Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Sunday, October 02, 2011

sampai bila ?

Masa kecik2 dulu...
aku ni kategori tak nakal mana lah..
aku cuma suka menanguh2 kerja sikit..pemalas. huhu
kalau Arwah Tok suruh buat sesuatu.. aku cakap kejap kejap...
bila dah kejap2. terjadi lama.. dan seterusnya aku terlupa nak buat..
so kena lah marah..

hmm point kena marah.. kebanyakannya atas sebab sebab yang macam tu je la.
 n suka melawan cakap sikit.
coz aku kalau rasa betul. aku suka nak menjawab..
bagi orang2 tua perkara tu biadap...
tp aku just nak mempertahankan hak aku je..
berani kerana benar maa..
hohoho..


Tok suka mengugut aku...

" hang jangan degil.. kalau degil.. ketegaq aku hantaq hang sekolah jahat.. "

huhu takut kot dengar ugutan dia.. sikit2 ugutan dia macamtu..

tak ke sekolah jahat. dia nak hantar aku masuk rumah anak yatim....
dulu aku agak hairan .. pesal lak rumah anak yatim..  aku kan ada ayah . ada mak.
alahai. masa tu kan kecik lagi.. time2 baru masuk sekolah rendah..
budak budak apa tahu. hohoho..

tapi ugutan demi ugutan tu lah ajar aku jadi manusia.
AYAT ~! haha ayat aku macam dah jadi manusia berjaya lagak nya aku ni hahahaha
lebih lebih lagi. ada satu hari ni..
ada seorang abang aku berkain pelekat.. jalan terkengkang kengkang...baru lepas bersunat.
tapi di sebab kan aku masih kecil.. tak tahu apa apa..

lantas dengan rasa ingin tahu.. aku tanya berkali2 ..

" tok kenapa dengan ali tok. kenapa dia macam tu "

jawab tok ... " sebab dia degil.. tu pasai jadi lagutu "

cis. lagi lah aku takut... so aku tak lah jadi budak degil..
tak berani langsung nak degil.. takut kena hantar sekolah jahat. rumah anak yatim.. dan kena jalan terkengkang2.. alahai budak2..
menipu pun aku tak berani.. jumpa duit Rm 1 kat tangga pun aku bagi kat guru kelas..
mencuri duit sepuluhsen pun aku rasa berdosa sangat.

aii suci nya aku dulu... huhuhu

Hurm...


--------------------------------------------------------------

Ada sekali tu aku pergi tolong satu function ni... memang dari kecik lagi Tok galakkan aku tolong2 apa apa 
yang patut kat bisnes dia.. function ni kat Rumah Bakti Ulu Klang.. rumah anak-anak yatim lah kan..
aku ni jenis hati cepat tersentuh.. kesian tenguk anak anak yatim. tak ada mak ..
tak ada ayah. kecik2 lagi..
ada yang baya baya aku.. tenguk orang mintak sedekah kt pasar malam pun aku tak berani.. 
rasa segan je nak lalu kat depan orang tu. mesti aku jalan cepat2.. tak sampai hati .. aku sedih.. 


huhu tak sedar diri pun dua kali lima dengan anak2 yatim.. hurm..
then.. entah macam mana aku macam nak hafal je jalan jalan menghala Rumah Bakti tu..
sungguh. aku macam nak ingat2 sendiri jalan tu..



--------------------------------------------------------------


Bila hati tengah bersedih.. baru lepas  kena marah..
Tok kalau marah.. macam-macam perkataan keluar dari mulut dia..
memang terkesan di hati aku sampai ke tua gamaknya..
Aku menangis2... mesti aku ambil beg sekolah 
yang dah tak guna.. aku packing baju baju...
aku mana lah ada beg balik kampung.. coz aku tak ada kampung pun..
so guna beg sekolah je lah.. aku lipat segala baju.. lengkap.. aku susun elok2. 
sambil kesat2 air mata.... siap bawak fotostat surat beranak , lipat dan simpan dalam poket beg..

Aku menangis sepuas-puasnya sambil mengemas packing kain baju dalam beg..
dalam kepala otak aku dah susun strategi.. nak jalan kaki lalu highway berdekatan dengan rumah aku
tuk terus g Ulu Klang.. aku nak g rumah bakti..
Aku nak duduk dengan anak anak yatim..
siap berfikir nak berdialog apa dengan Makcik yang jaga anak2 yatim..
aku sedih. aku tak nak duduk sini lagi. aku tak nak kena marah..
tak ada siapa sayang aku lagi..

Tapi dalam hati berkira kira tu.. kang kalau aku eksiden. 
sudah lah aku kecik lagi.. highway tu dah lah banyak kereta..
lagi pulak tak pernah nampak pun orang jalan kaki kat tepi highway...
so selesai mengemas. selesai berfikir panjang lebar.
aku tetidur..
begitu lah aku ....

Begitulah aku sampai sekarang....
yer... !

sampai sekarang...
aku menangis.. dan packing baju.. yang beza nya cuma..
aku sekarang dah ada beg balik kampung.. even tak besar mana..
aku  ini masih yang sama....
Destinasi pun sudah berbeza... aku tidak lagi ingin menuju ke Rumah Bakti..
tapi aku sendiri TAK TAHU ke mana arah aku nak pergi.. 

Aku masih packing baju.. 
Aku membiarkan  baju terus dalam beg...
aku tak keluar kan.. melainkan aku nak pakai.. 
sehinggalah tiada sehelai baju dalam beg...

dan bila bersedih..bila menangis..
dan rasa ingin pergi dari sini..
aku akan packing lagi...

begitu lah aku... dari zaman kanak2.. hingga ke saat ini..

kenapa aku tak boleh2 lagi keluar dan pergi dari sini?
kenapa?

there 's no place feel like home kan ?
mungkin aku da terbiasa duduk kt rumah aku..
tapi sampai bila. 

adui... 

Sampai bila ?

kan BEST kalau...

hurm... baru baru ni..
mmg airmata akrab menemani aku..
saban hari...

Bila bersedih.. hati pasti mulai bersuara..

kan best kalau..
kan best kalau..


tapi semua nya KALAU...

paling aku ingin sekali..

kan best kalau aku ada family sendiri..
mak ayah...

iskk.. Aku teringin sangat ...
dari kecik aku selalu mengimpikan suasana happy family..

Hanya ada aku.. mak.. ayah.. adik..

cukup kami berempat..  masa zaman kecik2.. aku selalu berangan..

Aku memimpin tangan ayah...
ibu memimpin tangan adik..
suasana berlatar belakang kan escalator
konon2 macam kat pusat membeli belah lah..
jalan jalan shopping..

AHH angan angan kanak2 .. langsung tak pernah jadi kenyataan...
walau seribu tahun lagi kan....
sigh ~

kan best kalau ada tok ...


Bukan bermakna bila aku susah .. bila aku sedih.. baru aku nak ingat . kenang tok. Bukan !
Aku cuma rasa nak berkongsi cerita dengan tok..
kadang aku berdialog sendirian..
seumpama macam tok ada di sisi aku..
macam orang sakit mental.
entah lah aku ni still waras ke tak..

macam macam KAN BEST KALAU....
MACAM2 .. semua nya dalam suara hati..
segan aku nak luah kan kat sini,,,
aku tak macam korang..
so korang.. enjoy ur life while u can :) huhu..
jangan jadi macam aku..
ahhh ,.

isk... kadang aku sendiri tak percaya macam mana aku boleh harungi semua ni,,
AKU cemburu lihat teman teman yang berjaya.. happy dengan family masing2..
boleh hang out nan kawan2. teman teman .. balik kampung..
tapi aku.. tak ada apa apa..
aku tak ada kehidupan.. aku cuma ada kenangan...

orang lain duk bercerita masa hadapan..
masa sekarang..cerita terkini...

esok kan.. nanti kan.. lepas ni.. lepas tu... seterusnya...

dan aku hanya terdiam..
dan sekali sekala cuma menyebut..

dulu kan.. hari tu kan.. masa kecik2 kan.. time skolah dulu kan..
time aku kerja kan..sebelum ni.. sebelum tu...

ahhh AKU CUMA ADA KENANGAN....
SHITT !

berikan aku peluang sekali lagi...

Aku sebagai seorang manusia biasa..
ada nafsu.. ada keinginan.. ada impian.. ada harapan..
ada hati dan perasaan..
ada... ahh ada macam apa yang korang ada lah.

hurmm.. kesilapan. kekhilafan..
Aku akui.. hidup tak sempurna..
langsung tak sama macam orang lain..
nak di bezakan dengan korang..
aku lah paling ketinggalan ..
Bukan aku nak merendah diri..
tapi perkara ni.. aku rasai sejak aku masih budak hingusan..
di awal usia lagi aku dah terbeban dengan kesulitan diri sendiri.
serius.. aku punya masalah seawal usia..

Perkara perkara macam ni lah yang membuatkan aku
agak merendah diri.. rasa macam tak ada keyakinan..
nak hadap semua yang mendatang..
kadang aku dah macam terduduk. tersandar. meratapi nasib sendiri..
Bukan aku nak menyalahkan takdir..
tapi hati kecil ni.. selalu sangat nak suruh aku compare diri aku dengan orang lain.
dan perkara tu membuat kan aku rasa STRESS..
stress yang bukan sedikit..

AKU harap sangat di berikan kekuatan... semangat..
aku tahu.. Tuhan memberikan kita ujian sebegini rupa sebab dia tahu kita boleh handel..
dia tahu kita mampu menjalani dugaan itu..
Tuhan tak akan membebankan hambanya..
Aku tahu....

Ya Tuhanku...
Aku mohon kau berikan kekuatan untuk aku harungi semua ini..
berikan lah aku peluang sekali lagi..
1 peluang saja lagi untuk aku melangkah dalam hidup..
Aku tak nak mati sementara..
hidup aku kosong..
Tunjuk kan aku satu jalan....
Dan Kurniakan lah insan2 yang sentiasa di sisi aku yang menyayangi diri aku..

saya ada puput

heee.. puput? apakah ?
P U P U T adalah nama seekor anak kucing yg sangat comel...
happy sgt aku ada dia dalam hidup ni..
Thanks Allah..

Tak silap aku .. dah hampir 2 minggu aku memeliharanya...
nama puput ni.. Mr W yang bagi..
pada mulanya macam tah apa apa je ..
macam tak ada nama lain..
tapi last last. aku terima je lah dengan redha. haha..

Puput ni  baru lahir.. masa aku jumpa dia..
aku rasa umur dia tak sampai seminggu.
kecik sangat.. jalan pun terkial2..
Aku jumpa seekor je.. mungkin Ibu nya tertinggal dia sewaktu
nak berpindah tempat persembunyian mereka..

Semenjak ada puput.. hidup aku berubah...
pagi pagi bangun. bancuh susu.. letak dalam pet nursing bottle..
susukan dia.. alahai comel je..
best pengalaman menyusukan kucing.. dah lama aku tak menyusukan kucing macam tu..

Puput isi masa lapang aku.. temani sunyi sepi aku..
Tapi sejak ada puput ni.. aku rasa macam aku asyik keluar lah pulak.
kejap kawan itu ajak keluar. kejap kawan ni ajak teman..
time kat luar... aku rasa macam nak balik rumah cepat2 je..
nak bagi susu kan puput..
tak sampai hati nak tinggalkan lama lama...

Dear Puput....
hope kau membesar dengan sihat nya..
maafkan aku kerana bagi susu bayi je kt kau.. hohoho..
Aku selalu doa kan kau supaya panjang umur..
tak sabar nak melihat aksi lincah kau nanti..
tak sabar nak main main dengan kau..
Panggil kau balik untuk makan..
Aku akan sayang kau selalu..
thanks kerana hadir dalam hidup aku..
ceriakan hari hari aku yang sepi...

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir