Raya ni.. suasana agak lain sikit dari 3 tahun lepas...
Hmm tadi.. aku bersama abg dan anak-anak buah, kitorang main mercun,
saja lah aku join... haha padahal aku dah besar dah pun tapi masih nak terkinja-kinja macam
10 tahun yang dulu :) berlari-lari ..kejar mengejar.. menjerit-jerit..
sakat anak-anak buah.. bukan aku main sangat pun.. saja nak join sekali ..
aku stress sebenarnya..
stress macam2 hal berlaku.. hmm tadi ex sahabat aku ada sama depan rumah nya..
sikit pun tak toleh kat aku.
time tu rasa macam nak lempang pipi aku sekuat hati..
biar aku sedar diri sikit.
aku ni terlalu mengharap..
biar pipi sakit. jangan hati sakit..
tapi masalahnya hati terlebih dulu yang sakit..
Raya dulu dulu kan..
kami rapat..
masa sekolah rendah memang enjoy la kan..main sama sama.
raya tu pergi beraya sama sama. sampai sesat...
kalau ada orang kedekut bagi duit raya 50sen.. kitorang ngomel depan rumah orang tu.
ayat standard " rumah je besar. tapi kedekut je. "
lepas tu lumba2 nak kira duit raya sapa paling banyak..
Aku suka cakap.. " weh weh jgn kira duit ko berkali2 nanti hilang" hahaha
aku saja la cakap camtu. sbb duit aku mesti kurang. sebab aku boros..
nampak apa yang lalu mesti nak beli. hahaha
Bila dah sekolah menengah..
dia masuk sekolah berasrama... kat Perak..
even rumah dia depan rumah aku..
tiap kali hari raya. mesti bagi Kad raya by post..
haha entah apa apa kan :)
Kadang sampai post dari KL ke Perak.. dari Perak ke KL.
punya lah sayang sahabat...
padahal rumah berdepan je.... sanggup tu nak post sampai ke Perak.
dia pon sanggup je nak post Perak ke KL.. isk...
Kad raya pula stock ada muzik2. siap reserve yang cantik2 untuk dia je :)
hehe dia pun pernah bagi kad raya besar. sampai rm 10 untuk aku je :)
sahabat sahabat ..hmm
Hee bila dah besar sikit :)
Aku belajar buat cookies..
haha semangat ni. even main hentam je.
confident tak confident kitorang buat bersama sama.
memang riuh satu dapur..
punya lah excited bila almond london menjadi..
menjerit2 satu dapur. happy sangat. hahaha
buat biskut raya sama sama...
Oven dah lah kecik.. buat adunan untuk dua orang. bergilir2 nak membakar biskut
sampai pas sahur pun tak siap siap.
Sahabat aku ni pulak jenis tak rajin berjaga malam..
" kau pergi lah tidur. aku buat kan semuanya "
hee aku biar je la dia tidur kat katil aku.. jarang ni orang dapat baring atas katil :P
Aku tak suka ada bau orang lain atas katil aku hahaha. kejam T_T
Aku intai2 kau tidur.. kesian. mulut ternganga. penat tunggu biskut siap di bakar..
letih kan kau tidur lena sangat.
dan aku.langsung tak tidur. excited samapai ke sahur
nak siap kan biskut kau dan aku..
hee kenangan..
msti kau tak ingat :P
Aku je yang terhegeh2 nak ingat sensorang..
tu lah 1st and Last kita dapat sahur bersama -sama..
lepas tu .. Aku teman kau balik.
haha even rumah berdepan pun still nak berteman..
tapi kau tak terus balik..
kita duduk kat tembok...tunggu azan subuh..
time tu aku lihat kat langit.
aku nampak ada something.
macam burung. tapi banyak. warna putih..
aku terkejut.... cantik sangat..
burung ke tu?
dan kau pun nampak jugak apa yang aku nampak kan..
sampai sekarang aku tertanya2 apa tu sebenarnya?
Hmm rindu lah nak tukar tukar juadah time bulan puasa dengan kau.
hahah aku baru belajar masak nasi lemak.. hantar kt rumah dia.
buat sandwish pun nak tukar juadah. goreng fries pun nak tukar2 juadah.
entah pape je kan hahaha :P
Raya mesti mesti kau datang rumah aku dulu.lepas tu kau balik kampung.
lepas balik kampung. baru aku pergi beraya umah kau.
teruk kan aku?
Aku rindu lah nak beraya bersama dengan kau macam dulu...
Aku tahu kau langsung tak perlu kan aku pun saat ini..
Tak pe lah.
semoga ada 1 saat .. perkara tu akan terulang lagi.
Aku sabar menunggu.
Insyallah..
Mana tahu.. persahabatan kita masih kuat..
Insyallah ...
.::. ahh ni semua pasal aku terlihat kau lah tadi. terus terimbau lagi kenangan kisah persahabatan kita..
tapi aku tahu. kau tak pernah ada masa pun utk mengenang semua ni :'(
Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..
Sunday, August 28, 2011
raya ini
yg masih bermimpi isha
" Aku tak ada story macam orang lain..coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "