Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, December 22, 2012

Bertambah

Assalammualaikum..

Alhamdullilah . Aku masih di beri peluang untuk hidup lagi di Bumi Allah ni..
Tempoh hari genap usia ku yg ke 24 tahun.. Usia begini patut nya banyak pencapaian
kejayaan demi kejayaan  yg selari dengan usaha..
Tapi aku kesal.. usaha tak seberapa. maka pencapaian dan kejayaan langsung tak membuahkan hasil.

Hari kelahiran yang dulu kerapnya di sambut sekeluarga. Arwah nenek ku akan pastikan setiap ulang tahun kelahiran aku akan di sambut dengan meriah. kek makanan jemputan. sangat seronok mengenang semua itu..Even tak berbelanja besar atleast sebiji kek pasti tersedia di hari bahagia itu untuk aku..

Bertambah usia ini .. tapi harapan masih banyak terbengkalai. dan aku sendiri makin tertinggal untuk
mengejar semua keinginan yang selalu aku impikan..

Impian impian dah semakin berhabuk.. dah tak terdaya dah kadang aku nak memenuhi segalanya ..
Aku dah semakin terlambat kan...
Hidup tak smooth macam orang lain.perancangan hanya terlekat dalam hati. tanpa sedikit usaha yang terhasil..

Bertambah impian dan sepatutnya bertambah keinginan dan juga bertambahlah usaha..
tapi aku ? masih seorang yg berpeluk tubuh menanti keajaiban.
keajaiban yang tak akan datang..


Tahun baru akan menjelma tak lama lagi..
teringatkan azam yang lampau ?
aku mengeluh. bertambah2 azam..
menimbun2 angan angan .
dan aku. hanya mampu senyum separuh...


" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir