Masa kecik2 dulu...
aku ni kategori tak nakal mana lah..
aku cuma suka menanguh2 kerja sikit..pemalas. huhu
kalau Arwah Tok suruh buat sesuatu.. aku cakap kejap kejap...
bila dah kejap2. terjadi lama.. dan seterusnya aku terlupa nak buat..
so kena lah marah..
hmm point kena marah.. kebanyakannya atas sebab sebab yang macam tu je la.
n suka melawan cakap sikit.
coz aku kalau rasa betul. aku suka nak menjawab..
bagi orang2 tua perkara tu biadap...
tp aku just nak mempertahankan hak aku je..
berani kerana benar maa..
hohoho..
Tok suka mengugut aku...
" hang jangan degil.. kalau degil.. ketegaq aku hantaq hang sekolah jahat.. "
huhu takut kot dengar ugutan dia.. sikit2 ugutan dia macamtu..
tak ke sekolah jahat. dia nak hantar aku masuk rumah anak yatim....
dulu aku agak hairan .. pesal lak rumah anak yatim.. aku kan ada ayah . ada mak.
alahai. masa tu kan kecik lagi.. time2 baru masuk sekolah rendah..
budak budak apa tahu. hohoho..
tapi ugutan demi ugutan tu lah ajar aku jadi manusia.
AYAT ~! haha ayat aku macam dah jadi manusia berjaya lagak nya aku ni hahahaha
lebih lebih lagi. ada satu hari ni..
ada seorang abang aku berkain pelekat.. jalan terkengkang kengkang...baru lepas bersunat.
tapi di sebab kan aku masih kecil.. tak tahu apa apa..
lantas dengan rasa ingin tahu.. aku tanya berkali2 ..
" tok kenapa dengan ali tok. kenapa dia macam tu "
jawab tok ... " sebab dia degil.. tu pasai jadi lagutu "
cis. lagi lah aku takut... so aku tak lah jadi budak degil..
tak berani langsung nak degil.. takut kena hantar sekolah jahat. rumah anak yatim.. dan kena jalan terkengkang2.. alahai budak2..
menipu pun aku tak berani.. jumpa duit Rm 1 kat tangga pun aku bagi kat guru kelas..
mencuri duit sepuluhsen pun aku rasa berdosa sangat.
aii suci nya aku dulu... huhuhu
Hurm...
Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..
Sunday, October 02, 2011
sampai bila ?
--------------------------------------------------------------
Ada sekali tu aku pergi tolong satu function ni... memang dari kecik lagi Tok galakkan aku tolong2 apa apa
yang patut kat bisnes dia.. function ni kat Rumah Bakti Ulu Klang.. rumah anak-anak yatim lah kan..
aku ni jenis hati cepat tersentuh.. kesian tenguk anak anak yatim. tak ada mak ..
tak ada ayah. kecik2 lagi..
ada yang baya baya aku.. tenguk orang mintak sedekah kt pasar malam pun aku tak berani..
rasa segan je nak lalu kat depan orang tu. mesti aku jalan cepat2.. tak sampai hati .. aku sedih..
huhu tak sedar diri pun dua kali lima dengan anak2 yatim.. hurm..
then.. entah macam mana aku macam nak hafal je jalan jalan menghala Rumah Bakti tu..
sungguh. aku macam nak ingat2 sendiri jalan tu..
--------------------------------------------------------------
Bila hati tengah bersedih.. baru lepas kena marah..
Tok kalau marah.. macam-macam perkataan keluar dari mulut dia..
memang terkesan di hati aku sampai ke tua gamaknya..
Aku menangis2... mesti aku ambil beg sekolah
yang dah tak guna.. aku packing baju baju...
aku mana lah ada beg balik kampung.. coz aku tak ada kampung pun..
so guna beg sekolah je lah.. aku lipat segala baju.. lengkap.. aku susun elok2.
sambil kesat2 air mata.... siap bawak fotostat surat beranak , lipat dan simpan dalam poket beg..
Aku menangis sepuas-puasnya sambil mengemas packing kain baju dalam beg..
dalam kepala otak aku dah susun strategi.. nak jalan kaki lalu highway berdekatan dengan rumah aku
tuk terus g Ulu Klang.. aku nak g rumah bakti..
Aku nak duduk dengan anak anak yatim..
siap berfikir nak berdialog apa dengan Makcik yang jaga anak2 yatim..
aku sedih. aku tak nak duduk sini lagi. aku tak nak kena marah..
tak ada siapa sayang aku lagi..
Tapi dalam hati berkira kira tu.. kang kalau aku eksiden.
sudah lah aku kecik lagi.. highway tu dah lah banyak kereta..
lagi pulak tak pernah nampak pun orang jalan kaki kat tepi highway...
so selesai mengemas. selesai berfikir panjang lebar.
aku tetidur..
begitu lah aku ....
Begitulah aku sampai sekarang....
yer... !
sampai sekarang...
aku menangis.. dan packing baju.. yang beza nya cuma..
aku sekarang dah ada beg balik kampung.. even tak besar mana..
aku ini masih yang sama....
Destinasi pun sudah berbeza... aku tidak lagi ingin menuju ke Rumah Bakti..
tapi aku sendiri TAK TAHU ke mana arah aku nak pergi..
Aku masih packing baju..
Aku membiarkan baju terus dalam beg...
aku tak keluar kan.. melainkan aku nak pakai..
sehinggalah tiada sehelai baju dalam beg...
dan bila bersedih..bila menangis..
dan rasa ingin pergi dari sini..
aku akan packing lagi...
begitu lah aku... dari zaman kanak2.. hingga ke saat ini..
kenapa aku tak boleh2 lagi keluar dan pergi dari sini?
kenapa?
there 's no place feel like home kan ?
mungkin aku da terbiasa duduk kt rumah aku..
tapi sampai bila.
adui...
Sampai bila ?
yg masih bermimpi isha
" Aku tak ada story macam orang lain..coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "