Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Sunday, May 29, 2016

Ramadhan Kian menghampiri

Assalammualaikum ,

Minggu ni mungkin minggu terakhir aku kerja pada hujung minggu
Jadual bulan June belum lagi keluar,
Jadi aku tak boleh nak merangka lagi perancangan aku.

Ramadhan ,, tak lama lagi akan menjengah
aku tahu aku sering berjanji untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa,
untuk menjadi insan yang lebih baik
Tapi segalanya seakan sukar. sebab aku sendiri ( ah setan besar selalu saja menghasut)

Aku harap Ramadhan kali ni memberi 1000 makna
dalam hidup agar aku dapat menjadi insan yang kuat
dan saling membuat kebaikan.

Ramadhan yang ke 8 ke 9 aku bersendiri
aku masih tak lupa Ramadhan pertama aku.
Aku masih tak lupa ....
kejadian itu  yang menjadi kan aku terasing mengasing sampai ke saat ini.
Aku jenis tak mudah lupa perkara yang menyakitkan.
Biar lah benda tu kita ingat supaya tak kan ada lagi orang akan ulang cakap perkara tersebut
Biar kan sebati ,,.supaya aku sentiasa sedar diri.

Ramadhan , Beri la aku kesempatan supaya aku masih ada peluang
untuk bersama mu hingga ke hari yang terakhir.
Seakan ini je masa yang aku ada untuk mempergandakan usaha terakhir aku.

Aku penat.
Tapi aku tak pernah serik walaupun tak ada yang hargai aku
Sesungguhnya Ramadhan ini jika yang terakhir buat aku
Matikan la aku dengan kebaikan
matikan la aku dalam islam

Aku maafkan semua
aku lupakan dendam semua
biarkan hati ini kosong bersih
supaya aku akan berjumpaNYA dengan tenang.
Aku maafkan semuanya
Aku mohon maaf atas segalanya.

Sunday, May 22, 2016

Siapa yang baca Aku

Assalammualaikum, 
Aku tahu selama ini memang aku disable kan ruangan komen
Cuma sejak dua tiga pos kebelakangan ini aku dah tukar setting
untuk memboleh kan " yang baca aku " untuk tinggalkan jejak..

Masih ada kah yang baca aku ?
masih ada kah yang mengikuti kisah aku


AHH perasaan aku saja.
sebenarnya blog ini kosong .
sekosong kosong nya hati aku
sebenarnya tiada lagi pelawat lain selain dari aku.

Serupa je dalam live sebenar.
aku rasa aku berteman 
tapi sebenarnya , hakikatnya
aku sentiasa keseorangan
Cuma perasaan aku sahaja,.


Jikalau ada,, (pembaca)
sila lah tinggalkan jejak.
mana tahu kita boleh berkenalan :P

Dhia Damia - 2

Dhia Damia nama yang hadir saat aku perlukan seseorang
aku ingat sebelum usia aku cecah 25 tahun aku pernah menyimpan impian
ingin mempunyai Dhia Damia.


Sungguh susah atau kurang sesuai untuk masa sekarang kerana aku tidak mempunyai pendapatan
yang stabil
Tapi insha Allah mungkin Allah akan bantu niat murni aku.

Aku teringin sangat .
Tapi pada masa yang sama aku risau..
Aku risau tak mampu nak jadi ibu yang baik
tak mampu nak memberi  segala keselesaan nya
dan tak mampu nak menyediakan segala keinginan nya
Susah juga kan,
Semoga nanti dia jadi anak yang baik
sempurna dan solehah
(macam dah ada je kan hehe )
Tak pe la doa awal awal
Insha Allah Makbul.

Akan tetapi aku rasa macam tak adil
Aku tak punya kasih sayang dari ibu bapa.
dari sedara mara
aku tak ada darah daging
jikalau aku mengambil Dhia Damia
macam tak adil.
sebab aku menjadikan diri nya seperti diri aku .

kenapa aku nak kena buat hidup dia tak sempurna
kenapa aku kena mengambil dia temani aku
bagaimana nanti dengan kehidupan dia ?

Perkara-perkara ini yang selalu bermain dalam fikiran aku
aku tak nak dia jadi macam diri aku
aku tak mahu dia jadi aku
hidup sendirian
takbahagia
susah.

Tapi aku perlu kan Dhia Damia.
hmm
Aku tak boleh pentingkan diri sendiri kan ?
aku kena lupakan hasrat ini.
hmm
Patut kah aku melupakan Dhia Damia ?

Mungkinkah

Assalammualaikum ,
olla
im back .
yuhuuu..

Happy bila ada masa untuk share di sini
macam hari hari yang lalu...
semua indah dan pahit manis aku akan coret di sini.

moga moga kalini , menjadi habit aku semula untuk terus berkongsi di sini.
btw aku buat first move.
 aku da texted SA kat messenger dia.
hmm
walaupun macam dah lama.
seakan dia xbalas.
aku tak kisah la...
janji aku da mulakan langkah pertama,

Jikalau dia lupa aku.
aku akan redha
sebab perkara tu pun memang dah lama kan,.

kalau dia ingat aku,
hmm. entah la.
aku  x expect apa apa.
aku sekadar mengorak langkah ikut keadaan semasa itu
aku tak expect apa apa..

Mungkin tahun ni,
entah ..
Melihatkan teman teman ramai dah berdua bertiga dan seterusnya
membuatkan aku pun menyimpan keinginan tersebut
cuma aku berbeza
berbeza sangat sangat daripada orang lain.
Aku jadi macam seorang yang tidak ada hati dan perasaan
Biarlah aku terus macam ni
daripada susah berperang dengan perasaan sendiri di kemudian hari.
lagi pulak zaman sekarang. zaman laa ni.
susah nak jumpa orang yang betul betul jujur.
orang yang sudi terima segalanya
susah senang bersama,
sangat susah

Aku ni terlalu banyak rahsia hidup.
siapa yang sudi mendengar
siapa yang sudi berkongsi ?

Aku risau nanti orang akan terus menghukum atau mengencam segala kisah aku.
NOT FAIR kan ?
memang sangat NOT FAIR sebab tu aku terus bersendirian
aku tak nak orang luar dengan mudahnya menilai aku tanpa tahu perkara sebenar
Biarlah..

Kalau ada..
ada la.
kalau tak ada..
aku kena cari dhia damia
insha allah.

Tapi aku kena selalu bersedia dalam apa jua keadaan kan ..
mungkinkah .
2016 Permulaan baru
atau penamat pada segala penderitaan aku .

Penderitaan yang tiada skala.
aku derita aku bahagia
sendirian.


Sunday, May 08, 2016

Hello 2016

Assalammualaikum

Mana nak mula ni ..
Dah lama tak mengarang cerita sendiri..
jadi sukar untuk aku menarikan jari jemari atas papan kekunci ini.
hmm..

Secara ringkas nya,
sepanjang dua tahun tak ke mari. bukan tak rindu..
bukan tak mahu.. tapi kekangan dan bermacam macam halnya..

sedikit update ..
aku da mula bekerja di tempat baru ( again hee )
aku tak ada sesiapa dah .. no one cant be my virtual lover. except someone.
hmm. suddenly stalk crush when i was in high school.
his married with 1 daughter :) ( happy for him )
nahh. actually happy can see him again.

SA TO SA
its been a long time didnt wrote that kind of word. SA TO SA ( again retype LOLX)

aku rindu saat lalu . saat yang beliau suka benar usik mengusik aku
terimbau kenangan tersebut
tapi adakah dia ingat aku ?
ingat kah dia dekat aku ?

aku tak pernah lupa..
hmm mungkin pernah lupa laa kot that why aku tak stalk dia dari dulu kan ? :X ehehe
tapi gurauan dia. cara kami berkenalan. segala usikan dia aku tak pernah lupa.
hmm. doa aku. entah la ... sedikit sebanyak aku seakan berharap..
supaya dia rasa apa yang aku rasa.
ahh . tak malu nya aku..
aku dengan dia jauh sekali.. bagai langit dan bumi,
sangat berbeza.
hmm.

SA. aku doakan kau bahagia selalu.
aku masih begini.. masih meminati kau sejak form 1.
:)

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir