Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, April 27, 2013

samb kesedaran yang sedikit

Bersambung...

Sengaja aku sambungkan...
malas nak meluah rasa kat satu page je.

Bulan lepas.. aku pergi Pengkalan Chepa kan.
Kat sana aku meluahkan rasa. Live.. hehee
Aku sebenarnya malas nak menangis,.
Tapi untuk memahamkan abg aku yang lagi sorang ni aku terpaksa mengeluarkan air mata ni yang
sangat mudah mengalir saat tu.

Dia bertuah.. memang dah lama duduk dalam tirai besi.
Hmm. cuba meminta minta.. bermacam macam..
Memang la aku dah bekerja, tapi aku sendiri tak cukup.
Dia nak suh aku usul kan permintaan kat abg..
Dan aku sendiri pun kurang komunikasi dengan abg sekarang macam mana nak communicate..
Susah..

Memang lah susah aku nak luah kt sini sambil tersirat sirat kan ayat.
Hmm.
Beza nya aku dengan abg aku  yang tu memang memang adik kandung.
tapi aku.. tapi aku .. PERSOALAN NYA AKU.


memang memang lah kan keistimewaan kami berbeza..
DIA duk pertikaikan..  " abg minta  dapat je. kenapa ko minta tak dapat ? "

hmm memang la ko dapat. dah kau adik kandung dia. satu bapak lain mak..
AKU.. AKU NI sapa ? aku ni bukan sapa sapa dalam hidup dia. memang tak lah dia nak ingat aku
or tunaikan apa yang aku nak...


Aku ni memang orang luar..
membalas hutang budi yang sampai mati entah bila tentu habisnya.
Berhadapan dengan orang sekeliling yang terlalu meluahkan rasa susah.
membuatkan aku ingin membantu walaupun aku pun entah lah..

oh ya : : jam saat ni 6.58am... 2 minit lagi nak balik. sekarang aku nak mengemas,
masa untuk perjalanan pulang ... semoga selamat semua hendaknya.

Entah bila aku nak berubah kan. Ya Allah .

kesedaran yang sedikit

Assalammualaikum..

Pagi ni kerja tak banyak sangat. Nadia pulak shift dah berbeza dengan aku.
Beza sejam. so sekarang ni dia dah selamat sampai rumah dah gamaknya,.
Tinggallah aku terkontang kanting tunggu masa nak balik..
Sementara menunggu masa yang lagi beberapa minit ni..
Aku selak selak lah .. ceh macam boleh selak plak belog ni. hehehe
Aku click click older post lama lama dulu.

Aku baca saat dulu.. Aku agak senang runding dengan abg aku.
Tegur. cakap depan2. senang sms mintak apa apa. walaupun tak kan dapat..
senang sms bagi tahu apa apa.
Sekarang sejak dia dah berkahwin.

Bila nak msg je.. aku fikir panjang..

Entah entah bini dia delete msg aku. bini dia dah lah !%#!$%
huhuhu aku gunakan bahasa yang tak di fahami
kang cakap aku buruk kan orang pulak kat belog huhuhu.

Entah lah. kadang rindu dengan abg aku
Dia mesti tak sedar apa yang dia dah lakukan.
Dia langsung tak amik tahu pasal aku..
Pasal rumah. entah entah dia tak pernah ingatkan tok. ingatkan wan.
hmm.. Abg dah lama tak bertegur dengan mak. dari bulan puasa lagi.
Dan now. !! puasa pun akan menjengah lagi tahun ini..
Nampak.. sangat lama.. sangat lamaaaa..

Sungguh membuatkan aku makin menyampah dengan bini dia.
Aku bukan nak salah kan bini dia.
Tapi aku cukup tak suka kalau kehadiran orang baru memporak peranda kan hidup kami sedia ada.
Ceh. aku xnak salah kan dia.
Tapi entah la. aku cenderung rasa dia adalah orang yang kena pertanggungjawab kan hal ni sebenarnya..

Abg sekarang umpama hidup dalam dunia sendiri.
Dia pikir janji dia tak lapar.  bini x lapar anak x lapar .. janji dia tak susah. so semua done.
Dia tak lihat sekeliling dia. dia tak lihat aku.
Alahh aku pun bukan adik kandung dia..
DATTTT ITTTT... aku selalu lupa siapa aku dengan dia.

AYAT UNTUK DIRI SENDIRI : : dear si saggitarius.. which is  ME !! tolong lah ingat..
kau dengan dia dengan family tu semua tiada kaitan. kenapa nak terhegeh hegeh nak buat perangai lama.
nak hidup dengan dunia sendiri nak raih simpati nak tunjuk perasaan nak mogok lapar. nak tarik perhatian orang nak stress tension n hidup dalam tekanan sedangkan tak de siapa akan sedar semua itu.
Ingatlah diri sendiri tu orang luar. orang yang tak ada kaitan dengan sesiapapun..
kenapa nak meraih simpati jadi bodoh semua itu,, tolong ingat impian azam dan mimpi serta angan angan yang dah di buat.  yang ko boleh hidup tanpa semua di sekeliling kau dan kau bukan bergantung dengan orang lain .!!!!


damai selalu

letih melukis impian..
penat mengejar mimpi..
aku nak berehat.
aku nak tenang..
aku nak damai selalu

Pantas

Assalammualaikum..


Jam saat ni menunjukkan pukul 6.06am..
Hmm.. cepat masa berjalan..
Dan May akan menemui kita beberapa hari saja lagi..
Dan aku.. Impian aku. entahlah..

Banyak silap dalam hidup aku yang dah aku buat.
Kekadang aku tak tahu bagaimana nak mula semula..
Kekadang perangai lama seakan menjengah kembali..

Membuatkan aku teringin berbaring.. lelapkan mata.. berehat..
berangan.. online.. dan online. tenguk tv.. dan melepak di dalam bilik berhari hari lamanya..
tanpa makanan.. minum bila perlu.. mandi bila nak mandi..
Sadis.. keadaan itu.. Sakit sebenarnya hidup dalam dunia sendiri..
tak bercampur orang. tak berjalan sangat.. cuma sekitar dalam bilik..
sekitar dalam rumah. langsung tak jengah matahari..
Teruk.

Cukuplah kisah ngeri itu.
Aku tak mahu berulang lagi...

Tapi sebagai manusia biasa.
Aku teringin bermalas malasan seperti dulu.
Tenang..kekadang tenang. kekadang serabut.
Serabut sangat..


Pantas sungguh masa. ni sekarang dah dekat May..

Perancangan yang menimbun dan semakin menimbun.
Bebanan yang dah semakin berat..
Masa yang seakan meninggalkan aku..
Usaha yang kian tipis dan tak seberapa..
Dapatkan aku pantas mengejar..

Pantaskah aku merealisasikan semua mimpi dan impian.

Dengan kesakitan yang kian entahlah..Aku taknak kupas semuanya..
Insyallah.. sakit ni datang menguji aku.
Moga aku kuat..jalani takdir aku ini..


Dugaan lagi. insyallah

Assalammualaikum..

Hmm. setelah aku meluangkan sedikit masa mencari info tentang
sakit yang aku alami sejak akhirakhir ni.
Aku rasa takut sesangat ..

Tempoh hari aku demam..
Tetiba ahad ritu bersamaan dengan 21hb aku dapati ada something kat tubuh aku.
Aku rasa semakin sakit.
dan kekadang denyutan makin kuat..
Aku cuba bertahan..
Tapi hari ini.. entah lah.
berdarah. mengeluarkan nanah..
Aku seakan takut nak kongsi dengan sesiapa.
Cuma Nadia je aku share kan
Aku tahu... kongsi dengan dia tak kan ada kesan apa apa.
So dengan dia je menjadi tempat aku kongsi dengan kesakitan  yang aku alami buat masa ini..

Ya Allah.. aku pasrah andai ni semua dah tersurat..
Doakan aku kuat,
Untuk membuat pemeriksaan dalam masa terdekat ini.
Entah la..
Aku buntu..
aku tak mahu sebenarnya membuat pemeriksaan dan terima hakikat.
Biarlah aku tanggung semuanya

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir