Di lorong kecil yang sama...kegirangan meloncat loncat kegembiraan...
hati berlagu-lagu dan bibir turut sama bernyanyi riang..
kaki terloncat ikut irama yang keluar dari bibir si kecil..
begitu lah aksi saban hari anak kecil apabila pulang dari kedai kecil
di hujung lorong rumah nya..
hanya singgah membeli snek kegemaran dan gula gula utk merosakan gigi...
sungguh gembira..persis anak puteri dengan gown serba merah jambu...
berlari lari riang..bermain bersama teman teman seperjuangan..
rakan rakan sebaya...
saat itu semua indah..
bahagia....
bermain sepanjang masa..
indah semuanya...
Anak kecil itu yang lasak..
gemar bermain rounders di halaman rumah jiran dan juga sahabat nya..
segala macam permainan..
bermain bersama, berlari lari.. menjerit..
ahh 1 lorong.. hanya kedengaran suara anak kecil dan rakan rakannya sahaja..
tidak mempedulikan jiran .. tidak pedulikan sesiapa pun
janji kami dapat bermain bersama..
Pabila petang sudah hampir menginjak ke malam..
sayu hati terpaksa meninggal kan sahabat sepermainan..
anak kecil terpaksa berpisah sementara..
sedang kan esok pagi terpaksa ke sekolah..
dan hanya dapat bermain di hujung minggu sahaja..
Menanti hari sabtu dan ahad itu... umpama
mendapat 1000x snek kegemaran bersama gula gula ..
sungguh indah sabtu dan ahad..
terisi dengan pelbagai keseronokan sentiasa..
Sabtu dan ahad.. buku langsung tidak di buka..
pabila cuti sekolah.. maka cuti juga lah buku dan alatulis..
singkat minda berfikir saat itu..
tapi tiada yang lain. hanya teman teman di hati bersama permainan
untuk menghibur suka duka anak kecil dan teman nya..
Indah saat itu..
walaupun pernah di marahi.. di hukum..
tetapi kegembiraaan masih milik anak kecil..
persahabatan dan permainan. memang tak dapat di pisahkan...
hmm
Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..
Friday, August 19, 2011
anak kecil itu
yg masih bermimpi isha
" Aku tak ada story macam orang lain..coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "