Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Friday, October 14, 2011

bermacam macam ragam

Yeah.. Alhamdullilah.. aku pass exam. dgn markah yang 
tipis tipis je.. hahaha..

markah pass 85 .. aku dapat 86 kuikuikui.. not bad la kan
ermm.. hahaha

Esok dah mula jadual kerja aku yang baru..
aku harap sgt aku boleh buat sehabis baik..
fokus .. 

hmm..
masih ada yang kekurangan..
entah lah bila boleh tampal tampal yang kurang tu..

aiiii ..kan best kalau sebulan gaji 10k..
boleh aku terus kuar dari sini..
settle semua hutang piutang..
move on.. mulakan hidup baru..
just me .. my self n i..

Aku selalu nak ingatkan diri aku.
pls kali ni. no personal life...
no personal story..
dengan semua kawan kawan kat sana..
hehee..

kawan macam biasa je.. tahu nama. tahu umr. tahu asal dari mana.
ok fullstop..
aku tak nak bagi tahu segala details dah..
aku nak jadi someone else..

Tadi ada budak ni ajak join minum2 sama sama.
tapi aku selamba cakap TAK NAK TAK NAK..
berkali kali lak aku ulang.
harap dia tak kecik hati..
Aku bukan nya sombong...

Aku cuma tak selesa lah nak join lelaki..
biar lah budak budak lain yang berebut2. merebut2.
cari peluang nak berdamping dengan budak laki .
haha intake group aku ni.. ada dua orang je lelaki.
hahahahaha..
semua orang nak cari peluang berborak..
memandang.. bertegur.
tapi aku..
buat hal sendiri je la..

hmm lunch break tadi. ada school mate aku nak join sekali ..
then jumpa la. aku tak pernah pun rapat dengan dia langsung,.
kenal kenal macam tu je lah..
kami berempat je..

lepas tu bila aku dah naik office.
selamba je dia cakap kirim salam bf ko taw.
hahah aku dahh !@$$#%^%^$%

tak tahu nak jawab apa..
hmmmmm
orang tak ada bf..
aku tak sehowt ko ..
ekekkee..

Siap tanya bila aku nak kawin..
ahh soklan..
well im still 17  u know.
tak kan lah nak kawen dah. hahahha :D


Kat office ni ada seorang budak ni.
aku tak suka sangat sikap dia. macam menunjuk pandai.
cakap lebih..
cakap macam semua je dia tahu..
dengan lantang bersuara.
tapi info bagi salah..
kesian je aku tenguk..
cakap soalan exam senang..
tapi score dia pun entah lah..
tak pass pulak tu..
bukan aku nak mengata apa...
hehe aku suka perhatikan perangai orang..
tenung sikap orang.
agak menjengkelkan je..
hmm..
tapi selalu nya bila kita judge orang macam ni.
mesti suatu hari nanti dia yang jadi kawan aku
hahaha.
rasa rasa nya tak kot :D

Masuk lobby office je. ada guard ni kekwat alahai...
bagi passcard pun sombong macam tengah kena kawat je..
langsung tak nak senyum..tak nak senyum langsung.sombong..
muka ketat je...
so tetiap pagi .. selepas dia hulur passcard..
aku akan senyum semanis2.. sampai nampak gg geraham yang paling hujung.
sampai ke telinga..
nasib dia pandai senyum hahahah..
hehe aku saja je nak tenguk sampai mana dia punya sombong.
pagi pagi pun mood dah ketat.. baru jadi guard.. lum jadi CEO lagi.
alahai..

Ekonomi. sumber kewangan aku ni tak berapa stabil..
so bila baru start kerja ni..
aku perlukan duit yang sangat banyak untuk rolling
lagi pula.. aku ni suka sangat terikut2 orang.
sebelum ni tak breakfast pun..
tak lunch pun tak apa.
tapi skrang.
breakfast. lunch dinner pun aku amik,
semuanya kena pakai duit..
hmm..
susah betul lah hidup kalau macam ni,,
serius bosan. dan rasa susah hati pulak..

datang terlalu awal.. masa di isikan dengan sarapan pagi..
tenguk semua orang turun lunch break. aku pun join sekali..
tenguk orang beli buah tapau naik office.
aku pun beli,
aii. ni macam.. lama lama boleh botak kepala..
balik pulak aku da memang lapar. kadang aku makan. kadang aku beli,
kadang aku tahan je la.
kalau hari hari macam ni...
boleh mati.. ehehhe


hmm woi diri..
boleh tak aku berubah (tanya pada diri sendiri)

Aku tak nak lah makan je kat office..
ermm. balik rumah or kat rumah je makan.
or bawak bekal?
boleh tak?
hmm.
banyak aspek lagi kena fikir.
bahan basah..
bahan kering kena sentiasa ada stock.
dan peruntukan masa untuk memasak.
megi goreng hari hari pun boleh mati ..

----------------------------------------------

HIDUP OO HIDUP.
aku tengah berusaha ni. untuk berubah !tahu ?
so pls bagi aku peluang.
aku nak berjaya. aku nak berubah.
aku nak move on.
pls pls pls.
tolong diri aku. tolong diri sendiri.
bantu aku hadapi semua situasi,.tangani semua masalah..
coz aku nak berjaya. dan happy dengan apa yang aku buat..
supaya di masa akan datang aku tak perlu susah kan sesiapapun..
pls lah.


* damn stress.. suck !

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir