abg aku dekat.. 
alaa bukan la aku independent sangat duduk sensorang. asal nak makan je
sampai kena membanting tulang ke apa ke.
tak ada lah macam tu.
mungkin kawan2 yang jauh dari aku. terbatas la sikit minda mereka nak imagin macam mana cara aku hidup.
wah. masam struggle bebenar je. haha. im survivor u noe . ehehehe


makan?
kalau dulu time aku kerja..... ceh.. dalam hidup aku ni. aku keje setahun setengah je..
dgn gaji bulan bulan .. opss. masa tahun pertama tanpanya la tu kan.
since duduk sensorang ni lah kan..
aku tanggung diri aku sepenuh nya..
makan pagi petang siang malam guna duit gaji aku..
termasuk tambang . dan semua la..
kalau tak cukup.. aku akan advance. hujungbulan bayar balik.. tgh bulan advance lagi.
hujung bulan bayar balik.. aku tak mintak2 free free.. is not me lah kan. :(

kadang2. aku makan kat rumah mak.. di sebab kan xnak la malu or rasa menyusahkan orang.
aku ajar diri aku supaya beli barang2 dapur untuk mak.
sayur.. ayam.. ikan bilis. telur.. beras 1 kampit..
haha beras tu aku just beli sekali je :P
ni time aku kerja la. berduit. so aku beli kan la..skg aku  x kerja..
satu benda pun aku tak hulur. iskkk...

itu cerita time kerja. bagi aku tak ada masalah pun.
sbb aku dah tentu2 melantak time lunch.. breakfast pun makan..
balik rumah makan.. semua guna duit gaji.
erti kata lain. aku tak meminta2. aku tanggung diri aku sepenuh nya dat time la kan..
ermm...
keseluruhannya.. baik baju raya.. tambang. or semua la dr hujung rambut sampai hujung kaki :)


sejak tak kerja ni...

Makan? aku pergi rumah mak la.. mak tak macam tok. mak masak apa yg ada je..
satu jenis je. n ramai pula tu nak makan..
Kadang aku g lah rumah mak. kadang rasa macam menyusahkan je..
dah la tak kerja..
lepas tu nak susahkan mak. yg dah sedia  susah..
hmm...

Kadang abg aku suruh pergi kedai beli makanan.. so.. aku dapat lah
beli untuk aku sekali.. kadang la.. kalau dia tak suruh..
tak makan lah aku... haha serius. da mcm boleh apply bersamamu.. iskkkkk...

Lepas tu.. tahun ni.... tahun ni lah kan. abg beli kan aku stock maggi..
stock telur ayam.. belikan aku milo.. beli kan aku colgate...
erk colgate tu masuk dalam list MAKAN ke? hahaha.. betul.. ni pestime.. baru tahun ni je..
lepas tu .. aku pestime minta duit kat dia untuk beli barang2 keperluan aku..
haa baru tahun ni aku minta . sebelum2 ni aku advance je. aku dah xda duit terpaksa la minta..

n kadang kalau dah lapar sangat. aku mintak juga lah duit kat abg aku  .. nak beli makan..
terpaksa.. sbb dia tak suruh g kedai. macam mana aku nak makan.. hahahahaha..
kadang dia suruh adik aku pergi kedai.. so aku still  x dapat makanan ..
sapa g kedai. dia lah dapat makan.. cam sadis kan hahahahaha...

Kadang aku masak...kalau ada lebihan2 bahan dr bisnes. tapi tak selalu lar.
coz menda tu pun nak nak d gunakan. so aku tak boleh lah nak amik utk masak sangat..
tapi kadang kalau ada bahan tu.. mmg aku masak lah utk perut sendiri.
kalau ada lebih.. bagi kat rumah mak sama..
aku xnak lah menyusahkan mak je.. ;)

erm.. ok kitorang ada bisnes..
then kalau ada org order..
n KALAU AKU TOLONG..
dapat lah aku makan..
selalunya kalau aku tak tolong.. aku malas. aku bangun lambat. aku tak ada mood nak keluar blik.
selalu nya sebab2 permasalahan jiwa dan hati dan kehidupan. yes aku ni sangat2 bermasalah. tp tak ada sapa
pun nak faham.. so aku lebih suka berkurung diri dalam bilik.bertemankan katil dan tilam serta bantal yang di sayangi selalu..

selalunya aku tak tolong. n aku tak dapat makan..
haha macam kejam kan? macam lah aku ni orang luar sangat.
WAT DE HELL. omg cam ne aku leh tak sedar diri. OPSS indeeed !!!!! AKU MEMANG orang luar. LOLX. aku typo ke. tp malas nak delete. banyak tol typo hahaha. aku lupa diri sekejap.aishh..

Bibik aku tu la. aka tukang masak. aka da macam anggap family da pun. dia sangat ANTI..
kalau aku tak tolong n aku amik makanan..
hahaha but AAK.. lantak la. aku tak heran pun... ko bagi aku amik. ko tak bagi. aku tak ingin..
muka dia masam je..

macam tadi. aku saja la test keluar...aku tak pandang dia . tapi just tenguk dr hujung mata je. aku taw dia
tgh pandang aku dan masam muka. AHHHHHH.. igt aku nak bukak periuk amik lauk la tu..
ohhh damn~!!!


tapi kalau aku tolong.. lembut je cakap.. amik la makan sikit. simpan utk malam..
untuk besok la apa lah.. hahaha.. do i care?
aku ni ada perasaan lah. dulu boleh je aku amik apa apa lauk yang aku suka.
kenapa sekrang nak bias bias.. abg.. mak. pekerja2 boleh je amik. tapi aku?

apa yg aku pegang .... KAU tolong. kau dapat duit. bukan nya kau wt kerja aku dapat duit.. aku tolong aku dapat duit.. aku tak tolong. aku x dapat. so apa kepentingan nya bagi kau? kerja kau d bayar sbb kau buat kerja..
bukan sebab kau nak CATU makanan utk aku..

ahh lantak... biar yang di ATAS shj buat penilaian. aku rasa macam teranaiaya.. tapi  lantak lah..
hidup bukan untuk belas kasihan.. ..hahah emo sikit aku PART ni... serius emo..

Aku sama sekali tak kisah lah..
sebab aku dah biasa sangat tak makan ni..
apa lah sangat kan. hahahaha.
dah bertahun aku hidup seorang..
aku pernah kena pulau.
wahh dasaat ayat kena pulau.
ye la. macam aku pun dah mati sekali je.
tak ada amik peduli amik kisah..

so aku dah BELAJAR..
so tak kisah lah... aku tak kisah..
sbb aku dah BIASA

hmm btw thanks kat abang.. kadang beli pizza. beli mekdi ..hulur2 kat aku..
kadang beli makanan tak habis pun dia hulur gak hahaha..
thanks jugak kat mak.. rajin tanya. dah makan? nak makan... hmm walaupun kadang tak ada lauk
mak tetap pelawa aku. anak malas ni hahaha.
thanks mak. thanks abg...thanks kakak..rajin masak. n smpan kan lauk tuk aku..
thanks to kak wit aku jugak. kak wit ni penyewa bilik kat rumah. n pembantu
dia rajin pelawa aku makan kadang..
thanks jugak kat bibik aku ..pernah bg makanan ..

haha da macam menang award plak kan.thanks sana thanks sini..
ermm aku hargai.aku tak lupa...
oke lah tu saje..
erm,,

THANKSS semua... abg.. mak... kakak... 
---------------------------------------

:: dulu aku rajin main poker. sekali aku terkenal nan abg ni . aku serius lupa lah apa nama dia..
dia tanya2 pasal aku.. pastukan.. bila aku ckp duduk sensorang. tak makan lagi. haha dia nak bank in duit.

" bak sini num acc. abg bagi duit. tapi ingat. beli makan je "

huhuhu gila baik laa. padahal baru je kenal..

lepas tu aku nasihat kan die balik..

" kenapa lah abg ni baik sgt. kalau ada orang nk amik kesempatan macam mana? dah la baru kenal.lps tu nak
bagi bagi duit pulak tu.. "

haha rupanya dia dah tersuka kat aku.. tapi aku tak rasa dia suka.AKU RASA DIA KESIAN je kt aku ni.. haha typical :)

Abg ni.. dia duda tak ada anak. wife dia meninggal dunia dalam kemalangan . n dia yang drive..
dia macam sedih la. dia yg drive. dia hidup. wife dia yang meninggal, kesian kan abg ni.
aku da lama x contact dia. dah lost contact. aku harap abg ni dah berkahwin lagi n hidup bahagia.. amin...


oh ya :: abg aku lebih suka tanya.. internet ok? pc oke drpd " ko da makan ? " haha terbaekk ~

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir