Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Wednesday, August 31, 2011

konflik diri 1 syawal

Selamat hari raya Aidilfitri..

masih mood hari raya..

Skrg jam menunjukkan pukul 3.16am

Pagi pagi raya aku dah terlalu sebuk..
menyediakan juadah..
tahun ni tahun pertama aku betul2 sebuk huhu. semua aku buat sendiri..
dah macam mak mak je. hahaha

tapi bila dah petang.. org ramai datang. nasib lah mak datang tolong..
huhuhu..

Sebelum tu.
entah kenapa laju pula kaki aku singgah ke rumah ex sahabat aku.
tapi dia tak ada.. aku bukan nak jumpa dia pun.
aku cari mak dia. 
hmm beraya nan mak dia pun dah cukup hmm.
biarlah. malas dah nak ingat.
asyik ingat2.sedang kan orang langsung tak ingat kita pun..

urm.. siang tadi ada sekumpulan 'sepupu2 abg n kakak aku merangkap anak sedara mak ' heee
sepupu dorang. bukan sepupu2 aku pun ..
and aku tak pernah ada sepupu sampai bila bila pun..
INGAT TU ~
hmm self conflict bermula bila..

dorang tanya Siapakah aku ?
JUJURnya soalan ni adalah soalan paling susah dalam hidup..

Aku nak jawab apa?
aku tak ada jawapan...
kalau dulu ada arwah tok. mesti tok dah jawab..
 " ni cucu... had paling kecik ni .." 
ahh ni pun before aku ada adik. grrr.mencik lak igt bila aku ada adik hohohoho

tapi sekarang ni. aku kena hadap sendiri.

aku suka port kat dapur kalau orang datang .. hee memula mmg la aku tolong
serve mana mana yang patut.. lepastu.
aku lepak dapur je..
hmm sekali ada kakak ni datang kat dapur pulak..

dia tanya.. "siapa ni.. tak balik kampung ke? "

aku .. " memang beraya kat sini je pun . sy tak ada kampung pun ..tetiap tahun raya sini "

kakak tu " ye ke.. siapa ni "

aku .. : : ????? hmm x tahu dah nak cakap ape : : 

aku " adik abang " sambil laju2 buat kerja tah apa apa

kakak tu " haa betul ke adik abang ,, ye ke? betul ke "

aku "tanya mak je la.. hmm g la tanya mak "

lepastu aku cepat2 cuci pinggan mangkuk. nak port dalam bilik lagi baik...
stress lak aku hmm..

aku terdengar dia cakap nan mak..

"mak lang. siapa kat dapur tu.. bila tanya .dia cakap adik abang..
lepas tu dia cakap. tanya mak lang je lahh. "

huhu meleleh je airmata aku saat tu..
hmm sedih aaaaa.. seriuss sedih..

Lepas tu mak dtg kat aku..

" tuh la.. hang selalu masuk bilik. tak nak bersalam dgn orang. mana lah dorang nak ingat hang. " huhu

urm.. kan best kalau dapat beraya dengan family...
mesti meriah kan..

takpun.. from now on aku kena gak keluar dari sini..
kena selalu INGAT DAN INGAT..
jangan pernah lupa ...

aku tak sanggup lah nak face benda ni dah..
bosan....
BILA diri sendiri tak ada jawapan..



" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir