Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, August 24, 2013

KELMARIN aku sedang senyum

Kelam sunyi jadi satu..
Ku padamkan suis lampu
membiarkan kelam bersatu dengan diri ini..
Di temani kisah kisah angan angan dalam diri.
terlayar di pikiran.rasa sesak.
Aku tak mampu..
Aku tak bedaya.

Tapi kelmarin..Aku sedang senyum..
Ada tawa di bibir aku.. Ada bahagia di kuntum hati...
Tetapi saat itu aku sedang sarat dengan kebahagiaan buat aku lupa..
Lupa untuk apa aku perlu bahagia.
Ya ALLAH..
tiupkan lah ingatan dalam hati dan akal aku.
supaya minda ini terus menyusun aku lari jauh.


Jangan biar senyum terus meleret di bibir.
jangan biar tawa melalaikan diri

aku harus bangkit aku perlu bangkit.
kerana aku harus cari sunyi yang pernah menemani hati.
Sanubari aku rindu akan sepi.
SAAT itu aku berteleku sendiri.siapa peduli.
hanya hati pedih merintih saban hari untuk melakukan perubahan
Namun bila aku mula berubah.segalanya jadi berubah.
AKU LUPA. aku leka....
mana sasar aku... mana penamat aku..
YA ALLAH.

menangis

Seakan lama jiwa ini tidak menangis bersedih dengan nasib diri yang jauh
beza dengan teman sebaya.
Aku tahu.. aku mula terima takdir aku..
Tapi silap besarnya aku tidak ada sedikit masa utk menoleh apa yang aku lalui sebelum ni.
WALLAHI aku mohon ampun. ingatkan la daku setiap detik. Aku perlu bimbingan mu.


W.. kenapa dia perlu aku wujud kan singkapkan kisah dia di ruangan ini pada kali ini.
Sungguh aku masih belum dapat lupakan dia walau hati ini dah tersiat siat hancur pada batinnya.
terima kasih kerana sudi wujudkan kisah indah dalam ruangan hidup.
Pengakhirannya sangat sangat sakit. Sungguh aku tak boleh lupa.
Tapi itu adalah satu bentuk pembelajaran aku dalam ilmu kehidupan
terima kasih W.. besar diri kau dalam jiwa kosong aku.
Aku tak agungkan kau. cuma aku bahagia . seketika bersama.
Dan utk kesekiaan kalinya kau siat hati aku... dengan tutur kata mu yang sangat buat aku rasa benci.
benci tapi percayalah  . benci itu tak dapat atasi  sayang yg dah terlalu menebal.

Percayalah W doa aku sentiasa ada bersama mu. Aku mohon kau bahagia setiap ketika .
sungguh masa bukan ubat utk aku lupakan kau.

Rindu teramat .. Tetapi aku kuat. kerana kau dah ajar aku untuk jadi kuat.
Aku jadi pendendam rindu dan cerita kisah kita tapi aku tidak senang tuk meluahkan.
aku jadi sebuk dengan hal hal yang bukan milik aku. utk apa? utk melupakan kisah kita seketika.
tapi bila sunyi jadi milik aku sementara ..dengan mudah bayang mu hadir menemani dan melayangkan kisah kita.

Jauh dasar hati ni .. aku sedang menangis...sedang bertahan dengan ujian ini.
Aku percaya aku boleh jalani dengan sehabis baik in sha  ALLAH . semoga air mata ini tidak di zahirkan.
cuma hati dan emosi yang merasai nya .. CUKUP.

kosong

Tiada masa untuk aku mencoretkan kata kata seperti dahulu..
Jemari ini tak lancar lagi menari mengikut irama emosi aku..
Aku jadi lupa dengan segalanya yang pernah menemani aku..
Sekarang aku rindu sunyi yang pernah jadi pemilik diri .

Ya Allah.. Hamba mu ini sudah jauh terleka.
Sekarang august bakal meninggalkan. Sept akan muncul.
Dan aku terduduk mengubah takdir aku.
Usaha yang boleh dikata kan sifar..
Di mana aku kini utk mengubah diri.

Aku leka dengan keriangan sementara.
Lupa dengan target  yang dah lama aku tetapkan.
Terlalu selesa dengan apa yang aku pegang..
Tapi aku tak sedar.. yang aku pegang tak selalu ada dalam genggaman.
Bebila sahaja boleh terlepas dan jauh dari diri aku.
Saat itu aku kosong.


Lama Tak Menjengah

Assalammualaikum..

Aku memang kejam belog ini dah terabai sangat terabai..
Aku rasa  diri ini sangat keji... tak singgah mmbaca isi  hati yang pernah tercurah.
supaya aku sentiasa sedar atas segalanya kekurangan segalanya yang pernah berlaku
supaya aku tak pernah lupa..

Ya Tuhan.... Aku ini manusia biasa.
Aku terlalu lemah dan terleka dengan arus kehidupan sehari harian bersama teman.
Aku hampir terlupa siapa aku dahulu..

Puas aku belek beberapa title ada.. tetapi isinya tiada.. terselit di dalam draft..
Aku ... hmm mana perginya aku yang dahulu..
Aku pasti diri ini masih yang sama.
cuma aku yang sekarang kurang sgt mengimbau kenangan .
kurang sangat mengalir air mata.
W ajar aku jadi kuat.


Entry kali ni sangat bercampur aduk.
hmm jam pukul 2.28am.sepatutnya aku harus di buai mimpi kerana esok aku perlu bangun awal
pagi utk pergi kerja.


Aku tahu aku harus meluahkan apa yang terbuku di hati ku.
dan melapangkan dada aku dengan perkara yang menyesakkan  ini.

Aku rayu berikan lah kekuatan milik mutlak buat aku.

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir