Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, March 02, 2013

W lagi


W.. lama sudah tak becerita tentang W ..

Bagi aku dia dicipta untuk meninggalkan kenangan.
Aku pernah happy kenal dengan dia.
Kenangan yang ada semua yang happy.. TIPU !

hmm.. Memang banyak dia menyakitkan hati aku.
Memang sebelum ini aku cakap aku dah berjaya lupa kan dia. ignore dia.
Buang dia dalam hidup aku.

TAPI sebenarnya aku dah lama kalah.
KALAH dengan diri aku ini sendiri.
dan
Kalah dengan setiap permainan dia.
Aku kekadang tak pernah tahu apa mahu dia ?
DIA seronok menyakitkan hati aku berulang KALI.

dan aku seperti seorang yang NAIF dan RELA di perbodohkan berkali kali.
KENAPA ?

Aku sendiri tak ada jawapan untuk itu sebenarnya..

Hmm. Sedih bila tak mampu nak menepis setiap perbuatan dia.
Seolah2 pasrah dengan segalanya.
Padahal ada jalan ada cara lain.
Tapi kalau dengan W. aku lemah.
Aku jadi tak kuat.

Puas kemarahan aku lepaskan.
Dia tetap membisu.
Dan akhirnya terus membisu.
Bila geram ni makin memudar, Dia akan datang semula
memulakan permainan.
dah tentu tentu aku yang kecundang.
TAPI AKU ?
tetap aku yang sama. tetap aku yang suka di bodohkan.

Aku benci dia.
sungguh benci.
HATI ini sakit sangat.
BIARLAH aku begini. jangan di usik lagi perasaan tenang yang bakal menjadi milik aku.

W.. Kau boleh pergi. Aku dah lama pasrah. Aku dah lama izinkan.
PERGI lah.
Jangan sesekali mengusik tenang aku.'
Aku tak mampu lagi nak menjadi manusia bodoh yang selalu kelihatan bodoh
bila bersama kau.

Aku terlalu "sakit" dengan kisah kita ini.
Biar aku sembuh dengan masa. biar aku pulih dengan kenangan.
Dan biar aku terus tenang dengan ketenangan milik Aku.

Dah la wan .. Pergi la wan.
Aku tak rayu pun kehadiran kau.
jadi usah lah kau kembali lagi.

kerja oh kerja dan kerja

Assalammualaikum..

Hello :)

Saat menaip entry ni. Jam menunjukkan 6. 57 am.
Lebih kurang  ada sejam  lagi sebelum aku kemas barang dan balik ..
Aku masih di opis..
Kalau bukan di opis. tak adalah aku post entry kan :)

Dah nasib begini . ish ish.
Aku kerja night shift sekarang. sejak beberapa bulan yang lepas.
Mana tak nya shift aku asyik yang tak best je bila di siang hari,
Bila aku nak request je. asal turn aku request je dah tak boleh.
Bila request je tak dapat. sedih...
So aku dengan duka cita suka cita berdukasuka cita nya. ermm.
request je la permanent malam.
Sakit hati pon berkurangan..

Hmm intro entry kali ini tak tahu membawa aku ke topik ape.
seperti biasa susah  untuk aku nak bg title pada setiap entry.

Aku sebenarnya suka akan kerja aku.
Senang. tak perlu nak fikir bawak keje balik rumah
Tak perlu nak sambung kerja yang tertunda. atau dead line.
Just buat hari ini settle hari ini.
NAMPAK macam senang dengar pun macam senang.
hee. susah gak. ada gak susah nya..

Susah nak ikut apa yang orang atasan mintak :)
MCM nak ikut kepala aku sendiri je buat kerja
ish...

oh ya.. Aku baru beberapa hari kerja ikut shift baru..
Shift yang sangat sangat tak best.. saat aku balik kerja. berpusu pusu orang
keluar masuk tren . jalan raya jammed semua orang sebuk pergi kerja,
Keadaan tu stress. haha.
Selalu aku pergi kerja.. lengang je, bila waktu balik..
lengang juga. semua jadi best.

Bulan depan nak request balik shift lama aku..

SICK sangat dengan shift yang baru ini.

#kerja. hmm .kekadang rasa nak sangat ada kerja baru.
tapi.. macam macam hal lagi perlu pikir..

hurm. sigh ~!



opis :)

Assalammualaikum ..

Hee. sebenarnya kan.. Aku dah tak de pc kt rumah.
Since Ryan main pc aku sampai rosak di hari raya  yg mulia .
Aku dah malas dah nak kumpul duit n repair.
Or pujuk merayu abg aku bagi sparepart kepunyaan dia.
Aku dah malas dah..

Kekadang melepas bosan di facebook guna hp jer.
Tapi since hp rosak. Aku mcam dah xde social life je.
cewah cewah ..

Hmm. percaya tak ? ( yer percaya )

Aku update segala entry .. type post,
meluahkan segalanya
Di opis..
opiss. n opiss.

Sadis je hidup.
Sharing semua cerita
kebelakangan ini semua nya daripada opis.


Haritu..
Aku bukak semua monitor. mouse keyboard . cpu.
segalanya galanya aku letak dalam store.
Malas dah nak buat pameran kat dapur..

Entah bila agaknya aku boleh dapat pc .lappy or something la yg boleh aku
post entry direct.. xyah nak menumpang kt opis cam ni. hehe.

Masa

Assalammualaikum..

Hai,

Mac 2013 dah menjelma..
Aku semakin di hambat dengan kepantasan masa...
Aku tak mahu jauh ketinggalan, meski pun
masa dah jauh meninggalkan aku..
untuk mengejar dan seiring itu mustahil.

Hmm..
Sekurang-kurang nya impian aku mesti dah suku usaha.
atau sekurangnya separuh usaha .
Tapi aku ?
masih tak nampak lagi.
di mana nak mula ?
bagaimana ?


Impian sangat banyak. sampai tak tahu mana satu nak di buru dahulu..
Masa tolong berkompromi dengan aku ..
please.
USAHA tolong jadi bestfren sejati aku.
Semangat  tolong sentiasa bersama dengan aku.

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir