Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Tuesday, August 16, 2011

terharu dan malu

Aku sama sekali tidak menyangka.. Sue sanggup datang malam2 semata-mata nak hantar sebungkus nasi lemak untuk aku...

actually... time dia called pukul 6.35pm  tadi.. aku sebenarnya dah terjaga dari tidur. tapi
akibat malas2... aku cepat2 silent fon.. kejam kan aku..urm..sebab aku dah terlalu letih dan mengantuk..


Tak sangka pula aku terjaga pukul 8 .10pm.. aku terus buat misscall back.
dan dia terus call aku..

" tadi aku datang rumah kau.. tapi tak nampak kau. aku terus lah balik.. tak pe lah. kejap lagi aku datang lagi..
kau pergi lah mandi dulu "

aku :: " eyh eyh eyh tak payah lah susah2.. kau nak datang nak buat apa ? "

"ada lah bendanya aku nak cakap sikit dengan kau "

hmm.. aku pun lepas mandi. terus online..  aku tak sangka dia nak datang betul2 dah lewat pukul 10 lebih..
tahu tahu je dia dah called.. dah nak sampai. n suruh aku standby luar rumah..

Bila aku nampak dia dan suami  dah sampai.. dia terus bagi aku sebungkus nasi lemak..
"aku tahu kau tak puasa hari ni.. sebab tu aku nak hantar nasi lemak ni petang tadi.."
  = _="

Terharu dan malu...


Aku tak nak lah dia sampai susah susah kan diri sampai macam tu sekali.
rasa nya tak perlu lah... aku pun tahu dia buat macam tu. nak keep in touch dgn aku
sebab dia dah terhutang budi..
honestly.. aku memang ikhlas nak tolong dia hari tu...
lagi pun aku memang free banyak masa terluang.., aku tak berkira ,sikit pun nak menolong dia..

aku tak nak dia rasa dia terhutang budi.. aku faham kalau sekiranya dia busy akhir akhir ni..
sebab dia pun still pengantin baru kan.. aku tak nak dia rasa perlu selalu contact dan ambil berat pasal aku..
aku tak nak nanti suami dia rasa macam apa je kan..sampai dua kali datang rumah aku semata2 sebungkus nasi. hmm.

hmm ..

Sue... aku tahu kau risau ..kekalau aku fikir yang bukan2 pasal diri kau kan..
sebab tu kau sentiasa nak sms,.. nak call aku.. nak berbual dengan aku..
macam sebelum ni..
terus terang aku katakan. aku FAHAM keadaan aku..
letsay kau tak contact aku.. Aku tak kan fikir yang tidak tidak pasal kau...
Insyallah aku faham.. cuba faham dan akan faham..
Kau risau kalau2 aku dan kau akan jadi seperti aku dan Fana kan?

Sue.. Insyallah TAK... dia dah mengajar aku mcam2 erti persahabatan..

bila mana aku susah. dia tiada.. bila mana aku sensorang.. dia hilang..
bila mana aku perlukan dia.. dia bersama dengan orang lain..

situasi tu lain Sue. tak kan pernah sama.. dan Aku selalu berjanji. 
Insyallah tak kan ada Fana yang kedua..

Silap aku dan Fana tu biar masa yang tentukan....

aku tahu aku juga silap.. aku juga ada salah nya. bukan aku nak blame dia seorang..
perkara tu terjadi sebab aku terlalu sayangkan dia Sue..
dan kau pun aku sayang juga..
jadi sama sama lah kita elak kan hubungan persahabatan kita putus sekerat jalan..

Sue.. dah. janji dengan aku.. kau jangan terlalu susah payah untuk aku..
dan jangan pernah sekali pun kau anggap kau terhutang budi dengan aku..


btw thanks sue....



" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir