Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Tuesday, July 26, 2011

akhirnya cakap juga..

haritu teringin sangat nak makan durian..

asyik tenguk status orang pasal durian je..
tenguk semua orang update makan durian ...
teringin sampai terliur2..
membuatkan aku terpaksa juga korban kan duit topap
untuk membeli durian..

biar lah terlepas sikit rasa kempunan tu.. hahaha...
sabar je lah....

macam mana tah aku boleh terbaca status Manda. dia cakap dia otw 
nak g pesta durian kat Ampang Waterfront.
Rm 9.90 je.. dapat mineral water free..
teringin sangat nak pergi..
tapi siapa lah nak bawak aku kan.
ura ura kepada Ain.
tapi Ain cakap dia tak minat durian sangat..
ermmm :(

Malam tu juga. aku cakap kat abg..
Belikan lah durian.
teringin sangat.
kat Ampang ada pesta durian..
:(

Feedback macam ada chance..
tapi sampai skg.....
tak dapat2 pun...
tak lama lagi puasa..
tak kan nak melatak sangat durian kot.

aiiii entah dapat entah tak....
susah......semua susah.. fedup !!!

-----------------------------------------------------------------

Dari 2bulan sudah abg aku sibuk nak pindah kan Pc aku dekat dengan tangga..
so tak perlu lah aku on9 kat dapur..
tangga tu berdepan je dengan pintu bilik aku..
aku nak bawak masuk pc dalam bilik..
dia tak benarkan..
hmm..

tetiba kelmarin dia boleh teringat..

" laa camna aku boleh lupa projek aku nak pindah kan pc ko kt tepi tangga "

" alaa kat tempat berhantu tu juga abg nak pindah kan pc. ala x payah lah ! "

hmm 
sebelum tu aku dah cakap ngan dia.suruh beli kan USB fan haha sebab panas..
kalau nak beli kipas eletrik. susah kot.. suis tak banyak kat dapur..
kang meletup plak..

so lega lah dah TERLUAH kan pasal kipas tu.
lamaa oo simpan. kadang ingat. kadang lupa..
dia cakap

" haa ye la abg beli kan. baik belikan kipas betul yg kecik tu angin pun kuat "

ekceli aku malas . nanti nak kena cuci kipas tu. n masalah utama. adalah suis... nak cucuk mana lagi. semak la
kalau banyak extension hmm..


kemudian aku cakap lah.
abg baik beli kan laptop je terus. lagi senang..
tak yah nak pindah ke sana ke sini...

" ha ah kan.. aku tahu... biar senang kau tak yah keluar bilik...ada pc kat dapur pun kau melekat je kat dapur..kang ada laptop.. setahun agak nya kau tak keluar bilik "

"@$$%@$#$^^&%"

aishhh...
ermmmm.. 
entah lah......
dah TAK tercakap dah. hahhaa.

tapi sekurang2 nya da bagi tahu kan.
dari terpendam2 jer. ermm...




" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir