Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Tuesday, August 23, 2011

keluh kesah seorang aku

hmm Izin kan aku 100% nak melepaskan keluh kesah jiwa :)

Aku tak tahu nak mula macam mana...
haihhhh....mengeluh...

Aku rasa susah sangat jadi diri aku...
dugaan datang menguji dalam bermacam macam bentuk..
serius...

heee kadang aku nak je duduk sebelah sahabat baik aku..
dan berbincang perkara ni dari hati ke hati.
minta pendapat beliau..
suara kan je apa yang aku rasa..
dan dia akan terus memperkatakan apa yang dia rasa...

Suara kan tanpa selindung.. tanpa sebarang perasaan malu malu.
direct to the point..biar aku lega.. biar segalanya terungkai...
tapi itu lah susah jadi aku ni..
aku malu... malu nak ceritakan perihal dalaman hati aku.
aku segan nak suara kan tentang jiwa aku..
aku rasa macam aku masih kanak kanak kecil yang langsung tak ada
sekelumit perasaan kasih terhadap kaum yang berlainan...
Aku masih merasakan .. aku malu untuk menyuarakan semuanya..
aku lebih suka perkara tu terpendam dalam hati.
dan aku sendiri nanti yang jadi tak keruan.. 

Aku tak suka fikir perkara melibatkan hati ..
tapi aku akan terfikir fikir perkara yang telah melibatkan hati pihak yang lain..
itu lah masalah nya sekarang.. itu lah masalah nya aku...

Fitrah semulajadi manusia ingin di cintai dan mencintai... sayang menyayangi..
heee  tapi aku.. aku tak nak terperangkap dalam semua tu.
jujurnya.. aku tak mahu.. biar lah aku miskin kasih sayang. biarlah aku miskin rasa di cintai..

kerana aku tahu. aku boleh menyayangi.. mengasihi.. itu sudah cukup.
aku tak nak terlalu complicated..biar lah
aku dan diri sendiri.. biarlah aku sayang dah kasih diri ku..

Susah kan..bila aku nak share dengan belog pun aku terpaksa bertapis tapis ayat..
hmm aku tak nak orang salah faham..
aku tak nak ada sesiapa bakal terasa dengan apa yang aku nak kongsi kan ni..

hmm..
takpe lah.. mungkin memang aku tak layak..

saat ini jam menunjukan pukul 5.09 am ,,

hmm.. semua terpendam lagi.. ayo.. sakit hati .. :(

Aku akui..

Aku terpaksa akui... bulan Ogos ni.. adalah bulan di mana aku tak punya hati sangat...
heee

bulan ni aku terpaksa berhati-hati.. terlalu berhati hati..
bila mengeluarkan suara suara hati..
mengarang ayat.. bila hati dan fikiran bergabung. jari jemari aku lancar menari atas keyboard..
tak sedikit pun cacat cela terhenti..

tapi bulan ni. aku kena akui.. banyak perkara aku perlu berhati-hati..
bila aku dah click new post..
aku perlu toleh toleh ke belakang.. aku perlu jenguk menjenguk kiri ke kanan..
dan sehingga kadang aku terpaksa minimize tab aku..
bah kan ada sekali aku terpaksa tutup browser..

hee aku kena terlalu berhati hati.. tak ada seorang pun perlu tahu akan kewujudan belog ni..
aku terpaksa lebih berhati hati... 
clear browsing data.. jangan tinggal sebarang kesan..
mereka tak perlu tahu suara hati kecil aku..

hmm bulan ni dugaan nak update belog .. bila ada abg n Sil aku di rumah..
pc aku udah lah menghadap ke belakang..
sedar tak sedar dorang dah berada di sebelah aku...
tu yang kekadang tengah syok mengarang suara hati..
tetiba terpaksa close browser terus..
hmm ouh dugaan..

hmm..

Sebenarnya tadi aku dah zero mood nak online.
aku rasa dah tak boleh nak go on dah.. heee..
rasa nak mendapatkan bantal dan katil je ...


hmm..
tapi bila ada suara suara hati yang berkecamuk sendirian..
aku tak tenteram.
dan aku perlu kongsi sesuatu..
dan ya. di sini lah tempat nya...

Aku isikan isi nya terlebih dahulu.. tajuk bila dah nak publish baru fikir hehe :D

saat ini 4.53 am...

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir