Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Wednesday, August 17, 2011

aku trauma sebenarnya..

Sebentar tadi... hmm baru je tadi...

sedang aku membelek2 coding2.ececeh macam lah pandai...
ralik aku membelek2. tetiba SIL aku cakap... ada orang bergaduh...
aku dah lah jenis cepat terkejut.. dahi memang berkerut2..

Abg aku yang dah terbuai mimpi pun terbangun dan terus meluru keluar
kedengaran suara2 jeritan... bunyi tumbukan..
suara orang-orang mengomel..kuat kedengaran..

aku nak ikut sama mengintai.. tetapi abg ku melarang..
memang jelas bunyi suara2 menjerit. tumbukan sepak terajang mungkin..
suara-suara orang marah...

tahu tak apa yang aku rasakan...
AKU STRESS dengan keadaan macam ni..

aku suruh abg aku telefon polis..
senang.. biar semua diorang kena angkut.
walaupun aku tak tahu pokok pangkal nya..
siapa yang salah atau tidak..
itu settle kemudian....
aku memang nak DAMAI dan tenteram..
macam suasana dulu..

Tapi abg aku tak segera telefon..

hmm
memang ada orang bergaduh. di sebelah rumah aku..
iaitu rumah abg sulung aku.. tetapi anak2 dia yang tinggal..abg aku tu kami
sudah hantar dia pergi membuat rawatan.. tak perlu lah aku kongsi di mana..
tetapi dia memang baik baik sahaja. mudah-mudahan
akan menjadi seorang manusia lagi...
semua kerana cinta boleh merosakan kemanusian dan menghilangkan akal 
kepada seseorang..

entah lah..
berbalik cerita tadi..

Aku terlihat pintu rumah mak aku pun dah terbuka. aku pun ikut sama keluar..
anak-anak buah aku semua keluar..

lantas abg aku bertanya...

" kenapa ni ? "

anak buah ku menjawab " ada jiran mabuk datang rumah dan terus bergaduh dengan anak  buah ku yang seorang lagi "

entah lah..
dulu kami semua tenang..
bila masing-masing dah besar. mereka pun pandai buat hal . bergaduh sesama mereka.
aku tension.. aku stress..

sepupu bergaduh sesama sepupu.. kawan datang bergaduh sesama kawan..
kawan datang bergaduh dengan orang yang dalam rumah..
bergaduh dengan girlfriend..
bergaduh sesama anak beranak....

aku tension.. kadang sampai terfikir...

"agaknya kalau ada yang mati.. tak sengaja terbunuh.. baru dorang ni semua nak berubah. nak insaf"

aku rasa tak aman.. semua ni..bukan kehendak aku..
aku teringin sangat hidup yang dulu..
tenteram..


Jiran ni bukan jiran terdekat. rumah nya  berhadapan lorong rumah aku..
kalau jiran terdekat tu mungkin berselang rumah lah kan..

entah kenapa pagi pagi di bulan Ramadhan kusyuk sangat meneguk air kencing setan..
dah mabuk lupa diri sebuk datang cari pasal kat rumah KAMI...

Kata anak buah aku lagi..
jiran yang mabuk itu .. kami memanggil nya " pakcik "
yer seorang tua..  dia datang dengan keadaan mabuk dan terus menampar kepala anak buah aku.
dan dorang semua berbalas tumbukan...

jeritan dan teriakan ..bunyi2 tumbukan. orang bertempik..
itu yang buat aku stress aku trauma. kalau boleh selamanya aku tak nak dengar lagi...


Aku menanti di luar rumah sehingga anak buah aku mengusung pakcik yang mabuk itu
naik atas motor dan hantar nya pulang kerumah...

aku memandang jijik orang macam tu., sudah lah mabuk. buat hal di rumah orang,.
menganggu KETENTERAMAN hati aku...

Mak terus bersuara
" sudah lah tua.. nak mabuk2 kacau rumah orang "
geram...
nak luah kan ceramah pun belum tentu dia dengar..
kalau dengar pun otak nya tak berfungsi..
dia pengsan dah kena belasah ... huhu

aku pun geram juga.. motor dah jauh ke hujung lorong..
aku menjerit..

" kau cakap dengan mak dia jugak ! "

MAK dia kitorang panggil nenek.. biarlah mak dia dapat secure anak tua nya itu..
jangan kerana anaknya mabuk..
ketenteraman kami tergugat..

walaupun keluarga kami tak baik mana..
tapi sudah sudah lah datang membuat onar satu persatu.
aku stresss dan trauma...

Kalau aku jadi anak2 buah aku...

.::. tak kuasa aku nak hantar pemabuk tu balik rumahnya biar dia baring atas jalan tar sampai dia sedar sendiri..

yang anak2 buah ku pun satu hal juga..masih buat perangai lama agaknya...
" YA ALLAH... di bulan Ramadhan kali ni.. aku berdoa semoga mereka semua dilimpahi hidayah dan rahmatmu.. putihkan semula hati hati hitam mereka YA ALLAH.... amin... "

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir