Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Friday, June 10, 2016

Sunyi

Assalammualaikum ,


Akhir akhir ini, seakan aku rasa sunyi..
aku lebih meluangkan masa pada sisi sisi gelap hidup ku untuk mengisi kesunyian hati.
Aku tahu aku ada dua character yang berbeza. Pada siapa yang mengenali aku pasti tahu aku seorang yang happy go lucky, suka bergurau, peramah , talkative, sangat sangat periang.
tu dari segi luaran,

Dalaman pula , jiwa aku memberontak aku nak kan kebahagian .,aku sunyi , tiada teman, aku kosong dan rasa macam tak ada erti hidup. Aku rasa sedih teramat sedih dengan nasib yang menimpa , aku rasa diri tak sempurna. tak macam orang lain.
aku kurang kasih sayang , aku sebatang kara. aku tak ada sesiapa.
ini semua membuatkan aku hilang semangat dan rasa tak ada keyakinan langsung.


Sisi sisi gelap aku pula ,perwatakkan aku berubah , jauh dari diri aku,
aku rasa tak perlu aku cerita di sini.
sungguh aku bukan manusia baik.
aku create character lain untuk memberi ruang agar aku rasa Kehidupan macam orang lain
walaupun semua itu ada kalanya hanya layangan imaginasi aku.
tapi aku buat dia betul betul hidup kadang kala,
hmm ,. nampak macam aku sakit
tapi itu je cara nya untuk aku rasa macam orang lain rasa,
untuk ada macam mana orang lain,

Aku dah bosan , dulu dulu aku selalu guna ayat katak di bawah gelas.
aku lah katak tu..
aku terkurung tapi aku tahu dunia luar
aku terkurung tapi aku tahu apa yang sedang berlaku trendy, up to date.
hmm

aku dah bosan dengan term tu sbb tu aku create sisi gelap aku..
memang aku jahat.
jahat pada diri sendiri dan orang yang mengenali aku pada sisi gelap.

aku sunyi, sebab  tu aku selalu memasuki watak sisi gelap.
hmm

YA Tuhan bila aku nak berubah.
kembali ke pangkal jalan
dan buang *sakit*
aku tak rasa aku gila.
cuma aku rasa aku sepi.. sunyi dan membuatkan aku menjadi orang lain
untuk cari tahu apa orang lain ada.
hmm.


kesian nya aku ni..
get a life . 

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir