Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat..
Semoga di hari yang mulia ini kita dapat saling bermaaf-maafkan...
Oh ya.. tahun ni... tahun keempat aku beraya tanpa insan yang tersayang..
Alhamdulillah. aku makin kuat..
belum sempat lagi aku menangis sedih pada hari ni.. Syukur ..
Semoga kekuatan ini selalu menjadi milik aku..
Cuma tahun ni.. Mak.. kakak nak buat kelainan.. nak pecah tradisi ..
hee mereka just siap kan rumah mereka je. dan aku kena uruskan everything kat rumah aku.
baik soal mengemas.. cari pinggan mangkuk. susun biskut..
dan entah apa lagi nanti....KECUALI masak :P
hee aku macam terasa umur 23 tahun tu dah cukup membuat kan aku rasa macam aku dah
benar2 bertanggungjawab menguruskan hal rumah aku.. HAHA ~!
sadis je. selama ni aku ingat aku masih kanak-kanak yang hanya membantu mak dan kakak.
Pada mulanya macam mengomel juga..
setiap tahun kami buat bersama2.. mengemas rumah .. seronok. meriah lah juga bising2 kemas rumah
walaupun hanya beberapa kerat.. tapi kali ni..
hanya aku sensorang je kemas dari A-Z.. kira nya tanggungjawab penuh aku untuk memastikan
setiap inci ruang menjadi bersih kemas dan teratur... ayo ! sesuatu tanggungjawab yg agak berat bagi aku..
hee tapi bila aku mengenang kan aku bukan lagi kanak-kanak.. hee terpaksa gak lah mengalas
tanggungjawab.. huhuhu
Hmm nanti 100% nak kena serve tetamu yang datang..
heee sekarang jam menunjukkan pukul 6.34 am, dan baju raya pun lum sempat iron lagi.
ceh macam lah busy sangat aku semalam :)
busy nengok orang main mercun je,, hehe
Hmm zaman kanak-kanak.. tak kanak-kanak pun. masa arwah Masih ada..
hee duit raya aku paling extra berbanding anak-anak buah..
dapat duit upah puasa... sampai sekolah menengah pun still dapat duit upah puasa.
heee lepas tu duit raya nak bagi budak-budak pun aku yang pegang ..
So memang sentiasa lah aku paww je duit raya tu..n
balance2 duit raya yg tak bg orang pun aku kebas... untung2 :)
tugas aku , memberi duit raya. dan aku suka cuci pinggan mangkuk.
dari serve tetamu..
aku jenis pemalu nak berdepan dengan orang...
aku tak suka nak tunjuk kesopanan terlampau dan ramah mesra nak layan tetamu HAHA.
aku rasa macam plastik pulak. nak kena senyum2. nak bersembang ramah tamah.
aku suka macam sempoi.. layan alakadar.. HAA JEMPUT2 MAKAN.
sambil suara tegas.. xperlu lah nak senyum2 plastik sangat macam di buat2....
adui aku kekok ~ hehe
rutin selalu nya dulu.. aku punya shif tolong mak buat kerja sampai tenghari je..
petang dorang selalu keluar pergi rumah sedara mara. dan aku
akan tinggal kat rumah. tutup pintu. hee tenguk tv. tak pun aku tidur je lah..
nampak sangat pemalas kan..
Dan ternyata tahun ni mesti agak berbeza hmm..
Tak best nya jadi dewasa.....
kan best kalau jadi kanak2. kita hanya perlu membantu je..
btw selamat hari raya semua..
thn ni aku tak buat open house..
sorry friend :)
esp Ain haha.
Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..
Tuesday, August 30, 2011
Salam lebaran
yg masih bermimpi isha
" Aku tak ada story macam orang lain..coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "