Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Wednesday, October 02, 2013

october

Assalammualaikum.

Hai , Alhamdullilah.. aku masih ada kesempatan lagi untuk singgah di ruangan ini.
semakin aku kurang menulis semakin kurang luahan perasaan dari diri ini..

Aku telah pun membuat sesuatu keputusan yang entahlah,, risiko?? ya allah.
aku semakin lupa apa yang pernah berlaku pada diri ini kan..

Dah lama rasa nya aku tak menyingkap kembali kisah yang pernah  berlaku.
teman yang baru mudah memberi pendapat pandangan tapi mereka takkan pernah tahu apa yang jiwa aku rasai apa yang aku alami sebelum ini..

W.. dah semakin jauh dari aku... sumpah hingga kini sikit pun aku tak boleh lupakannya..
Dia insan yang sering sedarkan aku... pimpin aku walau samar samar hmm..
aku sebenarnya tak nak tunjuk aku lemah tanpa dia.
tapi aku dah terlaku kan ..

ya allah.. hmm tak tahu dah macam mana dah nak rasa di saat ini.
kosong . samar samar.
aku rindu suara miliknya.
sering mengejutkan aku dari mimpi supaya terus melangkah.
dapatkah aku melangkah lagi saat ini walaupun gengaman tanganya dah lama terlerai.

Manusia apakah aku ini. ?
mana impian mana harapan mana usaha mana berserah???
aku tak mahu membatu lagi di saat  semua usaha lenyap.
aku tak mahu jadi lemah.
W ... temani aku. bersama aku dalam bayangannya.
Allah sentiasa ada bersama aku.
In Sha Allah semangat akan bertiup lagi dan lagi

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir