Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, October 05, 2013

aku takut gagal

Assalammualaikum

Hai,,  aku takut gagal.. tambahan pula dalam tempoh hampir dua tahun ni dah mcam mcam kesilapan aku buat.. benda ni jadi bertambah buruk .perkara ni dah bertambah tambah membuat kan aku stress aku malas nak share nan kengkawan aku rasa takkan ada yang faham..

Dengan sikap terburu buru ni , aku dah buat keputusan yang tak berapa sangat nak aku fikir.
dengan sikap yang tak stabil ni aku dah membuat sesuatu yang akhirnya merugikan aku dalam jangka panjang..
aku buat untuk orang lain. what do i expect ?

susah aku nak luahkan di sini bila  semua ayat ayat masih berkias masih belapik.
susah untuk jadi aku yang sentiasa menghampiri kegagalan..


mcam mana untuk aku dapat peluang baru sekali kali lagii ini..
aku nak juga perjalanan hidup yang smooth macam orang lain.
tapi kenapa aku seringkali hampiri kegagalan..
guess what ? hidup aku sekarang macam roda dan aku skrg kena lalui semula apa yang aku rasa dulu
hidup tanpa kengkawan.
aku tahu kawan kawan baru skrg belum bisa kenal aku . siapa aku.
tapi sekarang mereka tiada...


gagal.. hmm aku tak mahu kegagalan,,
izinkan aku mulakan hidup baru perbaiki segalanya.
dan harapan yang menimbun memang skali lagi aku tpaksa tolak ketepi.
sahabat baru dan lama.akan aku menyapa di saat aku mempunyai sedikit semangat.
kerana saat ini aku betul betul down..
aku takkuat untuk berdepan dengan manusia yang tak pernah jatuh..


di saat aku sendiri  di saat aku tiada apa apa.
di saat sekarang ni biarlah aku bersama diri aku mencari sedikit kekuatan
untuk bangkit buat kesekian kalinya.
semoga ada lagi peluang dan rezeki allah buat hambanya yang lemah ni
semga ada hikmah untuk segalanya

Thursday, October 03, 2013

Bisikan Rinduku

Dengarkan bisikan kalbu ku
Sungguh besar mencintaimu
Rasakan, rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

Mencintaimu menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri
Walau pedih ini sungguh perit
Akan ku relakan asalkan dia bahagia




Rasakan, rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

Mencintaimu menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri
Walau pedih ini sungguh perit
Akan ku relakan asalkan dia bahagia
Tuhan kuatkanlah hati ini

Asalkan dia bahagia
Asalkan dia bahagia



lagu  ni tertiba jer ulang ulang n stuck dalam kepala otak aku....
YA ALLAH   aku betul betul teringin sangat dengar suara milik nya.
aku sering berdoa agar dia selalu rasa seperti mana aku rasa..
sungguh aku berharap ada magic akan berlaku..
seperti masa lalu..
saat itu aku terlalu sangat inginkan dia hubungi aku.. dengan linangan air mata kerinduan
dan rasa rindu yang terlalu dalam.. tetiba dia hubungi aku dan kami menangis bersama
ya allah indah sungguh perasaan itu..
hadir kan lah sekali lagi dan terbitkanlah perasaan lama ke dalam hatinya..
ya Allah ya tuhanku .. bahagiakan lah dia insan pertama yang sungguh sungguh aku cinta.
semoga jodoh kami masih ada...

Rezeki milikNYA

Assalammualaikum,

Hi, sempat juga aku menjengah di sini pada lewat hari ini.
Alhamdullilah..

Esok bermula lagi hari yang baru buat aku.. dan esok jugalah terulang kembali segala usaha penat lelah... episod yg baru tapi cerita masih yang sama..
adakah aku masih bernasib baik ??


Sukar untuk aku memahamkan seorang dua kawan baru..
sukar sangat ... apatah lagi mereka mula muncul di ruangan hidup pada zahirnya.
pada realitinya..  samar samar aku mereka belum kenal lagi.

jadi aku terpaksa langkah pelahan .. derap kaki yang sangat pelahan biar tiada sesiapa terkesan
dengan pemergiaan ini..
aku buntu .. dan juga bimbang sebenarnya..
buntu melukakan sebuah perasaan yang membuahkan rasa persahabatan..
bimbang tiada lagi hubungan atas dasar sahabat..


buntu aku.. huhhhh.. (mengeluh)

ya allah .. aku tahu banyak kekhilafan aku sepanjang aku bernafas di bumi mu ini.
aku pinta kau murah kan la aku sedikit rezeki lagi . beri lah aku kesempatan memperbaiki segala nya yang kurang.aku  beranikan diri mencuba lagi berusaha lagi untuk memperbaiki segalanya supaya masih ada kesempatan untuk aku menjadi orang yang baru. setelah aku gagal di takuk ini..
aku percaya rezeki mu luas.. dan aku hanya perlu terus berusaha mencari dan akhirnya bertawakal kepada mu allah..


Moga esok membawa satu berita gembira buat aku.. terlalu banyak hendakku betul kan.
terlalu banyak hendak aku ubahkan.
semoga esok. menjadi titik permulaan usaha aku . insha allah aku percaya dengan rezeki dan kesempatan mu ya allah akan membuahkan hasil ..
\

Wednesday, October 02, 2013

kehidupan

Assalammualaikum...


Hi, saat ini jam 2.22am
Aku  masih mencari sisi sisi lain dalam diri aku.
hampir 25 tahun. aku hidup di dunia Allah ini tapi masih belum mengenali diri aku sendiri.
kesian sungguh aku ni.

Ya Allah .ampuni lah dosa dosa hambamu ini

 Aku mencari redha mu ya Tuhanku.

untuk apa kita hidup  ?
hmm
soalan ni menyapa minda ku di saat ini.
walhal aku terbaca lewat pagi hari ..

Aku ingin skali mencari redhamu
semakin banyak aku citakan semakin jauh
allah, aku ingin skali capai sgalanya yang   aku bayangkan
sisi sisi kehidupan aku yang berbeza mengubah aku menjadi keras hati
dan tak terjangkau untuk mengapai yang satu








october

Assalammualaikum.

Hai , Alhamdullilah.. aku masih ada kesempatan lagi untuk singgah di ruangan ini.
semakin aku kurang menulis semakin kurang luahan perasaan dari diri ini..

Aku telah pun membuat sesuatu keputusan yang entahlah,, risiko?? ya allah.
aku semakin lupa apa yang pernah berlaku pada diri ini kan..

Dah lama rasa nya aku tak menyingkap kembali kisah yang pernah  berlaku.
teman yang baru mudah memberi pendapat pandangan tapi mereka takkan pernah tahu apa yang jiwa aku rasai apa yang aku alami sebelum ini..

W.. dah semakin jauh dari aku... sumpah hingga kini sikit pun aku tak boleh lupakannya..
Dia insan yang sering sedarkan aku... pimpin aku walau samar samar hmm..
aku sebenarnya tak nak tunjuk aku lemah tanpa dia.
tapi aku dah terlaku kan ..

ya allah.. hmm tak tahu dah macam mana dah nak rasa di saat ini.
kosong . samar samar.
aku rindu suara miliknya.
sering mengejutkan aku dari mimpi supaya terus melangkah.
dapatkah aku melangkah lagi saat ini walaupun gengaman tanganya dah lama terlerai.

Manusia apakah aku ini. ?
mana impian mana harapan mana usaha mana berserah???
aku tak mahu membatu lagi di saat  semua usaha lenyap.
aku tak mahu jadi lemah.
W ... temani aku. bersama aku dalam bayangannya.
Allah sentiasa ada bersama aku.
In Sha Allah semangat akan bertiup lagi dan lagi

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir