Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Thursday, October 06, 2011

kembalikan masa silam...

Kalaulah kan..
Lately asyik cakap tentang KALAU KALAU je..
hurm..

Kalau boleh kembalikan masa silam. masa lampau.
masa yang telah berlalu...
AKU NAK BERUBAH ..

Aku nak sangat menangis sekuat hati..
menangis tanpa henti..
menangis .. menangis.. dan menangis..

tak nak minum susu...
tak nak makan..
dan terus buat perangai sedari kecil..
mesti aku tak di besarkan oleh keluarga angkat..
kan ?

mesti dorang dah bosan memelihara aku yang kuat nangis.
lantas kembalikan semula kepada ibu kandung aku..

Korang patut bersyukur.
korang hidup dengan family darah daging sendiri.
membesar di samping adik beradik..
di samping saudara mara..

mesti bahagia je kan..
walau macam mana pun masalah korang.
walau macam mana besar gila masalah korang.
korang still ada family..
ada darah daging.. untuk memohon bantuan...
menumpang kasih...

tapi aku lain.. aku just ada aku ...
aku tak ada sesiapa...
aku kena tanggung diri aku..


Paling aku ralat sekali..
tentang aurat aku....
hmm aku bukan lah baik sangat.
tapi perkara perkara sebegini mula membelenggu hidup aku sejak di sekolah menengah..
aku ingin berubah menjadi baik..
jahat ke baik..
baik ke lebih baik...
dan seterusnya...
tapi still membataskan aku.
aku ni ada ' special case '
huhuhu

aurat aku dengan wan aku..
aurat aku dengan 'abang2'
aurat aku dengan 'anak-anak buah'
aurat aku dengan 'bapak'

hmm korang beruntung...
kalau nak berubah.. terus boleh berubah 100%

tapi aku.even nak berubah 100%..still ada yang tak boleh nak berubah..
tak boleh nak di ubah kan..
seperti yang aku kata 'special case ' konon hmm.
entahlah.Wallahualam..

Sebab tu aku ingin pergi terus dari sini..
tapi kenapa aku still tak di berikan peluang ?
walhal niat aku baik..
belum rezeki aku lagi agaknya kan..

Kembalikan masa silam..
aku nak sangat futher study..
untuk mengubah nasib .. menambah ekonomi aku dari masa ke semasa.
siapa cakap aku tak pernah fikir?

Aku sebelum habis spm..
aku nak sangat futher study..walaupun tak dapat ke peringkat yang paling tertinggi..
atleast ada diploma tu sudah memadailah kan..

Tapi saat itu. tentangan. halangan dan kekangan...
semua itu melarang aku untuk study lagi.
ahh ni bukan alasan..
dah berpuluh puluh kali.. beratus ribu juta airmata aku menitis kerana tak dapat study..

Di kala aku menganyam impian.
menyusun cita cita..
meniti alam remaja...
mengimpikan 1001 kenangan di alam universiti...

ahh aku di tentang. aku di halang..
hidup aku tak habis di duga..
saat itu.. ahhh sedih hati...
punah..luluh habis impian hati..

Aku juga punya matlamat hidup.
even samar samar.
tapi bila di tentang sedemikian rupa..
segalanya lesap....
lebur...sekelip mata hilang...


apa yang aku hadapi kini
persoalan demi persoalan...

 " kenapa tak sambung belajar? "

maka. jawapan nya harus ku jawab apa?

nak flashback kenangan pahit?
ahh tak terdaya dah aku...

Seolah olah nya semua terbeban di bahu aku.
terhempap di dada aku..
sehingga sesak nafas aku..

Kalau saat dahulu aku berani..
berani menentang,,
jerit kuat suara hati..
pasti aku tak begini...


Jangan persalahkan aku..jangan memandang serong aku...
aku masih meniup pelahan semangat di jiwa,
yang pernah luntur. yang pernah hilang..
terkadang sesat di hati sendiri...

KEMBALIKAN masa silam aku..

aku ingin benar bersama sebuah keluarga..
aku ingin benar menjadi anak baik ibu dan ayahku..
aku ingin benar menjadi seorang saudara yang baik untuk saudara saudaraku..

aku belum puas bergembira..
aku belum puas menjadi kuat..
aku belum puas melayari saat saat remaja yang belum pernah menjadi milik aku ....

aku impikan sekuliah dengan teman teman ..
aku impikan suka duka bersama teman seperjuangan..
aku impikan garisan penamat hidup sebagai seorang pelajar institut pengajian tinggi..

aku impikan penghijrahan paling tepat dalam hidup..
agar apa yang aku inginkan terlaksana dengan jayanya..
bersama berkat doa orang tuaku.
doa sahabat dan teman teman ku..


ahhh kembalikan masa silam ku...
aku dah terlalu banyak 'pause' dan mati dalam hidup..

bangkitkan aku...
tiup semangat kuat kuat dalam jiwa aku.
supaya aku sentiasa kuat dan tak lupa tentang impian
dan cita cita yang pernah kabur...

hilangkan lah dendam dendam dan sengketa di hati aku..


hmm..
hidup aku umpama dalam mimpi...
kejut lah aku dalam lena ini..
pimpin tangan aku..
agar aku sentiasa tersedar dan tidak terlena
memasuki alam mimpi..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir