Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Thursday, October 03, 2013

Rezeki milikNYA

Assalammualaikum,

Hi, sempat juga aku menjengah di sini pada lewat hari ini.
Alhamdullilah..

Esok bermula lagi hari yang baru buat aku.. dan esok jugalah terulang kembali segala usaha penat lelah... episod yg baru tapi cerita masih yang sama..
adakah aku masih bernasib baik ??


Sukar untuk aku memahamkan seorang dua kawan baru..
sukar sangat ... apatah lagi mereka mula muncul di ruangan hidup pada zahirnya.
pada realitinya..  samar samar aku mereka belum kenal lagi.

jadi aku terpaksa langkah pelahan .. derap kaki yang sangat pelahan biar tiada sesiapa terkesan
dengan pemergiaan ini..
aku buntu .. dan juga bimbang sebenarnya..
buntu melukakan sebuah perasaan yang membuahkan rasa persahabatan..
bimbang tiada lagi hubungan atas dasar sahabat..


buntu aku.. huhhhh.. (mengeluh)

ya allah .. aku tahu banyak kekhilafan aku sepanjang aku bernafas di bumi mu ini.
aku pinta kau murah kan la aku sedikit rezeki lagi . beri lah aku kesempatan memperbaiki segala nya yang kurang.aku  beranikan diri mencuba lagi berusaha lagi untuk memperbaiki segalanya supaya masih ada kesempatan untuk aku menjadi orang yang baru. setelah aku gagal di takuk ini..
aku percaya rezeki mu luas.. dan aku hanya perlu terus berusaha mencari dan akhirnya bertawakal kepada mu allah..


Moga esok membawa satu berita gembira buat aku.. terlalu banyak hendakku betul kan.
terlalu banyak hendak aku ubahkan.
semoga esok. menjadi titik permulaan usaha aku . insha allah aku percaya dengan rezeki dan kesempatan mu ya allah akan membuahkan hasil ..
\

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir