Ya Allah..
kenapa lah hati ni meluap luap ingin menjejaki sahabat ku yang satu ini..
Hmm dah lama gila hati ni terpendam pendam...
Kami berkenalan masa di sekolah rendah..
masa di darjah 2 ..
sehinggalah darjah 4..
Afni nama nya..
Hurm. masa nak naik darjah 5.. dia berpindah sekolah..
Sedih sangat dia pindah sekolah...
tapi nak buat macam mana..
even rumah tak jauh sangat. tak ada lah berbatu2..
tapi di sebabkan umur masih kanak kanak..
tak pandai guna public transport.
lagi pun aku dulu bukan nya rajin ke rumah kawan2..
dan tak di benar kan sama sekali merayap..
kecuali bermain di kawasan lorong rumah sahaja...
jadi hubungan kami renggang begitu sahaja..
yang menghubungkan kami adalah cuma..
surat.. dan panggilan telefon.
tapi telefon tak boleh selalu selalu..coz nanti kena marah -,-
surat pula tak dapat bagi selalu..coz.. tak reti nak post surat..
jadi aku just kirim kan pada kawan kawan yang naik bus sekolah sama
dengan nya..
kami just dapat melambai tangan dari jauh..
aku di foyer.. dia di dalam bus..
aku selalu pesan.. duduk tepi tingkap.. jenguk ke arah aku tiap kali bus sekolah dia
datang mengambil murid2 di sekolah aku yang mengguna perkhidmatan bus yang sama..
Kali terakhir aku melihat dia..sebelum UPSR..
dia seorang pengawas sekolah.. dan sudah memakai cermin mata.
ahh segalanya masih segar dalam ingatan..
kami hanya dapat melambai dan tersenyum hingga ke telinga dari jauh sahaja..
Aku mulai ingin jejaki dia semenjak ada social networking.
myspace. friendster.. tagged..facebook..
serius aku selalu search nama dia dan nama yang sorang lagi sahabat ku Fatin..
tapi perkenalan aku dan fatin singkat. hanya setahun sahaja.
kami bertiga sangat rapat masa di darjah 4..
akhirnya fatin berjaya aku jejaki di facebook
tapi hampa. dia langsung tak dapat mengingati aku..
walhal. nama penuh nya.. tempat tinggal..
kronologi2 perkenalan kami.. bahkan nama adik nya sekali pun aku tak pernah lupa..
malahan sticker2 bodoh yang dia pernah bagi pun sampai skrg aku masih simpan..
13 tahun aku simpan sticker2 itu..
hmm akibat aku hampa dan kecewa kerana feedback Fatin tak seperti yg aku harapkan..
banyak makan semut gamaknya,
tapi aku pasrah dan redha... mungkin dia tak seperti aku yang terlalu impikan kan kenangan..
Dan
sebentar tadi . aku masih belum give up untuk mencari Afni..
aku type di google nama penuh . siap dengan binti sekali.
dan aku terjumpa satu link..
tapi hampa..
entry di situ last update pun 2010
Ya ALLAH. bantu lah hamba mu ini.
permudahkanlah urusan ku..
hmm..
Aku teringin nak bertentang mata dengan nya.
bercerita soal kenangan
apakah dia sepeti aku?
masih mengingati segalanya ?
# aku masih simpan lagi sebuah buku pemberian nya. dan surat dari padanya..
thanks Afni atas persahabatan yang bg aku tak lapuk dek masa..
aku still ingin mencari kau..
walaupun makan masa bertahun tahun.
Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..
Sunday, October 09, 2011
Rindu sahabat
yg masih bermimpi isha
" Aku tak ada story macam orang lain..coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "