Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Friday, July 29, 2011

soalan soalan lazim..

Antara soalan2 yg selalu orang tanya kt aku..

" ko ni duduk sorang2. tak keje. mcm mana kau nak makan? "

Ok.. bagi menjawab soalan ni. aku kena betul2 lapar baru leh fikir. haha..
kang kalau tak lapar. tak feel sangat nak menjawab soalan secara tulus dan berhemah tinggi..

1st of all. rumah mak .. rumah abg. rumah abg abg aku dekat.. 
alaa bukan la aku independent sangat duduk sensorang. asal nak makan je
sampai kena membanting tulang ke apa ke.
tak ada lah macam tu.
mungkin kawan2 yang jauh dari aku. terbatas la sikit minda mereka nak imagin macam mana cara aku hidup.
wah. masam struggle bebenar je. haha. im survivor u noe . ehehehe


makan?
kalau dulu time aku kerja..... ceh.. dalam hidup aku ni. aku keje setahun setengah je..
dgn gaji bulan bulan .. opss. masa tahun pertama tanpanya la tu kan.
since duduk sensorang ni lah kan..
aku tanggung diri aku sepenuh nya..
makan pagi petang siang malam guna duit gaji aku..
termasuk tambang . dan semua la..
kalau tak cukup.. aku akan advance. hujungbulan bayar balik.. tgh bulan advance lagi.
hujung bulan bayar balik.. aku tak mintak2 free free.. is not me lah kan. :(

kadang2. aku makan kat rumah mak.. di sebab kan xnak la malu or rasa menyusahkan orang.
aku ajar diri aku supaya beli barang2 dapur untuk mak.
sayur.. ayam.. ikan bilis. telur.. beras 1 kampit..
haha beras tu aku just beli sekali je :P
ni time aku kerja la. berduit. so aku beli kan la..skg aku  x kerja..
satu benda pun aku tak hulur. iskkk...

itu cerita time kerja. bagi aku tak ada masalah pun.
sbb aku dah tentu2 melantak time lunch.. breakfast pun makan..
balik rumah makan.. semua guna duit gaji.
erti kata lain. aku tak meminta2. aku tanggung diri aku sepenuh nya dat time la kan..
ermm...
keseluruhannya.. baik baju raya.. tambang. or semua la dr hujung rambut sampai hujung kaki :)


sejak tak kerja ni...

Makan? aku pergi rumah mak la.. mak tak macam tok. mak masak apa yg ada je..
satu jenis je. n ramai pula tu nak makan..
Kadang aku g lah rumah mak. kadang rasa macam menyusahkan je..
dah la tak kerja..
lepas tu nak susahkan mak. yg dah sedia  susah..
hmm...

Kadang abg aku suruh pergi kedai beli makanan.. so.. aku dapat lah
beli untuk aku sekali.. kadang la.. kalau dia tak suruh..
tak makan lah aku... haha serius. da mcm boleh apply bersamamu.. iskkkkk...

Lepas tu.. tahun ni.... tahun ni lah kan. abg beli kan aku stock maggi..
stock telur ayam.. belikan aku milo.. beli kan aku colgate...
erk colgate tu masuk dalam list MAKAN ke? hahaha.. betul.. ni pestime.. baru tahun ni je..
lepas tu .. aku pestime minta duit kat dia untuk beli barang2 keperluan aku..
haa baru tahun ni aku minta . sebelum2 ni aku advance je. aku dah xda duit terpaksa la minta..

n kadang kalau dah lapar sangat. aku mintak juga lah duit kat abg aku  .. nak beli makan..
terpaksa.. sbb dia tak suruh g kedai. macam mana aku nak makan.. hahahahaha..
kadang dia suruh adik aku pergi kedai.. so aku still  x dapat makanan ..
sapa g kedai. dia lah dapat makan.. cam sadis kan hahahahaha...

Kadang aku masak...kalau ada lebihan2 bahan dr bisnes. tapi tak selalu lar.
coz menda tu pun nak nak d gunakan. so aku tak boleh lah nak amik utk masak sangat..
tapi kadang kalau ada bahan tu.. mmg aku masak lah utk perut sendiri.
kalau ada lebih.. bagi kat rumah mak sama..
aku xnak lah menyusahkan mak je.. ;)

erm.. ok kitorang ada bisnes..
then kalau ada org order..
n KALAU AKU TOLONG..
dapat lah aku makan..
selalunya kalau aku tak tolong.. aku malas. aku bangun lambat. aku tak ada mood nak keluar blik.
selalu nya sebab2 permasalahan jiwa dan hati dan kehidupan. yes aku ni sangat2 bermasalah. tp tak ada sapa
pun nak faham.. so aku lebih suka berkurung diri dalam bilik.bertemankan katil dan tilam serta bantal yang di sayangi selalu..

selalunya aku tak tolong. n aku tak dapat makan..
haha macam kejam kan? macam lah aku ni orang luar sangat.
WAT DE HELL. omg cam ne aku leh tak sedar diri. OPSS indeeed !!!!! AKU MEMANG orang luar. LOLX. aku typo ke. tp malas nak delete. banyak tol typo hahaha. aku lupa diri sekejap.aishh..

Bibik aku tu la. aka tukang masak. aka da macam anggap family da pun. dia sangat ANTI..
kalau aku tak tolong n aku amik makanan..
hahaha but AAK.. lantak la. aku tak heran pun... ko bagi aku amik. ko tak bagi. aku tak ingin..
muka dia masam je..

macam tadi. aku saja la test keluar...aku tak pandang dia . tapi just tenguk dr hujung mata je. aku taw dia
tgh pandang aku dan masam muka. AHHHHHH.. igt aku nak bukak periuk amik lauk la tu..
ohhh damn~!!!


tapi kalau aku tolong.. lembut je cakap.. amik la makan sikit. simpan utk malam..
untuk besok la apa lah.. hahaha.. do i care?
aku ni ada perasaan lah. dulu boleh je aku amik apa apa lauk yang aku suka.
kenapa sekrang nak bias bias.. abg.. mak. pekerja2 boleh je amik. tapi aku?

apa yg aku pegang .... KAU tolong. kau dapat duit. bukan nya kau wt kerja aku dapat duit.. aku tolong aku dapat duit.. aku tak tolong. aku x dapat. so apa kepentingan nya bagi kau? kerja kau d bayar sbb kau buat kerja..
bukan sebab kau nak CATU makanan utk aku..

ahh lantak... biar yang di ATAS shj buat penilaian. aku rasa macam teranaiaya.. tapi  lantak lah..
hidup bukan untuk belas kasihan.. ..hahah emo sikit aku PART ni... serius emo..

Aku sama sekali tak kisah lah..
sebab aku dah biasa sangat tak makan ni..
apa lah sangat kan. hahahaha.
dah bertahun aku hidup seorang..
aku pernah kena pulau.
wahh dasaat ayat kena pulau.
ye la. macam aku pun dah mati sekali je.
tak ada amik peduli amik kisah..

so aku dah BELAJAR..
so tak kisah lah... aku tak kisah..
sbb aku dah BIASA

hmm btw thanks kat abang.. kadang beli pizza. beli mekdi ..hulur2 kat aku..
kadang beli makanan tak habis pun dia hulur gak hahaha..
thanks jugak kat mak.. rajin tanya. dah makan? nak makan... hmm walaupun kadang tak ada lauk
mak tetap pelawa aku. anak malas ni hahaha.
thanks mak. thanks abg...thanks kakak..rajin masak. n smpan kan lauk tuk aku..
thanks to kak wit aku jugak. kak wit ni penyewa bilik kat rumah. n pembantu
dia rajin pelawa aku makan kadang..
thanks jugak kat bibik aku ..pernah bg makanan ..

haha da macam menang award plak kan.thanks sana thanks sini..
ermm aku hargai.aku tak lupa...
oke lah tu saje..
erm,,

THANKSS semua... abg.. mak... kakak... 
---------------------------------------

:: dulu aku rajin main poker. sekali aku terkenal nan abg ni . aku serius lupa lah apa nama dia..
dia tanya2 pasal aku.. pastukan.. bila aku ckp duduk sensorang. tak makan lagi. haha dia nak bank in duit.

" bak sini num acc. abg bagi duit. tapi ingat. beli makan je "

huhuhu gila baik laa. padahal baru je kenal..

lepas tu aku nasihat kan die balik..

" kenapa lah abg ni baik sgt. kalau ada orang nk amik kesempatan macam mana? dah la baru kenal.lps tu nak
bagi bagi duit pulak tu.. "

haha rupanya dia dah tersuka kat aku.. tapi aku tak rasa dia suka.AKU RASA DIA KESIAN je kt aku ni.. haha typical :)

Abg ni.. dia duda tak ada anak. wife dia meninggal dunia dalam kemalangan . n dia yang drive..
dia macam sedih la. dia yg drive. dia hidup. wife dia yang meninggal, kesian kan abg ni.
aku da lama x contact dia. dah lost contact. aku harap abg ni dah berkahwin lagi n hidup bahagia.. amin...


oh ya :: abg aku lebih suka tanya.. internet ok? pc oke drpd " ko da makan ? " haha terbaekk ~

jerawat

huhuhu jerawat 5 biji dalam satu masa...

ahhh ni dah kes parah.
serius aku dah tahap serius TENSION ..
before ni sebiji dua je tetiap bulan dekat2 period..

tapi ni dah kenapa. !
kenapa sampai keluar dengan begitu pesat membangun..
adess. bingung..
macam mana nak hilangkan tension aku ni....

oh god. pls help me...

Rindu

Aku rindu life aku yang dulu...
life yang di mana.. ada orang orang tersayang dalam hidup aku..
dulu aku mmg tak bebas, sebab Tok n Wan pun tak suka tenguk aku keluar sangat..
nak keluar boleh. tapi tenguk timing jugak lah.. tapi tak boleh kerap sangat..
kang kena bebel...

Masa kecik2 dulu.. pagi pagi je
Wan akan beli kan aku sebungkus nasi lemak dengan cekodok pisang..
sebagai sarapan..dan aku kena bancuh kan Wan milo 'o panas dan standby kan
roti kismis or Kuah apa apa untuk Wan cicah..
tenguk kan ubat Wan n Tok..

Then bila tengah hari.. Wan pergi ke masjid..
Ya.. Wan aku 5 waktu pergi masjid..
sebelum Wan balik dari Solat Zohor....
Aku dan Tok akan prepare makan tengahhari atas meja..
Selalu nya lauk ikan ikan ikan ikan.
dan dulu aku TAK MAKAN ikan. dulu lah.
sekarang dah boleh terima ikan dalam hidup aku,
Lauk selalu bukan sejenis lah.. Tok memang akan masak utk Wan.
kadang aku tolong kadang tak. haha aku ni pemalas..
kadang sampai kena bagi kata dua..

" hang nak makan.. hang tolong..kalau dak. hang toksah makan nasi "

actually bukan tolong apa pun.just teman kan kat dapur tu..
ada satu peristiwa ni..aku masih teringat..
aku sepatutnya tolong tok goreng kacang kalau tak silap.
but then entah macam mana . aku boleh merayap g rumah mak..
balik2 rumah je Tok dah membebel2. rupanya baju dia terbakar kena kat kuali.
baju dia jenis yang kena api boleh melekat tu..
nasib la tak kena kat perut coz pakai kain batik kan ..
huhuh cuak aku.. menyesal pun ada..

Hmm tapi sifat malas tu mmg susah nak pisah kan dengan diri aku..
mungkin sebab di manja kan. hahah wan pulak bekap kuat..
kalau tok suruh on suis kipas.. wan dulu yang bangun. kalau tok suruh
ambil air kat dapur..
aku memang liat. ye lah dapur gelap... tok n wan kat depan.. aku sorang sorang nak
g dapur .. memang melangkah setapak toleh belakang. setapak toleh belakang. sekali
tok jerkah. terus aku tak bergerak. akibat takut.. nak bukak lampu pun takut.
hahaha wan lah yang bangun ambik kan air untuk tok..
bila fikir2 .wahh penakut nya dulu aku. skrang relax je kt dapur. sampai kul 456 pagi..

Bila dah petang..selalunya .. kami akan berbaring sambil tenguk tv..
aku baring sebelah tok. dan wan duduk atas kerusi kesayangan dia..
Kalau tenguk tv.. actually tok ni tak nampak sangat. dia mendengar je la..
dan aku kalau tenguk tv. dengan sepenuh perasaan..
selalu nya tok akan tanya..

" haa da sampai mana ni haa.. apa jadi kat orang tu.. "

" laa awat pulak lagu tu. macam mana depa buleh tahu pulak ni "

hahahah jawapan aku simple je...


" alaa tok panjang la cite die... "

teruk kan aku? memula aku layan la. aku cite kan aje la pasal drama tu kat tok. bila tiap kali
tenguk tv je tok asyik tanya.. aku terus jawab " panjang lah cite dia "
memang biadap..kalau ada Nab kat rumah hahah Nab lah yang melayan. Tok memang tak kan tanya aku.
semua Nabila..

"Nabila. ambik kat aku ayaq segelas sat.."

" Nabila gambaq ni da sampai mana dah.."

Nabila lah yang jawab semua pertanyaan. pernah sekali aku sampai merajuk..
ada Nabila .semua Nabila. sampai aku pun dia tak tanya apa dah..
haha..


Nabila ni kawan baik aku .. :) sekarang kawan baik lagi la kot.. not sure. sbab tak rapat dah macam dulu :)

Nabila tak sempat mengenali Wan aku ... 

Bila dah malam..
Tok solat.. Wan pergi masjid..
kalau hujan baru wan solat kat rumah. kadang wan pergi jugak .. Hujan-hujan pun dia redah dengan basikal..
Aku? tenguk tv. aishh teruk teruk kan aku ni..
lepas solat.. kitorang siap kan untuk makan malam.
makan bertiga bersama.
kemudian tenguk tv.. makan atas meja makan. tak macam skrg. asal
makan je depan tv. depan pc huhu rindu nya nak makan kat dapur. atas meja makan ramai2.
hmm..

Kalau Khamis malam Jumaat.. wan selalu bawak balik nasi kotak..
dan aku lah orang paling bahagia..
hahaha makan sedap.....wan pun tak kisah aku makan.
sbb wan memang nak makan yang di rumah je..
rindu betul lah.. ishhh.... lepastu bila tetiba aku ada ADIK. haha masih tak boleh terima hakikat ni ada adik..
alaa aku x ngam lah dengan dia.. bila ada dia je. aku kena share. kena ber alah.. bosan betul..
wan bawak sebungkus je. kadang aku nak menang gak ~!! sebab haja tu bukan duk nan aku n wan n tok. dia duduk rumah mak, kadang dia tak datang rumah tok. memang aku yg melahap makan sampai habis dengan
bangga dan puas hati. hahah sangat kejam !

Malam2 wan suka betul layan berita dunia tv 1..
dunia hari ni ..berita tu bagi aku bosan kot.. serius bosan. suara pembaca berita yang macam
mengantuk.. antik gila suara. lepas tu kabur je gambar dia tak sharp.. warna2 kusam . tak ceria.
wan boleh layan berita tu sampai menganga mulut mengadap betul2 depan skrin tv..
aku sambil baring wat kerja sekolah.kadang angin gak. nak gak tenguk drama ke cerita apa yang menarik.
haha tok selalu cakap..

" melangut.. tenguk wartaberita. duniaa. macam nak jadi menteri "

haha tenguk dunia pulak tu.. adess rindu pula nak tenguk berita tu .hahaha..
aku dulu tak boleh macam sekarang. cukup time kena tidur. cukup time kena tutup tv.
tak boleh main langgar je..


tuh la serba sikit kisah dari pagi sampai malam...

ada yang aku tak nak makan. aku minta duit. aku sorang je beli nasi kedai.. sbb
tak nak makan ikan punya pasal.. aku memang teruk ~ kan..

kena tolong jahit baju wan..wan ni suka pakai baju buruk2 kain pelekat kusam2 pergi masjid..
padahal ada je kain pelekat n baju melayu baru.. aku lah tukang jahit. even aku langsung tak reti jahit..

pagi pagi jumaat. kalau rambut wan dah agak nak tumbuh. aku kena cukur kan. haha yang ni best.
sbab wan memang nak botak je pun. sebelum proses nak botak tu. aku main main la kepala dia. shave
sana sikit sini sikit. buat design itu ini. hahah  seronok..

time tok mandi. tok panggil minta tolong gonyoh belakang dia dengan berus mandi n sabun..
hehe rindu rindu kadang kami mandi bersama opss..

Tok kalau keluar. dia tak bawak aku. mesti dia beli kan Ribena .hahahah dah sampai umur 19 thn pun still
dia belikan ribena.. selalunya dia beli satu.. di sebab kan aku ada "adik" haha dia mesti sorok dulu dalam peti ais bila da malam malam baru dia cakap.. hahah terbaikk :)

skarang kan. aku macam tak ada makanan favourite pulak ~ ermm apa yang aku suka makan ek?
actually .. aku rindu la ayam masak merah tok.. rindu ayam masak kicap tok. rindu sambal ikan masin.
ahhh aku rindu nasi susu.. nasi durian .. rindu nak makan nasi yg tok suap.. rasa sedap je... sampai jilat jari tok... semua tok masak aku rindu .. semua tok masak adalah favourite aku kecuali IKAN. hahaha

sampai tok pernah cakap...
" laa ni hang tak makan ikan.. nanti kalau aku dah tak dak.. mesti hang makan ikan jugak!"

aku start makan ikan time aku kerja dulu.. sebab bosan la. lauk ayam dia yg sama je.teringin pula makan ikan sambal.actually dulu aku makan ikan. but ikan tenggiri je. aku panggil ikan bulat je.sbb tulang dia kat tengah je..so senang. n ikan sardin aku makan jugak. tapi sekarang. ikannnnnnn aku makan je. pandai je pilih isi n tulang hahahaha.. dah kena sumpah la tu kot hehe..

hmm rindu rindu rindu rindu..
rindu sangat sangat..
banyak lagi.macam macam lagi .
kalau nak share. memang banyak. ni random thing je yang aku terfikir saat ni yang buat kan aku tersenyum..

Stop And Stare

Hmm aku suka lagu ni...
sejak dua menjak..
asyik ulang ulang ulang banyak kali..
aishhhhhh....


hmm

akhir akhir ni..

hidup aku tak ubah macam dulu...
terperuk dalam bilik,
tidur lewat pagi..
bangun petang2..
dah bangun..
mandi.. boleh sambung tidur..
bangun je. rumah da gelap..
baru nak buka lampu..
makan selang sehari..
haha tipu la tu..
makan sekali je sehari.

minum pun kurang.
macam puasa je..
hmm....
kenapa dengan aku ni...
tak suka lah hidup macam ni..
muka nampak kusam sangat..
jerawat membangun dengan begitu pesat.
tak terkawal....
ohh sadis..
hari hari sedih.. hari hari aku kurang becakap melainkan dengan fon call..
kalau tak.. aku just bercakap dengan diri sendiri je...

hmm
tu lah berharap..terlalu mengharap.
Hmm.entah lah ..
aku tak tahu nak cakap macam mana lagi..
segalanya macam tak adil kan..
ahh cakap pasal adil ke tak..
sapa aku nak MEMPERTIKAIKAN nya lagi...
siapa aku....

aku stress lah.. damnnn stress ~!

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir