Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Friday, October 07, 2011

Rezeki, jodoh, ajal ketentuan Tuhan

Letih lah aku kadang nak hadap semua orang.
pasal kenapa aku masih menganggur..

Bukan aku tak usaha...
bukan aku tak mahu kerja..

Kalau aku tak nak kerja..
buat apa lah aku tanya tanya orang..
create accout kat jobstreet..
kat mana mana lagi lah..

Buat aku susah susah pergi interview..
tapi lately.. asyik kedengaran..
suara suara mengatakan..

" pergi interview saja... dapat kerja nya tak "

hmm perkara tu bukan aku yang control..
kalau akulah yang boleh control.
baik aku set.. 1 kali je interview. terus jadi ceo.
hahaha..

senang...
tak payah susah susah nak tunggu panggilan interview.
nak setup masa and appointment..
nak tunggu bus.. nak susah payah..

mungkin mereka dah mulai curiga..
aku ni pergi interview ke tak..
entah entah melencong ke tempat lain..

ahh gasak lah..
aku tak nak fikir dengan lebih jauh..
kalau ada rezeki aku kali ni..
adalah...

penat nak layan andaian dan tuduhan melulu setiap manusia..
macam lah aku ni langsung tak ada perasaan...

AKU TAHU..
aku ni selalu sangat menyusahkan orang..

Ikutkan hati dulu..
setelah kemahuan aku untuk melanjutkan pelajaran di tolak mentah mentah..
aku nak bekerja..
cari pengalaman..sedari umur 18 tahun..

tapi nak buat macam mana.
hidup ni sentiasa di uji.
aku nak bekerja pun tak di benarkan,

sudah lah di halang..
lepas tu di fitnah.. di tuduh..
YA ALLAH..
pedih hati... dengar segala tuduhan.cacian..
aku cuma mohon kebenaran utk bekerja pada waktu itu..
just nak cari duit.. cari pengalaman.. cari kawan..
tapi entah apa lah silap aku.
apalah silap Ibu kandung aku..
hingga aku yang terpaksa hadapi segala cacian..


Aku tak pernah mengenali Ibu kandung aku.
LAYAK KAH AKU ? PATUTKAH aku di lontarkan
cacian. makian..
di ungkit habis semua asal usul aku..

Memang.. buruk buruk perangai anak.
di persalahkan kerana mengikut jejak perangai ibu dan bapa kandung nya..
aku akui...

rata rata manusia akan bersuara menegur..

" Anak borek bapak rintik.. "

" like father like son "

dan macam macam lagi lah yang seumpama dengan nya..


Semua sudah ketentuan Tuhan..
Bukan aku yang control semua ni..

Jangan aku di persalahkan..
bukan niat aku nak membebankan mereka..
tak pernah terlintas di hati aku.. nak membeban kan mereka..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir