Hmm.. perhubungan aku dan Afni terputus masa nak amik UPSR..
dia sempat menyatakan dalam surat..yang dia akan berpindah di Gombak pada bulan 12..
Pinta ku waktu itu.supaya dia pindah selepas hari jadi aku 18 Dec,,
haha permintaan budak2..
entah ape apa je..
padahal. tak ada kaitan pun dia pindah rumah dengan birthday aku.
huhuhu
Ok. ni surat dia pada tahun 2000.. 11 tahun aku simpan surat ni.
lipatan dia pun dah nak naik lunyai dah..
terlalu lama sangat berlipat... hmm..
dapatkah suatu hari nanti aku tunjuk kan kpd si dia surat ni sebagai tanda betapa aku terlalu sayangkan persahabatan aku dan dia ?
Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..
Sunday, October 09, 2011
Sahabatku Afni dan surat
Nur Afni Azieana,
............................
............................
55100 Kuala Lumpur.
Menemui sahabatku yang di ingati selalu. XXXX yang berada di .......... Semoga dalam keadaan sihat hendaknya.
Untuk pengetahuan saudari , surat saudari telahpun saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudari masih ingatkan saya lagi.
Tujuan saya menulis surat ini untuk memberi tahu awak keputusan peperiksaan saya iaitu 1A 3B 1C , terukkan, walaubagaimanapun saya akan terus berjuang untuk maju dalam hidup dan dapat mengejar cita-cita saya yang tidak pernah beruah untuk menjadi " Ahli Astronomi ".
Untuk pengetahuan saudari , keluarga saya akan berpindah ke Sri Gombak pada 17 haribulan 11 atau 12. Tetapi saya rasa bulan 11. Tetapi " WALAU JAUH DI MATA TETAPI DEKAT DI HATI ".
Sampai di sini sajalah yang dapat saya coretkan. Jangan lupa hantar surat ( secepat mungkin ) sehingga bertemu lagi. BYE ! BYE ! OPS ! saya terlupa bila hantar surat tolong sertakan gambar awak sekali ya ,
xxxx
( sahabatmu )
UCAPAN -> TARGET 5'A' IN UPSR
Semaikan dalam diri kita yang " SAYA PASTI DAPAT 5A DALAM UPSR "
---------------------------------------------------------
hmm
hanya sekeping surat je aku dapat simpan..
banyak kami berutus surat..
tanpa setem. tapi dah banyak hilang sebab dulu suka simpan surat dalam purse.
cuma 1 ni je dapat di selamatkan.
dan ini merupakan surat terakhir kami..
Aku kirim surat pun pada seorang kawan yang satu bus skolah dengan dia..
so kami berutus surat macam gitu je.
minta tolong pada orang tengah..
KESIAN KAN?
budak2 sekarang dah ada sms.. dah ada fb. da leh bbm..
haha
tapi sayang suma tu bukan hard copy..
hmm aku still boleh simpan dan boleh pegang surat ini.
entah sampai berapa tahun lagi lah aku boleh bertentang mata dengan sahabat ni..
Ahli Astronomi.
haha dulu cita cita kami nak jadi ahli astronomi.
setiap kali masuk library..
pasti buku buku berunsur kan bintang. bulan . planet yang akan jadi bahan bacaan kami..
hmm dan saling berkongsi maklumat tentang perkara2 tersebut..
yang masih aku ingat. waktu itu..
kami berbincang tentang Batu Asteroid yg semakin mendekati bumi..
dan kami lantas ke library. untuk mencari tahu tentang asteroid..
huhuhu..
tak cukup dengan itu..
pabila ada pesta buku.. alaa dulu buku buku murah je..
ada orang datang. dan jual buku.. 20sen. 30 sen. 50 sen lah.
dan time tu aku sangat lah boros. nak beli buku 50sen pun tak cukup duit.
time tu duit belanja pergi sekolah pun RM 1.50 sahaja..
dan aku share duit dengan Afni untuk membeli sebuah buku yang berharga 50sen.
dia yang baca dulu.kemudian dia berikan pada aku.
dan aku masih simpan sampai sekarang..
Buku yang ada contengan tangan..
nama kami berdua.
oh kenangan..
hmm
Aku harap Afni tak akan pernah lupakan aku.
seperti mana aku...
yg masih bermimpi isha
" Aku tak ada story macam orang lain..coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "