Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, August 20, 2011

buat insan yang pernah menjadi sahabat ku...

Aku terlalu ingin sekali bercakap tentang kau..
aku selalu ingin kita bersama macam dulu..
bermain bersama. bercerita.. berceloteh tanpa henti..
ketawa tak kira di mana tempat.
langsung terlupa  berapa usia kita. adakah masih di bangku sekolah rendah.
atau dah bergelar anakgadis...

Sesungguhnya aku ingin sangat kita kembali macam dulu..
tapi setelah semuanya nya makin berjurang. dan jurang semakin besar.
aku takut.. takut untuk memulakan langkah..
mengatur langkah dekat dengan kau...
untuk merapati diri mu yang semakin jauh dari aku..

Tapi aku tak menagih sempati..
kau tak faham. kau tak pernah faham apa aku rasa..
cuba kau letak kan diri kau di tempat aku...

tapi aku tahu. kau tak dapat rasa apa yang pernah aku rasa.
sebab kita berbeza...

Hurm.. aku nak sangat ulang kenangan kisah kita.
mungkin boleh di ceritakan pada generasi2 kecil "kita" nanti..
sampai bila nak memanjangkan sengketa..
entah ...

Aku sendiri tak ada jawapan..
apa yang pasti,
aku masih aku yang dulu..aku masih di sini..
di rumah ini. bersendirian..
tak ada perubahan.. di status aku.. di hati aku. di jiwa aku.
aku masih sama..

kau je yang semakin berubah..
maju.. langkah ke hadapan.... jauh... jauh meninggalkan aku..
semakin jauh...


Aku di kejauhan ni.... walaupun nya pada jasad kita dekat je.
masih berjiran walaupun tidak ku tahu adakah kita masih berstatus "sahabat"

aku di kejauhan ni berdoa..
semoga suatu masa. kau yang sudah maju ke hadapan.
sudah jauh melangkah..
akan toleh ke belakang untuk memberikan kan aku seulas senyuman

dan mungkin akan memimpin tangan aku.
membawa aku .. dan 
kita bersama. 
mungkin boleh seperti dulu kan..
bersahabat. bermain. bergelak ketawa. dan berkongsi rahsia..
segala-galanya milik kita
sahabat dunia akhirat...


Aku masih berharap ***


.::. Ptg Jumaat aku membawa Ryan bermain di luar.. entah macam mana... tetiba kereta dia memasuki lorong..
walaupun perlahan. tapi aku tetap berlari menghampiri Ryan dan mengangkatnya supaya tidak menuju ke arah kereta yang sedang memasuki lorong.. hmm.. tak ku sangka kau akan berhenti.. aku hanya mampu tersenyum.... dan kau menurunkan tingkap. dan aku dgr kau bersuara.. bercakap..menegur entah siapa...

tapi aku TAK TAHU KAU BERCAKAP pada aku atau Ryan? Aku tak dengar butir bicara kau... 
aku terkedu.. aku terpana... aku seolah-olah berkhayal.. langsung aku tak dengar


Kalau kau dapat rasa apa yang aku rasa..
mungkin aku lah manusia yang paling bertuah ada sahabat sejati macam kau.

dan aku masih tak faham kenapa aku masih tak mampu mengawal air mata aku bila bercerita kisah persahabatan kita.. :'( heeee aku tak tabah macam kau kan.. kau mampu bahagia bila ingat kisah kita. tapi aku
sentiasa mengalir air mata.. 
hmm... 

maafkan aku  kerana masih berharap... 




" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir