Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Saturday, December 15, 2012

Dia Lagi ...

Aku tahu.. aku dah sinonim dengan dia...

Bila tiada dia aku kosong..

MELIHAT akan apa pun yang terjadi hati ni terdetik mengenang dia..

NAMPAK macam melampau ...
tapi itu lah yg sebenarnya terjadi ke atas aku ...

YA ALLAH .. aku tak melebihkan dia dari sang pencipta..
Aku cuma terlalu !#@$&%  dia...
aku terlalu ingin kan dia..
aku merasa bahagia bila bersama dia..


Sungguh.. sunyi sepi. susah nak cari pengganti..
aku kekadang tak terdaya dah nak melupakan dia..
sungguh berkali kali aku terluka...
kadang aku terlupa segala perbuatan dia yang telah menyakiti hati aku..
hati ni kekadang dah mati dengan perbuatan dan perbuatan dia.
malahan aku senang menerimanya kembali seolah tiada apa yg berlaku..
naif sungguh hati ni..

tapi BUKAN kali ni..
aku berharap hujung tahun ni membuat aku bangkit
cukup la aku menghamba kan diri pada kenangan dan impian yg basi. yang tak pasti
dan tak akan pernah terjadi...
cukup lah aku sandar kan segala masa hadapan bersama dia yang tak pasti . umpama mimpi,,
mimpi yang pasti akan lupa..
mungkin tidak lupa..
tapi aku terpaksa memaksa diri ini untuk melupakan semua nya..

BIARKAN dia.. biar kan kenangan masa depan semua tu terkubur bersama sekeping hati mati..

hati mati ini tiada pemiliknya..
kerana pemiliknya tidak pernah memiliki hati ini..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir