Jujurnya aku tak suka bermain dengan perasaan..
Aku tak nak melukakan sikit pun perasaan siapa pun..
memberi harapan. atau
sengaja bermain api..
Entahlah akhir-akhir ni.
masalah berkait rapat dengan hati. perasaan .jiwa..
Aku tak pernah impikan langsung aku akan
terjebak dengan perkara ni lagi..
Sesak dada..
semak kepala otak
aku memikirkan masalah yang tak sepatutnya jadi
masalah aku..
Aku ingin mengakhiri semuanya...
Biarlah... biar aku yang mendiamkan diri.
andai aku yang dipersalahkan.
aku terima....
Biarlah aku menghilangkan diri.
menjauhkan diri. andai aku di perkatakan
sengaja memberi sebuah harapan...
Kadang aku hairan..
kenapa aku sering di duga begini..
dengan cara begini...
Aku akan di beri sebuah "cinta" tapi aku
tak kan dapat pernah rasa dan sentuh cinta itu..
tapi aku tahu "cinta" itu ada untuk aku....
Dan aku percaya.. lama kelamaan "cinta" itu akan hilang..
Semoga masa itu semakin menghampiri..
Aku tak betah bermain dengan sebuah perasaan..
Aku tak mahu menjadi manusia kejam perasaan..
Biarlah hati aku yg terluka.
jangan insan itu ..
Hmm,, aku dah boleh terima takdir untuk aku.
jangan lah kau mencampuri takdhir hidup aku lagi..
please .. faham keadaan aku.. dan perasaan aku juga..