Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, December 22, 2012

Hasrat hati

Bila jari jemari menari di atas keyboard...
menderu deru luahan hati ini ingin terluah. rasa terbeban menyimpan suara hati yang dah terpendam pendam,
SAKIT.. teramat sakit..

tak terdaya nak berkongsi dengan seseorang.. risau di ketawakan. risau di cercakan. risau di sindir. di cemuh.. risauu. risau sekali..


Hasrat hati ni terlalu banyak. dan semakin bertambah dengan seiringnya masa dan situasi..
Tenguk orang lain buat. hati ni dah terdetik. aku pun nak juga buat. erm. tapi hampa.
orang lain dan aku memang berbeza..

Hasrat di hati ingin sekali meneruskan menyambung pelajaran.
mempunyai sesuatu .pencapaian yang boleh di banggakan.
terlalu lama tertangguh. dan semua itu kadang datang dan pergi.
Aku kekadang rasa dah terlalu penat. dan dah terlalu ketinggalan nak di banding dengan rakan sebaya..
memang aku yang tiada apa apa pencapaian.

Jangan tanya kenapa kalau aku tak turut serta reunion gathering dengan kengkawan lama.
semuanya KERANA aku terlalu malu dengan diri sendiri ..

Memang tiada pencapaian baik dari segi apa pun..

Hasrat itu tiada. semangat ada. tapi datang dan pergi.
usaha ? ermm. mengeluh. huhh.. entah lah. aku tak mampu corak diri sendiri,
aku masih tak terbiasa berdikari sebenarnya.,  aku masih tak mampu nak buat sensorang
sebab itu aku masih ketinggalan..
tapi hasrat ini ?
hasrat hati ini.. entah lah.


" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir