Assalammualaikum..
Hai.. Insyallah selepas ni mungkin akan lebih rajin meluahkan perasaan.
dari menyimpan semuanya..memendam rasa.. dan stress yang berlarutan..
Alhamdullilah.. saat ni jiwa makin tenteram..
ingatan aku kepada si W. dah makin menipis. biar lah kali ni pergi aku untuk selama2nya.
biar aku berlalu pergi dari hidupnya..
memang dia yang meninggalkan aku tanpa sepatah kata.
Memang dia pernah cuba menghubungi aku,,
tapi kekuatan yang tercipta ini membuatkan aku lebih berani untuk melupakannya.
lebih kuat dan perasaan ni sangat tenang..
Aku tahu . perasaan itu hanya milik aku. bukan milik kami berdua...
Biarlah aku yang beralah. biarlah aku yg menjaga perasaan itu..
Aku akan pergi. dan masanya dah tiba. mmg dah hampir 2 minggu aku langsung tak
hubungi dia. misscall dia aku x respon. aku tak kan hantar sebarang message,
Biarkan lah semuanya berlalu.
Perasaan itu masih terjaga. masih tersimpan .. tapi aku tak mahu perasaan itu kian bercambah .aku tak mahu
itu terjadi lagi,. biarlah ia akan menghilang dan lenyap bersama kenangan aku dengan dia.
Aku tak mahu lagi menjadi hamba perasaan..
Biar lah dia hidup dengan hembusan rindu aku di kejauhan. rindu memang rindu
melupakan itu memang mustahil..
tetapi usaha untuk mencuba melupakan nya adalah usaha yg dtang dalam diri sendiri,
mungkin satu saat perasaan ini semua akan bertukar menjadi benci..
sayang dah teramat sarat dalam diri ini. tapi dengan sikap dan tingkahlaku yang berubah
ubah .. mgkin segala perasaan akan menjadi benci..
Jika dia kembali lagi.
tak mungkin hati ini mcam dulu.
hati ni sedang berdarah. x mungkin ada ubat nya. masa menjadi teman setia.
dan parut akan kekal selamanya.
Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..
Monday, December 24, 2012
Perasaan
yg masih bermimpi isha
Saturday, December 22, 2012
sebelum 2014
Insyallah jika umur panjang..
Insyallah bermula january ni.. aku ingin rencanakan sesuatu hasrat. mungkin sedikit usaha
untuk mencapai segala hasrat di hati insyallah..
Aku ingin sekali untuk dapat kan sesuatu pencapaian dalam diri..
dengan bantuan diri sendiri. tanpa mengharapkan orang lain. erti kata lain
aku tak mahu menyusahkan orang lain..
Aku nak selesaikan kesilapan yang pernah aku buat.
Aku tak mahu kesilapan itu berulang lagi. sungguh sampai saat ni aku kesal.
kesal teramat sangat. entah kenapa dulu aku terlampau menurutkan nafsu.
sehingga kini perkara itu tak selesai lagi. entah berapa lama lagi.
tapi aku tengah cuba untuk selesaikan sebelum 2013 meninggalkan kita.
Aku mahu dapatkan sesuatu yang orang lain dah lama ada. orang lain dah begitu mahir
tapi aku langsung tiada pengetahuan.
kan aku dah bagi tahu sebelum ini aku memang terlalu ketinggalan dalam setiap aspek.
sesuatu itu mungkin akan ubah hidup aku.
mungkin akan jadi seseorang yang berdikari..
Insyallah..
Aku ingin ubah sesuatu yang dah lama dalam diri aku.
dah bertahun aku meninggalkannya..
tapi aku nak memperbaiki diri sendiri..
memang ..memang aku tahu orang lain dah ada lebih dari aku.
tapi sekurang kurangnya aku nak sesuatu pencapaian dalam hidup.
Insyallah , Aku harap sangat. ini hasrat yang dah lama.
dan diri sendiri..
Akan ku perbaiki diri sendiri dari masa ke semasa.
supaya jadi maju.
Biar aku tak segan dan malu untuk berdepan dengan orang lain.
aku tak takut. dan aku tak risau ..
biar keyakinan ini bertambah ..
Insyallah..
Ya ALLAH mudahkan lah segalanya. kuat kan hati ni.
Tetapkan lah iman aku..
Aku ingin hidup berjaya dan bahagia dunia dan di akhirat.
yg masih bermimpi isha
Hasrat hati
Bila jari jemari menari di atas keyboard...
menderu deru luahan hati ini ingin terluah. rasa terbeban menyimpan suara hati yang dah terpendam pendam,
SAKIT.. teramat sakit..
tak terdaya nak berkongsi dengan seseorang.. risau di ketawakan. risau di cercakan. risau di sindir. di cemuh.. risauu. risau sekali..
Hasrat hati ni terlalu banyak. dan semakin bertambah dengan seiringnya masa dan situasi..
Tenguk orang lain buat. hati ni dah terdetik. aku pun nak juga buat. erm. tapi hampa.
orang lain dan aku memang berbeza..
Hasrat di hati ingin sekali meneruskan menyambung pelajaran.
mempunyai sesuatu .pencapaian yang boleh di banggakan.
terlalu lama tertangguh. dan semua itu kadang datang dan pergi.
Aku kekadang rasa dah terlalu penat. dan dah terlalu ketinggalan nak di banding dengan rakan sebaya..
memang aku yang tiada apa apa pencapaian.
Jangan tanya kenapa kalau aku tak turut serta reunion gathering dengan kengkawan lama.
semuanya KERANA aku terlalu malu dengan diri sendiri ..
Memang tiada pencapaian baik dari segi apa pun..
Hasrat itu tiada. semangat ada. tapi datang dan pergi.
usaha ? ermm. mengeluh. huhh.. entah lah. aku tak mampu corak diri sendiri,
aku masih tak terbiasa berdikari sebenarnya., aku masih tak mampu nak buat sensorang
sebab itu aku masih ketinggalan..
tapi hasrat ini ?
hasrat hati ini.. entah lah.
yg masih bermimpi isha
" Aku tak ada story macam orang lain..coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "

