Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Tuesday, April 09, 2013

susah hati

Assalammualaikum..


Hello.. hai.. jam pc kat ofis ni dah menunjukkan pukul 6.12 am..
Dan tetiba jemari ni laju pergi google... kemudian type blogger.
kemudian log in.
Dan create new post  lepas tu masuk kan title..
Dan here we go..


huhuh macam tak ada idea kan.
Sebenarnya banyakk sangat cerita yang still terpendam dalam diri ini.
Berlumba lumba nak di luahkan..


Susah hati aku bila perkara ni makin banyak tersirat dan tersurat.
Macam2 tanggungan yang aku terasa dan merasakan.
Susah.
boleh kongsi?
Kongsi beban ni biar boleh rasa sama sama.


Kan best kan kalau macam tu.
hee.

Susah hati ini...
Aku masih tak boleh nak lari dari sini.
Impian ni dah berulang kali aku luah dalam belog.
Sesungguh nya aku nak sangat ada insan lain yang erat genggaman tangan nya
memimpin aku pergi jauh dari sini. Sunggguh..

Selalu nya sikap kita memang suka kongsi cerita.
Masalah. dengan kengkawan.
Nasihat memang di harap kan.
Telinga yang sedia mendengar..

Tapi .. beban tu still tak dapat di rasai.
mereka sekadar mendengar dan pandai bagi nasihat...
Tapi aku yang merasai nya .. terlalu susah hati.

Sangat susah kekadang nak ikut nasihat yang di beri...
yang dah dicurah oleh pendengar setia..
Memang payah nak ikut semuanya.
Semua nya sering kali buat aku susah hati..

Kenapa aku yang kena tanggung semua ini..
Aku ni hanya lah seorang anak pungut.
Bukan nya seorang yang tamak haloba.
yang merampas segala harta pusaka.
Tapi kenapa aku yang kena sedikit sebanyak
menyumbang hasil titik peluh sendiri yang tak pernah cukup untuk kepentingan orang lain.
Aku .. kenapa aku ??
Duit yang tak seberapa ini lah yang sering di minta minta..
di pandang sinis.
umpama aku amik hak yang tak sepatutnya..
KENAPA?

aku tahu. aku selalu berkias..
nak aje aku luah kan semuanya  secara lantang..
Lukis kan lukisan yang aku alami
betapa parah nya susah hati aku ini..
Aku buntu..

Bagai basah pipi ini dengan titisan air mata..
Aku tahu sekarang aku di ofis. kalau di rumah ni.  mau berlambak tisu dah aku guna kan.
Ya Allah..
bantulah aku..
Hairan aku dengan nasib ni.
mmm. dah memang takdir aku.
Sungguh aku ingin lari dari susah hati ini.

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir