Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Wednesday, August 31, 2011

konflik diri 1 syawal

Selamat hari raya Aidilfitri..

masih mood hari raya..

Skrg jam menunjukkan pukul 3.16am

Pagi pagi raya aku dah terlalu sebuk..
menyediakan juadah..
tahun ni tahun pertama aku betul2 sebuk huhu. semua aku buat sendiri..
dah macam mak mak je. hahaha

tapi bila dah petang.. org ramai datang. nasib lah mak datang tolong..
huhuhu..

Sebelum tu.
entah kenapa laju pula kaki aku singgah ke rumah ex sahabat aku.
tapi dia tak ada.. aku bukan nak jumpa dia pun.
aku cari mak dia. 
hmm beraya nan mak dia pun dah cukup hmm.
biarlah. malas dah nak ingat.
asyik ingat2.sedang kan orang langsung tak ingat kita pun..

urm.. siang tadi ada sekumpulan 'sepupu2 abg n kakak aku merangkap anak sedara mak ' heee
sepupu dorang. bukan sepupu2 aku pun ..
and aku tak pernah ada sepupu sampai bila bila pun..
INGAT TU ~
hmm self conflict bermula bila..

dorang tanya Siapakah aku ?
JUJURnya soalan ni adalah soalan paling susah dalam hidup..

Aku nak jawab apa?
aku tak ada jawapan...
kalau dulu ada arwah tok. mesti tok dah jawab..
 " ni cucu... had paling kecik ni .." 
ahh ni pun before aku ada adik. grrr.mencik lak igt bila aku ada adik hohohoho

tapi sekarang ni. aku kena hadap sendiri.

aku suka port kat dapur kalau orang datang .. hee memula mmg la aku tolong
serve mana mana yang patut.. lepastu.
aku lepak dapur je..
hmm sekali ada kakak ni datang kat dapur pulak..

dia tanya.. "siapa ni.. tak balik kampung ke? "

aku .. " memang beraya kat sini je pun . sy tak ada kampung pun ..tetiap tahun raya sini "

kakak tu " ye ke.. siapa ni "

aku .. : : ????? hmm x tahu dah nak cakap ape : : 

aku " adik abang " sambil laju2 buat kerja tah apa apa

kakak tu " haa betul ke adik abang ,, ye ke? betul ke "

aku "tanya mak je la.. hmm g la tanya mak "

lepastu aku cepat2 cuci pinggan mangkuk. nak port dalam bilik lagi baik...
stress lak aku hmm..

aku terdengar dia cakap nan mak..

"mak lang. siapa kat dapur tu.. bila tanya .dia cakap adik abang..
lepas tu dia cakap. tanya mak lang je lahh. "

huhu meleleh je airmata aku saat tu..
hmm sedih aaaaa.. seriuss sedih..

Lepas tu mak dtg kat aku..

" tuh la.. hang selalu masuk bilik. tak nak bersalam dgn orang. mana lah dorang nak ingat hang. " huhu

urm.. kan best kalau dapat beraya dengan family...
mesti meriah kan..

takpun.. from now on aku kena gak keluar dari sini..
kena selalu INGAT DAN INGAT..
jangan pernah lupa ...

aku tak sanggup lah nak face benda ni dah..
bosan....
BILA diri sendiri tak ada jawapan..



Tuesday, August 30, 2011

Salam lebaran

Selamat hari raya Aidilfitri  kepada semua muslimin dan muslimat..
Semoga di hari yang mulia ini kita dapat saling bermaaf-maafkan...


Oh ya.. tahun ni... tahun keempat aku beraya tanpa insan yang tersayang..
Alhamdulillah. aku makin kuat..
belum sempat lagi aku menangis sedih pada hari ni.. Syukur ..
Semoga kekuatan ini selalu menjadi milik aku..

Cuma tahun ni.. Mak.. kakak nak buat kelainan.. nak pecah tradisi ..
hee mereka just siap kan rumah mereka je. dan aku kena uruskan everything kat rumah aku.
baik soal mengemas.. cari pinggan mangkuk. susun biskut..
dan entah apa lagi nanti....KECUALI masak :P

hee aku macam terasa umur 23 tahun tu dah cukup membuat kan aku rasa macam aku dah
benar2 bertanggungjawab menguruskan hal rumah aku.. HAHA ~!

sadis je. selama ni aku ingat aku masih kanak-kanak yang hanya membantu mak dan kakak.


Pada mulanya macam mengomel juga..
setiap tahun kami buat bersama2.. mengemas rumah .. seronok. meriah lah juga bising2 kemas rumah
walaupun hanya beberapa kerat.. tapi kali ni..
hanya aku sensorang je kemas dari A-Z.. kira nya tanggungjawab penuh aku untuk memastikan
setiap inci ruang menjadi bersih kemas dan teratur... ayo ! sesuatu tanggungjawab yg agak berat bagi aku..

hee tapi bila aku mengenang kan aku bukan lagi kanak-kanak.. hee terpaksa gak lah mengalas
tanggungjawab.. huhuhu


Hmm nanti 100% nak kena serve tetamu yang datang..
heee sekarang jam menunjukkan pukul 6.34 am, dan baju raya pun lum sempat iron lagi.
ceh macam lah busy sangat aku semalam :)
busy nengok orang main mercun je,, hehe


Hmm zaman kanak-kanak.. tak kanak-kanak pun. masa arwah Masih ada..
hee duit raya aku paling extra berbanding anak-anak buah..
dapat duit upah puasa... sampai sekolah menengah pun still dapat duit upah puasa.
heee lepas tu duit raya nak bagi budak-budak pun aku yang pegang ..

So memang sentiasa lah aku paww je duit raya tu..n
balance2 duit raya yg tak bg orang pun aku kebas... untung2 :)
tugas aku , memberi duit raya. dan aku suka cuci pinggan mangkuk.
dari serve tetamu..
aku jenis pemalu nak berdepan dengan orang...
aku tak suka nak tunjuk kesopanan terlampau dan ramah mesra nak layan tetamu HAHA.
aku rasa macam plastik pulak. nak kena senyum2. nak bersembang ramah tamah.
aku suka macam sempoi.. layan alakadar.. HAA JEMPUT2 MAKAN.
sambil suara tegas.. xperlu lah nak senyum2 plastik sangat macam di buat2....
adui aku kekok ~ hehe


rutin selalu nya dulu.. aku punya shif tolong mak buat kerja sampai tenghari je..
petang dorang selalu keluar pergi rumah sedara mara. dan aku
akan tinggal kat rumah. tutup pintu. hee tenguk tv. tak pun aku tidur je lah..
nampak sangat pemalas kan..
Dan ternyata tahun ni mesti agak berbeza hmm..

Tak best nya jadi dewasa.....
kan best kalau jadi kanak2. kita hanya perlu membantu je..

btw selamat hari raya semua..
thn ni aku tak buat open house..
sorry friend :)
esp Ain haha.

Sunday, August 28, 2011

ingin ku akhiri semua ini..

Jujurnya aku tak suka bermain dengan perasaan..

Aku tak nak melukakan sikit pun perasaan siapa pun..
memberi harapan. atau
sengaja bermain api..

Entahlah akhir-akhir ni.
masalah berkait rapat dengan hati. perasaan .jiwa..
Aku tak pernah impikan langsung aku akan
terjebak dengan perkara ni lagi..

Sesak dada..
semak kepala otak
aku memikirkan masalah yang tak sepatutnya jadi
masalah aku..

Aku ingin mengakhiri semuanya...
Biarlah... biar aku yang mendiamkan diri.
andai aku yang dipersalahkan.
aku terima....

Biarlah aku menghilangkan diri.
menjauhkan diri. andai aku di perkatakan
sengaja memberi sebuah harapan...

Kadang aku hairan..
kenapa aku sering di duga begini..
dengan cara begini...

Aku akan di beri sebuah "cinta" tapi aku
tak kan dapat pernah rasa dan sentuh cinta itu..
tapi aku tahu "cinta" itu ada untuk aku....
Dan aku percaya.. lama kelamaan "cinta" itu akan hilang..

Semoga masa itu semakin menghampiri..
Aku tak betah bermain dengan sebuah perasaan..
Aku tak  mahu menjadi manusia kejam perasaan..

Biarlah hati  aku yg terluka.
 jangan insan itu ..

Hmm,, aku dah boleh terima takdir untuk aku.
jangan lah kau mencampuri takdhir hidup aku lagi..
please ..  faham keadaan aku.. dan perasaan aku juga..



Damai hari ini

Alhamdullilah..
dapat juga hari ni aku menginjak kan kaki  ke kubur..
Terubat juga rindu di hati..
Last aku pergi pun January lepas..

Perasaan aku selepas aku pulang.. mesti aku akan rasa lega..puas..
tenang....
aku ingin perasaan ni tetiap hari...
aku dah tak nangis sedih macam dulu..
aku mencari kekuatan....

hmm..
aku ingin selalu damai begini setiap hari...
tenang..


raya ini

Raya ni.. suasana agak lain sikit dari 3 tahun lepas...

Hmm tadi.. aku bersama abg dan anak-anak buah, kitorang main mercun,
saja lah aku join...  haha padahal aku dah besar dah pun tapi masih nak terkinja-kinja macam
10 tahun yang dulu :) berlari-lari ..kejar mengejar.. menjerit-jerit..
sakat anak-anak buah.. bukan aku main sangat pun.. saja nak join sekali ..
aku stress sebenarnya..

stress macam2 hal berlaku.. hmm tadi ex sahabat aku ada sama depan rumah nya..
sikit pun tak toleh kat aku.
time tu rasa macam nak lempang pipi aku sekuat hati..
biar aku sedar diri sikit.
aku ni terlalu mengharap..
biar pipi sakit. jangan hati sakit..
tapi masalahnya hati terlebih dulu yang sakit..

Raya dulu dulu kan..
kami rapat..
masa sekolah rendah memang enjoy la kan..main sama sama.
raya tu pergi beraya sama sama. sampai sesat...
kalau ada orang kedekut bagi duit raya 50sen.. kitorang ngomel depan rumah orang tu.
ayat standard " rumah je besar. tapi kedekut je. "
lepas tu lumba2 nak kira duit raya sapa paling banyak..
Aku suka cakap.. " weh weh jgn kira duit ko berkali2 nanti hilang" hahaha
aku saja la cakap camtu. sbb duit aku mesti kurang. sebab aku boros..
nampak apa yang lalu mesti nak beli. hahaha


Bila dah sekolah menengah..
dia masuk sekolah berasrama... kat Perak..
even rumah dia depan rumah aku..
tiap kali hari raya. mesti bagi Kad raya by post..
haha entah apa apa kan :)

Kadang sampai post dari KL ke Perak.. dari Perak ke KL.
punya lah sayang sahabat...
padahal rumah berdepan je.... sanggup tu nak post sampai ke Perak.
dia pon sanggup je nak post Perak ke KL.. isk...
Kad raya pula stock ada muzik2. siap reserve yang cantik2 untuk dia je :)
hehe dia pun pernah bagi kad raya besar. sampai rm 10 untuk aku je :)
sahabat sahabat ..hmm


Hee bila dah besar sikit :)
Aku belajar buat cookies..
haha semangat ni. even main hentam je.
confident tak confident kitorang buat bersama sama.
memang riuh satu dapur..

punya lah excited bila almond london menjadi..
menjerit2 satu dapur. happy sangat. hahaha
buat  biskut raya sama sama...
Oven dah lah kecik.. buat adunan untuk dua orang. bergilir2 nak membakar biskut
sampai pas sahur pun tak siap siap.
Sahabat aku ni pulak jenis tak rajin berjaga malam..

" kau pergi lah tidur. aku buat kan semuanya "

hee aku biar je la dia tidur kat katil aku.. jarang ni orang dapat baring atas katil :P
Aku tak suka ada bau orang lain atas katil aku hahaha. kejam T_T

Aku intai2 kau tidur.. kesian. mulut ternganga. penat tunggu biskut siap di bakar..
letih kan kau tidur lena sangat.
dan aku.langsung tak tidur. excited samapai ke sahur
nak siap kan biskut kau dan aku..
hee kenangan..
msti  kau tak ingat :P

Aku je yang terhegeh2 nak ingat sensorang..
tu lah 1st and Last kita dapat sahur bersama -sama..
lepas tu .. Aku teman kau balik.
haha even rumah berdepan pun still nak berteman..
tapi kau tak terus balik..
kita duduk kat tembok...tunggu azan subuh..

time tu aku lihat kat langit.
aku nampak ada something.
macam burung. tapi banyak. warna putih..
aku terkejut.... cantik sangat..
burung ke tu?

dan kau pun nampak jugak apa yang aku nampak kan..
sampai sekarang aku tertanya2 apa tu sebenarnya?

Hmm rindu lah nak tukar tukar juadah time bulan puasa dengan kau.
hahah aku baru belajar masak nasi lemak.. hantar kt rumah dia.
buat sandwish pun nak tukar juadah. goreng fries pun nak tukar2 juadah.
entah pape je kan hahaha :P

Raya mesti mesti kau datang rumah aku dulu.lepas tu kau balik kampung.
lepas balik kampung. baru aku pergi beraya umah kau.
teruk kan aku?

Aku rindu lah nak beraya bersama dengan kau macam dulu...
Aku tahu kau langsung tak perlu kan aku pun saat ini..
Tak pe lah.
semoga ada 1 saat .. perkara tu akan terulang lagi.
Aku sabar menunggu.
Insyallah..

Mana tahu.. persahabatan kita masih kuat..
Insyallah ...

.::. ahh ni semua pasal aku terlihat kau lah tadi. terus terimbau lagi kenangan kisah persahabatan kita..
tapi aku tahu. kau tak pernah ada masa pun utk mengenang semua ni :'(

Thursday, August 25, 2011

mulakan semula

Aku teringin nak mula kan semula hidup..
atur balik langkah...
susun balik kehidupan...
tapi aku masih di sini..

hmm mesti lebih sempurna..
dan pasti aku lebih menghargainya...


kasih sayang dan bahagia..
selalu perkara ni di kaitkan bersama.
manusia berlumba lumba mengejar dan menghampiri dua perkara ni..
tapi aku masih di sini..


Duit. kekayaan dan nafsu.. perkara ni memang langsung tak dapat di pisah kan
dari manusia..
tapi aku.. masih di sini..

keluarga.. kehidupan remaja.. social life.. bersuka ria..
memang zaman remaja akan menjadi saat  riang ria ..
keseronokan bersama teman teman..
tapi aku masih di sini...


Cita-cita.. azam.. dan impian terlaksana..
memang sudah di pupuk dari zaman kanak kanak..
tapi aku masih di sini...

tak ada perubahan langsung ..
kerana aku masih di sini.




Tuhanku.. Tunjuk kan aku satu jalan...
kerana aku tak mahu terus berada di sini..


kebahagiaan orang lain

ehem ehem..


Actually .. aku sepatutnya dah berjaya  meluahkan segalanya dalam entry sebelum sebelum ni :)
tapi entah kenapa tak berjaya berjaya lagi nak meluahkan 100%..

Buat awak :) 

sy harap awak bahagia selalu di samping cik tu :)
Sy selesa kawan dgn awak walau nakal macam mana pun awak hehe ^ ^

Sedih pun ada bila kita tak lagi macam dulu :)
tapi tak pe la..
lebih baik macam ni kan ..
awk lebih berhak bahagia bersama dengan orang lain ...


n thanks for everything :)

" im gonna miss how happy i was with u "



Wednesday, August 24, 2011

Aku tak jujur

Hmm jauh ke dasar hati aku..
aku nak cerita segala kebenaran pahit manis segala galanya.
tapi masih terhalang satu perasaan segan...

Aku masih malu malu nak mengakui sesuatu perkara..
aku masih tak betah nak menceritakan dengan telus..
aku cuma berkias kias..
membiar kan sesuatu cerita tergantung..
selebihnya tersimpan kemas di dalam hati...

Aku tak jujur pada pembaca.. aku tak jujur pada mereka yang bakal menilai...
Aku tak mahu mereka tersalah faham..
dan tersalah menilai....

Keadaaan tak pernah kejam terhadap aku..
mereka tak pernah kejam dan tak pernah dengar suara hati aku..
Aku juga tak mahu menyalahkan sesiapa..
jauh di dasar hati aku... aku tak pernah cuba salah kan mereka..

mungkin kerana suara kecil aku jauh terbenam ..
jauh di lubuk hati..
Oleh itu..
mereka tidak menghiraukannya..

Tapi maafkan aku kerana tak jujur..
tak jujur dan telus ...





hmm
Jangan menilai apa pun cerita ku.. 
kerana aku  sekadar berkongsi..

4x beraya tanpanya...

Urm dah lama aku terlintas nak luahkan pasal benda ni..
tapi tak terluah luah juga...
bila nak flashback.. selalunya aku perlukan suasana yang tenang...
yang mendamaikan macam pagi ni..

hati aku tenang...Alhamdullillah.. :)

Sedar tak sedar.. tahun ni adalah tahun keempat aku beraya tanpanya...

Masa tahun pertama tu dugaan terlalu berat..
sebulan puasa aku di duga. di uji.. tiada seorang pun hirau kan aku..
makan kah aku? berbuka kah aku. sahur kah aku..

minggu pertama puasa je mereka caring. concern.. hmm lepas tu.
aku terbiar.. aku rasa saat tu macam aku dah mati sekali..
Aku tahu silap nya apa.
aku tahu. aku ada juga buat silap saat itu..
tapi percaya lah niat aku hanya untuk membela diri aku ..
yang saat tu langsung tiada pembela.....


Pagi raya tu lah baru mereka bertegur sapa dengan aku..
dan aku tak beraya langsung ke mana mana. aku di rumah. baring ..
menonton tv dan tidur..
yea.. itu lah hari raya aku.. :)

Malam raya .. aku menangis. dengar takbir pun dah menangis..
hmmm 1st time malam raya aku menangis.selalunya bz sangat..
seronok masuk kan duit raya dalam sampul..
kemas pinggan mangkuk..
tapi malam tu.. aku terperuk dalam bilik arwah,.
baring di atas katil nya dan menangis.

langsung tak ada baju raya... sehelai pun tak ada..
itu lah tahun pertama aku beraya tanpa sehelai baju baru....
Aku tak sedih tak ada baju raya.. alaa lagi pun dah besar kan :)


Hmm Tahun kedua beraya tanpanya... aku semakin kuat..
aku gagahkan diri juga lah kumpul duit..
untuk membeli sehelai baju raya.
sehelai.. sebagai hadiah untuk diri sendiri..
apa lagi yang aku dapat hadiahkan untuk diri sendiri kan..
penat lelah bekerja.. nak juga merasa untuk diri sendiri :)


Tahun ketiga beraya tanpa nya......
Aku sudah bekerja semula.. aku berjaya membeli 4 pasang baju raya :)
yeahh. ni lah baru aku  :) baru hari raya untuk aku.. heee aku memang tak pernah kurang 4 pasang baju
raya sebelum sebelum ni .. Masa ada arwah.. memang aku tak pernah pernah pun tak ada baju raya..
hmm melebih lebih ada lah.. :) hmm rindu kenangan tu..

Dan tahun ni.. tahun keempat tanpanya...

Entah kenapa kakak ku membeli kan aku sehelai baju raya...
sandal... hmm.. aku rasa terhutang budi... aku rasa dia cuma kesian kan aku..
hmm..

Kemudian tah kenapa abang bertanyakan soal baju raya.... dia nak membelikan untuk aku.
tapi aku menolak. aku suruh dia beri duit kpd kakak sahaja... sebab aku tahu,.. akak aku tu pun bukan nya berduit sangat.. aku tak nak menyusahkan mereka dengan perkara perkara yang tak perlu..

hmm setelah 4 tahun. kenapa ..? kenapa tak dari dulu lagi kan. itu lah persoalan hati aku.
hmm cukup perit tahun pertama tu..
tapi mana kalian untuk berkongsi..
kenapa baru saat ini..

1 tahun dan 4 tahun tempoh yang agak panjang sebenarnya..
hmm..

Tuesday, August 23, 2011

keluh kesah seorang aku

hmm Izin kan aku 100% nak melepaskan keluh kesah jiwa :)

Aku tak tahu nak mula macam mana...
haihhhh....mengeluh...

Aku rasa susah sangat jadi diri aku...
dugaan datang menguji dalam bermacam macam bentuk..
serius...

heee kadang aku nak je duduk sebelah sahabat baik aku..
dan berbincang perkara ni dari hati ke hati.
minta pendapat beliau..
suara kan je apa yang aku rasa..
dan dia akan terus memperkatakan apa yang dia rasa...

Suara kan tanpa selindung.. tanpa sebarang perasaan malu malu.
direct to the point..biar aku lega.. biar segalanya terungkai...
tapi itu lah susah jadi aku ni..
aku malu... malu nak ceritakan perihal dalaman hati aku.
aku segan nak suara kan tentang jiwa aku..
aku rasa macam aku masih kanak kanak kecil yang langsung tak ada
sekelumit perasaan kasih terhadap kaum yang berlainan...
Aku masih merasakan .. aku malu untuk menyuarakan semuanya..
aku lebih suka perkara tu terpendam dalam hati.
dan aku sendiri nanti yang jadi tak keruan.. 

Aku tak suka fikir perkara melibatkan hati ..
tapi aku akan terfikir fikir perkara yang telah melibatkan hati pihak yang lain..
itu lah masalah nya sekarang.. itu lah masalah nya aku...

Fitrah semulajadi manusia ingin di cintai dan mencintai... sayang menyayangi..
heee  tapi aku.. aku tak nak terperangkap dalam semua tu.
jujurnya.. aku tak mahu.. biar lah aku miskin kasih sayang. biarlah aku miskin rasa di cintai..

kerana aku tahu. aku boleh menyayangi.. mengasihi.. itu sudah cukup.
aku tak nak terlalu complicated..biar lah
aku dan diri sendiri.. biarlah aku sayang dah kasih diri ku..

Susah kan..bila aku nak share dengan belog pun aku terpaksa bertapis tapis ayat..
hmm aku tak nak orang salah faham..
aku tak nak ada sesiapa bakal terasa dengan apa yang aku nak kongsi kan ni..

hmm..
takpe lah.. mungkin memang aku tak layak..

saat ini jam menunjukan pukul 5.09 am ,,

hmm.. semua terpendam lagi.. ayo.. sakit hati .. :(

Aku akui..

Aku terpaksa akui... bulan Ogos ni.. adalah bulan di mana aku tak punya hati sangat...
heee

bulan ni aku terpaksa berhati-hati.. terlalu berhati hati..
bila mengeluarkan suara suara hati..
mengarang ayat.. bila hati dan fikiran bergabung. jari jemari aku lancar menari atas keyboard..
tak sedikit pun cacat cela terhenti..

tapi bulan ni. aku kena akui.. banyak perkara aku perlu berhati-hati..
bila aku dah click new post..
aku perlu toleh toleh ke belakang.. aku perlu jenguk menjenguk kiri ke kanan..
dan sehingga kadang aku terpaksa minimize tab aku..
bah kan ada sekali aku terpaksa tutup browser..

hee aku kena terlalu berhati hati.. tak ada seorang pun perlu tahu akan kewujudan belog ni..
aku terpaksa lebih berhati hati... 
clear browsing data.. jangan tinggal sebarang kesan..
mereka tak perlu tahu suara hati kecil aku..

hmm bulan ni dugaan nak update belog .. bila ada abg n Sil aku di rumah..
pc aku udah lah menghadap ke belakang..
sedar tak sedar dorang dah berada di sebelah aku...
tu yang kekadang tengah syok mengarang suara hati..
tetiba terpaksa close browser terus..
hmm ouh dugaan..

hmm..

Sebenarnya tadi aku dah zero mood nak online.
aku rasa dah tak boleh nak go on dah.. heee..
rasa nak mendapatkan bantal dan katil je ...


hmm..
tapi bila ada suara suara hati yang berkecamuk sendirian..
aku tak tenteram.
dan aku perlu kongsi sesuatu..
dan ya. di sini lah tempat nya...

Aku isikan isi nya terlebih dahulu.. tajuk bila dah nak publish baru fikir hehe :D

saat ini 4.53 am...

Sunday, August 21, 2011

perubahan apa yang aku impikan

hmmm
selalu aku cakap life aku tak berubah..
selalu aku cakap hidup aku sama je kan..
selalu aku cakap aku bosan lah hidup asyik macam ni je..

ermm. berbalik kepada perubahan ..

Actually.. perubahan apa yang  aku impikan..

Aku lebih suka life masa kanak kanak..
tak pernah risau tentang apa pun kan..
duit ada ke tak ada ke..
tak pernah fikir...

urm....

perubahan....
Aku nak sangat hidup aku ni di bumi yang asing.
bersama teman teman baru..
suasana baru..
jauh dari family.. jauh dari orang yang aku kenal..
aku dan identiti yang baru...

mesti penuh cabaran.. dan best kan...
hee aku selalu berangan tentang tu :P
dari aku bangku sekolah lagi aku suka sangat berangan hidup di bumi asing ..
sebab aku dah bosan duduk kat tempat di mana aku berada sekarang ni....


Patut nya pas habis sekolah..
Aku dah boleh capai angan2 aku tu...
tapi banyak halangan..
Aku terpaksa akur..

Bagi aku.. itu lah perubahan drastik yang sangat aku ingin kan..
tapi untuk berubah .. banyak pengorbanan dan persediaan kan..

Dan untuk berkorban dan bersedia..
juga memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

masalahnya..
aku seringkali terlupa target sebenar aku..
lupa dan terus tersasar.
dan kini
aku

perlu mula semula.
ayo..letih lah macam ni...


Tekad aku skarang...
aku berjanji.... aku janji...
lepas ni aku nak bekerja bersungguh2 :)
hee Insyallah.. my dreams come true .......

So.. bila lagi aku boleh fokus nak cari kerja ni..
emm kerja pun tak dapat dapat lagi :(

Sekali aku berubah..
aku nak ubah semuanya terus :)
aku nak jadi insan baru.........
yang penuh semangat .. yang penuh rahsia...



Saturday, August 20, 2011

harapan seumpama mimpi

Alangkah indah nya kan....
apa yang terlintas dalam angan-angan dapat aku coretkan atas lukisan...

" haa macam ni lah yang aku impikan.. "

" haa macam ni lah yang aku nak sangat tu.."

lantas dapat mengengam erat nyata....
kerana dalam angan-angan terlalu kabur..

kadang tak mampu nak terjermahkan macam mana indahnya angan-angan kita..
tak pandai nak huraikan dengan ayat yang sempurna..

maka..

kita akan ketepikan perlahan lahan setiap segenap ruang angan-angan...
kita mudah lupa..
aku yang selalu lupa angan-angan yang pernah berbunga dan bercambah di ruang hati.
berteman saban hari saban waktu hidup aku..

Dan kini
Tinggal layu dan kering..
Bila aku sedar kembali ke ruangan mimpi..
aku seakan terkejut..... tersentak..

Angan-angan yang acap kali aku baja...
kini layu.. kering...
apa lagi mahu ku?
apa lagi usaha dan daya aku?

Aku tak mampu menyuburkan nya lagi.
segalanya terlewat..
angan-angan di alam mimpi..
membenih kan sebuah harapan..
tapi sayang...

ianya  tak kan pernah berpanjangan...

Aku patut nya mula tersedar sejak dulu lagi !


buat insan yang pernah menjadi sahabat ku...

Aku terlalu ingin sekali bercakap tentang kau..
aku selalu ingin kita bersama macam dulu..
bermain bersama. bercerita.. berceloteh tanpa henti..
ketawa tak kira di mana tempat.
langsung terlupa  berapa usia kita. adakah masih di bangku sekolah rendah.
atau dah bergelar anakgadis...

Sesungguhnya aku ingin sangat kita kembali macam dulu..
tapi setelah semuanya nya makin berjurang. dan jurang semakin besar.
aku takut.. takut untuk memulakan langkah..
mengatur langkah dekat dengan kau...
untuk merapati diri mu yang semakin jauh dari aku..

Tapi aku tak menagih sempati..
kau tak faham. kau tak pernah faham apa aku rasa..
cuba kau letak kan diri kau di tempat aku...

tapi aku tahu. kau tak dapat rasa apa yang pernah aku rasa.
sebab kita berbeza...

Hurm.. aku nak sangat ulang kenangan kisah kita.
mungkin boleh di ceritakan pada generasi2 kecil "kita" nanti..
sampai bila nak memanjangkan sengketa..
entah ...

Aku sendiri tak ada jawapan..
apa yang pasti,
aku masih aku yang dulu..aku masih di sini..
di rumah ini. bersendirian..
tak ada perubahan.. di status aku.. di hati aku. di jiwa aku.
aku masih sama..

kau je yang semakin berubah..
maju.. langkah ke hadapan.... jauh... jauh meninggalkan aku..
semakin jauh...


Aku di kejauhan ni.... walaupun nya pada jasad kita dekat je.
masih berjiran walaupun tidak ku tahu adakah kita masih berstatus "sahabat"

aku di kejauhan ni berdoa..
semoga suatu masa. kau yang sudah maju ke hadapan.
sudah jauh melangkah..
akan toleh ke belakang untuk memberikan kan aku seulas senyuman

dan mungkin akan memimpin tangan aku.
membawa aku .. dan 
kita bersama. 
mungkin boleh seperti dulu kan..
bersahabat. bermain. bergelak ketawa. dan berkongsi rahsia..
segala-galanya milik kita
sahabat dunia akhirat...


Aku masih berharap ***


.::. Ptg Jumaat aku membawa Ryan bermain di luar.. entah macam mana... tetiba kereta dia memasuki lorong..
walaupun perlahan. tapi aku tetap berlari menghampiri Ryan dan mengangkatnya supaya tidak menuju ke arah kereta yang sedang memasuki lorong.. hmm.. tak ku sangka kau akan berhenti.. aku hanya mampu tersenyum.... dan kau menurunkan tingkap. dan aku dgr kau bersuara.. bercakap..menegur entah siapa...

tapi aku TAK TAHU KAU BERCAKAP pada aku atau Ryan? Aku tak dengar butir bicara kau... 
aku terkedu.. aku terpana... aku seolah-olah berkhayal.. langsung aku tak dengar


Kalau kau dapat rasa apa yang aku rasa..
mungkin aku lah manusia yang paling bertuah ada sahabat sejati macam kau.

dan aku masih tak faham kenapa aku masih tak mampu mengawal air mata aku bila bercerita kisah persahabatan kita.. :'( heeee aku tak tabah macam kau kan.. kau mampu bahagia bila ingat kisah kita. tapi aku
sentiasa mengalir air mata.. 
hmm... 

maafkan aku  kerana masih berharap... 




Friday, August 19, 2011

anak kecil itu

Di lorong kecil yang sama...kegirangan meloncat loncat kegembiraan...
hati berlagu-lagu dan bibir turut sama bernyanyi riang..
kaki terloncat ikut irama yang keluar dari bibir si kecil..
begitu lah aksi saban hari anak kecil apabila pulang dari kedai kecil
di hujung lorong rumah nya..
hanya singgah membeli snek kegemaran dan gula gula utk merosakan gigi...

sungguh gembira..persis anak puteri dengan gown serba merah jambu...
berlari lari riang..bermain bersama teman teman seperjuangan..
rakan rakan sebaya...
saat itu semua indah..
bahagia....
bermain sepanjang masa..
indah semuanya...

Anak kecil itu yang lasak..
gemar bermain rounders di halaman rumah jiran dan juga sahabat nya..
segala macam permainan..
bermain bersama, berlari lari.. menjerit..
ahh 1 lorong.. hanya kedengaran suara anak kecil dan rakan rakannya sahaja..
tidak mempedulikan jiran .. tidak pedulikan sesiapa pun
janji kami dapat bermain bersama..

Pabila petang sudah hampir menginjak ke malam..
sayu  hati terpaksa meninggal kan sahabat sepermainan..
anak kecil terpaksa berpisah sementara..
sedang kan esok pagi terpaksa ke sekolah..
dan hanya dapat bermain di hujung minggu sahaja..

Menanti hari sabtu dan ahad itu... umpama
mendapat 1000x snek kegemaran bersama gula gula ..
sungguh indah sabtu dan ahad..
terisi dengan pelbagai keseronokan sentiasa..

Sabtu dan ahad.. buku langsung tidak di buka..
pabila cuti sekolah.. maka cuti juga lah buku dan alatulis..
singkat minda berfikir saat itu..
tapi tiada yang lain. hanya teman teman di hati  bersama permainan
untuk menghibur suka duka anak kecil dan teman nya..

Indah saat itu..
walaupun pernah di marahi.. di hukum..
tetapi kegembiraaan masih milik anak kecil..
persahabatan dan  permainan. memang tak dapat di pisahkan...

hmm

segmen :: jom tambahkan FOLLOWER

Heeeeeeeee.. wah.sejak dua menjak dah pandai join segmen ni..
rasa macam satu perasaan yang luar biasa. bila di mana ada orang pelawa nak join...
rasa macam laju laju je nak join :) teeeheeee

Btw THANKS sangat2 too mr.aril kerana telah sudi singgah dan mempelawa join segmen dia ^ ^
to all my "friends" yang nak join..
terus lah Click banner yg cute ini OK ?






so Uols..
jom tambahkan follower heeee. kan sama kan cam tajuk di atas :) =,="


.::. sudaa ada button komen... hehe ^ ^

penat juga jadi seorang pengangur..

sesiapa yang cakap kerja tu boring. tension. meh kite tukar position jap :) heheee.
aku dah bosan jadi seorang pengangur tahuu !!!

hmm semalam mak macam blame aku je.
dgn mengeluarkan ayat ..

" tuh la suruh kerja.. tak nak cari.."

ayo mak.. aku malas nak argue dah. baik diam je..
dalam hati .ahhhh

bukan nya aku tak cari. bukan nya aku tak pergi interview..

dah REZEKI tu yang tak da..

hmm

sekurang-kurang nya aku duduk kat rumah.
jadi manusia. 
tak bersosial sana sini.. tak melepak tak tentu pasal..
tak buat perangai yang bukan bukan..

hurm...
planning aku dulu.. lepas quit vip tu... aku nak rest jap je.
lepas tu terus kerja..
tapi saat tu apa tah yang membuat kan aku lupa diri..
lupa semuanya...
lupa planning aku..

sampai setahun. dan sekarang ni dah setahun 1 bulan aku dah bergelar seorang pengangur..
sigh ~!!!

Aku rasa aku dah berusaha..
aku dah apply job. kalau ada interview aku pergi..
tapi entah kenapa rezeki masih tak memihak untuk aku..
aku nak buat apa lagi.
dah cukup2 aku merayu calling2 suruh amik aku kerja..
tapi still tak call aku juga..

Habis aku nak buat apa lagi?
iklan kan diri aku kt newspaper?

" sesiapa perlu kan pekerja .. let me know.. area KL only.. "
haha macam tu?

dah lah aku penat..

hmm siang tadi..(khamis ) aku pening kepala yang melampau..
wahh 1st time aku pening kepala melampau macamtu..
perut sebu je nak muntah.. tapi perut aku kosong...
tertekan2 perut aku yg kosong tu  untuk termuntah...
warghh rasa nya....
sampai keluar airmataaaaaa !!
peritt ...

nak tidur pun tak lena sangat.. hmm dugaan di hari khamis...

Thursday, August 18, 2011

Subuh ini..

Hmm antara mimpi dan nyata..
aku lebih prefer ruangan mimpi...

kenapa?
heee aku selalu bercakap macam tak ada life langsung.
berangan.. angan2. dan mimpi langsung tak dapat di pisah kan dari hidup aku..

oiii wake up laa....
sampai bila nak macam ni kan..

Subuh ini..
aku harap sangat ada 1 semangat yang akan terus bertiup..
dan membisik kan kata kata perangsang.. agar aku terus bangkit..
mudah mudahan....

perubahan demi perubahan itu yang aku harapkan..
bukan nya masih di takuk lama..

Aku tak takut...
tapi aku tak berani...

tak berani nak menghadapi percaturan hidup aku..
Aku sekarang bukan lagi nak memandang kosong masa hadapan aku..

aku cuba memandang masa hadapan aku dengan warna warni..
dengan impian yang selama ni aku impikan...

Tapi kenapa saat ini masih terasa kosong..

apa lagi yang perlu aku isikan ..
supaya masa hadapan aku seperti yang aku impikan..

huhhhh.. mengeluh dan mengeluh..
aku masih di sini.. tak kemana..

Kalau lah...
hmm suka sangat cakap kalau kalau ni kan..

Kalau lah aku berani..
kalau lah dari dulu aku mula kan..
mungkin...

SUBUH INI
aku tak begini ..
dan tak akan terus begini...


Aku dengan penuh pengharapan....
aku berharap sangat....
esok segalanya akan berubah..
InsyaALLAH...

mimpi itu pasti :)

pagi Subuh di hari khamis 6.01 am..
semoga tenang perjalanan hidup ku hari ni..

Wednesday, August 17, 2011

segmen :: kartun kegemaranku :)

hehe.. ketawa slow2.. hee ni 1st time aku memfollow segmen..
segan pun ada. sebab 1st time.. tapi tak pe lah..
kalau tak ada 1st time.. mestilah tak akan ada kedua dan seterusnya ya dak ?

ok segmen ni dari blog nyamuk terbang :)

oh ya.. ini banner nya :) kalau kengkawan nak join link , click banner ok :D




hee  zaman baby baby dulu ^ ^ memang layan sangat cerita kartun kan..
bangun pagi tak mandi. terus buka tv.
baring layan cerita kartun sambil minum milo dalam botol cawan..memang terbaik :)
Antara kartun yang aku layan heee..





yeahh Usop Sontorian :)

hehe cerita kisah budak budak kampung.. mereka ni berkawan berbilang bangsa... 
Ada Usop.. Abu.. Ahkim. Dol.. Vellu dan Singh. Abg Usop ni tak silap aku nama dia Abg Budin..
hehe. tapi aku paling suka Dol :) Dol ni dari bandar tapi dia stay dgn nenek n atuk dia lah.. :)






ni plak Abg budin.. dia ni cam remaja laa. sebab tu muka dia ade jerawat2.. sebelah tu mak si Usop :)

Btw aku suka juga layan Keluarga Yokies :)



Comel kan.. kartun berbentuk telur :) ada papa yokies. mama yokies dan anak anak nya :D

ehhh.. nak tanya :) 
dulu kan ada kartun buah buahan tempatan..
ada buah rambutan. durian.. pulasan..pisang.. manggis..macam2 lagi.. :)

apa ke nama ek kartun tu. lupa sudaa :). hee tapi aku suka manggis.. 
men cop cop watak ..
kazen2 aku suka  pisang la ..pulasan 1.. pulasan dua .. 
ade buah buahan yang baik.ada buah yang jahat .. haha

heee. oke sekian je lah segmen pertama yang aku sertai..... 
hope dapat mengikut kriteria2 dari cik belog nyamuk terbang :)


.::. sudaa ade button komen :) teeehee ^ ^

aku trauma sebenarnya..

Sebentar tadi... hmm baru je tadi...

sedang aku membelek2 coding2.ececeh macam lah pandai...
ralik aku membelek2. tetiba SIL aku cakap... ada orang bergaduh...
aku dah lah jenis cepat terkejut.. dahi memang berkerut2..

Abg aku yang dah terbuai mimpi pun terbangun dan terus meluru keluar
kedengaran suara2 jeritan... bunyi tumbukan..
suara orang-orang mengomel..kuat kedengaran..

aku nak ikut sama mengintai.. tetapi abg ku melarang..
memang jelas bunyi suara2 menjerit. tumbukan sepak terajang mungkin..
suara-suara orang marah...

tahu tak apa yang aku rasakan...
AKU STRESS dengan keadaan macam ni..

aku suruh abg aku telefon polis..
senang.. biar semua diorang kena angkut.
walaupun aku tak tahu pokok pangkal nya..
siapa yang salah atau tidak..
itu settle kemudian....
aku memang nak DAMAI dan tenteram..
macam suasana dulu..

Tapi abg aku tak segera telefon..

hmm
memang ada orang bergaduh. di sebelah rumah aku..
iaitu rumah abg sulung aku.. tetapi anak2 dia yang tinggal..abg aku tu kami
sudah hantar dia pergi membuat rawatan.. tak perlu lah aku kongsi di mana..
tetapi dia memang baik baik sahaja. mudah-mudahan
akan menjadi seorang manusia lagi...
semua kerana cinta boleh merosakan kemanusian dan menghilangkan akal 
kepada seseorang..

entah lah..
berbalik cerita tadi..

Aku terlihat pintu rumah mak aku pun dah terbuka. aku pun ikut sama keluar..
anak-anak buah aku semua keluar..

lantas abg aku bertanya...

" kenapa ni ? "

anak buah ku menjawab " ada jiran mabuk datang rumah dan terus bergaduh dengan anak  buah ku yang seorang lagi "

entah lah..
dulu kami semua tenang..
bila masing-masing dah besar. mereka pun pandai buat hal . bergaduh sesama mereka.
aku tension.. aku stress..

sepupu bergaduh sesama sepupu.. kawan datang bergaduh sesama kawan..
kawan datang bergaduh dengan orang yang dalam rumah..
bergaduh dengan girlfriend..
bergaduh sesama anak beranak....

aku tension.. kadang sampai terfikir...

"agaknya kalau ada yang mati.. tak sengaja terbunuh.. baru dorang ni semua nak berubah. nak insaf"

aku rasa tak aman.. semua ni..bukan kehendak aku..
aku teringin sangat hidup yang dulu..
tenteram..


Jiran ni bukan jiran terdekat. rumah nya  berhadapan lorong rumah aku..
kalau jiran terdekat tu mungkin berselang rumah lah kan..

entah kenapa pagi pagi di bulan Ramadhan kusyuk sangat meneguk air kencing setan..
dah mabuk lupa diri sebuk datang cari pasal kat rumah KAMI...

Kata anak buah aku lagi..
jiran yang mabuk itu .. kami memanggil nya " pakcik "
yer seorang tua..  dia datang dengan keadaan mabuk dan terus menampar kepala anak buah aku.
dan dorang semua berbalas tumbukan...

jeritan dan teriakan ..bunyi2 tumbukan. orang bertempik..
itu yang buat aku stress aku trauma. kalau boleh selamanya aku tak nak dengar lagi...


Aku menanti di luar rumah sehingga anak buah aku mengusung pakcik yang mabuk itu
naik atas motor dan hantar nya pulang kerumah...

aku memandang jijik orang macam tu., sudah lah mabuk. buat hal di rumah orang,.
menganggu KETENTERAMAN hati aku...

Mak terus bersuara
" sudah lah tua.. nak mabuk2 kacau rumah orang "
geram...
nak luah kan ceramah pun belum tentu dia dengar..
kalau dengar pun otak nya tak berfungsi..
dia pengsan dah kena belasah ... huhu

aku pun geram juga.. motor dah jauh ke hujung lorong..
aku menjerit..

" kau cakap dengan mak dia jugak ! "

MAK dia kitorang panggil nenek.. biarlah mak dia dapat secure anak tua nya itu..
jangan kerana anaknya mabuk..
ketenteraman kami tergugat..

walaupun keluarga kami tak baik mana..
tapi sudah sudah lah datang membuat onar satu persatu.
aku stresss dan trauma...

Kalau aku jadi anak2 buah aku...

.::. tak kuasa aku nak hantar pemabuk tu balik rumahnya biar dia baring atas jalan tar sampai dia sedar sendiri..

yang anak2 buah ku pun satu hal juga..masih buat perangai lama agaknya...
" YA ALLAH... di bulan Ramadhan kali ni.. aku berdoa semoga mereka semua dilimpahi hidayah dan rahmatmu.. putihkan semula hati hati hitam mereka YA ALLAH.... amin... "

Tuesday, August 16, 2011

terharu dan malu

Aku sama sekali tidak menyangka.. Sue sanggup datang malam2 semata-mata nak hantar sebungkus nasi lemak untuk aku...

actually... time dia called pukul 6.35pm  tadi.. aku sebenarnya dah terjaga dari tidur. tapi
akibat malas2... aku cepat2 silent fon.. kejam kan aku..urm..sebab aku dah terlalu letih dan mengantuk..


Tak sangka pula aku terjaga pukul 8 .10pm.. aku terus buat misscall back.
dan dia terus call aku..

" tadi aku datang rumah kau.. tapi tak nampak kau. aku terus lah balik.. tak pe lah. kejap lagi aku datang lagi..
kau pergi lah mandi dulu "

aku :: " eyh eyh eyh tak payah lah susah2.. kau nak datang nak buat apa ? "

"ada lah bendanya aku nak cakap sikit dengan kau "

hmm.. aku pun lepas mandi. terus online..  aku tak sangka dia nak datang betul2 dah lewat pukul 10 lebih..
tahu tahu je dia dah called.. dah nak sampai. n suruh aku standby luar rumah..

Bila aku nampak dia dan suami  dah sampai.. dia terus bagi aku sebungkus nasi lemak..
"aku tahu kau tak puasa hari ni.. sebab tu aku nak hantar nasi lemak ni petang tadi.."
  = _="

Terharu dan malu...


Aku tak nak lah dia sampai susah susah kan diri sampai macam tu sekali.
rasa nya tak perlu lah... aku pun tahu dia buat macam tu. nak keep in touch dgn aku
sebab dia dah terhutang budi..
honestly.. aku memang ikhlas nak tolong dia hari tu...
lagi pun aku memang free banyak masa terluang.., aku tak berkira ,sikit pun nak menolong dia..

aku tak nak dia rasa dia terhutang budi.. aku faham kalau sekiranya dia busy akhir akhir ni..
sebab dia pun still pengantin baru kan.. aku tak nak dia rasa perlu selalu contact dan ambil berat pasal aku..
aku tak nak nanti suami dia rasa macam apa je kan..sampai dua kali datang rumah aku semata2 sebungkus nasi. hmm.

hmm ..

Sue... aku tahu kau risau ..kekalau aku fikir yang bukan2 pasal diri kau kan..
sebab tu kau sentiasa nak sms,.. nak call aku.. nak berbual dengan aku..
macam sebelum ni..
terus terang aku katakan. aku FAHAM keadaan aku..
letsay kau tak contact aku.. Aku tak kan fikir yang tidak tidak pasal kau...
Insyallah aku faham.. cuba faham dan akan faham..
Kau risau kalau2 aku dan kau akan jadi seperti aku dan Fana kan?

Sue.. Insyallah TAK... dia dah mengajar aku mcam2 erti persahabatan..

bila mana aku susah. dia tiada.. bila mana aku sensorang.. dia hilang..
bila mana aku perlukan dia.. dia bersama dengan orang lain..

situasi tu lain Sue. tak kan pernah sama.. dan Aku selalu berjanji. 
Insyallah tak kan ada Fana yang kedua..

Silap aku dan Fana tu biar masa yang tentukan....

aku tahu aku juga silap.. aku juga ada salah nya. bukan aku nak blame dia seorang..
perkara tu terjadi sebab aku terlalu sayangkan dia Sue..
dan kau pun aku sayang juga..
jadi sama sama lah kita elak kan hubungan persahabatan kita putus sekerat jalan..

Sue.. dah. janji dengan aku.. kau jangan terlalu susah payah untuk aku..
dan jangan pernah sekali pun kau anggap kau terhutang budi dengan aku..


btw thanks sue....



Monday, August 15, 2011

akhir akhir ini ...

Aku tak tahu aku busy sangat pasal apa kononnya..
aku tak sempat memikirkan pasal diri sendiri...

Hati makin kosong..
tak tahu nak share apa ..

tak ada langsung cerita dalam hati :)

wishlist dah di buat.. tapi tak taat langsung nak ikut T_T

Angan - angan  tu banyak :D
banyak sangat :)

hmm.. dah separuh perjalanan Ramadhan kita pada tahun ni...
separuh lagi menuju hari kemenangan... menyambut hari raya Aidilfitri..
budak budak je yang best nak raya ni kan..

aku ? kategori bukan budak..rasa macam boring je.
mungkin orang bekerja. rasa best jugak la. sbb cuti lama. dapat balik kampung dan sebagainya..

tapi aku.. yang tak bekerja. mmg hari hari cuti.dan mmg tak ada kampung..
memang tak rasa apa apa pun. T_T



Saturday, August 13, 2011

2011 pun ada baju raya juga :)

Thank to my lovely kakak :)
coz dia sudi belikan baju raya aku pada tahun ni..
teehee :)

even kakak ku ni tak bekerja... tapi sudi juga dia beli kan baju raya sehelai utk aku :)

hari ni tak nak cerita panjang lebar...
aku just nak says  banyak2 thanks kat kakak :)

hehe yang penting our favourite colour :) purple !

thanks once again kak :)


update:: hee akak juge belikan aku perfume yg last arwah tok belikan tuk aku. n dia beli kan aku sandals raya.. oh thanks akak..



Friday, August 12, 2011

kadang-kadang

hee kadang-kadang aku teringin nak ada entry macam orang lain..

bercerita soal semasa...
berkongsi sesuatu yang berharga..
membiarkan gambar bercerita..
memberi info berguna...
bercakap soal cinta...

tapi aku.

aku cuma ada cerita semalam..
kisah kenangan.. dan angan-angan...

dan biarkan ,,

aku terus menjadi aku..
biar aku terus bersama semalam. dan esok terus menjadi saksi mimpi aku..

kisah benar huhu

Hmm aku akui dugaan untuk aku few years back sgt sgt lah berat..
kadang rasa macam dah terduduk.. tersandar.. menangis.. meratapi nasib..
tak ada siapa pernah faham...

Ada satu hari ni.. aku nak balik dari kerja...
aku punya hobi kalau dah balik pukul 5.30pm aku suka nak stay kat bustop lama lama.
kadang sampai pukul 8.00pm. sensorang.. duduk termenung kat bustop..
tenguk aksi orang ramai yang lalu lalang. menghadap jalan raya... pandang je la apa yang aku
nak tenguk.. cari ketenangan tanpa memikir apa apa.. jiwa kosong. rasa tenang..
aku rindu nak duduk bustop lama lama lagi..


Time tu aku dah macam habis pikir dah..aku rasa aku dah sedia
nak mengakhiri semuanya.. aku rasa lega. aku dah puas.. aku dah tak larat..
aku mesti dan mesti akhiri semuanya.. aku benar benar dah sedia time tu... :'(

Dalam gengaman tangan aku ada RM 5 lebih.. tak sampai RM 6.. and aku naik cab
untuk balik ke rumah.. tambang cab dari tempat kerja ke rumah.. kalau tak jammed. ada lah RM4.90
Kalau jammed or ikut jalan lain paling banyak pun pernah kena caj RM5.50..
mengikut kiraan  cukup lah kan bajet aku saat tuh...

Aku kalau nak naik cab. Aku suka ikut perkiraan hati.. kadang risau.. dah hampir malam.
naib cab sensorang. risau la kalau2 ada yang ambil kesempatan. kalau nak rompak pun. aku
memang tak berharta pun T_T.. Bismillah banyak2.. before tahan cab..

Ada satu cab ni.berhenti... taxi agak usang.. hee buruklaa. aku tak kisah pun.
coz rumah aku pun tak ada lah jauh mana pun...

Abg driver tu peramah.. tanya area rumah aku. dah lama tinggal ke.. banyak juga lah dia tanya.
aku jawab sekadar yang mampu je...abg tu memberitahu aku yang gas dia dah nak habis dah..
tapi kiranya aku ni penumpang dia yang terakhir before dia pergi Kg Baru nak refill gas.. Dia siap cakap lagi..
harap2 sempat hantar aku....

Cuak juga time tu. tapi aku tak nak fikir sangat. sebab tak jauh lagi dah perjalanan...
sekali tah macam mana.. meter dah RM2 lebih boleh pula dia berhenti kan taxi kat tepi jalan..

" Maaf lah adik. gas dah habis. adik sambung la cab lain yer.. bayar je lah berapa pun "

hmm aku pun lurus sangat. aku bayar lah abg tu dgn nilai apa yang tertera kat meter dia..
so duit aku berbaki RM2 lebih...

kebetulan tempat yang dia berhenti tu. memang tak ada bas yang menuju ke rumah aku..
aku terpaksa ambil cab.. OMG. Cab buka pintu je pun dah caj RM 2.
tapi duit aku ada RM2 lebih je..
aku mengeluh kat bustop.. hmm nak jalan kaki.. hari dah nak maghrib.. lagi pun situ banyak kereta.. cuak
gak aku nak balik jalan kaki. tak pernah lagi aku jalan kaki ikut jalan situ...

kat kawasan Lrt Cahaya jalan berbukit.. hee susah kan nak dapat taxi kat situ... :(

Sedang aku mengeluh-ngeluh. termenung.. memikirkan cara apa aku nak balik ni...
memang rasa nak jalan kaki je.. tapi aku nak berehat dulu kat bustop. nak
tenang kan perasaan..

Tetiba.. ada seorang kakak ni.. dia tanya ,
 " dah lama tunggu cab ? kakak nak pergi apartment blablabla.. susah la kan nak dapat cab kt sini "

Aku pun cerita lah kat dia lebih kurang.aku tak pernah pun ambil cab kat bustop ni.. aku terpaksa di turun kan kat sini sbb taxi sebelum ni habis gas..

Entah macam mana. tetiba abg taxi yang habis gas tu tetiba berhenti depan bustop sambil menjerit..


" Adik. naik la. cepat "

Aku time tu sebenarnya tak nak. aku risau . hari dah lewat . dah gelap dah pun.. cepat cepat aku ajak kakak tu..

" kak jum lah naik dengan kita... jum lah kak... cepat lah kak .."

wahh padahal aku tak kenal pun kakak tu siapa.. selamba badak je aku pelawa dia manja2 macam tu.. haha
*tergelak pula bila teringat aku beriya iya ajak kakak tu naik.. nama pun tak tahu.. tapi pujuk macam dah bertahun kenal....

Dalam Cab tu.. abg tu berbual lagi. tapi kali ni aku malas nak jawab dah.. fokus aku kat meter je.
risau-risau kalau2 meter tu meningkat RM3. haha duit aku kan ada RM2 lebih je...

Kakak sebelah aku ni pula turun lebih awal dari aku.. tempat yang dia tuju dekat je..
Time nak bayar tu.. kakak tu terus bayar kat abg tu .. abg tu pula boleh cakap

 " bayar lah berapa pun dik "

kakak tu hulur RM2 terus kat abg tu.. cis.. patut nya bayar kt aku.. boleh lah aku sambung tambah kan berapa lagi.. tol tak :D

Abg Taxi tu tanya lagi " Tuh kawan awak ke ? "

Aku jawab " Eyh tak la.. tak kenal pun. jumpa kat bustop tadi "

Abg tu cakap nak singgah shell nak isi minyak...

Aku cepat2 cakap " haa saya pun nak turun kat sini jugak.. rumah saya belakang tu je.. "

Aku bayar semua duit dalam tangan aku.. Aku rasa cukup. mungkin terlebih doposen kot..
tak pe lah aku halal kan je  :)

" Esok abg ambil lagi ye " Abg tu bercakap lagi...

haa sudah. lain macam je. huhu. cuak cuak..

Aku jalan cepat2 .. macam nak tercabut kaki. ye lah. aku risau kalau2 abg tu nampak aku..
coz aku cakap nak turun tempat lain.sekali aku membohong pula rumah aku dekat2 shell.
padahal jauh gila lagi...aku jalan cepat2...

Ikut jalan dalam je.. kat kawasan rumah2 orang.. aku tak risau sangat dah..
coz abang tu mesti tak nampak aku dah.. Time lalu depan masjid...
aku terus menangis... aku teringatkan arwah Wan...

Aku terasa diri aku lemah selemahnya.. bukan sebab penat berjalan.. tapi
sebab tindakan yang aku rasa "bakal nak buat"
entah la. saat tu ada satu perasaaan yang aku tak tahu nak terangkan macam mana..
aku tetiba rasa tak sedia... nak hadapi semua yang aku rasa dah tekad...

hmm Bila sampai dekat2 dengan masjid ..
Aku terlihat seorang pakcik. dia menuju ke kereta nya...
pakcik ni aku kenal sangat wajah nya. dah berkali juga dia datang ke rumah aku...
dia adalah "pemandu van jenazah" orang kuat masjid.. dia yang menguruskan
soal jenazah dah urusan kubur ...


Aku tersentak.. dalam hati aku..
" dah sedia ke aku ni ? betul ke keputusan aku ?"

hmm aku menangis.. langkah kaki aku slow sangat.. pakcik tu start enjin kereta nya..

aku terlihat seekor anak kucing berlari ke bawah kereta nya.
dan aku membongkok mengambil anak kucing tu letak di bahagian jauh sikit dari kereta...
pakcik tu menegur aku... dan aku cuma membalas dengan senyuman je..

Aku terus balik ke rumah dan menangis semahu2nya..
dan aku terus menunaikan solat..

Alhamdullillah.. aku tak tersilap langkah...
aku masih wujud di muka bumi Allah ini..

Terimakasih Allah beri aku satu peluang..

Thursday, August 11, 2011

untuk awak.. :)

Assalammualaikum awak !

hee saya taw awk mesti baca ni...
kalau awk tak baca... sy paksa awk sampai awak baca..
coz sy tak reti  r nak "bercakap" kalau pasal2 menda2 camni :) hehe sorry.


1st of all :)
saya nak selalu jadi kawan awak :)

then ... hmm

Tadi awak called.. mengomel macam2.. merajuk dgn sy la..geram dgn sy. lepas segala geram2 awk.
marah sy... yer lah sy kan degil..
mengada2.. awk lah yg selalu ckp sy degil.. kata kata tu kan satu doa..
tgk.. x pasal2 sy jadi betul2 degil :P

Lepas dah habis mengomel2.. marah2.. lepas semua geram..tetiba awk jadi serius pulak T_T

hee nie antara awk & sy je la yer :)

hmm.. memula saya nak mnta maaf...
sy tak mampu nak ehemehem winkwinkwink..;)
sy tak biasa n sy ada reason sy sendiri. sowie

urm.. saya nak sangat awak dgn sidia .. sy nak tgk awk bahagia dgn sidia..
sy nak awak perbaiki balik hubungan awk dgn dia..
perjalanan hubungan awk dgn dia dah 2/3 dah.. tinggal 1 bahagian je lagi.. tak kan lah awk tak nak teruskan..
bercinta sudah.. bertu.. pon sudah.. so yg 1 tu bila lagi..
semua belum terlambat awk. masih boleh di perbaiki lagi kan...
semoga jodoh awk dgn dia masih kuat.. amin !

urm nak cakap apa lagi ek..

haa btw thanks thanks thanks n thanks  awak....
thanks cam concern sikit pasal sy..eyh bukan sikit.. concern banyak ..
caring .. hee :)

Kalau awk ok :) ^ ^
sy janji pas ni tak degil2 dah :)

ayo .. 1st time dapat award heee..







hee. teruja.. excited sgt...  coz 1st time kan.. heee pada sapa yg nak cakap aku kecoh ke ape ke. tak pe la.. tak de hal pon ;)

award yg di terima dari Kim :) btw thanks kim for da award :) comel :)
sebab aku dapat award ni coz jadi follower dia yang ke 1000... eee lucky :P

yeaaaaahhh :) 1k  dah follower.. wahh bnyak kan..teehee..



ok kepada sesiapa yang teringin dpt award mcm aku ...
cepat cepat lah g follow belog incik Kim ni taw..
mana tahu korang bertuah jadi follower 1001 ke or yg seterusnya. hehe...


click sini taw Budak Bermata Sepet.

Wednesday, August 10, 2011

awak kena yakin...

hmm sahur tadi.. someone called me..
for the 1st time...
orangnya baik :)

heee ...

hmm... perkara yang membuat aku rasa tak nak berbual panjang .. apabila menyentuh
tentang personal life aku..
ermm yang langsung tak ada keistimewaan nya..
actually aku tak nak dah sesiapa tahu ..
aku teringin sangat nak menipu...
biar segalanya terlindung..tersembunyi..

tapi kejujuran yang dah sebati dengan diri sendiri..
membuatkan aku sekali lagi terperangkap
terperangkap untuk berterus terang segala kepahitan..

hmm..
betul lah kata dia..

" kita kena berterus terang dari awal.. kalau kita sembunyi2. atlast dorang dpt tahu "something" , nanti kena "tinggal" siapa yang kecewa ? diri sendiri juga yang kecewa "

urm.. malas dah nak mengupas isu2 macam ni.
aku tahu aku tak kan  pernah lupa isu itu..

Bila salah satu kenyataan dia membuatkan bulu roma aku tegak berdiri..
aku rasa nervous.. gelisah...malu..semua nya ada.. bila mendengar perkataan begitu dari mulut lelaki..
terasa diri ini serba serbi kekurangan...
dari segala aspek n segi..
semuanya sekali...

sesungguhnya bukan tu yang aku pinta dalam hidup...
dah memang kejadian aku di serta kan dugaan itu..
terpaksa lah aku menempuhinya....


Tapi tak pe lah..selagi kita boleh overcome !
selagi kita boleh face semua ni..
kita tu aku lah.
tak ada nya kita tu untuk aku dan kau. heee :P

Aku memang kena elak kan semua ni dari terjadi...
aku tak nak malu di kemudian hari..
hmm susah jadi aku...
ok SKIP ~


awak ...

" yakin dan tak yakin memang perkara yang berbeza....
tapi yang SAMA.. adalah SAYA .. saya yang TERPAKSA menempuh semua ni...."

hmm...

awak cakap lagi...

" hidup jangan pernah berputus asa "

" walau kita macam ni... kita jgn fikir orang lain boleh. kita tak boleh..
kita kena fikir positif "

n ayat lazim :)

" sabar ... sabar .. sabar .. sabar... "

hmm.. sampai bila kan :)

Tuesday, August 09, 2011

sahabat sejati

Tajuk dia membuatkan aku macam nak bunuh diri je..
sahabat sejati..lantas aku imagine someone..
Alaaa cerita ni pun bakal mengisahkan dia..
kenapa nak kena guna title macam tu..

actually susah nak memikirkan title dari menaip entry...
serious ! trust me. hahaha..
tapi tak tahu la pula bagi orang lain..
mungkin mudah kot memikirkan title..

hmm hari sabtu yang lalu..
kan pertama kali aku pergi bazaar dgn Ain..
pertama kali bagi bulan ramadhan thn ni lah kan...

Balik dari bazaar.. semenjak ada orang dalam rumah ni..
semangat sikit aku nak bagi salam...
selalu nya bagi salam dalam hati or macam berbisik je..

" Assalamualaikum..... " kuat dan bersemangat .. hehehe..

aku masuk rumah .sekali ada insan yang pernah menjadi seorang sahabat
penglipur lara.. dia menoleh ke arah aku...
lantas aku jalan laju laju menuju ke dapur.. nak meletak kan juadah yang di beli ke atas meja..
aku terus bergurau dgn anak2 buah aku di dapur..

hmm.. sekali bila aku nak ke depan semula..
dia dah tak ada.. dia dah balik..
ahh damn.....

nampak sangat datang rumah aku bukan nak jumpa aku.
wahahha aku ni macam berharap je lagi kan..
bodoh memang bodoh...
aku memang bodoh.. serius.. muka tak malu.
orang dtg bukan nak jenguk aku pun.
mmg lah datang rumah aku..
tapi tujuan dia  lain....
dia nak melawat SIL n anak buah baru aku..
SIL aku kan berpantang kat rumah aku.
hmm..

hmm senang kan kau buat kawan. SIL aku tu xsampai 2 tahun kat sini.
dah bukan main kau bertegur sapa.. melawat2 silap2 haribulan sms hari hari hahaha..
aku ni yang bersahabat dgn kau dari sebelum tadika..
kau buat macam orang asing. ngeee..
aku MALAS lah nak ingat !


yang penting kau yang datang n masuk rumah aku
bukan aku terhegeh2 datang rumah kau.
oke babai..

mood aku serius ilang bila ingat tentang kau..

semoga bahagia hidup di dunia dan akhirat..
amin.....

Monday, August 08, 2011

dilemma yang kurasakan...

hmm terus terang , aku sedar siapa diri aku sebenarnya..
aku sedar apa status aku..
aku tahu aku tak patut buat apa. dan patut buat apa..
aku tahu benar diri aku sendiri..


hmm persoalannya sekarang..
kenapa harus menafikan hak orang lain.
ops bukan aku lah kan. hak orang yg sepatutnya .
hak mereka..

sedangkan hak mereka pun di nafikan..
bagaimana pula hak aku nanti?
ok bercakap tentang hak.
aku sedar. aku juga tiada hak ke atas apa apa..
maksud aku .. secara kemanusiaan..
dari pemerhatian aku lah kan....

sedangkan mereka pun di layan sebegitu rupa?
adakah nanti aku pun akan di layan sebegitu..
aku mulai dilemma..
kekadang aku trauma..
rasa macam nak pergi jauh..
hindar semua yg bakal mendatang dalam hidup aku.
aku tahu.. perjalanan hidup aku tak seperti orang lain..
penuh kasih sayang.penuh perhatian..
tapi aku...
segalanya kena survive sendiri..


hmm serba salah sungguh ku rasa kan..
kalau lah mampu..
dah lama aku pergi jauh.. melupakan segala nya..
melupakan asal usul diri sendiri.
mencari identiti baru..
mencari sahabat baru..
membuka kisah hidup yang baru..
yang masih segar.
yang masih boleh di bentuk dengan semangat dan impian yang masih di alam yang nyata.
tapi aku masih di sini.. mengharap kan keajaiban yang akan membawa aku terbang ke alam yang baru..
ahhh sampai bila nak menongkat dagu. duduk termenung menatap langit.. tapi jasad aku
masih membatu di sini..
aku buntu...~

ahh stresss... hmm

.::. actually aku dah tahu.. benda tu siapa pemiliknya. aku dah pesan. jangan jangan dan jangan.
tapi dia buang juga. n sekarang pemilik nya bertanyakan pada aku ke mana pergi barang nya..
tapi aku tiada jawapan.. walhal. bersaksikan mata dan kepala. aku memang lihat dia yang buang..
ermm.. menafikan hak nya. walau sekecil perkara...

dan aku ? orang yg langsung tiada hak...
walau sebesar perkara? entah lah...
kiasan demi kiasan. aku tahu. aku tak kan lupa .. aku bercerita tentang siapa ... :(

Tengkiuu Ain :D

yeahhh.. dapat pergi bazaar...
hari sabtu and ahad.. Ain bawak aku pergi bazaar..
happy nya... even hari sabtu tu ada insiden kurang menyenangkan...
Ada pakcik tua ni reverse kereta tak tenguk belakang. Dah horn berkali2 pun still nak langgar gak..
lepas tu  bukan main kerek lagi.. n terus blah je..
nasib dah tua..huhu sabar je la. bapak sapa lah tu kan. hmm..

Ahad pula .. Ain tunggu kat parking je. aku je turun g bazaar.
sian Ain susah2 diri je..
huhu tak mau la sampai menyusahkan Ain je. dah lah bz kerja..
bz kelas.. bz eseimen.. hmm..

btw Thank Ain :D
Impian ku jadi kenyaatan. hahaa
impian ke bazaar thn 2011 yeaah :D

hehe happy happy :D

Saturday, August 06, 2011

bosan

Aku semakin bosan..
hmm..

isk.. Bosan lah .. serius  bosan.. kalau lah ada sapa sapa yang boleh
hilangkan bosan aku kan best..
sumpah bosan..
duduk kat rumah.. online. tdur makan.. tv pon tak tenguk..

stress menjadi2..
bukan berkurang.. bertambah2 stress ada lah..
lepas ni raya..
ahhh..bosan bosan. raya pun tak ada makna nya..
apa yang aku tahu. ! pagi pagi raya aku nak g kubur..

aku harap ada yang nak pergi..
kalau tak. tepaksa lah aku mintak tolong kak mel..
bawak kan aku pergi kubur..
aku tahu dorang mmg liat sikit nak pergi kubur ni.
tapi aku dah rindu.. sarat sangat rindu ni nak pergi kubur..
bila balik je. mesti aku leh tersnyum.. happy.. lega..
terubat rindu..
hmm.. ye laa. kat situ lah kali terakhir aku buleh tenguk jasad tok..
hmm aku rindu ..


hmm Bosan bosan bosan bosan bosan..
kenapa dalam berjuta juta rakyat malaysia..
aku jugak lah yang bosan saat niey..
kenapa ek. huhuhu...

kenapa aku je yg bosan. bg lah orang lain pula yg bosan
bg lah orang lain pulak yg stress.
bg lah orang lain pulak yg ada masalah.
bg lah orang lain pulak yg xde rezeki.
bg lah orang lain pulak yg krg kasih sayang..
bg lah orang lain pulak yg nasib malang..

hmmmm.. stresssssssss ~ damnn...

Friday, August 05, 2011

sudah sudah lah tu...

Oh hati.. sungguh mudah di perbodohkan..
kadang aku seperti rela je di perbodohkan...
seperti kurang kasih sayang je.. hmmm...

Macam mana nak bangkit walaupun bersendirian..
macam mana nak tempuh baki kehidupan ni walaupun tanpanya lagi..
macam mana nak bahagia walaupun sentiasa berduka...
macam mana nak harungi semua ini?

semua benda tu kadang2 buat aku jadi semak..
fikir dan terus fikir..
berkerut2 di dahi.. masih tak dapat jawapan...
hmmm

Teringin perhatian yang lebih..
teringin telinga yang mendengar segala luahan perasaan..
teringin kata kata perangsang semangat kekuatan jiwa...
teringin semuanya aku teringin..

manusia dan keinginan sukar di pisahkan...

Aku cuma ingin bahagia...
jika senyum itu sudah buat aku bahagia..
maka aku ingin sekali selalu tersenyum...

Nampak macam mudah..
hanya senyuman...
tapi sebenarnya masih susah lagi untuk aku tersenyum dengan ikhlas
menempuh bahagia sementara yg masih milik ku..


sudah-sudah lah tu ..
duhai hati.. make it real ok..
jangan nak berangan je..

" wahh aku cabar diri sendiri ! " Omg..  :(


Insyallah.. boleh kot.. 
.::. jawapan pun tak confident je. hmm.

tidur tutup lampu..

semenjak aku tidur kat rumah sensorang..
aku dah nak 4 tahun duduk sensorang...
aku tidur mesti bukak lampu..
sampai ke pagi....

entah lah.. tipu lah kalau tak takut kan.hehe
seram.. rumah aku memang agak seram...

tapi ada 1 bulan je aku yakin nak tutup lampu
hee bulan puasa.. tapi kadang2 lah
sebab dah terbiasa tidur buka lampu...

hmm entah bila lah keadaan nak seperti sedia kala kan.
aku seakan tertanya2.. sampai bila nak hidup macam ni..
hmm..

Aku patut berubah !
berubah menjadi lebih baik..
hmm lebih positif..

Thursday, August 04, 2011

nak pergi bazaaar. tapi...

Hmm last last year.. aku pergi bazaar.
bazaar jauh
tapi kesanggupan berjalan kaki tu macam best..
bila dgn kawan.. dgn anak buah...
kadang jalan sensorang pun aku sanggup..
dah payah bebenar hidup tak ada kawan..
Kadang kirim kt orang.. kadang... Ain bawak aku pergi bazaar..


hmm tahun ni ..aku lum berkesempatan nak pergi bazaar lagi..
aku nak jalan kaki..
tapi aku rasa macam. aishh jauhnya perjalanan..
dah lah SENSORANG.. hmm jauh kot bazaar.. ada lah hampir 1km..
ceh aku bukannya reti nak bajet KM pun.
tapi memang jauh lah...
serius tahun ni tak larat. mungkin sebab faktor Umur hahaha..

Tiga tahun sudah.. Ex sahabat aku pernah bawa aku pergi bazaar.
mungkin sbab nak ambil hati aku kot..
adalah beberapa kali je pun...

Tahun ni tah ada kesempatan ke tak..
Smlm aku sms Fai dan Ain..
kekalau dorang pergi bazaaar, nak juga tumpang..
aku dah tak larat jalan kaki..
heee..... :D sadis je..
aku tak suka ngemis2 macam ni..

tah kenapa tadi.. aku merenung rumah Ex sahabat aku tu.
tetiba dalam hati terdetik..
kan best kalau kita masih macam dulu..
boleh pergi mana bersama2..
tapi tu lah..
nasib aku tak selalu baik..

aku SELALU ada untuk kau dan kawan2..

tapi KAWAN2 tak selalu ada untuk aku...


tak pe lah. Insyallah. weekend Ain pergi bazaar..
boleh ikut. yeahhhhhh ! hehe :D

kpd ain je lah aku boleh tumpang kasih hahahaha.. tetibe je..

Taman permainan..

" aku masa kecik2 tak merasa pun ada taman permainan kat kawasan perumahan hahah.. " - ayat dari entry sebelum ni..


Betul..

Masa sekolah rendah. ada taman permainan kat dengan masjid..
Aku tak berpeluang sangat nak pergi...
Kalau jalan2 dengan anak buah aku si Anja.. kitorang just g kedai Masjid je..
dah tak de dah kedai tu skg ni.
kedai tu ada macam2 mainan. alaa mainan biasa2 je.
aku just nak mendapat kan sticker untuk pokemon..
nak lekat dalam buku sticker.. nanti boleh tukarkan dapat gameboy kot entah apa nama games dia haha.


Taman permainan tu tempat yang di kawal ketat oleh Tok nan Wan.
dorang tak bagi aku pergi..
langsung tak benarkan..

takut aku kena culik la.. nanti ada lelaki naik van. tarik hang masuk dalam van..
bagi hang gula gula. lepas tu potong tgn kaki hang. hantaq hang pergi siam..
juai hang kat siam.. suruh hang dok mintak derma...hang tak buleh jumpa kami lagi..
tak buleh balik rumah dah...

ahh macam2 lagi lah... takut memang takut.
tapi teringin jugak nak main gelongsor. jongkat jongkit.. main buaian...

macam best je kan tenguk orang lain main..
pernah sekali aku dgn ex sahabat baik aku Fana. kitorang curi2 pergi petang2 sebelum asar..
aku happy sangat.. main buaian.. main gelongsor. main jongkat jongkit..
sekali ternampak Wan aku tgh berbasikal menuju ke masjid..
aku cepat2 nyorok belakang pokok besar.. aku takut kantoi..

tapi aku kan budak baik.. aku nyorok kejap je.. bila wan sampai kt pokok tu.
aku terus tegur..
" wan...."

hahaha apa lagi....
wan terus perhambat aku dengan basikal..
aku lari laju2. macam nak gugur jantung aku. lari balik rumah..
taman dgn rumah selang selorong  jalan straight je...
aku lari sampai tertanggal2 selipar.. hahaha.

sampai rumah aku menangis2.
lepas nampak wan aku balik dari masjid.
terus aku tidur....

Kalau tidur.. confirm tak kena sesah....
padahal aku buat2 tidur je
aku dgr dia mengadu kt tok aku ..
aku pergi taman...

Sejak daripada tu..
aku tak main taman pun..
kalau pergi pun time darjah 6..
ada lah sekali dua...

Dulu memang terkawal sangat. nak g masjid tak boleh..
nak pergi kedai jauh sikit tak boleh..
nak g taman tak boleh..
g pasar malam tak boleh..
kelas malam kat sekolah tak boleh.
hahah semua takut sebab kena culik...
kena potong kaki tangan. kena mintak sedekah..

hehe tok ngan wan ni....
aku tenguk sekarang budak2...
sekolah rendah pun selambe je keluar g Kl..
g tenguk wayang dgn kawan2..

tu tandanya dia sayang kita kan hehe :)

lain sikit...

Bulan puasa kali ni lain sikit bagi aku..
Aku tak buka sensorang.
aku tak risau nak makan apa time berbuka
nak bersahur apa.. .
SIL berpantang kat rumah.
mak dia pun ada sekali.

So then. terpaksa lah abg aku sponsored
untuk aku punya sekali coz nak menjamu mak mentua dia kan.
hahaha..

Rezeki aku la kan.
asyik cakap tak ada rezeki je.
hmmm..

Terawih.. Alhamdullilah.. dah 3 malam dah aku wat..
aku ingat nak maintain je. xmo malas malas dah..
Gigih lah jalan kaki.. takut juga bebudak tu baling mercun..

Taman berdepan dengan masjid. sudah lah tak ada lampu kat taman tu.
port bebudak berdating...
port budak2 main mercun..
aku rasa macam nak azan sorang2 kat situ..
memekak je. sudah lah suka baling mercun kt orang..
hmmm.. kalau aku kenaaa mercun. memang aku tumbuk2 sorang2 kt situ.. hahaha.
serius tak tipu ~

Orang2 masjid tolong lah bersuara suruh pindah kan TAMAN tu...
aku masa kecik2 tak merasa pun ada taman permainan kat kawasan perumahan hahah..

Tuesday, August 02, 2011

kenapa dia macam tu ?

hmm lepas ni kalau kau nak malas2.. memang mendapat lah kan..

aku dah lama kot bersabar. considered dgn kau..
semua benda nak kena aku ikut belakang kau..
aishhh.. melampau la tu. hmmm 
aku tak mengadu pun yg kau ni pemalas melampau..

Aku bukan orang gaji...

#Kenapa dia macam tu ?

Aku tak sangka langsung dia macam tu..

aishh. aku tak reti lah pulak nak berkias2..
nak cerita direct je lah kan. hahaha..

Ok.. Aku mmg dah di ajar.kalau orang masuk rumah kita Salam...
tunduk.. cium tangan...

Kalau masuk rumah orang pun sama..

hee masalahnya kan...


Hari tu.. keluarga Sil aku datang... kakak dia je la pun.. dgr bunyi kereta dia.
Mak aku dah standby dah tanya.. " siapa.. kakak ke ? "

dia jawab " a.ah "

lepas tu kitorang berdua berdiri lah depan pintu..
alaa nak ramah2 lah kan. orang datang rumah. xkan nak buat bodoh je. saja la sambut
kat depan pintu..

Tp dia boleh pulak meluru masuk terus duduk atas kerusi terus
pung pang pung pang bersembang tak toleh2..
aku cuik mak..
jom r blah..
ingat kita ni Org gaji ke apa.. hahaha..

Follow je lah g rumah mak. hehe.. 
malas nak jadi tunggul depan pintu.
tak SAPA langsung haha
spesies cam orang gaji kot..

mementang aku n mak kat rumah pakaian tah apa apa.. 
standard orang gaji la kot bagi mereka. hmm..

Gasak.. hmm
next dia dtg lagi,
aku membatu je la kat dapur. ko ingat ko je leh eksyen ngan aku.
aku pun boleh lah ~!
Sekali dia pergi dapur. aku salam lah jugak :) 
aku tak lah jahat sangat...

hmm next dtg sefamily . mak ayah sume ada..
aku?
aku port kt dapur je. online ngadap pc.. x toleh2 belakang..
dorang tidur kat rumah aku semalam ke dua malam .tah x igt.. 
tapi time dorang nak balik baru aku salam.
haaaaa.. aku pun boleh ar...
ingat kau je...

hee,
tapi aku tak sombong mana pun..
next next dia dtg lagi..
aku layan je la cam bese...
dia tegur baru aku cakap.dia tak tegur aku diam je lah.
layan budak kecik lagi bagus dr layan orang tua..

n hari ni pun terjadi lagi..
hmm aku saja lah nampak dia dah masuk saja la nak bermanis muka,.
sanggup tinggal kan pc jap. igt nak g jenguk2 muka. nak salam2..
langsung tak di layan hahahaha

damn.. baek aku ngadap pc je kt dapur
orang gaji busy online hahahaha


hmm tak elok bersangka buruk dengan orang ~tapi entah lah kenapa dia macam tu ?hairan... 

Monday, August 01, 2011

Ogos 2011

hello ogos..
hee pejam celik pejam celik dah ogos kan..
hmm. cepatnya masa berlalu...
hari ni merupakan 1 Ramadhan.
Aku plan harini nak masak..
nak g terawih.. nak upgrade aaa segala mcam kekurangan.
xmo stress2..

Habis rambut gugur.. jerawat keluar sana sini. ermm.
teruk je..
makan x lalu. mandi x basah basah..
tidur terlebih2 lena. hmm
x bagus hidup macam tu kan..

life must go on..
oh rezeki . bila kau nak hadir dalam hidup aku..

dah bosan la dgr pepatah. xde rezeki je. hmmm..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir