Aku kekadang kan ingin sekali berbicara mengunakan
bahasa yang tak ada sesiapa pernah faham..
menulis dengan tulisan yang tiada siapa pun akan dapat membaca nya..
berpuisi dengan segala isi tersirat dan tersurat.,yang langsung tiada siapa
boleh merungkai akan setiap maksudnya..
menghasilkan novel dengan 1001
watak yg mengambarkan aku...
tapi tak akan ada siapa yang pernah menduga cerita itu tentang aku.
Melukis dengan lukisan yang mengandungi 1001 makna.
tapi hanya aku sahaja yang boleh
menterjemahkan setiap maksud di sebalik itu semua..

Thursday, August 04, 2011

nak pergi bazaaar. tapi...

Hmm last last year.. aku pergi bazaar.
bazaar jauh
tapi kesanggupan berjalan kaki tu macam best..
bila dgn kawan.. dgn anak buah...
kadang jalan sensorang pun aku sanggup..
dah payah bebenar hidup tak ada kawan..
Kadang kirim kt orang.. kadang... Ain bawak aku pergi bazaar..


hmm tahun ni ..aku lum berkesempatan nak pergi bazaar lagi..
aku nak jalan kaki..
tapi aku rasa macam. aishh jauhnya perjalanan..
dah lah SENSORANG.. hmm jauh kot bazaar.. ada lah hampir 1km..
ceh aku bukannya reti nak bajet KM pun.
tapi memang jauh lah...
serius tahun ni tak larat. mungkin sebab faktor Umur hahaha..

Tiga tahun sudah.. Ex sahabat aku pernah bawa aku pergi bazaar.
mungkin sbab nak ambil hati aku kot..
adalah beberapa kali je pun...

Tahun ni tah ada kesempatan ke tak..
Smlm aku sms Fai dan Ain..
kekalau dorang pergi bazaaar, nak juga tumpang..
aku dah tak larat jalan kaki..
heee..... :D sadis je..
aku tak suka ngemis2 macam ni..

tah kenapa tadi.. aku merenung rumah Ex sahabat aku tu.
tetiba dalam hati terdetik..
kan best kalau kita masih macam dulu..
boleh pergi mana bersama2..
tapi tu lah..
nasib aku tak selalu baik..

aku SELALU ada untuk kau dan kawan2..

tapi KAWAN2 tak selalu ada untuk aku...


tak pe lah. Insyallah. weekend Ain pergi bazaar..
boleh ikut. yeahhhhhh ! hehe :D

kpd ain je lah aku boleh tumpang kasih hahahaha.. tetibe je..

Taman permainan..

" aku masa kecik2 tak merasa pun ada taman permainan kat kawasan perumahan hahah.. " - ayat dari entry sebelum ni..


Betul..

Masa sekolah rendah. ada taman permainan kat dengan masjid..
Aku tak berpeluang sangat nak pergi...
Kalau jalan2 dengan anak buah aku si Anja.. kitorang just g kedai Masjid je..
dah tak de dah kedai tu skg ni.
kedai tu ada macam2 mainan. alaa mainan biasa2 je.
aku just nak mendapat kan sticker untuk pokemon..
nak lekat dalam buku sticker.. nanti boleh tukarkan dapat gameboy kot entah apa nama games dia haha.


Taman permainan tu tempat yang di kawal ketat oleh Tok nan Wan.
dorang tak bagi aku pergi..
langsung tak benarkan..

takut aku kena culik la.. nanti ada lelaki naik van. tarik hang masuk dalam van..
bagi hang gula gula. lepas tu potong tgn kaki hang. hantaq hang pergi siam..
juai hang kat siam.. suruh hang dok mintak derma...hang tak buleh jumpa kami lagi..
tak buleh balik rumah dah...

ahh macam2 lagi lah... takut memang takut.
tapi teringin jugak nak main gelongsor. jongkat jongkit.. main buaian...

macam best je kan tenguk orang lain main..
pernah sekali aku dgn ex sahabat baik aku Fana. kitorang curi2 pergi petang2 sebelum asar..
aku happy sangat.. main buaian.. main gelongsor. main jongkat jongkit..
sekali ternampak Wan aku tgh berbasikal menuju ke masjid..
aku cepat2 nyorok belakang pokok besar.. aku takut kantoi..

tapi aku kan budak baik.. aku nyorok kejap je.. bila wan sampai kt pokok tu.
aku terus tegur..
" wan...."

hahaha apa lagi....
wan terus perhambat aku dengan basikal..
aku lari laju2. macam nak gugur jantung aku. lari balik rumah..
taman dgn rumah selang selorong  jalan straight je...
aku lari sampai tertanggal2 selipar.. hahaha.

sampai rumah aku menangis2.
lepas nampak wan aku balik dari masjid.
terus aku tidur....

Kalau tidur.. confirm tak kena sesah....
padahal aku buat2 tidur je
aku dgr dia mengadu kt tok aku ..
aku pergi taman...

Sejak daripada tu..
aku tak main taman pun..
kalau pergi pun time darjah 6..
ada lah sekali dua...

Dulu memang terkawal sangat. nak g masjid tak boleh..
nak pergi kedai jauh sikit tak boleh..
nak g taman tak boleh..
g pasar malam tak boleh..
kelas malam kat sekolah tak boleh.
hahah semua takut sebab kena culik...
kena potong kaki tangan. kena mintak sedekah..

hehe tok ngan wan ni....
aku tenguk sekarang budak2...
sekolah rendah pun selambe je keluar g Kl..
g tenguk wayang dgn kawan2..

tu tandanya dia sayang kita kan hehe :)

lain sikit...

Bulan puasa kali ni lain sikit bagi aku..
Aku tak buka sensorang.
aku tak risau nak makan apa time berbuka
nak bersahur apa.. .
SIL berpantang kat rumah.
mak dia pun ada sekali.

So then. terpaksa lah abg aku sponsored
untuk aku punya sekali coz nak menjamu mak mentua dia kan.
hahaha..

Rezeki aku la kan.
asyik cakap tak ada rezeki je.
hmmm..

Terawih.. Alhamdullilah.. dah 3 malam dah aku wat..
aku ingat nak maintain je. xmo malas malas dah..
Gigih lah jalan kaki.. takut juga bebudak tu baling mercun..

Taman berdepan dengan masjid. sudah lah tak ada lampu kat taman tu.
port bebudak berdating...
port budak2 main mercun..
aku rasa macam nak azan sorang2 kat situ..
memekak je. sudah lah suka baling mercun kt orang..
hmmm.. kalau aku kenaaa mercun. memang aku tumbuk2 sorang2 kt situ.. hahaha.
serius tak tipu ~

Orang2 masjid tolong lah bersuara suruh pindah kan TAMAN tu...
aku masa kecik2 tak merasa pun ada taman permainan kat kawasan perumahan hahah..

" Aku tak ada story macam orang lain..
coz my life is very simple..
tapi aku ada kenangan dan angan2 untuk di kenang ;)
cehh.. macam tak ada life je kan. hahaha "
 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir