Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, July 30, 2016

Pengalaman Yang tak dapat di lupakan

Assalammualaikum ,

Hi,

Aci tak kalau aku nak share pengalaman yang tak dapat di lupakan,
Hmm. 13 , 14 , 15 June 2014 , 
Itu lah kali pertama aku hiking, aku pun tak sangka aku akan melakukan activiti lasak sepanjang hidupku, Kerana aku tahu yang aku ni langsung tak lasak, nak melangkah longkang pun terketar kaki
inikan pula nak mendaki gunung,bukit , nak melangkah batu batuan , nak meredah sungai , nak lalu bawah dahan dahan berduri sambil bawak barang,.

Hmm.
Pengalaman tu sangat tak mudah aku lupakan,
Aku rasa manis sangat
dekat situ kawan kawan begitu concerned lebih lebih lagi Dia,
Hmm Dia lah yg memujuk aku untuk pergi , merasai pengalaman ini,
Dia terlalu menjaga aku , angkat barang aku
malahan pimpin aku untuk turun ke bawah,
Sukar aku nak lupa segalanya pada waktu malam kita di unggun api
persis kisah novel hehe Tapi tak lah seindah mana..
Setelah pulang dari aktiviti tersebut, tetiba muncul satu perasaan,
Entah aku rasa berdebar bila ada dia,

Hmm Aku ni ada satu sikap yang di manabila aku tersedar aku ada perasaan kat seseorang,
aku akan menjauhkan diri,
Aku risau,, risau aku tak tercontrol diri aku.risau over limit.
Matilah Nak, if hubungan tu menjadi ~ ceh padahal dia langsung tak pandang aku.
Dia just rasa tanggungjawab sbb dia yang dah ajak aku beria ia,. so dia nak jaga la keselamatan aku.


Detik cemas pabila terpaksa menuruni curam licin. Batuan kering dan mencuram
Bawah nya pula seperti gaung arus deras,
Dia membantu aku dengan memegang dua dua tangan aku seperti ingin memulakan langkah tango,
Bedebar, cemas, malu semua ada sebab aku tak pernah berkeadaan begitu dengan mana mana L,
hmm tangan aku dua dua belah dia gengam erat dia cuba bantu aku untuk turun
Tapi waktu itu aku risau, risau dia terjatuh gara gara aku. Aku gayat ketinggian, aku sangat takut,
Aku duduk di atas bantuan ingin meluncur pelahan,
Tapi aku tak mampu berdiri kerana kasut ku yang licin,
Dia membantu aku memegang kasut dan membantu aku berdiri semula
Allah , bila ingat detik tu , aku risau sangat kalau kalau gerakan badan aku mendorong dia terkebelakang dan membuat dia jatuh.

Tapi dia pujuk aku, dia cakap, kalau kita jatuh, kita akan jatuh sama sama,
Aku jadi sedikit berani  lagi pulak belakang aku berbelas belas orang rakan rakan menunggu giliran untuk turun selepas aku,
Allah lega bila aku da melepasi situasi itu,
Aku lega dia dan aku selamat
Tapi berputik pula satu perasaan dalam hati,.
Tapi aku kena buang jauh jauh,
Bukan untuk aku perasaan tu bukan milik aku.

hmm,

Cukup lah perkongsian ini sampai di sini
Insha Allah tak mudah aku lupakan
Dan sentiasa aku kenang,
Kerana itulah perasaan manis yang pernah aku rasa sepanjang aku hidup,
Situasi yang dapat menggetarkan jiwa aku
Sekurang kurang nya aku tahu yang diri aku pun pernah merasai seperti mana manusia lain.
Cumanya biarlah aku memiliki dia sendiri
bukan di miliki dan termiliki.

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir