Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, March 30, 2013

Terimbas lagi

Assalammualaikum..

Lewat pagi sudah.. Jam di pc ni menunjukkan pukul 4.44 am..
Aku memang sangat mengantok...Langsung tak tidur seharian ..
Kerana sebuk melayani anak anak buah bermain ..
Semua datang berkumpul dekat rumah aku.

Lepak .. berbual.. main PS2. bermacam macam aktiviti.
Main sakat sakat. nyorok2.. kejar mengejar. hiruk pikuk..
jeritan demi jeritan. gelak tawa

Aku happy lihat suasana itu..
Bagai terlihat diri ini di kisah lampau di zaman kanak kanak.
riang.. riang bersama saudara mara.

Bagai terdengar dengar suara Arwah - arwah..
memanggil dan terpekik2 menyuruh budak-budak tu berhenti berlari..

Sungguh aku terlalu lama hidup dalam sunyi .. sepi.
Tapi bila kerap kali bising tu menerpa..
Aku Bosan juga..Sunyi juga yang aku cari.

Zaman kanak kanak aku memang terisi dengan pelbagai aktiviti riang.
Aku bermain tanpa henti.

Saat manis

 apabila tiba di musim akhir tahun. cuti sekolah panjang.
Saban tahun Saudara mara datang bercuti di rumah.Bermalam berminggu,
Malahan sehingga Awal tahun dan sekolah di buka semula.

Manis saat itu.. Ulang tahun kelahiran aku jatuh pada bulan December.
Saudara mara memang akan datang bertandang bermalam.
Memang tiap tahun akan di raikan ulang tahun kelahiran aku..

Seronok.
Berkumpul beramai ramai.. meniup belon..
Hias rumah.. packing gula gula.
Arwah yang tersayang pula penuh dengan kreativiti..
Nak buat sejambak belon .. banyak belon sangat banyak.
Di ikat pada lampu di syiling rumah..
Bila tamat nyanyian lagu HAPPY BIRTHDAY.. maka aku akan menarik tali
yang mengikat belon belon di lampu.. LALU terlepas la belon belon semua nya
berselerakan di serata rumah..

Aku yang bergaun comel.bahagianya terasa. hingga saat ini dapat aku bayangkan.
Dulu saudara mara ku memang best.
Kami akan bermain bersama tanpa henti.
Malahan  mandi bersama.. picnic.. ke pantai sungai berkelah bersama.
Main buaian di beranda rumah.. imagine kan buaian itu sebagai rollercoaster. haha.

Pakai towel ikat di leher. ambil spender pakai di luar. Sungguh nakal kami.
Berlari lari segenap ruang rumah.. Berlagak seperti superman.
Lelaki perempuan kecil besar sebaya atau tidak.. sungguh nakal kami.

Bila " Ayah " hee. ayah ni panggilan untuk pakcik aku.. Bila reramai anak dia panggil dia ayah..
Aku turut sama panggil ayah..
Bila ayah menyuruh Hafiz solat.. Hafiz ajak kami teman.
Saat itu aku dan adik adik hafiz  masih kecil. haha. tiada pakaian solat..
Kelam kabut berlari .. cari kain batik .. pakai stokin. Amik seluar ketat buat sebagai anak tudung
biar rambut tak terkeluar..
hehe
KELAKAR  betul masa itu..
berapa kali Hafiz angkat takbiratul ihram  tapi kami asyik ketawa geli hati.
ENTAH apa yang di geli hatikan..
Sampaikan ayah mengamuk di balik pintu memerhatikan gelagat kami,.

Rumahku 2 tingkat.. Kami suka sungguh bermain kapal terbang kertas..
Koyakkan segala buku sekolah yang lama dan buat kapal terbang kertas. Berlambak lambak.
Lemparkan dari beranda atas rumah..
Yang tukang kutipnya di bawah arwah atok ku.. yang sangat mementingkan kebersihan,
Tersenyum aku imbas lagi semua ini..

Sedara mara aku ramai sudah berumah tangga.
Dan aku memang jarang sangat dapat menghadiri ke majlis mereka..
Dan aku kurang sangat dapat contact mereka.
Mereka dah terlalu bahagia berbanding aku yang serba tiada ini..

Entah mereka ingat kepada aku atau tidak.
ENTAH mereka ingat semua yang pernah terjadi ini atau tidak
Entah mereka simpan kenangan ini atau tidak..

Aku ni memang suka imbas imbas dan imbas lagi..
ENTAH LAH sampai bila.
mungkin bakal di jadikan modal cerita untuk anak cucu ku nanti,
ENTAHLAH.

Insyallah.





Trip kelantan

Assalammualaikum

HAHA tajuk nak gempak trip la sangat...
Tak de nya trip trip sangat.. dan macam trap sebenarnya..

Ni pengalaman kedua aku naik bas lama lama dan jauh jauh.
Dulu aku nak sangat belajar naik bas "  balik kampung " ni...

Term bas " balik kampung " ini untuk bas yang muatan ramai.. memang perjalanan jauh..
KALAU bas yang ke hulu ke hilir kawasan rumah tu dah biasa sangat lah aku naik..

Pengalaman pertama nampak sangat aku tak share dalam belog ini kan.
hmm. tak pe lah tak ada nya special pun..

Pengalaman kedua ni terasa ringan pula jemari ni nak kongsi nak adaptasi dalam
penulisan aku. biar lama tersimpan dalam ingatan. Ceh..

Gerak dari hentian putra dalam pukul 9.30 pm. Abg no3 aku yang hantar kami ke sana.
Kami pergi seramai 5 orang termasuk Aku.. jumlah ganjil.. Dan yang kena duduk single seat
tentu lah aku. dah la gap jauh gila dari mereka semua..
Aku layan fikiran je la atas bas. mengharapkan eksiden mati pun ada juga. kejam.
Bukan doa mati untuk semua penumpang. Tapi cukup lah aku yang terkorban. Aku dah capek ~

Dalam bus.. memula dengar radio je la kat handphone. Dan sampai kemana hala.
Frekuensi pun tak tahu.. Aku off  radio kat fon. layan fikiran. kekadang terlelap juga.
Usha mamat sebelah . Alahai ensem. muka putih bersih... membuatkan aku malu malu nak tidur.
HAHAHA. tapi tetiba ter fikir budak ni macam student je .
Mesti muda lagi haha lantak pi lah aku nak tidur ke ape ke.. hahah tak payah nak control control sangatlah kan. cehh.

Hajat di hati nak je call teman teman yang tengah bersengkang mata kerja di ofis.
Tapi fikir fikir balik. Mereka pun dah dingin dengan aku.
Tak pe la.  Aku sekadar kirim kan msg pada kakak yang teramat aku respek.
Respek dengan life management dia.. Aku text mintak ampun dan maaf.
Kata dah fikir mati.Tak kan lah xmau mintak ampun pulak. heee. Ikhlas aku kirim
pesanan ringkas sempena ingatan aku yang semakin menjauh..

Sesampai nya di last station. Kami turun. Seingat aku saat tu baru 6.30 am hampa sehampanya
Kami dah pesan 2 -3 kali pada driver untuk drop kami di destination yang kami ingin pergi.
Tapi kerna sikap tak bertanggungjawab. Kami tersadai..di tempat asing. no Taxi no bus. SICKK SICKK
SEJAM  jalan kaki sia sia. tempat yang di tuju di beritahu 15 minit.
CEH. TAK bertanggungjawab lagi nak menipu..
kesian mak .. jalan sejauh itu..

Semua orang  yang lalu di jalan raya .. jalan besar semua memandang kami.
MALU dah tak terasa.. kami mahu cepat sampai sebelum matahari meninggi.
sambil jalan sambil toleh ke belakang. sekali ternampak Sebuah kereta sewa aka TAXI..
kami menjerit jerit .. meloncat loncat.. macam beruk ..
Bila kereta tersebut memberi signal. lagi la kami menjerit umpama histeria..
penatnya berjalan selama Sejam tanpa henti akhirnya terbalas.

Menaiki kereta dan menuju ke destinasi yang kami ingin pergi tu teramat lah jauh
Kalau kami teruskan berjalan kaki.. mungkin ambil masa 3jam ENTAH ENTAH lebih lagi..
hee CUKUP LA TAKAT ini.

macam malas nak mengimbau pengalaman di sana.
hahah. kalau jemari ni ligat menari lagi..
Akan aku sambung ..

Insyallah..

Aku yang bermasalah

Assalammualaikum..

Aku sedar ..
Jikalau seorang tak suka kita. dan yang lain masih boleh menerima kita..
Maknanya.. orang  yang tak suka tu yang bermasalah..

Tapi saat ini... ramai yang tak suka aku.
Dan aku tetap  sendiri..
Maknanya memang aku yang bermasalah..
Jangan salah kan ibu mengandung haha tetiba je.
Salah kan diri aku sendiri.

Sikap ni dah lama aku pupuk aku semai.
Aku sering kali salah kan diri sendiri
Semua yang terjadi ni memang silap aku..
Dan aku tunggu hikmah semua.

Silap yang kecik tu dah jadi silap yang besar
bila mana aku sering kali terhutang budi dengan teman teman.
Malu.. malu ... dan tidak aku tahu bagaimana  nak lunas kan segala hutang budi..
hutang budi tak kan pernah abis aku langsaikan.

Stress kekadang aku terlalu memikirkannya.
Teman yang aku sandar kan segala percaya. sepenuh luahan jiwa raga.
kini mengasingkan aku sendiri
Aku tak sedih.
Ini lah nasib aku yang perlu aku tentukan pada mulanya dulu..

Tapi aku terleka,
terlalu selesa dengan diri sendiri.
Aku yang bermasalah.

Aku tak patut ulang sebenarnya..
Dan aku tak kan ulang untuk kali ini ....

Lastime kat office lama. orang sering membahan aku. usik mengusik
kenen kenen kan aku dengan teman teman sekerja..
padahal orang lain tak kena pun macam yang aku kena..
Aku jadi down. aku rasa macam aku ni bodoh. ganjil.. sering di bahan bahan .
terasa diri ini lemah. selemahnya. selalu kena buli dari segi perasaan dan maruah.
macam bodoh sangat diri ini..
Padahal orang lain buat relek je . tak de kena macam aku..
Aku tekad. terus berhenti kerja.. cehh.. resign saat tu jugak. GILOS.
ikut kan paneh hati ini sangat.

But for this time.. Aku tak kan simply simply quit..
Aku kena bertahan.. ini yang patut aku hadap dah lama dulu..
mungkin Allah nak tenguk aku ni boleh tak aku  buat apa yang aku rencana dulu.
tapi dia delay.. dia bagi. lepas dulu pas tu dia rampas.

dan sekarang dia sedarkan aku tentang rencana aku dulu.
Aku ni bermasalah sebenarnya

cepat lupa akan semua planning aku. huhh ~!

Kebiasaan. terbiasa

Assalammualaikum,.

Hee. hari ni nyata aku sungguh rindu akan belog ini.
Beberapa entry sudah tersedia di publish.
Dan aku masih tak kering idea dan jemari ini tak letih menari lagi..

Dulu sepi.. Kini aku sepi.
Nyata tak kan berubah kitar hidup ini.
Aku akur. Takdir ini sudah milik Aku..

Kebiasaan. terbiasa dan aku seakan menjadi biasa..
Dulu aku selalu mengeluh,

Aku kena biasakan keadaan ini. Tapi untuk jadi biasa Aku tak biasa..
Tapi kini semua berubah.
Yer,. bila perkara ini terjadi.
Aku harus jalani dengan tenang..
Biasakan diri aku seadanya..
Dan harungi nya dengan hati yang tenang.
Kekadang Allah ni menduga aku di masa yang tepat
Di saat W kembali .. Allah hilang kan kawan kawan..
Aku redha..

Alah bisa tegal biasa.
Sedangkan  ibu yang mengandung kan aku dalam rahim..
Berkongsi makanan nya dengan ku sepanjang 9 bulan 10 hari..
merasai degup jantung aku saban hari
pun tegar menyerahkan aku pada orang lain.
Erti kata lain.. buang aku. jual aku.
heee..

Aku dah biasa..
Sekarang kawan kawan pula.
AHH semua tu dah jadi biasa..
bukan sekali bukan 2 kali.
Semua tu membuatkan aku rasa aku  yang bersalah
Kalau dari dulu lagi aku ikut plan strategi aku yang lalu.
pasti tak jadi macam ni,,
Jadi

Aku memang bersalah. totally..
damn it.
Aku akur..


Kebiasaan dah jadi kebiasaan.
AKU tak biasa. malahan  dah terbiasa.


Kembali

Assalammualaikum

Hai.. Hee tajuk.. macam apa apa je lah..
Tu la. entry senang je. membebel. merepek meraban  on je la. jemari ni
kekadang sesenang je merepek.. Tapi tang title... bengkak otak aku nak fikirkan.
Nak related kan tajuk dengan entry. susah betol nak bagi nama...

Kembali ?
ni tajuk yang terlintas dalam fikiran ...
Aku dah kembali dah ..kembali meluahkan keluh kesah
apa yang terjadi.. saat manis.. saat pahit. tapi jarang sangat aku share saat maniskan ?
belog ni tercipta saat aku nothing. so saat manis tu jarang sangat aku keep dalam bentuk
penulisan atau wujudkan dalam belog..semua dalam hati.. dalam fikiran.
yang paling manis akan ku simpan melekap teguh dalam ingatan. yang light light manis tu
akan lesap hilang sayup sayup di telan zaman..Cehh..


Kembali..
Sebenarnya Aku happy la juga.. W dah kembali .walaupun untuk sementara..
Sementara.. dan sementara. Janji ini akan ku tunaikan jua..
Aku tak kan mungkir janji untuk ke sekian kali nya ..
W.. masa yang nyata akan hadir jua..
Aku  sebenarnya takut untuk menanti saat itu..
Janji ini Aku yang buat. Maka aku yang perlu tunaikan..
Silap ni di pihak Aku..
Semoga kau terus berbahagia tanpa Aku..
Doa tulus  dari insan yang banyak terhutang budi ..


Kembali ..
Hidup lampau seakan kembali..
masalah kewangan tak kan putus putus menguji diri ini..
masalah peribadi tak kan berhenti menghantui aku sepanjang hidup..
masalah lampau seakan tidak mahu berenggang dari kisah hidup aku.
masalah dan masalah sudah kembali .


Nampak seperti bahagia aku..
Teman aku.. sahabat aku..
senyuman aku semua  tak kekal.
Selepas ni aku akan menjadi aku yang dulu.
KEMBALI
kembali kepada aku yang dulu.

Tak mengapalah..
Aku pun akan mula kembali seperti dulu.
Pasrah.



" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir