Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Wednesday, August 03, 2016

Rasa Macam Tak Ada Mood

Assalammualaikum ,

Hi,

Aku tak tahu kenapa sejak dua menjak ni aku rasa moody.
Mesti nak tarik muka masam
dan rasa tak nak cakap banyak.

Dan kekadang tu aku rasa macam aku dah nak mati
Allah takutnya,
persediaan aku kurang sangat
Adakah Allah terima ?
Adakah itu satu alasan ?
Aku tahu Allah yang pegang HATI aku kan.
hmm
semua bisikan, kata halus dalam hati pasti Allah Maha Mendengar,
Hmm,

Rasa macam tak bermaya
balik rumah terus masuk bilik
cuci kaki , tukar baju baring atas katil
termenung
Allah kosong nya hidup.
Aku tak berapa suka music. aku jarang sangat dengar lagu
ada masa masa tertentu.
Aku tak suka hapal lagu
Aku dah tak suka baca buku.
dulu aku suka baca novel
hmm sekarang aku lebih banyak baring
dan main fon,.
Aku ternanti nanti orang msg aku
tapi tak ada.

Sunyi
Kosong
dan kekadang aku rasa nak nangis sepuas hati
aku bosan
aku takut
aku lapar semua ada

Aku rindu,,
RINDU w, rindu semua yang pernah teman aku
happy kan aku
sentiasa ada di setiap hari hari aku
sekarang aku seorang kosong
aku tak tahu nak buat apa
aku tak kemas bilik
aku tak cuci baju dengan tangan
aku tak tenguk tv
aku just baring
fikiran aku tak melayan
aku tak berangan
aku tak ada impian
aku jadi kosong.

kosong sekosong kosongnya
Allah susah lah nak aku jelaskan.
aku  jadi tak pandai
aku tak tahu apa yang aku fikir
aku rasa sesuatu yang kosong
aku . takut

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir